PEMBACAAN UNTUK SEMUA: Tips
 
sayacikguhafiz.blogspot.com

Radio dan TV Online

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Friday, December 31, 2010

:: Tips Jadi Pandai ::


Tips Menjadi Pandai Menurut Islam



Rasululllah adalah manusia paling pandai dan bijak dalam sejarah peradaban manusia. 
Kalau nak pandai dan bijak macam Rasulullah, kena ikut sunnah baginda.

- Kurma dan susu adalah makanan rutin Rasulullah.

- Rasulullah tidak menggalakkan makan makanan yang bercampur ikan dan daging/ayam.

- Sunnah ketika makan: makan buah dahulu (Rasulullah makan kurma dahulu sebelum makan benda lain. Kita hanya mengamalkan sunnah ini pada ketika bulan puasa sahaja 
sedangkan amalan sunnah patut diamalkan sampai bila2.)

- Merokok hukumnya HARAM. Sapa suruh merokok.

- Dua faktor yang menjadikan seseorang itu bijak. Pertama: Bahasa dan Kedua: Cuaca, bahasa terbaik dipelajari untuk nak jadi pandai ialah bahasa Arab.

- Sunnah Rasulullah dalam sukan ialah bermain pedang, menunggang kuda dan memanah.

- Nak jadi bijak, banyakkan solat. Pandai dan bijak itu adalah sifat Allah. Manusia tak pandai, manusia tak bijak. Allah yang pinjamkan kebijaksaanNya kepada manusia untuk manusia jadi bijak dan genius. Manusia yang paling genius dalam dunia hanya dipinjamkan oleh Allah tak sampai 0.1% daripada kebijaksaan Allah SWT.

- Untuk jadi mulia disisi Allah, untuk berjaya dunia dan akhirat, untuk tidak dizalimi oleh musuh…
kuncinya hanyalah TAQWA dan IMAN.

- Nak jadi org bertaqwa dan nak dapat hidayah dan iman bukan hanya duduk kat rumah buat ibadah.

- Penternak ayam takkan tahu betapa busuknya reban ayamnya kerana setiap hari asyik duduk dalam reban ayam sehingga hidungnya sudah lali dengan bau busuk tersebut. Cuba keluar dari reban selama beberapa jam, kemudian masuk balik. Nescaya kebusukkannya akan menucuk hidung.

- Sama macam kita. Kalau tak keluar pergi buat dakwah kita takkan tahu alangkah nipisnya iman kita. “Alah… aku solat tak pernah tinggal, puasa tak pernah miss, zakat pon aku bayar, kira beriman lah tu…” 
Adakah itu yang anda fikirkan? Internet down atau server down setengah jam pon dah mula merah padam muka takut income tak masuk. Itulah betapa lemahnya iman kita.

Ehsan Kini2u.Com 

Sunday, December 26, 2010

:: 500 BLOG ! ::


Pencarian 500 blog telah bermula tepat jam 2 petang pada 26/12/2010 sehingga 2 petang 27/12/2010 ...
Sesiapa nak join boleh klik SINI

Tujuan aku berblog pada mulanya adalah suka-suka sahaja,tetapi lama kelamaan saya berasa seronok kerana dapat berkenalan dengan blogger-blogger lain dan juga dengan berblogging ni juga dapat juga menjana pendapatan sedikit dengan nuffnang walaupun belum ada rezeki untuk menerima Buffered Earning...Mudah-mudahan akan datang dapat juga merasa keuntungan itu InsyaAllah...saya akan terus berblogging..!!!

Saturday, December 25, 2010

:: 50 Bloggers diperlukan ::

50 Bloggers diperlukan

Assalamualaikum..

nak join tak, sila klik 50 Bloggers Diperlukan II

bagi those bloggers yang dah otai and best2 also power, mungkin tidak memerlukan ini, bagi kami bloggers yang LANGSUNG tak terkenal ni, haruslah mencuba 50 Bloggers Diperlukan II
..okeh

plus poin, ini merupakan cara terbaik untuk menambah kenalan dan meningkatkan silaturrahim among others, especially bloggers di luar sana...

by the way, nanti dah musim sekolah bermula, kompem dah tak de masa sebaik sekarang untuk BW blog kekawan, dan entry pun dh mula malas nak update, but I'll try my very level best to always update my beloved blog, okeh...

di sini juga aku nak kongsi 50 Bloggers Diperlukan II
dengan kekawan blogger gak iaitu :

Eldino Esparaza



Cikgu Hafiz 

jom sertai reramai dan jangan lupa klik 50 Bloggers Diperlukan II

Thursday, December 23, 2010

:: Wanita yang patut di jauhi lelaki ::


Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi.

 
1. Wanita kategori liar.

Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.

Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.

Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.

Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula

Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.

Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.



4. Wanita si Bintang

Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.



5. Wanita si Penggapai.

Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera.

H
ubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.

Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.

Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.

:: Cara memilih sahabat ::


Sahabat Ibarat Pohon Yang Melindungi 

 

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
 

Entri lain :

Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner