PEMBACAAN UNTUK SEMUA: Pendidikan
 
sayacikguhafiz.blogspot.com

Radio dan TV Online

Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Friday, January 28, 2011

:: Budaya dalam Pendidikan ::

NILAI-NILAI BUDAYA DALAM PENDIDIKAN

 Definisi Budaya

Budaya ialah kelakuan manusia berdasarkan kelompok-kelompok tertentu yang merangkumi dari aspek pemikiran, sikap, kepercayaan dan tindakan kebiasaan yang menggambarkan cara hidup seharian.
Menurut Tylor ( 1871 ) yang mengatakan  budaya sebagai
“keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan dan kebiasaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat”
( Penteorian sosiologi dan pendidikan ; 2002 :192 )

Dalam bahasa Arab kebudayaan disebut ‘thaqafah’ manakala dalam bahasa Mandarin pula disebut ‘Wen Hua’ . Dalam konteks sosiologi, makna bagi kebudayaan adalah luas, iaitu merangkumi cara hidup sesebuah masyarakat secara asli atau tersendiri dan bukan tiruan. Kebudayaan bukannya dihasilkan oleh faktor baka. Proses mempelajari kebudayaan ini dinamakan sosialisasi. Ahli sosiologi menyatakan kebudayaan terdiri daripada semua hasil yang dikongsi bersama oleh masyarakat atau berlaku dalam satu kelompok. Tanpa kebudayaan sesuatu kelompok masyarakat itu tidak boleh hidup.

Menurut pandangan Shipman (1975 ) ialah ,
           
Culture defines the relation between the individual, as actor ,
            to other actors and the situation that they are in.
                                                            ( Sosiologi sekolah dan pendidikan ; 1998: 55 )


Budaya juga boleh dikatakan sebagai perasaan, warisan sosial manusia, cara pemikiran dan juga aksi-aksi yang diperturunkan dari generasi ke generasi merangkumi budaya material dan bukan material. Budaya material ini boleh dikatakan wujud dalam bentuk maujud atau artifek fizikal seperti pakaian, komputer, bangunan sekolah dan sebagainya. Manakala bagi budaya bukan material pula merupakan ciptaan abstrak seperti norma, kepercayaan, nilai, adat serta adab dan sebagainya.

Budaya dalam pendidikan (sekolah)

Terdapat dua jenis budaya, iaitu budaya formal dan budaya informal. Kedua-dua bentuk budaya formal dan informal ini berasaskan kepercayaan tentang sekolah dan mempengaruhi cara kita berfikir dan bertindak, bagaimana susunan bilik darjah, dari segi apa yang perlu diajar,  kaedah yang paling baik untuk diajar dan sebagainya.

Budaya formal sekolah:

Budaya formal dicerminkan oleh matlamat rasmi sekolah yang menumpu kepada aspek akademik dan tingkah laku. Perkara ini dimanifestasi melalui jadual waktu, kurikulum, saiz dan ruang serta susunan bilik darjah. Ianya adalah sesuatu perkara yang telah dirancang. Contohnya seperti aktiviti kokurikulum, kegiatan kokurikulum seperti persatuan akademik, kelab-kelab sosial dan unit beruniform yang telah dibentuk secara formal.
Menurut T. Parsons ( 1951 ) ;
“Terdapat tiga corak budaya sekolah iaitu budaya instrumental, budaya ekspresif dan budaya moral. Budaya instrumental berkaitan dengan matlamat sekolah pada masa akan datang khasnya untuk menumpukan kepada orientasi peperiksaan Budaya ekspresif menumpukan kepada kegiatan kepuasan dan nilai-nilai afektif, kesenian, muzik dan kegiatan kreatif. Budaya moral bermaksud menyatu padukan kumpulan menerusi perkongsian idea yang sama.”
(pengenalan ringkas sosiologi sekolah dan pendidikan ; 1998 :57 )

Budaya sekolah dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu:

Pada umumnya budaya formal sekolah di Malaysia mempunyai ciri-ciri yang jelas seperti:


Budaya formal sekolah yang berkesan
Untuk mencari budaya formal sekolah yang boleh diterima oleh seluruh masyarakat adalah susah. Terdapat beberapa garis panduan untuk mewujudkan budaya formal sekolah yang berkesan iaitu dari aspek fizikal, budaya ilmu, pentadbiran dan sosial.

Budaya informal sekolah.
Budaya informal pula  dibentuk oleh subbudaya guru, murid, pentadbir, pekerja sokongan, ibubapa dan dipengaruhi oleh status ekonomi sosial, jantina dan lain-lain.
Antara sub budaya sekolah yang amat mempengaruhi sesebuah sekolah ialah sub budaya pelajar dan sub budaya guru.

Sub budaya pelajar.
Sub budaya pelajar ini banyak dipengaruhi oleh faktor seperti jantina, status ekonomi sosial, proses pengaliran dan budaya formal secara keseluruhan. Tiga aspek budaya pelajar yang perlu diketahui iaitu pro budaya sekolah, antara budaya sekolah dan budaya remaja dan anti budaya sekolah.
  1. Pro budaya sekolah
Budaya pelajar boleh dirujuk dari segi peranan dan sifat-sifat yang ditunjukkan oleh pelajar. Peranan dan sifat-sifat pelajar ini sama apabila berada di sekolah ataupun diluar sekolah ataupun dirumah. Sekiranya  pelajar itu seorang yang rajin membantu ibubapa nya dirumah, pelajar tersebut akan terbawa dengan sifat rajin tersebut apabila berada disekolah. Ini mewujudkan jalinan atau kerjasama antara nilai-nilai budaya dirumah dan nilai nilai di sekolah dan akhirnya matlamat sekolah akan tercapai.
  1. Antara budaya sekolah dan budaya remaja
Pelajar yang berada dalam golongan budaya sekolah dan budaya remaja ini masih lagi mengikuti budaya sekolah tetapi dalam masa yang sama mereka juga menghayati nilai-nilai atau perasaan sebagai seorang remaja. Pelajar ini dengan kata lain mempunyai sub budaya mereka tersendiri. Walaupun pelajar dalam golongan ini sering berpakaian mengikut trend masa kini, sering bersosial dengan teman-teman tetapi mereka masih lagi mementingkan pencapaian akademik untuk masa depan mereka.
  1. Anti budaya sekolah
Manakala bagi pelajar yang berada dalam golongan ini meraka sering dipengaruhi oleh status ekonomi sosial pelajar dan ada yang disebabkan oleh faktor pelajar yang bekerja sambil belajar dan juga faktor jantina. Golongan ini sering menimbulkan masalah kepada guru dan juga pihak sekolah kerana golongan ini mempunyai budaya mereka tersendiri.

Sub budaya guru
Sekiranya dilihat pada masa dulu dan kini pandangan masyarakat terhadap peranan dan budaya guru adalah berbeza-beza. Sesetengah masyarakat amat mementingkan peranan guru dalam bidang akademik dan ada juga sesetengah masyarakat yang mementingkan sahsiah guru dalam pergaulan. Kadang-kadang guru turut menjadi mangsa hinaan masyarakat sekiranya seseorang guru itu tidak dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Terdapat beberapa aspek yang boleh dirujuk sebagai budaya umum guru iaitu peranan, sifat dan ilmu pengetahuan.

Peranan
Guru sememangnya memainkan peranan penting jika dilihat dalam konteks KBSR dan KBSM di negara kita ini. Ada yang rasmi dan ada juga yang tidak rasmi peranan seorang guru itu. Kebiasaannya tugas atau peranan guru di sekolah adalah rasmi. Ini kerana seorang guru itu mempunyai tanggungjawab yang amat besar dan tertentu. Antara tanggungjawab seorang guru di sekolah ialah:

Sifat
Untuk menjadi seorang guru perlu ada dalam diri guru tersebut sifat-sifat sebagai seorang guru yang baik. Ia mesti memahami Falsafah Pendidikan Negara untuk kesedaran, insaf dan menghayati tanggungjawabnya sebagai seorang guru. Perlu mempunyai minat yang mendalam terhadap profesion perguruan, yakin dan mahir mengajar. Guru juga perlu bersifat terbuka dengan murid khususnya dan masyarakat amnya, iaitu bersedia menerima pandangan dari mereka.

Subbudaya
Perbezaan antara konsep “masyarakat” dan “masyarakat kecil” sekolah perlu diketahui untuk menganalisis perhubungan antara budaya dan sekolah. Bila dikatakan masyarakat, semestinya luas dan merangkumi ruang budaya yang besar di dalam dan juga luar sekolah. Masyarakat sekolah boleh dikatakan sebagai komuniti sekolah kerana ianya hanya sebahagian daripada masyarakat yang besar. Oleh sebab itulah budaya sekolah hanyalah sebahagian sahaja dari budaya masyarakat yang luas. Walaupun hanya komunuti yang kecil dibandingkan dengan masyarakat yang luas, komuniti sekolah masih mengamalkan budaya-budaya yang sama dikalangan masyarakat. Walaupun begitu di dalam kelompok komuniti yang kecil itu terdpat juga amalan-amalan budaya yang berbeza dengan budaya masyarakat yang di amalkan oleh komuniti sekolah yang sering berlaku secara tidak formal. Inilah yang dikatakan sebagai subbudaya. Subbudaya yang biasa terjadi ialah penyimpangan kumpulan yang terkeluar daripada budaya komuniti sekolah dan masyarakat. Kumpulan-kumpulan ini menganggap sekolah adalah sesuatu perkara yang tidak penting dan mereka bosan terhadap apa yang berlaku dalam komuniti sekolah. Banyak contoh subbudaya dikalangan kumpulan-kumpulan pelajar yang membuat tanggapan bahawa sekolah tidak penting iaitu subbudaya ponteng sekolah, subbudaya lepak, subbudaya black metal dan sebagainya.


:: Sajak Bumi Bertuah Ini ::



Bumi bertuah ini


Bumi bertuah ini menghimpun sejuta kisah
Tangisan perjuangan, sorakan kegembiraan
Dulu pedih jiwanya dibaja
Darah merah sang penegak bangsa
Demi mengusir si tamak haloba


Setengah abad telah berlalu
Kesengsaraan hilang bak angin lalu
Perjuangan tidak habis di situ
Langkah diayun bersama waktu
Azam dan tekad diuli bersatu
Bersama janji wasiat terdahulu


Kini sayu jiwanya menangis ketakutan
Meronta hatinya resah gelisah
Melihat perjuangan itu adakah akan hilang
Bersama arus deras menyusur lalu
Yang tak terlangkau sudah
Waktu demi waktu


Tapi sesungguhnya bumi ini bumi bertuah
Terlanjur melangkah mengundur padah
Kedaulatan dijulang warisan dimartabat
Seantero ceruk terkenal sudah
Memacu laju seiring jagat
Tanda perjuangan ini bukan satu madah




:: Gengsterisme di sekolah ::


Sinopsis Isu 

 Hasil kajian ‘Gengsterisme di sekolah menengah harian’ oleh Bahagian dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian Pendidikan amat membimbangkan. Angka 459 daripada 1560 sekolah menengah harian sebagai berisiko tinggi, iaitu terdedah kepada pelbagai masalah gengsterisme. Di antaranya termasuklah salah laku yang serius seperti peras ugut, salah guna dadah, mencabul kehormatan, pelacuran, mencuri ,berjudi menceroboh dan membawa senjata. 
 Pada keseluruhannya tahap gengsterisme di kalangan pelajar  masih boleh dikawal sekiranya tindakan tegas secara bersepadu dilaksanakan. Masalah gengsterisme bukan masalah pelajar sahaja  tetapi juga masalah  masyarakat dan perlu ditangani  oleh semua pihak termasuk ibu bapa. Berikutan dengan hasil kajian itu, usaha bersepadu perlu dilaksanakan segera untuk menghapuskan sama sekali masalah samseng dari terus menular.Ia mesti dilakukan secara serius dan berkekalan kerana memberi kesan kepada  keharmonian persekolahan kepada semua warga sekolah.
 Kementerian Pendidikan perlu mewujudkan sebuah pasukan bertindak bagi merangka strategi menangani ini dengan segera. Di samping itu cadangan beberapa pihak lain seperti polis dan pihak berkuasa tempatan  perlu diambil kira.Kita harap dengan berbuat demikian barulah tindakan pada peringkat sekolah lebih berkesan, menyeluruh dan seragam. Salah satu sebab kenapa semakin ramai ibu bapa memilih untuk tidak menghantar anak mereka bersekolah di sekolah aliran perdana  adalah kerana masalah  disiplin, terutamanya berkaitan gengsterisme.Mereka berminat menghantar anak ke sekolah aliran agama yang pada tanggapan lebih selamat.Mereka dikatakan tidak banyak terbabit dalam kancah masalah sosial.
 Para guru terutamanya guru besar juga mempunyai peranan yang amat penting dalam usaha menangani gejala buruk ini.Mereka seharusnya tidak menyembunyikan kegiatan gengsterissme dan samseng di kalangan pelajarnya.Sekolah-sekolah  yang terbabit dengan masalah gengsterisme diminta memberikan kerjasama penuh kepada polis. Kesimpulanya,kita perlu mencipta formula baru bagi membendung  virus disiplin yang semakin membimbangkan. Semua pihak perlu berganding bahu dan bekerjasama tanpa saling menuduh antara satu sama lain.

Disiplin pelajar dari  perspektif Teori Struktural – Fungsional
 Gejala gensterisme di kalangan para pelajar boleh dikaitkan dengan  tahap disiplin seseorang individu. Menurut Kamus Dewan ,” Disiplin membawa pengertian latihan pemikiran dan kelakuan supaya  ahli masyarakat atau individu boleh mengawal diri,peraturan-peraturan yang ditetapkan  untuk melatih seseorang berkelakuan baik. Manakala dari sudut agama Islam disiplin dapat disimpulkan satu tatacara larangan atau satu sistem hukuman yang dikenakan ke atas seseorang.Selain itu ia adalah satu proses latihan dan pembelajaran yang bertjuan untuk membetul, menguat dan menyuburkan unsur-unsur kawalan diri serta kepatuhan kepada peraturan  dan norma-norma kebudayaan.
 
Definisi  dan  konsep  Teori  Fungsionalisme
 
  Teori  ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim. Mengikut teori  ini  bahawa masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan semasa. Masyarakat sebagai satu organisma dan setiap organ mempunyai peranan yang tersendiri. Teori  ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan atau aktiviti yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Para ahli fungsionalisme selalu menyatakan bahawa setiap bahagian masyarakat mempunyai tujuan-tujuan  dan keperluan-keperluan tersendiri.
 Teori ini menekankan kepentingan persefahaman setiap ahli masyarakat untuk mencapai keharmonian dan kestabilan masyarakat.Mengikut pemikiran ahli fungsional, kita harus memerhati terlebih dahulu fenomena sosial iaitu mengenalpasti struktur sosial.Teori ini akan mengkaji bagaimana sistem sosial itu berfungsi.Kemudian mereka akan menilai sejauh manakah perjalanan sistem  tersebut membawa kepada keharmonian sebagai syarat untuk mengekalkan ikatan masyarakat.Idea fungsionalisme ialah masyarakat adalah berasaskan konsesus. Maksud konsesus ialah manusia bersetuju kepada nilai-nilai asas masyarakat di mana mereka hidup dan mengiktiraf kebaikan-kebaikkanya. Adalah menjadi kemahuan setiap anggota bahawa konsesus berterusan wujud supaya masyarakat dapat berjalan lancar.
Fungsi nyata ialah seperti tugas guru atau sekolah yang dirancangkan iaitu memberi pengajaran.Manakala fungsi tidak nyata ialah bermaksud tidak dirancang. Di mana pada waktu rehat murid tidak berkeliaran tetapi mereka dapat mengsisi masa itu dengan berfaedah.
 Kelemahan teori fungsional secara keseluruhan ialah mereka menolak perubahan sosial yang menjejaskan kestabilan sistem sosial. Alasanya mahu ke arah peraturan sosial.Misalnya dalam masyarakat yang sedang membangun masih lagi terdapat golongan yang miskin, tercicir dan tidak mendapat kerjasama dengan kumpulan masyarakat yang kaya. Oleh itu masih wujud lagi jurang susun lapis dalam sesebuah masyarakat.


Faktor yang mempengaruhi  wujudnya masalah disiplin 

 .1)Institusi Keluarga 

    Ibu bapa  adalah  orang yang terpenting  dalam sesebuah keluarga. Mereka memainkan peranan  utama dalam mencorak masa depan keluarga. Anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang menjadi pengarahnya. Dalam konteks ini, penekanan aspek disiplin amat mustahak sekali.Terdapat di kalangan ibu bapa yang tidak menunjukan teladan yang baik kepada anak- anak. Ini menyebabkan anak-anak teriku-ikut dengan sikap dan perbuatan  ibu bapa mereka . Ada ibu bapa yang tidak sehaluan atau sefahaman di rumah,anak-anak berasa tidak aman dan cuba mencari jalan keluar dari masalah ini.Dengan ini timbul golongan anak-anak yang tidak mendengar nasihat keluarga dan banyak menghabiskan masa bersama-sama raakan sebaya untuk berkongsi masalah dan menghilangkan rasa bosan.Punca pendapatan ibu bapa juga mempengaruhi masalah disiplin. Ibu bapa yang berpendapatan rendah menyebabkan  anak-anak tidak mampu membayar yuran persekolahan. Pelajar berasa malu untuk ke sekolah.Oleh itu mereka melencong atau melepak di kompleks-kompleks  membeli belah.
James Becker mengatakan ketidakseimbangan disiplin sesebuah keluarga akan menyebakan anak-anak tidak dapat menwujudkan pengawalan diri yang baik.

.2)Rakan Sebaya 


 Rakan atau kawan adalah ibu bapa kedua bagi seseorang pelajar.Pengaruh rakan
sebaya mampu mencorakkan sikap dan nilai tingkahlaku pelajar,lebih-lebih lagi
 mereka yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalah keluarga.
 Pelajar menganggap peraturan dan undang-undang sekola sebagai sesuatu yang
 remeh dan tidak perlu dipatuhi. Mereka akan membentuk kumpulan sendiri yang
 akan mengadakan peraturan  tertentu. Ahli kumpulan tersebut hendaklah
 mematuhinya.Dari sini mula timbulnya masalah disiplin seperti peras ugut dan
 pergaduhan.

3)Pihak Sekolah 
 
   Sekolah  adalah  rumah  kedua para pelajar, begitu juga dengan para pendidik
   yang menjadi ibu bapa semasa di sekolah.Tugas guru semakin mencabar dalam 
   era globalisasi. Di samping menjadi pendidik, mereka juga menjadi ‘role model’
  kepada pelajar.Kegagalan guru mendidik akan menjurus ke arah masalah pelajar.
 Amalan demokrasi dalam pendidikan kurang diterapkan terutamanya dalam
  pemilihan mata pelajaran elektif. Pelajar tidak sepatutnya dipaksa memilih aliran
 belajar dan mata pelajaran pilihan. ia boleh menjejaskan prestasi pelajar tersebut.
 
Ini menyebabkan berlakunya konflik jiwa, pemberontakan batin dan rasa tidak 
 puas hati di jiwa pelajar.Konflik juga timbul kerana pelajar tidak puas hati kepada guru yang mengajar. Contohnya pengajaran guru tidak berkesan atau kurang cekap dalam mata  pelajaran berat seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
 Selain itu sekolah di negara ini kebanyakkannya berorentasikan kepada peperiksaan.Pelajar menghadapi tekanan mental dan sosial.

4) Pengaruh Media massa dan Siber 
 
Media massa dapat di kategori kepada  dua jenis iaitu media cetak dan media
elektronik. Kedua-dua media ini banyak mempengaruhi para pelajar ketika ini.
Golongan remaja khususnya para pelajar mudah meniru dan mengikut pelbagai
adegan dan perlakuan negatif yang ditayang  dalam pelbagai media.Mereka ingin
tahu dan mencuba sendiri apa yang dilihat. Dalam era globalisasi ini juga
menyebabkan para pelajar dapat mencapai    pelbagai maklumat  dengan
melayari internet.Dengan wujudnya cyber cafe telah   memudahkan para pelajar
 mendapat bahan dan maklumat mengikut citarasa.

  

Cadangan &  Kesimpulan 
 
 Sudah sekian  lama masalah sosial menular di kawasan sekolah dan melanda kebanyakkan pelajar kita. Sama ada disedari atau tidak kebanyakkan masalah yang melanda masa kini adalah disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud  disekeliling kita.dengan publisiti meluas di dalam media massa, masalah sosial di kalangan pelajar sebenarnya sudah berada pada tahap yang mencemaskan.
 Salah siapa gejala ini wujud? Ada setengah pihak yang dengan cepat menunding jari kepada  para guru.Memang benar ada segelintir guru yang tidak bertanggungjawab dan tidak profesional. Tetapi bilangan guru seperti ini adalah kecil. Tentulah tidak adil menunding jari hanya hanya kepada guru sebagai faktor utama merebaknya masalah ini di sekolah.Ini seandainya kita megambil kira masa murid bersama guru hanya kira-kira enam jam sehari.Masa selebihnya termasuk hari sabtu,ahad dan cuti umum, anak-anak tersebut adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa penjaga. Ibu bapa sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang  lebih besar terhadap anak-anak. Mereka perlu mengambil berat dan memerhatikan setiap pergerakkan anak-anak di luar waktu sekolah. Ibu bapa tidak boleh lepas tangan dan membiarkan anak-anak untuk melakukan apa saja tanpa kawalan. Malangnya ramai ibu bapa sekarang terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan harian, menyebabkan masa untuk bersama anak terhad. Atas alasan  perlu bekerja lebih untuk mendapat banyak wang, ibu bapa telah meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru.
 Pihak kerajaan perlu menggubal undang-undang yang dapat menghukum ibu bapa yang cuai mendidik anak-anak. Jika  guru yang tidak bertanggungjawab boleh dihukum mengikut peraturan yang sedia ada.Tetapi apa pula tindakan terhadap ibu bapa yang cuai, lepas tangan dan tidak bertanggungjawab sehingga anak-anak mereka terlibat dalam kegiatan tidak sihat. Ibu bapa seperti inilah sebenarnya faktor utama yang meningkatkan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah.
 Kurikulum Pendidikan perlu dikaji dan dikemaskini selalu megikut peredaran masa.Ini bagi memastikan input yang diberi kepada pelajar bertepatan dengan hasrat masyarakat dari segi agama, akhlak dan budaya negara yang positif.
Pihak kerajaan juga mempunyai peranan yang paling penting dalam hal ini. Akta pencegahan jenayah dan Akta Juvana juga perlu dikaji dan diubahsuai selaras dengan zaman globalisasi. Setiap pelajar tanpa  mengira kaum dan kelas sosial perlu didekati supaya mereka menghayati keunggulan disiplin. Keunggulannya dapat diterapkan melaui kerjasama semua pihak sperti pentadbir sekolah, para guru, ibu bapa dan sebagainya.Secara tidak langsung masalah disiplin yang semakin serius dapat dikurangkan peratusannya. Sesungguhnya kuatkuasa disiplin adalah untuk kebaikan semua pihak.


Monday, January 10, 2011

:: Profesion Perguruan ::

PROFESION PERGURUAN

PROFESION perguruan cukup diberi perhatian oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan.
Maka tidak hairanlah begitu banyak maktab-maktab perguruan didirikan.
Kini wujud pula sebuah universiti perguruan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terletak di Tanjung Malim, Perak.

Di peringkat universiti, banyak kursus yang berkaitan bidang perguruan ditawarkan.
Malah kementerian merancang menambah bilangan guru berpendidikan diploma dan ijazah.
Dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan, kementerian membuka peluang kepada guru-guru yang memiliki sijil dan diploma melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bertujuan meningkatkan tahap akademik mereka.


Ini selaras dengan usaha kementerian untuk menjadikan negara sebagai pusat kecemerlangan ilmu serantau yang pastinya memerlukan tenaga pengajar di sekolah yang berkaliber.
Kerjaya sebagai guru membuka peluang yang begitu luas. Semakin meningkat jumlah penduduk maka semakin banyak guru diperlukan - tidak kira di bandar raya, bandar mahupun di luar bandar.
Lulusan institut pengajian di bidang ini tidak perlu bimbang kerana lepasan sijil, diploma dan ijazah pertama pasti dilamar oleh kementerian selepas menamatkan pengajian.


Terdapat juga guru-guru yang ditawarkan untuk berkhidmat di sekolah-sekolah swasta.
Berhubung soal pendapatan, seseorang guru akan ditawarkan gaji dan elaun berdasarkan kelulusan mereka sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah.
Seperti profesion lain, seorang guru dalam tugasan seharian harus berpegang kepada etika dan tata susila profesion perguruan supaya tidak lari daripada matlamat murninya.
Mereka juga harus minat terhadap profesionnya serta mata pelajaran yang diajar.



Ciri-ciri peribadi yang diperlukan 
  1. MEMINATI profesion ini.
  2. Mempunyai pengetahuan di dalam bidang yang diajar.
  3. Sanggup mendidik dan menunjuk ajar murid-murid
  4. Bersifat sabar
  5. Berkeperibadian mulia
  6. Mampu menghadapi cabaran dunia pendidikan
  7. Sanggup bekerja tanpa mengira tempat sama ada di bandar atau luar bandar

Tuesday, January 4, 2011

:: Selaras kalendar IPTA berperingkat ::


Selaras kalendar IPTA berperingkat
Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my
2011/01/05
 Kementerian tetapkan jadual kemasukan pelajar minggu pertama September 




PUTRAJAYA: Penyelarasan kalendar akademik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari Jun ke September, akan dilakukan secara berperingkat mulai sesi 2011/2012 hingga sesi akademik 2013/2014. Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke depan pada setiap sesi akademik supaya fasa peralihan dari Jun ke September dapat dilaksanakan sepenuhnya, mulai sesi akademik 2013-2014.

Bagi sesi akademik 2012/2013 pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada 13 Ogos 2012 dan pelajar lama pada 20 Ogos, manakala bagi sesi akademik 2013/2014 pelajar baru akan mendaftar pada 2 September 2013 dan pelajar lama pada 9 September.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata penyelarasan itu penting dan menjadi sebahagian pendekatan kementerian untuk memperkukuh serta transformasi sektor pengajian tinggi negara menerusi Fasa Kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) mulai 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2015.

"Bagi tahun ini, selepas mengambil kira pandangan IPT, kita menetapkan jadual kemasukan pelajar ke IPTA pada minggu pertama September kerana tarikh pendaftaran asal yang dicadangkan dan cuti Aidilfitri adalah terlalu dekat.
“Oleh itu, kita akan memberikan kebebasan kepada universiti sama ada memanggil pelajar lama mendaftarkan diri, pada September atau mengikut jadual ditetapkan sebelum ini," katanya pada sidang media khas bagi menjelaskan mengenai cadangan penyelarasan kalendar akademik IPTA di sini, semalam.

Mohamed Khaled berkata, kementerian percaya pelaksanaan anjakan kalendar akademik dapat meningkatkan perkongsian ilmu dengan masyarakat antarabangsa menerusi mobiliti pelajar dan pensyarah di IPT tempatan dan luar negara.

Dalam proses pengantarabangsaan pengajian tinggi negara, katanya, pelajar IPTA perlu didedahkan dengan senario, budaya dan amalan di luar negara bagi membolehkan mereka membina sahsiah dan menimba pengalaman.

“Sebagai contoh, pendedahan menerusi Program Mobiliti Malaysia-Indonesia-Thailand adalah peluang terbaik kepada pelajar IPTA kita mengenai amalan di luar negara, tetapi peluang itu tidak dapat dimanfaatkan kerana perbezaan jadual akademik antara universiti tempatan dengan negara berkenaan.

“Penyelarasan ini juga membolehkan pelajar dan profesor dari universiti luar negara berkongsi pengalaman, kepakaran dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama dengan penuntut serta tenaga akademik Malaysia," katanya.

Mohamed Khaled juga berkata, penyelarasan itu juga dapat membantu mengatasi mobiliti pelajar ke luar negara kerana setiap tahun Unit Pusat Universiti (UPU) berdepan pelajar yang sudah memasuki, keluar selepas mendapat
tawaran ke luar negara pada September.

Friday, December 31, 2010

:: Tips Jadi Pandai ::


Tips Menjadi Pandai Menurut Islam



Rasululllah adalah manusia paling pandai dan bijak dalam sejarah peradaban manusia. 
Kalau nak pandai dan bijak macam Rasulullah, kena ikut sunnah baginda.

- Kurma dan susu adalah makanan rutin Rasulullah.

- Rasulullah tidak menggalakkan makan makanan yang bercampur ikan dan daging/ayam.

- Sunnah ketika makan: makan buah dahulu (Rasulullah makan kurma dahulu sebelum makan benda lain. Kita hanya mengamalkan sunnah ini pada ketika bulan puasa sahaja 
sedangkan amalan sunnah patut diamalkan sampai bila2.)

- Merokok hukumnya HARAM. Sapa suruh merokok.

- Dua faktor yang menjadikan seseorang itu bijak. Pertama: Bahasa dan Kedua: Cuaca, bahasa terbaik dipelajari untuk nak jadi pandai ialah bahasa Arab.

- Sunnah Rasulullah dalam sukan ialah bermain pedang, menunggang kuda dan memanah.

- Nak jadi bijak, banyakkan solat. Pandai dan bijak itu adalah sifat Allah. Manusia tak pandai, manusia tak bijak. Allah yang pinjamkan kebijaksaanNya kepada manusia untuk manusia jadi bijak dan genius. Manusia yang paling genius dalam dunia hanya dipinjamkan oleh Allah tak sampai 0.1% daripada kebijaksaan Allah SWT.

- Untuk jadi mulia disisi Allah, untuk berjaya dunia dan akhirat, untuk tidak dizalimi oleh musuh…
kuncinya hanyalah TAQWA dan IMAN.

- Nak jadi org bertaqwa dan nak dapat hidayah dan iman bukan hanya duduk kat rumah buat ibadah.

- Penternak ayam takkan tahu betapa busuknya reban ayamnya kerana setiap hari asyik duduk dalam reban ayam sehingga hidungnya sudah lali dengan bau busuk tersebut. Cuba keluar dari reban selama beberapa jam, kemudian masuk balik. Nescaya kebusukkannya akan menucuk hidung.

- Sama macam kita. Kalau tak keluar pergi buat dakwah kita takkan tahu alangkah nipisnya iman kita. “Alah… aku solat tak pernah tinggal, puasa tak pernah miss, zakat pon aku bayar, kira beriman lah tu…” 
Adakah itu yang anda fikirkan? Internet down atau server down setengah jam pon dah mula merah padam muka takut income tak masuk. Itulah betapa lemahnya iman kita.

Ehsan Kini2u.Com 

Monday, December 27, 2010

:: Pentingnya orang muda kenali sejarah ::



Pentingnya orang muda kenali sejarah — Tengku Arief
October 12, 2010



12 OKT — Dengan angka yang meningkat kepada lebih kurang 7 juta golongan muda yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak maka sudah tentu faktor kemenangan parti-parti yang bertanding sangat bergantung kepada golongan ini.

Tetapi sesetengah golongan ini sehingga kini masih tidak mengerti atau memahami tentang betapa pentingnya kuasa politik dalam kehidupan mereka. Ini kerana golongan ini mempunyai pandangan yang tersendiri berhubung dengan erti politik.

Bagi mereka umumnya, politik itu sesuatu yang busuk dan tidak harus bagi golongan seperti mereka terlibat sama kerana sudah merasa selesa dengan keadaan semasa hinggakan mereka lupa untuk menoleh ke belakang tentang asas-asas yang telah membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu hingga ke hari ini.

Golongan ini terlalu dimomokkan dengan cerita-cerita yang tidak pernah membawa pengertian yang mendalam kepada mereka kerana kegagalan mereka untuk mengenali sejarah yang begitu penting dalam asas sesebuah negara.

Apa lagi dengan teknologi canggih yang ada dari semasa ke semasa telah merubah persepsi golongan ini terhadap perjuangan pejuang-pejuang kebangsaan dan menganggap seolah-olah para pejuang ini tidak pernah wujud serta penting dalam kehidupan hari kini, sedangkan hakikatnya terlalu penting pada mereka demi untuk kebaikan mereka pada masa hadapan.

Kejahilan golongan ini terhadap memahami sejarah telah membawa mereka kepada hidup tanpa asas sempadan yang mengakibatkan kekeliruan yang amat besar. Apatah lagi kepada generasi yang dulunya daripada bangsa yang datang untuk mencari ekonomi di negara ini. Hasilnya kita dapati generasi muda ini tidak lagi menghormati prinsip kerukunan dan Perlembagaan yang telah diguna pakai semenjak penubuhan sebuah negara yang merdeka.

Bahkan mereka melaung-laungkan api kebencian kepada bangsa tuan tanah ini yang cuba mempertahankan hak-hak mereka agar tidak terlepas pandang mahupun tertanam sebegitu sahaja setelah pengorbanan yang memeritkan dilalui oleh tuan tanah ini demi mendapatkan sebuah negara yang merdeka.

Generasi Melayu juga banyak yang tidak memahami sejarah apatah lagi untuk mengenali para pejuang bangsa kerana kealpaan mereka untuk mengejar kehidupan yang semakin hari semakin pantas hasil daripada pertumbuhan ekonomi sejagat yang tidak lagi mementingkan sebuah kehidupan yang berlandaskan kepada faktor-faktor terhormat.

Generasi ini dengan begitu mudah melupakan asal usul dan sebahagian mereka sanggup untuk bersekongkol bersama-sama dengan mereka yang boleh dianggap sebagai pengkhianat negara. Mereka ‘termakan’ segala janji palsu yang sehingga kini masih lagi gagal dikotakan bahkan semakin buruk terjadi apabila perjuangan mereka yang boleh dianggap pengkhianat ini terbantut di tengah-tengah jalan sehinggakan menghadirkan kekacauan dalam negara.

Sesuatu yang pantas perlu dilakukan oleh pihak kerajaan khususnya daripada pihak yang berwajib untuk menjadikan generasi muda agar lebih memahami betapa pentingnya mengenali sejarah tanah air. Ini kerana mereka yang akan mewariskan sejarah ini kepada generasi baru tanpa ada sedikit pun kehilangan dari segi fakta dan peristiwa.

Hakikat pahit kadang kala harus dirungkaikan agar lipatan sejarah ini akan terus kekal dan dihayati oleh generasi muda agar mereka tidak hanyut dan lupa tentang sejarah. — Utusan Malaysia
* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Wednesday, December 22, 2010

:: Doa Penerang Hati ::


DOA PENERANG HATI 

Doa ini baik di amalkan sebelum mengulangkaji sesuatu pelajaran
 رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
 
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"

(Taha : 25,26,27)





:: Falsafah Pendidikan Guru ::


FALSAFAH PENDIDIKAN GURU 



"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

:: Falsafah Pendidikan Kebangsaan ::


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."


Entri lain :

Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner