Salam.
Pada 20 Februari lepas, aku berkesempatan join hari keluarga yang dianjurkan oleh Fakulti tempat aku bekeje. Ni 1st time aku join aktiviti sebegini setelah 3 tahun bekeje dengan Fak. Pengajian Alam Sekitar, UPM. Tapi hari keluarga ni baru pertama kali diadakan. Jadi aku masih belum rugi apa2.. hehe. Bertempat di Impian Rimba Resort, Pangsun, Hulu Langat. Aku bertolak dari UPM pada jam 8 pagi bersama seorg lagi staf iaitu Kak Dalina. Memandang kami masih single, kami tidak membawa keluarga masing2. hehe. (kalau bawa pon, kene bayar extra). Dengan warna tema merah/biru sepanjang hari berlangsung nya hari keluarga itu, keadaan di Pangsun sangat la ceria.
Aku pilih berbaju tshirt biru dan seluar trek. Mmg mcm nak bersukan la kan.. Tapi mmg betul pon aku bersukan. Banyak jugak acara sukan yang aku join. Aku diletakkan dalam grup Hijau. Antara yang berada dalam kumpulan aku adalah, SU JPAS iaitu Mas dan keluarga nya, Hj. Rashid, Dr. Hafizan, Kak Noriyah, Muhaimin dan beberapa org staf lagi. Antara acara yg aku join pada hari itu adalah Lari dalam guni, baling dan sambut telur mentah, sambut belon air.. semua itu adalah acara berkumpulan. Memang seronok sbb sekali sekala beriadah dengan staf2 yang jarang dpt bersuka ria bersama. Paling mengujakan aku adalah, acara cabutan bertuah. Untuk pengetahuan, aku jarang menang dalam acara cabutan bertuah. Selalu nya mmg tak bertuah pun. Alih2 kali ni aku dpt cabutan yang ketujuh dari 20 hadiah yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Terima kasih banyak2.. Aku dapat lampu disco yang menarik! hehe. Ni ada beberapa gambar untuk aku share dengan semua pembaca! Kebanyakkan gambar aku dah upload kat FB. Leh tgk kat sana ok. :) www.facebook.com/saraspecky
No comments:
Post a Comment