Monday, March 1, 2010

bLur... :P

Salam.

Lama betul rasanya aku tak menulis kat blog ni. Makin lama rasa mcm malas plak nk menulis. Tapi banyak bende yg nak diceritakan. So, aku terpaksa gak menulis kat sini sbb nak share apa yang aku alami. Kali terakhir aku menulis adelah pada awal Januari lalu. Ni dah masuk bulan Mac. Dua bulan masa yang berlalu tu mcm2 peristiwa yang aku alami. Ada yang menyeronokkan, ada yang menyedihkan. Biarla aku mulakan dengan cerita yang mengujakan..
Bln Januari, aku telah berkesempatan naik ke Genting highland untuk bercuti bersama keluarga dan saudara mara ku. Kami bermalam di Hotel First World Genting untuk satu malam. Cerita mengenai percutiaan di Genting ni aku dah tulis di http://www.sapangka.blogspot.com/ .



Memang sangat menyeronokkan bila dpt berkumpul dengan keluarga dan buat aktiviti yang jarang2 dpt buat same2.. Kalo ada yang nk tgk gambar2 yang lebih menarik, boleh la tgk di FB aku ok. Sume ada kat situ. :)
Kemudian pada bulan Februari pula, kami sekali lagi mencadangkan untuk main2 air di Sunway Lagoon pulak. Memandangkan cuaca pada waktu tersebut, panas dan kering, aktiviti mandi manda ni sangat la sesuai dijalankan. Tapi malangnya, keadaan di sana yang sangat panas, merimaskan kami. Aku ke sana dengan adik lelaki ku iaitu Imal dan anaknya Daniel serta keluarga Cik Uji. Keadaan orang yang sangat ramai memandangkan waktu itu adalah cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Aku tak dapat nak kongsi gambar, kerana kebanyakkan gambar masih belum diupload oleh cik uji. Tunggu je laa.. hehe!
Bulan Februari jugak sepatutnya adalah bulan yang menggembirakan aku. Tapi malang, lain yang berlaku. Bagi yang rapat dengan aku, kalian mesti tau apa yang terjadi.. Majlis risik yang sepatutnya dijalankan sehari sebelum hari lahir aku, dibatalkan kerana kebodohan pihak sebelah sana. Aku tak menyesal tapi aku sangat bersyukur ia berlaku sebelum aku dan pasangan aku diikat. Aku taknak seorg lelaki yang bermulut lancang dan bebas bercakap sesuka hati tanpa menjaga hati dan perasaan aku. Aku seorg yang sangat sensitif. Walaupun aku nampak ceria, hati aku Tuhan je yang tau. Setelah berfikir dan meminta pendapat seluruh ahli keluarga ku, aku bersedia untuk memutuskan perhubungan yang dijalin hampir 3 tahun dengan lelaki yang aku panggil Zul. Semoga Tuhan berkati apa yang aku lakukan. Dan aku berharap agar keputusan yang aku buat ini adalah yang terbaik. Sekarang, aku dah kembali happy! Aku happy kerana pada 28 Februaari lalu, aku menyambut hari lahir dengan dikelilingi org2 tersayang. AKu dan 3 orang sepupu mengadakan majlis hari lahir di rumah nenek di Beranang. Seronok sbb dapat hadiah lepas sekian lama tak dapat hadiah hari jadi. Itu pon aku dan sepupu2ku bertukar2 hadiah. Memang best! Ni ada beberapa gambar nak kongsi! :)

Ni la birthday girls! Dari kiri, Mira, aku, Hanie, Fara..


Tu saje la yang mampu aku tulis untuk kali nie. Pasnie, kalo rajin, aku upload lg cerita menarik. Terima Kasih semua!! :D

No comments:

Post a Comment