Memaparkan catatan dengan label HAPPY BIRTHDAY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HAPPY BIRTHDAY. Papar semua catatan

Sabtu, 21 April 2012

HERO KU 3 TAHUN

Happy birthday bambam mama..sekejap je kan masa berlalu.Rasa macam baru je bersalinkan dia..tup.tup dah 3 tahun anak mama ni.2 hari sebelum melahirkan..aku dah ada tanda2 nak bersalin..dalam hati harap2 adam lahir sama dengan tarikh anniversary aku.Pagi 19/4 tanda2 makin kuat.Malamnya aku masuk hospital..pukul 5 pagi keluarlah hero sorang lagi ni.Adam lahir di qatar..jauh di perantauan tanpa ada orang yang boleh menjaga aku dalam pantang kecuali suami tersayang.Alhamdulillah adam budak baik..dia tau mama terpaksa berpantang seorang diri jadi dia jarang buat hal.

Ni adam baru berusia 3 hari.Tapi macam budak besar dah.. 


 Adam dari kecil memang mudah sangat2 ketawa.Pantang diusik..



Pantang jumpa kamera..pandai beraksi.Adam memang nakal tau..suka usik semua orang dalam rumah ni


Cukup suka bergaya.Adam paling riuh dalam rumah ni..kalau dia tidur..rasa ada kekurangan sebab sunyi sepi rumah ni.


HAPPY BIRTHDAY  BUAH HATI PENGARANG JANTUNG MAMA

Rabu, 22 Februari 2012

KALAU DIA MASIH ADA....

Hari ni genap umur aruah abang aku 41 tahun..kitorang berbeza 10 tahun.Tapi dalam 6 orang adik beradik..aku paling rapat dengan aruah abang.Dulu2..21 dia akan ucap birthday pada aku pastu keesokkannya..aku pulak call dia ucap selamat harijadi.Syok campur kelakar..he..he..masa zaman kecik2..kitorang sambut sekali je.Sekejap je masa berlalu..dah hampir 5 tahun dia pergi.Aku rindu sangat2 saat2 bersama aruah abang..tapi segalanya takkan berlaku lagi.Hanya al Fatihah mampu aku hadiahkan sempena tarikh yang kini hanya menjadi kenangan.

MAMA..ALONG TAKDE DUIT...

Petang semalam along bagi mama kad birthday yang dia buat sendiri dari kertas A4.Walaupun tak seberapa...tapi aku terharu gilerrr.Sape2 yang dah jadi mak..mesti faham perasaan aku ni.Tak dapat digambarkan perasaan gembira walaupun hanya sekeping kertas.Terima kasih sayang mama.Yang buat aku amat2 terharu sampai nak menitik air mata..bila dengar dia cakap.."mama..along takde duit.Nanti along dah besar macam abah,along kerja dapat duit banyak2 pastu along beli hadiah untuk mama ye".Hmmm..anak mama sayang..bukan hadiah yang mama harapkan.Sebenarnya 3 minggu lepas masa sembang2 ngan along..dia tanya birthday mama bila.Aku bagitaulah tarikhnya.Tak sangka dia ingat.Mama sayang anak2 mama....


Simple tapi amat bernilai bagi mama.Pssttt..cuma umur tu termuda setahun.Nak bagitau along salah tulis..tak sampai hati pulak.So mama diam2 jelah.


Ni dia kepilkan dalam kad tu.Ada tulisan..tapi kecil je dia tulis.... 


 Ini yang ditulis...inilah hadiah yang cukup bernilai buat mama.

Selasa, 21 Februari 2012

BERTAMBAH LAGI SATU ANGKA...

Alahai..tambah lagi umur.Arini genap umur aku 31 tahun.Alhamdulillah aku masih lagi bernafas...dapat tengok orang2 tersayang.Rasanya takde kot yang lebih2 aku nak harapkan sempena harijadi ni.Rasanya serba serbi dah ada.Beruntung hubby dapat bini macam aku..jarang minta yg bukan2.he..he...jangan muntah pulak..apa salahnya sesekali puji diri sendiri.kan...kan..baru ni ada hubby suruh pilih barang kemas tapi aku manalah pandai pasal emas2 ni.Lagi satu..aku memang tak minat pakai barang kemas.Lalu kedai emas...buat tak nampak je.Hubby tanya nak hadiah apa...aku tak kisah.kalau Bagi.. aku ambil je...tak ade hadiah pun ok..janji dia ingat tarikh birthday aku.Phone ni pun..hubby aku baru je belikan.untuk hubby tersayang...thank's sebab selalu manjakan isteri mengada ngada dan manja ni.tapi dalam gembira..ada terselit duka..esok birthday aruah abg aku yang ke 41.Dulu masa dia ada...arini mesti call wish birthday aku pastu esok..aku pulak call dia.Rindu tapi takkan berjumpa lagi.Happy birthday to me..korang doakan semoga aku jadi isteri dan ibu yang mithali..ameeen

Published with Blogger-droid v2.0.3

Rabu, 20 April 2011

DAH 2 TAHUN..

Terasa pantas masa berlalu.Sedar2 sudah 2 tahun mama membelai anak mama ni.Semoga Allah terus memanjangkan lagi usia mama untuk terus melihat anak2 mama membesar


Mata anak2 cukup bersih.Insyaallah semoga kebersihan dan kesucian pandangan itu akan terus berkekalan sehingga akhir hayat.Semoga jadi insan yang terpelihara dari melakukan perkara yang tidak elok.


Wajah yang cukup mulus.Semoga berjaya didunia dan akhirat.Jangan lupa taat pada perintah Yang Maha Esa dan juga mama serta abah.Harap2 adik dapat mengharungi dugaan hidup didunia ini


Keletah dan kenakalan adik sering mengundang tawa mama,abah dan along.Cerialah selalu adik..itulah pengubat bagi kami insan disekelilingmu.Kami semua saaaayaaaang adik.Happy birthday sayanggggg

Isnin, 21 Februari 2011

HAPPY BIRTHDAY

Genap harini usia aku 30 tahun.Macam tak percaya je..sekejap je masa berlalu.Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia aku.Hidup aku sekarang terasa lengkap dengan adanya 2 hero yang semakin membesar dan suami yang cukup penyayang.Anak2 aku alhamdulillah jenis mendengar kata dan along semakin hari semakin matang dan pandai menjaga diri dan adiknya.Along juga dikurniakan otak yang bijak dan cepat menangkap apa yang diajar.Tahun ni beberapa kali dia mendapat awarded daripada sekolah..terima kasih padamu Ya Allah.Adam juga semakin bijak dan mudah menerima apa yang kita ajarkan.Semoga dia dapat mengikut jejak langkah abangnya.Semoga kehidupan yang akan mendatang kebahagiaan akan terus menjelma dan kami sekeluarga kekal bersama hingga ke akhir hayat..aminnn.Untuk suami tersayang..ucapan darimu sudah cukup membahagiakan.Aku tak perlukan apa2 hadiah lagi kerana apa yang kau berikan selama ini lebih daripada mencukupi.Terima kasih kerana mencintaiku sepenuh hatimu dan berkorban apa saja untuk keluarga.Maafkan ku kerana kadang2 terlalu mengharapkan kesempurnaan daripadamu sehingga aku terlupa yang manusia ini tidak ada yang sempurna.Maafkan diri ini.

Isnin, 29 November 2010

HAPPY BIRTHDAY

Happy birthday..happy birthday..happy birthday untuk suami yang tersayang.Semalam genap umur abang 32 tahun..kejap je kan.Sedar tak sedar usia makin bertambah.Terima kasih kerana menjadi kawan yang setia,kekasih yang romantik dan suami yang amat penyayang.Pengorbanan dan penat lelah abang untuk ayang dan anak2 tak terbalas rasanya oleh kami.Terima kasih juga kerana menjadi abah yang amat baik dan penyayang...abang jenis tak pandai menunjukkan kasih sayang tapi di sudut hati ayang tahu..abang amat menyayangi anak2 dan isteri abang yang sekarang ni banyak songeh dan kuat membebel..he..he..he..oklah tu sebab abang pendiam,so kenalah ada bini pot pet pot pet sikit..kalau tak mesti macam duduk dalam gua....Sunyi sepi je suasana. Semoga abang semakin matang,sihat selalu,murah rezeki (boleh ayang tumpang sekaki),panjang umur dan apa lagi yeee..makin handsome...uhhhhh takleh..takleh..takleh..nanti saham tinggi,awek ramai ngorat.Bahaya woooo..takdelah gurau je..jangan marah sayang..mmmuuuuaaahhhh...






Makin kurus abah melayan hero dua orang ni..tambah2 si tembam.Takpe ye bangggg baru dua.
Dua je ke???he..he..he..cukup kuota dah ye bosss.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...