Showing posts with label FAKTA BUKAN AUTA. Show all posts
Showing posts with label FAKTA BUKAN AUTA. Show all posts

Friday, October 15, 2010

Groceries are so expensive nowadays..sighh



I realized this yesterday. What can be bought with RM 125.00 back then were never the same today.

          The Store
  1. 4 pcs china pear
  2. 5 pcs apples
  3. 1 pack beef nugget
  4. 1 bottle orange juice
  5. 1 pack HL Milk
  6. 1 Vanish stain remover
  7. 2 boxes Colgate
  8. 1 pack Milo
  9. 1 pack Indocafe
  10. 1 pack jasmine green tea
  11. 3 cans sweetened creamer

Friday, October 1, 2010

Info Tentang Klinik Dr. Hamid Arshat


Klinik Dr. Hamid Arshat

75M Medan Setia Satu, Plaza Damansara,

Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur,

Malaysia


Hari
Masa
Isnin - Jumaat 09:00 am - 12:30 pm
02:30 pm - 05:00 pm
Sabtu 09:00 am - 01:00 pm
Ahad & Cuti Umum Tutup

Untuk temujanji berjumpa Dato' Dr. Hamid Arshat
SILA TELEFON 2-3 MINGGU TERDAHULU SEBELUM TARIKH YANG DIINGINI DAN BUAT TEMUJANJI.

* BUAT TEMUJANJI PADA HARI ISNIN DAN SABTU - MASA BUKA TERTAKLUK PADA BUDIBICARA DATO' DR HAMID. SILA TELEFON KLINIK UNTUK KEPASTIAN MASA BUKA KAMI.

Telefon temujanji:

603 - 2094 5800
603 - 2094 5262
603 - 2094 1115
Faks: 603-2094 9402

E-Mel: DR. HAMID ARSHATThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it / NINI HADI


And oleh sebab CT Nahda dah tanya, aku post kat sini anggaran kos untuk rawatan di Klinik Dr. Hamid Arshat untuk reference :-

 

Anggaran Kos

Kami menerima guarantee letter dari syarikat untuk pembedahan sakit puan. Sila telefon untuk penerangan lanjut.
1. Rawatan kali pertama jumlah RM200-300++
2. Rawatan Susulan RM0 -200++
3. Rawatan Ante-natal RM75++
4. Bersalin dilakukan di Pantai Medical Centre RM3,000++
5. Pembedahan dilakukan di Pantai Medical Centre

JADUAL KOS RAWATAN DI KLINIK DR. HAMID ARSHAT

 
Bil Kos-kos Kali pertama Kali seterusnya Mengandung Lain-lain
1 Rundingan RM 120 -150 RM 60 -100 RM 35
2 Ultra-sound scan RM 50 RM 50 RM 40
3 Prosedur - D&C


RM 1,200++
4 Hydrotubation


RM 350
5 Pembedahan - ketidaksuburan


RM 5,000 - 6,000
6 Pembedahan sakit - sakit puan


RM 5,000 - 6,500
7 I.U.C.D. ( 3-5 tahun)


RM 170
8 Bersalin biasa
- Kos Dr. Hamid sahaja



RM 1,300
9 - Cesar


RM 2,200 - 2,500
10 - Kembar (bersalin biasa)


RM 1,800
11 - Kembar (bersalin cesar)


RM 2,500
12 I.U.I.


RM 600++
13 Ubat-ubatan atau Suntikan


RM 9 - 400
14 Ujian-ujian Darah


RM 30 - 150++
15 Ujian Air Mani


RM 30
16 Ujian Pap Smear


RM 50
17 Sunat bayi perempuan


RM 70
18 Sunat bayi lelaki


RM 250

Ujian Tiub Fallopian dilakukan berasingan di Klinik Daya X-ray Mohan Jalan Raja laut. Kosnya sekitar RM 170.

Sila telefon 03 - 2094 5800 untuk maklumat lanjut berkenaan kos di klinik.
*HARGA TERTAKLUK PADA PERUBAHAN PADA BILA-BILA MASA

*************************************

Berpatutan sgt2 kan? Untuk nama besar macam Dr. Hamid Arshat, harga yang perlu dibayar ni adalah sgt berbaloi. Paling penting, Dr. Hamid Arshad sendiri yang akan merawat kita. 

Untuk info lanjut boleh layari websitenya. Ada macam-macam benda kita boleh belajar tentang kesihatan wanita kat sana plus ada forum untuk berdiskusi. Boleh jugak baca blog Dr. Hamid tentang pelbagai jenis penyakit & rawatan yang dah dia buat. Segala yang aku post ni pon aku copy dari website tu jugak ;)


Happy reading everyone ;)

Friday, August 6, 2010

Perayaan Malaysia : Hungry Ghost Month



Menurut kepercayaan kaum Cina, bulan ke-7 dalam kalendar Lunar adalah dikenali sebagai bulan hantu lapar or in English we say the hungry ghost month. Pada hari pertama bulan tu, pintu neraka akan dibuka untuk membenarkan hantu & roh kembali ke dunia. Teringat ex-trainer aku di Fitness First KLCC cakap "pintu neraka akan dibuka!!!" dgn memek muka semua siap bercerita pasal ni.

Roh itu kemudiannya akan menggunakan peluang yang ada untuk menjenguk sanak saudara kaum keluarga, sahabat handai yg jauh & dekat (dia tak perlu naik kereta), makan-makan menjamu selera dgn hidangan & juadah yg dihidangkan (macam lagu Sharifah Aini tu) serta mencari mangsa. Errrrrrr..mencari mangsa??? marty la mak!! 

Do's & Don'ts sepanjang bulan ini?

1) jangan berdiri bwh pokok atau duduk di bus stop pada waktu malam sebab hantu suka berehat di tempat-tempat macam tu. Jadi kalau nasib "baik" nanti hantu ikut balik rumah! 

2) jangan warnakan kuku dgn warna gelap or hitam sbb hanya org dah mati yg berkuku gelap..nanti hantu ingat ur one of them! 

3) jangan sepak atau pijak pemberian atau colok yg diletakkan di tepi jalan tu sbb nanti hantu akan marah. kalau dah tersepak kene mintak maaf sebelum hantu tu take action kat kita. 

4) kaum cina juga percaya tak boleh meletak anak atas para atau meja pemberian sbb menurut kisah ada seorang mak yg nak ambik kasut anak terjatuh jadi dia letak anak nye atas para tu. bila toleh balik anak nya dah pucat lesi & mati. Iskkkkkk takot nye!


Dalam bulan hantu lapar, ada 3 hari yang dikira sebagai penting. Hari pertama bulan tu, nenek moyang akan dijamu dgn pemberian berupa makanan, - apom, limau mandarin, kuih-muih dan macam2 lagi, bau-bauan or bahasa kampong nye colok, duit hantu -duit kertas yang dibakar supaya dpt digunakan oleh roh nenek moyang. Semua pemberian ni diletakkan di makeshift altar yg dibina di luar rumah atau tepi-tepi jalan. Bila bulan ni bermula, kita semua akan dapat tgk pemandangan ni di merata-rata tempat. Back then masa aku masih tinggal di Taman Kosas, sepanjang jalan dari lrt sampai jalan nak masuk rumah mmg akan ada.

Adalah dikatakan bahawa pemberian ni sangat penting supaya roh & hantu yang berkeliaran tak akan mengganggu orang yg hidup. Bulan hantu lapar dianggap bulan yg sangat bahaya kerana roh jahat sentiasa merayau. Bulan ini juga tidak bagus untuk evening strolls, travel, pindah rumah atau pun memulakan bisnes. Bad luck! Ada juga yang elakkan berenang dalam bulan ni sebab dipercayai ada banyak hantu dalam air yang akan tarik kaki supaya lemas! uuuuUUuuuuuu scary!!

Hari ke-15, satu festival biasanya diadakan dikenali sebagai Festival Hantu Lapar (The Hungry Ghost Festival). Awas pakcik satay! Takot tiba-tiba ada kakak cantik mintak "satay 200 tusuk" !! ;p 




Pada hari ke-15 ni roh & hantu dianggap dalam keadaan sangat agresif jadi penting supaya mereka diberikan makan sepuas-puasnya & sesedap-sedapnya, diberikan hiburan tanpa henti, dan juga supaya keluarga roh tu akan dapat good luck. Festival ni juga dikatakan dapat mengurangkan kesengsaraan si mati. Di Penang, penasihat Teong Guan Association - Datuk Lim Yam Koi dah cakap tahun ni King of Hades tak suka pertunjukan sexy girls! Instead, akan digantikan dengan pertunjukan opera. 

GEORGE TOWN: Temple committees organising Phor Thor (Hungry Ghost Festival) celebrations in Penang this year have been advised to stage Chinese operas instead of performances by sexy showgirls.
 Penang Teong Guan Association adviser Datuk Lim Yam Koi said the Tai Su Yeah (King of Hades) deity “does not fancy scantily-dressed singers”.
 
Aku belom penah nampak lagi sexy girls show sepanjang bulan hantu ni..baik di Ampang or Ipoh. Tempat lain aku tak tau. Selalu nya mmg pertunjukan opera. Taman Kosas tiap-tiap tahun akan ada pentas dekat depan umah teres 3 tingkat yg baru tu. Kadang-kadang aku layan jugak bila terlalu kat situ.

Hari terakhir bulan adalah hari pintu neraka ditutup. Sami-sami akan cakap "ok folks, it's time to leave now!" maka roh & hantu ni semua akan kembali ke neraka diikuti oleh jeritan, teriakan & tangisan sayu sebab terpaksa pulang. 

Today dekat facebook, aku baca di satu page ada share something interesting legend pasal bulan hantu lapar ni which goes :-

July in Lunar year, is not only the ghost month..it is also the very meaning full month.

According to legend, Mu Lian 's mother made a lot of bad things while she still alive, after she death, she becomes a hungry ghost . Due to Mu Lian has magic power so he try to use the magic power to see how his mother's life at hell. When he saw her mother become a hungry ghost with no food supply and very ugly he feel very sad. So he using his magic power to provide some food for his mothers. But when his mother put the foods inside her mouth, the foods immediate become chacols and flame into ashes and make his mother very pain. Mu Lian feel helpless and very sad then find his sifu to get help. He ask his sifu to save his mother from the hell. His Sifu ask him to do more good thing and help more people to convert all those merit to his mothers. So that his mother can walk out from this punishment. Mu Lian help a lot of peoples and do a lot of good thing for the public. End up he success to save his mother.

pls ignore their bad grammar ;)


Tahun ni 2010, bulan hantu lapar akan jatuh pada tarikh 10 Ogos hingga 7 September. Aih sama tarikh dgn umat Islam mula berpuasa yer ;) Takpe, kita 1Malaysia sebab tu kita harmoni. Boleh tgk macam-macam perayaan.

Jadi kepada kaum Cina seluruh dunia, selamat menyambut bulan hantu lapar. Dan kepada umat Islam di seluruh dunia, selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Eh! dah off topic kan? Ada aku kisah? 

Thursday, May 27, 2010

Al-Baqarah, Ayat (Verse) 286




Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

On no soul doth Allah place a burden greater than it can bear. It gets every good that it earns, and it suffers every ill that it earns. (Pray:) "Our Lord! Condemn us not if we forget or fall into error; our Lord! Lay not on us a burden like that which Thou didst lay on those before us; our Lord! lay not on us a burden greater than we have strength to bear. Blot out our sins, and grant us forgiveness. Have mercy on us. Thou art our Protector; help us against those who stand against Faith."

Wednesday, February 18, 2009

TANJUNG RAMBUTAN









Credit to these two ppl for all the amazing pixss :-

Prepaidboss
si pijan

First & foremost, korang mesti wondering why aku wat posting pasal nie kan? Let's start with some brief details about Tanjung Rambutan, shall we?

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanjung_Rambutan

Tanjung Rambutan ialah sebuah pekan kecil di daerah Kinta yang terletak di timur laut bandar raya Ipoh di negeri Perak, Malaysia. Jaraknya pekan ini dari Ipoh adalah 15 kilometer.

Tanjung Rambutan biasanya dikaitkan dengan 'orang gila' kerana pekan ini menampung Hospital Bahagia, salah satu hospital kesihatan mental yang terkenal di Malaysia. Oleh itu, penduduk-penduduk Tanjung Rambutan lebih senang dengan panggilan Hulu Kinta kerana pekan ini terletak di hulu Sungai Kinta. Sungai Kinta mengalir melalui bandar Ipoh, Batu Gajah, Tanjung Tualang dan bertemu dengan Sungai Perak di Kampung Gajah, Perak.

Kini Tanjung Rambutan semakin menarik perhatian orang ramai kerana barang-barang lelongnya yang murah serta kesempatan untuk mengunjungi Hospital Bahagia yang juga didatangi oleh pelatih-pelatih yang menjalankan latihan praktikal. Maktab Perguruan Hulu Kinta dan sebuah Kem Polis Hutan (err..aku btulkan skett - sekarang dh tukar nama Pasukan Gerakan Am) juga terletak di Tanjung Rambutan.


YEr..sememang nyer aku akui blerr org dgr jek aku dari Tanjung Rambutan, automatically derang akan cakap "Owhh..tempat orang gilerr tu yer?".. and aku just senyum jek sambil reply "Tanjung Rambutan tuh satu pekan kecik and Hospital Bahagia tuh located kt pekan tu la..you stupid KL folks! (dlm ati..)..and mind you that kawasan Hospital Bahagia Ulu Kinta tue sgt besar..dlm tue ader mental wards, staff quarters, Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta & Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.."

Do check out their website here --> http://hbuk.moh.gov.my/modules/news/

Even maser zaman kenaifan and kejahilan dulu pon aku suka benor bagi kat oghang alamat umah salah..sbbnyer? Aku malu nak tulis - 31250, Tg. Rambutan..so aku akan tulis camnih - 31250, Ipoh...!!

Tapi blerr dh besor panjang nie aku pk balik, naper aku kene malu ngan tpt tumpah darah aku? Tempat lahir, tempat aku dibesarkan sampei dh cukup panjang dh nie.. tpt kencing berak aku..bak kata org tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat aku jatuh motor ngan Jaja, yer tak Ja??

X silap aku maser form 3 dulu ktorang penah wat Kajian Tempatan pasal mukim Tanjung Rambutan utk subjek Geografi..siap gi interbiu ketua kampung lagik..siap dok tepi jalan kt Klinik Safri & Hamimah x silap (apertah nama die) kira braper byk kenderaan lalu at certain time period..aku pon dh lupa braper markah aku dpt daaa..

Yess.. aku BANGGA jadi anak Tanjung Rambutan! Kedai gemok, Pasarayaku, Kedei Chip Fatt, Pasar Ekonomi, Kedei M.Ali, Kedei gunting rambut cina sayur, Lucky Tailor (kedei nya peberet aku), Kedei Apeng (yg open 365 days p/yr-penah tutup skali jek tu pon sbb bapak die mati!)..and the list continues.....


*
BTW, Kepada sesaper org Tanjong yg baca nie..komer wat la posting psl Tanjong pehtu nanti aku letak link kt sini k..Cepat arr Manja, Amy, Syikin..saper lagik..??

2nd person : Mazli

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Template by YummyLolly.com