Thursday, February 3, 2011

:: hari ini aku dapat ang pow ::


dapat ang pow..dapat ang pow!
thanx auntie~
every year dapat!
ptg tadi pegi umah chai yin. g beraya  lah kononnya. Cina beraya. aku pun sibuk nak beraya jugak. Semangat 1 malaysia ok!.sama-sama merai. 
bukan setakat dapat ang pow. Mak chai yin siap bagi sebungkus besar buag limau.


Wednesday, February 2, 2011

Segmen 1 Malaysia - Selamat Tahunn Baru Cina


Nampak header atas tu semua orang pun tahu. Segmen siapa lagi kalau bukan Ben Ashaari. Sape tak kenal Ben Ashaari? Sila tanya En Google yer!

segmen yg menarik kan! semangat 1 Malaysia! Sempena Chinese New Year besok.

melayu,cina,india,iban,semua pun aku kawan! berkawan tu biar ramai yer. tak perlu bayar pun nak berkawan macam shoppinng tue!
Ok! mahu bercerita kisah ku bersama 2 orang sahabat berbangsa cina. seorang lelaki~ Tan Boon Chai & seorang perempuan~ Choo Chai Yin. 

Ceritera dengan Tan Boon Chai

Boon coursemate aku!oh..dia sangat baik! A student kalau korang nak tahu. aku kenal dia sejak MSK tahun 2008.kiranya dah 3 tahun la aku kawan2 dengan dia. Boon sorang je chinese dalam kelas kami. sebab tu kami semua sayang dia yer! serius aku cakap best kawan dengan budak chinese ni.diorang pun pandai tau. boon banyak tolong aku kat university. sangat baik. selalu bertukar-tukar info dengan aku. sharing is caring! aku tak suke orang kedekut2 ni yer!!.boon ibarat cikgu aku~ aku tak paham je mesti tanya dia. aku paksa dia ajar. he2. paksa cara baik. belajar sama2. ingat lagi masa sem 4, belajar statistik! susah weh soalan2nya. nasib boon ajar. aku berjaya lulus cemerlang.terima kasih boon.

 :: ini lah tan boon chai ::

 :: frendship forever ::

Ceritera dengan Choo Chai Yin

aku panggil dia chai yin.eh bukan aku je. semua kat sekolah pun kot. Kenal dia sejak aku masuk sekolah baru masa form 6. almost 6 year la jugak. makin rapat masa join Kem Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) peringkat Kuala Selangor. Dia yang ajak aku join. Kem yang best dan sangat2 mencabar fizikal mental aku! sumpah aku tak nak dah g sejak aritu! big moment dengan Chai Yin masa sekolah dulu. satu kelas. belajar sama-sama, pegi jalan sama-sama, grouping sama-sama, suka duka gelak ketawa bersama. Siap bermandi hujan bersama kat tepi jalan tau!basah kuyup! big moment.macam nak flash back balik je masa tu! tapi takboleh kan!satu lagi masa grouping kena buat soalan ekonomi. oh..memang tak boleh lupe. sangat blurr masa itu. Tibe-tibe rindu nak jumpe chai yin. dah setahun kot tak jumpe.Since CNY tahun lepas. dapat ang pow!! best2~ Esok aku nak terjah umah dia. Sapa nak ikot!Jom.

:: picture dengan chai yin::


Ok ucapan untuk mereka:


happy chinese new year kepada semua mereka yang berbangsa cina especially buat boon & chai yin!
boon sambut CNY dalam banjir tahun ni.Sian dia tau!




:: Remaja Pakistan cipta rekod dapat 23A dalam O Level ::




ISLAMABAD - Seorang pelajar lelaki di Pakistan telah memecahkan rekod dunia apabila dia memperoleh 23A dalam peperiksaan Cambridge O Level.
Remaja itu, Ibrahim Shahid, 17, anak kepada seorang profesor kejuruteraan elektrikal mendapat pendidikan di sekolah swasta Beacon House di Islamabad.
Ibrahim berjaya mencatat rekod kerana mendapat 23A dalam 24 mata pelajaran dalam peperiksaan Cambridge itu.
Dia mendapat 23A selepas memperoleh ihlam daripada kisah bapa bom atom Pakistan, Abdul Qadeer Khan yang diangkat menjadi hero negara.
Abdul Qadeer dikritik negara-negara Barat selepas dia mengaku menjual rahsia nuklear kepada Iran, Libya dan Korea Utara pada 2004.
"Ini satu pengiktirafan kepada negara saya. Ia belum pernah dilakukan di peringkat O Level," kata Ibrahim yang berterima kasih kepada ibu bapa dan guru-gurunya.
Dia masih belum membuat sebarang keputusan mengenai bidang apa yang hendak diikutinya di universiti.
Namun, dia mengaku meminati bidang fizik dan ekonomi selain mahu memberi sumbangan kepada negaranya yang mundur akibat kemiskinan.
"Saya kagum dengan Doktor Qadeer Khan. Saya mahu berkhidmat kepada negara. Generasi akan datang perlu percaya dengan kerja keras dan tidak berputus asa. Mereka mesti bekerja keras untuk menjadikan sesuatu yang mustahil itu menjadi kenyataan," katanya.
Gurunya, Qurat-Ul-Ain menyifatkan kejayaan Ibrahim sebagai berita baik yang jarang berlaku.
Peperiksaan Cambridge 0 Level diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk pelejar berusia 14 dan 16 tahun.
Ia merupakan sebahagian daripada persediaan untuk kemasukan ke universiti. - AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat