Tuesday, July 31, 2012

Shopping Perabot!



#Shoping2! Nak raya katanya tak lama lagi.
Hari baru hari kesebelah tapi mak aku dah shoping raya.
Hohoi.bukan soping baju ke langsir ke uols.
Shoping perabot! Kau ada.

Last week aku lupa hari apa mak abah nak beli perabot.
Tujuan asalnya nak beli katil dan tilam untuk mak. Katil lama dah selamat buang parit!
Dan kononnya lagi satu nak beli meja komputer.
Sudahnya mak aku tersangkut beli kerusi bawah ni.
Mak nak beli. Belilah mak! mak yang bayar.Aku belum mampu nak belikan mak kerusi tu.
Mahal yer.Ribu kot kecing-kecingnya.bukan puluh ringgit!

Rumah ala-ala baru lepas renovate jadi mak pun feeling2 nak kerusi baru tok raya.


Selain beli kerusi mahal tu,beli meja TV.
Before ni TV letak almari yang tinggi tu.
Sekarang duduk macam ni.



Ni meja komputer.
Abah yang belikan!
Mekaseh abah.


katil mak lupa nak ambik gambo.

Hah itu je yang dishopingkan. Itupun dah cecah 3K uols.



Kemain shoping perabot.Langsir belum beli.omai2.ada jugak tak berlangsir tingkap rumah kang.




#Mutiara Kata 8




"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan,kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya".

Monday, July 30, 2012

Meja oh meja.


Sadis betul tengok PC rumah aku. 
macam ni lah rupanya.Aku letak atas meja untuk kusyen tu.
tak macam susah pulak kan. Kena bersila nak guna. 
Abah dengan baik hati dah belikan meja baru untuk PC.


Taraaaa.
Ini dia.
Terima Kasih abah!






#Mutiara Kata 7




Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita, TETAP dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan daripada-Nya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.

Sunday, July 29, 2012

Iftar bersama Raisha's Family



Salam semua!
Lama tak mengupdate.bercerita dan merepek.
hari ini ada iftar bersama family Raisha. Taukeh mau belanje makan.
Dan aku saja nak bawak kuih.
Kuih ini.Namanya putri ayu.





sekian.next update tentang birthday taukeh!


#Mutiara Kata 6



Daripada Abu Hurairah r.a., "Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu, tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu."

Hadis Riwayat Muslim


Saturday, July 28, 2012

#Mutiara Kata 5



Daripada Abdullah bin Amr r.a., Rasullah bersabda: 

" Sahabat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat kebaikan kepada sahabatnya."

Hadis Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi.

Friday, July 27, 2012

#Mutiara Kata 4




Tiga golongan yang menjadi ahli syurga

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berlembut hati kepada setiap kaum kerabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai.

Thursday, July 26, 2012

Eh2 esok dah jumaat!



Aku merasakan minggu ini berlalu sangat cepat yer.
Esok dah jumaat.
Kalau sibuk plus keje banyak memang masa akan berlalu dengan pantas.


#Gambar baju kat butik belum siap diambik gambar!Oh my.



p/s:sapa yg komen/tinggalkan jejak esok-esok atau lusa dan lusa dan lusa lagi aku balas yer.


#Mutiara Kata 3



Yang Baik Itu Budi: Yang Indah Itu Bahasa

Dari Aisyah RA, isteri Nabi S.A.W, dari Nabi SAW sabdanya: " Sesungguhnya ramah tamah dalam segala urusan menjadikan urusan itu cantik (berjaya). Tanpa ramah tamah nescaya setiap urusan menjadi buruk".


Wednesday, July 25, 2012

KUIH RAYA: TEMPAHAN DIBUKA SEKARANG!


#INI ADALAH STICKY POST!
Scrool  ke bawah untuk entry terkini.


KUIH RAYA @ BISKUT RAYA


Tak lama lagi puasa then raya. Meh2 tengok kuih raya yang aku jual.
Aku bukak tempahan sekarang sehingga 1st Ramadhan. Kalu lepas tu nak order berkemungkinan besar anda tidak akan dilayan!


CRUNCHY CRUNCH.

Kerangupan bubbles rice chocolate dibahagian bawah
lapisan atas dihiasi dengan choc chips,hirisan badam dan gajus dan coklat putih.

1 Bekas( 50 biji)
1 Bekas = RM26
2 Bekas = RM50 


CRISPY CHOCOLATE FERRERO

Adunan roti bersama badam hancur.
Dicelup dalam coklat yg berkualiti tinggi.
Disaluti bersama cornflakes keemasan.

50 biji( 1 bekas)
1 bekas =RM26
2 bekas = RM50 


TART NENAS.

Rapuh, Sedap!
50 biji -RM25



CHOCOBALL (limited, lambat tak dapat!)


Yummy!Lain daripada lain.Buat sendiri. 
Biskut yang disaluti coklat pekat dan choc rice.
50 biji -RM18


HOMEMADE CHIPSMORE

Dah namanya homemade.Memang aku buat sendiri.
Biskut yang kaya dengan choc chips.
Macam Famos Amos!
50 biji = RM20


BISKUT OAT

50 BIJI = RM18



PANDAN KELAPA

50 BIJI = RM18


SNOW CHOCOLATE

Biskut perisa coklat yang disaluti breadscrumbs
50 BIJI= RM18


CHOCOLATE MAWI

Dalamnya ada badam macam almond london.Rasanya lain sikit
50 BIJI RM18


POPIA MINI

Popia berinti udang.
1KG RM28



KARIPAP MINI.

Inti udang
1KG RM20


MARUKU

Maruku buatan mak aku. Sekali rasa 18 kali nak makan lagi.
1KG RM18



# SEMUA HARGA TIDAK TERMASUK POSTAGE.


Berminat boleh tinggalkan komen atau PM aku di FB atau emel: fantasticlife_19@yahoo.com.my


#Mutiara Kata 2





Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagung-agungkan. 
Begitu juga janganlah memandang keburukan sesuatu kehodohan atau kecelaan. 
Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita kerana kedua-duanya adalah anugerah Allah.

Tuesday, July 24, 2012

#Mutiara Kata 1






"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga". 





Monday, July 23, 2012

Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie



Agak jarang aku menjoinkan diri untuk masuk dalam bloglist rakan blogger lain.
Dulu-dulu memang rajin.Sekarang agak kurang kerajinan. Lastly aku masuk dalam bloglist Hazwan Hairy.
Kenal kan siapa tu.Alah..bloggger yang semakin hari semakin femes.

Eh2. harus cerita pasal blog Fadzmie.
Actualy tak pernah kenal. first time bukak blog beliau yer. Itu pun setelah beliau meninggalkan jejak diblog  aku dan menjemput join pencarian ini.
So jom kita support beliau. 
Senang aje.Nak tau sila ke blog beliau : Blog Fadzmie 




tarikh tutup : 1 ogos 2012. 31 julai pukul 11.59malam still boleh join.
Apa yang best tuan blog akan buat 3 cabutan bertuah yang mana akan dapat top up RM50. harap dapat lah jadi salah seorang daripada 3 itu.



Ok.Selamat Malam.
#Happy Blogging.
Selamat  berpuasa!



#Dari sebuah lensa: Sabak Bernam



Selamat malam semua!
Makan apa berbuka tadi. Aku makan mee jawa. Mak yang buat! Masakan ibu memang sedap kan!
Intro yang takde mengena dengan tajuk post entry.


mau update gambar aje! ala-ala wordless wednesday tapi bukan sebab hari ini hari isnin dan banyak ayatnya.
#semua gambar diambil menggunakan kamera mahal Canon 7d. Lokasinya Sabak Bernam.

Meh la tengok!






ok.itu aje.

Saturday, July 21, 2012

Rakan sekerja!


Ketidaksempatan nak menjenguk blog!
Ada sapa-sapa sudi updatekan blog tak?
merepek apakah ini!

Gambar dibawah adalah Raisha's girl. Kawan-kawan baru saya. Ada kakak dan ada adik.
Hampir dua bulan bekerja di Raisha Boutique.
Walaupun hanya  sebagai assistant aje tapi banyak benda sudah ku pelajari.
jom lah berkenalan dengan kawan-kawan saya!

dari kiri : aku, kak wawa, kak lia, ajeerah & ct.

Ajeerah dulunya kerja di Raisha Boutique. Sekarang sekolah.masuk tingkatan 6.
Ct pulak adik ipar taukeh. Masa aku cuti seminggu dia yang ganti.


Ini kak wawa. atau dipanggil bonda.
Bonda part time kat sini. Sabtu dan ahad.
bekerja di Agro bank.
#sapa-sapa nak berkenalan dgn bonda boleh la yer!




Ini kak lia atau LMJ. LMJ stand for Lia Mat Jidin.
Part time jugak. Isnin-jumaat. waktu belah petang.
Kak LMJ ini cikgu yer! See.still ada masa buat part time.memang wanita gagah perkasa.


Eh2.takde pulak gambar taukeh yang disayangi!esok2 cerita.








Friday, July 20, 2012

Hilal Asyraf dalam NLKO.


Selamat hari jumaat semua.Sehari sebelum datangnya Ramadhan.

Gara-gara sibuk dipagi hari terlepas tengok Hilal Asyraf di NLKO TV9.
Terima Kasih kepada tonton.dapat den tengok!
Sapa nak tengok sila la jenguk website tonton!


Dalam NLKO, Hilal Asyraf membicarakan buku motivasinya bertajuk Batu Bata Kehidupan.
Baru tersedar aku belum baca buku tu.
Nak pergi beli petang nanti!Harap ada lah.





Selamat berpuasa semua!





sehari lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan.Tak sabar rasanya. Bulan Ramadhan yang banyak ganjarannya! Rebutlah ia!

Selamat berpuasa semua!
Ingat jangan membazir bulan puas ni tau.






Thursday, July 19, 2012

Ganjaran Bulan Ramadhan






sumber gambar : Fan Page FB



Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday # 37





Rabu tak bersuara.Dan rabu tak bercakap.


Rindu berblog!



#Lama tak berblog! Rindu..rindu..
Aku cuti panjang.Bukan saja-saja cuti berblog tapi aku bz tahap diwataraya.
Memang gagal lah mision aku untuk update entry at least SATU setiap hari.
Sila bawak misi itu bulan depan.


Mari-mari dengar dan baca kenapa aku bz sangat dan sangat.

Pertamanya, stok tudung sampai.Jadi bila stok tudung sampai aku akan jadi bz mengalahka bos aku.
Entah berapa puluh helai. Kerja aku yang selalunya rilex jadi tak.
Bila stok sampai aku akan check semua tudung, gantung dan iron kasi tak kedut. 
Begitulah demi mencari rezeki yang halal.

:: ini sebahagian aje yer ::


Keduanya.tempat kerja aku iaitu Raisha Boutique ada event. Namanya Beauty Talk. Buat hari sabtu. Beauty Talk tentang kesihatan luar dan dalam. Dan memperkenalkan produk Catalyst. Pernah dengar kan?
Akan ku cerita next entry yer event tu. 




Ketiganya, Rumah aku.Eh2! rumah mak abah aku sudah siap.Cuma tinggal pasang awning luar aje.
Makanya bila umah siap.Kena mengecat umah, membasuh umah, dan mengemas barang-barang.Sumpah banyak barang dan selepas kemas aku rasa takde banyak sangat. Aku dah buang segala barang yg dirasakan tak guna.

:: ada banyak kotak sebenarnya ::


Keempatnya, sekarang ada tugas baru. Jadi photographer tak bertauliah!
Aku kena shoot segala tudung baru.Ok jugak!aku suka!




ok.setakat itu aje.
Next entry cerita lagi.Ada ke orang yang baca aku tulis ni?




Saturday, July 14, 2012

Bercuti dari berblog!



Penat
Letih.
Tired.
Rasa nak demam.

Minggu ni non stop bz!


cuti berblog sehari dua!
mengemas umah ayah dan bonda esok!


Friday, July 13, 2012

Samsung Galaxy Note Free!


Aku dapat samsung galaxy note FREE.
Meh la tengok.
Taraaaaa...





terima kasih muin! aku nak yg real!


Thursday, July 12, 2012

Contest MEGA2012 Hazwan Hairy



contest lagi.Memang rajin tahap dewa Encik Hairy.
I sibuk dengan stok baru masuk butik. Tak sempat nak berblog hari ini kau!

Encik hairy ada buat Contest MEGA2012 Hazwan Hairy.
Hadiah memang superbb yo!
Sapa nak tahu dan turut serta boleh ke blog beliau atau klik gambar dibawah ye.

Contest yang mempertaruhkan header blog anda.Dan like di Facebook.


Ini header tuan punya blog contest

Hazwan Hairy

Dan ini header blog saya!
Biasa aje kan.

silent thinker

Let's story mory tentang header blog saya.
Aku tak pandai buat header! Jadi aku memang upah Cik Bulat untuk buat header & templete blog aku.
Usianya ntah dah berapa aku tak ingat. Macam dah setahun lebih. Apa kan daya aku tak pandai nak buat header cantik-cantik macam uols.

Header aku simple aje kot.
Silent Thinker menunjukkan nama blog aku. Mengapa silent thinker? Sebab aku rasa nama itu unik pada masa itu. Eh no. Sebabnya aku seorang yang suka berfikir dan diam. Macam tu ke.

Dalam diam aku menulis menunjukkan bila aku menulis atau mengarang atau menaip entry aku diam aje.Tak bising-bising.

Muka aku pulak menunjukkan aku lah tuan blog. Saya biasa aje!tak cantik ok.

Gambar butterfly pulak sebab aku addicted dgn segala rama-rama atau butterfly.


Ok.itu aje.Panjang jual aku bercerita yer!
Walaupun header aku tak cantik.aku tetap join.
Walaupun aku tau aku takkan menang trofi tu aku tetap join.
Walaupun aku macam tak sempat nak berblog minggu ni aku join jigak tanda sokongan kepada tuan punya contest

Jom-jom memeriahkan suasana!

#happy blogging
#Hujan lebat kat luar.Selamat Malam dunia!



#Rakan Blogger : Hazwan Hairy


#Selamat berblog semua!


Pernahkan anda melihat header blog di bawah.Siapakah empunya diri dan blog..
Sapa tau atau kenal cepat jawab.

Hazwan Hairy

Pemilik blog adalah Hazwan Hairy. Nama blog liku-liku kehidupan. Seriusly aku suka header blognya.Cantik. Terasa nak pinjam tapi mana bolehkan.


Mari ingat sejarah! Aku mula-mula kenal blog Hazwan Hairy(HH) dari blogger Pezol Style. That time aku nampak entry tu ada tulis "Contest 1st anniversary liku-liku kehidupan". Terus bukak dan eh2 bukan blog Muin (rakan blogger jugak) yang ketika itu nama blognya liku-liku kehidupan. Terus bukak blog Encik Hairy, ok best dan terus follow sehingga kini. 

Sapa setuju  blog HH best dan banyak input?Cepat angkat tangan!
Blog HH ada pelbagai entry. Ada update tentang kehidupan harian, tips,contest dan lain-lain.
HH ni peramah dan mesra alam orangnya.Kalau kau komen entry atau tinggalkan message mesti akan dibalasnya.


 HH rajin mengadakan contest untuk follower-followernya dan rakan blogger .Rajin sungguh Encik Hairy!
Antara contest yang pernah dibuat adalah 
[1]Contest 1st anniversary Blog Liku-liku kehidupan - aku join dan dapat top up RM5
[2] Contest Kedua - aku tak sempat masuk sebab masa tu bz mengalahkan PM
[3] Contest ketiga-hadiah sangat menarik

Selain contest Encik hairy jugak rajin buat segmen bloglist bulanan. maksudnya untuk diletakkan di sidebar blog-blog yang terpilih.
tak percaya tengok ini Segmen Pencarian Bloglist bulan Julai. Ha ada nama aku di situ!

Selain itu Update tentang tips-tips. Klik sini untuk dapatkan tips bagaimana dapatkan BE daripada Nuffnang yer

Encik hairy jugak femes yer.Ala-ala artis gitu. Masuk majalah!
Majalah apakah ye? Lai-lai jom tengok!

Pertama kali masuk dalam Majalah Remaja edisi 15 mei
klik gambar untuk membaca kisahnya beliau masuk majalah 

#gambar pinjam dr tuan punya blog.


Kedua masuk dalam majalah Intrend Julai
klik gambar untuk maklumat lanjut

#gambar pinjam dari tuan blog jugak


dan yang latest Encik Hairy ada buat anugerah hokey!Ko penah buat-buat anugerah untuk blogger tak? Aku memang sah-sah tak penah.sebab malas.


Ok.sampai sini aje ye.Rajin-rajinkan jari jemari ke blog Hazwan Hairy.
Ok bai!




Wednesday, July 11, 2012

#Kek Chocolate.



Update makanan lagi.
Dah abis-abis. Lama-lama blog ni jadi blog makanan jugak.
kek chocolate
Kek Chocolate yer.





Sapa yang suka makan kek choc tapi malas nak buat. Nak sukat tepung,gula dan segalanya.
Aku ada jalan penyelesaian yer!
Dapatkan tepung kek choclate ini.
Sangat mudah,cepat dan sedap.
Hanya perlu tambah EMPAT BIJI TELUR sahaja.Dan masukkan bahan yang disediakan.
Then bakar atau kukus
siap.dalam sejam dah boleh makan.
Kalau berminat boleh komen yer.
Tak mahal pun.berpatutan!

ha inilah dia!Tepung kek chocolate.







#Artikal pilihan : Allah Kan Ada

Selamat hari rabu.
Mulakan hari ini dengan senyuman. Sekadar ingin berkongsi apa yang dibaca di web iluvislam. Artikal yang sangat menarik.Cuba-cuba baca.

Bila manusia berkata yang tidak baik tentang kita...
Memang kita akan terluka.
Memang kita akan terasa.
Memang kita akan sakit.
Memang kita akan merana.
Memang kita akan menderita.


Tapi, cuba fikir satu persatu.
Adakah apa yang mereka katakan itu seratus peratus benar tentang kita?
Enak sangatkah 'cerita' mereka itu sehingga orang lain akan mempercayainya membuta tuli?
Sejauh mana kebenaran dalam kata-kata yang tidak baik itu terhadap kita?
Rasa-rasa, sampai bila orang-orang sebegitu akan bertahan untuk terus dan terus memperkatakan tentang kita?
Mereka itu tiada salah ke sehingga asyik melihat salah orang lain?

Mereka itu adalah manusia. Manusia adalah hamba Allah. Tiada satu manusia pun yang sempurna melainkan Baginda SAW. Manusia ini sering diliputi dosa sama ada disedari atau tidak disedari, disengajakan atau tidak sengaja. Dan setiap manusia itu memang ada kekurangan dan kelemahan. Begitu juga dengan kelebihan.
Tapi, kekurangan itu perlu dibaiki. Kelebihan itu perlu disyukuri. Ingat sentiasa bahawa kekurangan manusia perlu kita terima. Kerana apa? Kerana kita manusia. Kita semua adalah sama. Taraf kita sama. Takkan melebihi sesiapa. Terima kekurangan itu. Jalan terbaik adalah berdiam diri. Dan doakan mereka-mereka itu. Semoga Allah melimpahi nur dan hidayahNya untuk mengupgrade kekurangan tersebut ke arah kebaikan.

Itu kisah 'mereka yang lain.' Kisah kita? Kita yang menghadapi kata-kata tidak baik itu, bagaimana pula?

Muhasabah diri semula.
Apa yang kita buat selama kita hidup ini, sebab orang-orang yang berkata itu ke?
Atau sebenarnya, kita buat sesuatu itu kerana Allah semata-mata?
Hidup kita ini berpaksikan kepada siapa sebenarnya? Allah atau manusia?
Kita ini ingin dapatkan redha Allah atau redha manusia?
Kalau kita nak berubah sesuatu ke arah kebaikan, kita perlu minta kekuatan dari Allah atau hamba Allah?
Niat kita sepanjang hidup ini adalah apa? Think deeply.

Allah yang mencipta kita. DIA yang menghidupkan roh kita. DIA yang berkuasa atas sesuatu. DIA Pemilik Kerajaan Langit dan Bumi. DIA adalah Tuhan kita. Hanya DIA yang layak disembah. Jadi, alasan apa yang kita ingin gunakan untuk melakukan sesuatu tanpa berniatkan Lillahi Ta'ala?

Inna a'malu binniat - Sesungguhnya, segalanya bergantung kepada niat. Apa yang kita lakukan hendaklah dipasang dengan niat kerana Allah. Apa-apapun, yang pertama tetap Allah.

"Kenapa perlu kecewa apabila ada orang negatif dengan kita? Apakah kita bekerja kerana mereka?" - Hilal Asyraf

Apa yang kita dapat melalui kata-kata penulis terkenal ini? Fikir, tanya hati kita sendiri. Tujukan persoalan itu terhadap diri kita sendiri. Hidup kita ini perlu sentiasa bermuhasabah. Fikir, fikir dan fikirkan sesuatu itu secara positif dan berhikmah.

Pujuklah hati. Jangan biarkan hati itu terus merana kerana kata-kata tidak baik dari mereka. Sabarlah. Allah itu bersama orang-orang yang sabar. Setiap satu yang berlaku pasti ada hikmah. Hikmah itu rahsia DIA. Kita mencari dan menanti dengan doa. Sesungguhnya, doa itu senjata mukmin.

Ingatlah.

Kita lebih tahu siapa diri kita. Mereka tidak.
Kita lebih faham diri kita. Mereka tidak.
Kita lebih kenal diri kita. Mereka tidak.

Dan yang paling penting, Allah itu lebih memahami kita. DIA faham kita lebih daripada apa yang kita faham tentang diri kita. Jadi, perlukah kita putus asa atas rahmat Allah? Allah itu ada. Jangan sia-siakan kewujudan Tuhan Yang Maha Adil itu.
Kita hamba DIA. Serahkanlah diri padaNya. DIA Pengubat Kelemahan. DIA jugalah Pemberi Kegembiraan. Ketenangan itu ada pada DIA. Perlukah kita untuk tidak mencari?

"If Allah is your friend, who dares to be your enemy?"

Pujuklah hati kita dengan mengatakan "Allah kan ada!" ^_^


Wallahualam.

Sekadar berkongsi : Penulis artikal Nur Maizan Nazmal

sumber : iluvislam.


Wordless Wednesday # 36


#Wordless Wednesday.





Eh!bukan itu berkata-kata ke?


Tuesday, July 10, 2012

Ole-ole dari Bandung.


hai semua! Selamat Tengahari.Eh2 dah petang yer.
Selamat petang. Korang sihat tak hari ni.

Nampak tajuk entry idak. Entry yang aku tulis tajuknya "Ole-ole dari Bandung". Ole-ole = Hadiah/ present yer!

Kawan baik saya, Cik Syafa pergi ke Bandung baru-baru ni bersama-sama housematenya. Sesampai hati tak ajak aku. Eh2 kau housemate dia ke jiha? Tak kan!. Actually cik Syafa ada ajak tapi tak dapek la den nak ikut sekali sebab masa tu den belum bekerja. Bila belum bekerja namanya belum ada duit. Banyak benda nak bayar yer.Tiket flight dan segalanya. 

Dengan itu, Cik Syafa telah memberikan ole-ole untuk saya!
Terima Kasih Cik Syafa!
Jom-jom tengok apa Cik Syafa bagi.


Sehelai T-Shirt yang ada tulis Bandung di situ.


Kain batik yang berwarna coklat

Fridge magnet 

dan Ini. Pen dan keychain anak patung


ok.lagi sekali terima kasih cik syafa.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat