Followers

Showing posts with label ANEKA LAUK SAYURAN. Show all posts
Showing posts with label ANEKA LAUK SAYURAN. Show all posts

Sunday, March 07, 2010

URAP SAYUR

Permintaan dari beberapa kenkawan ..Harap menepati citarasa anda ya.















SAYUR URAP

Bahan-Bahan
200 gm kelapa parut (dibuang kulit arinya)
garam secukup rasa

Dikisar (tidak terlalu halus)
6-8 btg lada merah
8 ulas bawang merah
2 sudu besar penuh udang kering (direndam sebentar)
2 ulas bawang putih
½ cm cekur (buang kulit dan hiris atau tumbuk) –kalau tk suka, takyah taruk

Cara
Campurkan kelapa dengan bahan-bahan yg dikisar lalu bubuh garam secukup rasa.
Panaskan kuali dan sangai bahan-bahan campuran ini di atas api yg kecil selama 10 minit atau hingga
hampir kering. Angkat dan ketepikan.

Pelbagai Sayuran
150 gm taugeh
200 gm kangkung (ambil daunnya dan batangnya dihiris ikut suka)
150 gm kacang panjang (dipotong kecil2 atau ikut suka)
200 gm kacang boto (potong kecil2)

Cara Membuat Urap
1) Jerangkan air (bubuh sedikit garam) dalam periuk sehingga mendidih.
2) Celur berasingan sayur2 di atas sehingga separuh masak jer (kecuali kacang boto) dan toskan.
3) Bubuh ke dalam sebuah mangkuk besar dan taburkan rempah urap tadi lalu digaul hingga rata.

Sunday, July 05, 2009

BENDI MASAK ASAM REBUS

Lauk Asam Rebus memang mudah dan begitu basic. Di sini saya kongsi cara arwah mak saya memasaknya. Jika anda kurang gemar dgn bendi, anda boleh tukarkan kpd kacang panjang. Buat saya, kedua-duanya pun saya bedal!!!



BENDI MASAK ASAM REBUS

Bahan-Bahan
400 gm bendi –dibersihkan
- kalau yg kecil, biarkan sebatang2,hanya belah dua memanjang tp jgn putus, kalau besar dibelah dua, menyerong)

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang cili merah
2-3 sudu besar udang kering
sedikit belacan
- kisar semua bahan dgn sedikit air

3 cawan air
secukup air asam pekat
garam secukup rasa
½ sudu teh gula (optional)

6 ulas bawang merah (dihiris)
sedikit minyak masak

Cara:

Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama air & air asam. Biarkan mendidih lalu masukkan bendi, garam & gula (optional). Biarkan sehingga bendi layu sebentar lalu matikan api.

2) Kemudian, di sebuah kuali kecil, panaskan minyak dan goreng bawang merah hingga kekuningan. Tuangkan bawang goreng ni bersama minyaknya sekali ke dalam periuk asam rebus tadi. Kacau rata. Siap utk dihidangkan.

Thursday, May 21, 2009

PERMINTAAN RESIPI - RENDANG KASTURI, KEK NESTUM

Permintaan dari safi, bahasa halusnya rendang kasturi, kalau ckp biasa gendang kasturi.

Rendang Kasturi
(sumber : Pn Hjh Asfiah)

Bahan-Bahan
300 g kacang hijau
800 ml air sejuk
250 g gula melaka
2 sudu makan tepung sagu
2 biji telur ayam, dikacau hingga hancur
1 botol kecil minyak kacang (untuk menggoreng)

Bahan-Bahan Batter:
150 g tepung beras
200 ml air sejuk
sedikit garam
sedikit kapur sirih

Cara

1. Bersihkan kacang hijau. Rebuskan ia dengan 800 ml air sejuk hingga kacang kembang. Sebelum ia kering masukkan gula melaka dan kacau rata-rata hingga pekat. Bila gula dan kacang sudah bersatu campurkan tepung sagu supaya ia kental. Angkat dan sejukkan.

2. Apabila sejuk bentukkan inti tadi bulat-bulat pipih dan aturkan di dalam pinggan.

3. Adunkan bahan-bahan A. Campurkan telur dan kacau hingga menjadi batter.

4. Panaskan minyak di kuali bersama-sama 5 helai daun pandan supaya wangi.

5. Celupkan sebiji inti ke dalam batter, kemudian gorenglah hingga ia garing. Buatlah begini hingga habis. Hendaklah diingat supaya jangan menggoreng terlalu banyak dalam sekali menggoreng.


Permintaan dari seorang visitor yg meminta resipi kek yg menggunakan nestum atau oats, terlupa nama beliau, maaf yer!


Kek Nestum Lemon
(sumber : Puan Betty Saw)

Bahan-Bahan
175 gm mentega, didadu
170 gm gula halus (castor)
Kulit daripada 1 biji lemon, diparut
3 biji telur yang besar
Jus daripada 1 biji lemon
100 gm tepung berserbuk penaik (self-raising flour),
diayak bersama 1 sudu teh serbuk penaik
55 gm bijirin Nestum
2-3 sudu besar susu

Cara
Gris bahagian tepi dan lapis dasar acuan kek 18-cm. Pukul mentega dan gula halus sehingga ringan dan gebu. Tambah kulit lemon dan telur, sebiji demi sebji. Masukkan jus lemon. Kemudian, campur bahan yang diayak bersama-sama bijirin Nestum, kaup dan balikkan. Tambah cukup susu sehingga adunan meleleh dengan mudah dari
hujung senduk. Cedok adunan ke dalam acuan dan ratakan permukaannya. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan 175°C selama kira-kira 1 jam sehingga 1 jam 10 minit atau sehingga kek masak.

Tuesday, May 12, 2009

Permintaan Resipi - KEK SUJI

Resipi Kek Suji ni diminta oleh ash 940. Di sini saya sertakan 3 resipi yg berlainan sedikit dari segi pembikinannya. Harap2 ia dapat menepati citarasa anda yer!


KEK SUJI (1)
(sumber : Puan Zainab Khamis)

Bahan-Bahan
14 biji kuning telur (8 putihnya)
570 gm mentega
340 gm gula halus
225 gm tepung samolina (suji)
225 gm tepung hongkong
55 gm badam kisar
4 sudu makan susu pekat
1 sudu makan vanilla
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda


Peraturannya:
1. Pukul telur, gula dan suji hingga putih. ketepikan
2. Pukul mentega, susu dan vanilla hingga puith.
3. Ayak tepung bersama baking powder dan bicarbonate of soda. masukkan badam, gaul rata.
4. Satukan telur, gula dan suji yang telah dipukul tadi bersama mentega, kacau rata.
5. Masukkan campurkan tepung sedikit-sedikit hingga habis, kacau rata.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan 10" x 10" yang telah disapu dengan mentega dan bakar dioven 180C selama 1 jam 30 minit.



KEK SUJI (2)
(Sumber: Hajjah Fatimah Bte Mohd Ibrahim Marican)

Bahan-Bahan
500 gram mentega (cap tong)
15 kuning telur
2 putih telur
320 gram gula caster
230 gram badam (kisar halus) kemudian bakar 2 minit dan sejukkan.
3 sudu makan tepung gandum, diayak (boleh juga gunakan cake flour)
340 gram suji (gunakan suji dalam tin)
1 sudu teh rata vanillin
1 tin pembakar 11” x 8” (gris sekeliling dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas kuih)

Cara

Pukul mentega serta suji dan gaul rata. Tutup dengan kain dan simpan semalaman, sekurang-kurangnya 14 jam, dan tidak boleh lebih dari 24 jam. Pada keesokkan hari, panaskan oven 160 darjah . Bila hendak bakar kuih turunkan ke 150 darjah C

Pukul 2 putih telur hingga kembang dan kaku. Masukkan kedalam adunan suji.

Pukul pula kuning telur dan gula sehingga halus dan kembang. (Masukan gula sedikit demi sedikit). Masukkan kedalam adunan suji dan gaul rata.

Masukkan pula tepung/ badam kisar dan gaul rata. Akhir sekali masukkan vanillin dan gaul lagi sehingga rata. (Semasa menggaul sebaik-baiknya menggunakan tangan dan jangan di tinggalkan, kalau ditinggalkan, kemungkinan kuihnya akan mendap).

Masukkan adunan kedalam tin kuih dan bakar selama 1 jam 15 minit dengan suhu 150 darjah C. Jangan buka tutup pintu ketuhar. Bila keknya sudah masak, keluarkan dan biarkan dalam tin pembakar selama 10 minit, baru boleh dikeluarkan dan letakkan atas rak kuih.



KEK SUJI (3)
Sumber: Irma Iryani Said (Buku Resepi Pesta Perut)

Bahan-bahannya
400g mentega ( chap tong/golden fern)
240g tepung semolina/suji
2 sm susu pekat
1 biji parutan kulit limau/oren
1/2 biji jus limau/oren
4 biji telur
10 biji kuning telur
300g gula kastor
160 tepung naik sendiri ( diayak )
100g badam cincang
Acuan berukuran 28x20cm.

Caranya
Pukul mentega dan susu pekat hingga kembang dan ringan. Masukkan tepung semolina, kulit limau dan jus limau. Gaul rata dan perapkan semalaman supaya tepung semolina kembang. Perap di suhu bilik dan bertutup.

Esoknya....panaskan ketuhar 180 darjah. Gris acuan dan alas dasarnya dengan kertas kuih.

Pukul telur, kuning telur dan gula hingga betul-betul kembang. Gaul rata pada adunan yang diperap semalaman.Masukkan tepung yang dicampurkan dengan badam cincang, sedikit demi sedikit. Tuangkan kedalam acuan kek dan bakar selama 45-60 minit.

Setelah 40 minit, turunkan suhu ke 150 darjah.Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum dipotong.


SELAMAT MENCUBA!

Sunday, November 23, 2008

MENU - LEMAK TURI, AYAM MSK MERAH, TELUR BERLADO & SAMBAL KUINI

Sekedar berkongsi menu sempoi hujung minggu ni. - tu pun kalau masak lerr... Kdg2 hujung minggu dapur tak berasap!!! sebab, dah hujung2 tahun ni banyak jemputan ke majlis walimatul urus. Kalau pi rumah sedara rapat pulak, dah mkn, tapau lagi. So, rehat sket lah perkakas kat dapur tu yer..




Utk resipi, sila rujuk ke link ini




Bahan-Bahan
1 ikat daun turi dibersihkan dan diambil daunnya saja
2 biji keledek (potong kecil)
200 ml santan kotak
2-3 cawan air
garam secukup rasa
secubit perasa (optional)
1-2 sudu besar minyak (utk menumis)

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 btg kecil cili merah (boleh ditiadakan)
1 cm kunyit hidup (atau 1 sudu teh kunyit serbuk)
2 sudu besar (bumbung) udang kering

Cara
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar. Kacau sebentar.
2. Masukkan air dan sedikit santan bersama keledek. masak hingga keledek empuk baru masukkan daun turi, lebihan santan tadi dan juga garam.
3. Kacau hingga kuahnya mendidih sebentar sebelum dimatikan api.

Nota:
1. Secara umum, Lauk Lemak ni, tak kiralah yg menggunakan sayur turi, pucuk paku/pakis, daun ubi, nangka, dll, boleh dimasak dgn kaedah 'melebur'. Maksudnya, tak perlu ditumis dgn minyak. Kesemua bahan kisar dimasukkan ke dalam periuk bersama air/santan yg mencukupi lalu dimasak hingga mendidih barulah dimasukkan sayuran tadi agar sayur tu tak ler layu sgt. Nanti hilang vitaminnya pulak!


2. Oleh kerana penggunaan jangka panjang serbuk perasa taklah begitu baik, cuba elakkan drpd menggunakannya. (sesetengah org ckp, takut botak pula kepala nanti!!). Bubuhlah sedikit gula (1/2 hingga 1 sudu kecil) ke dalam masakan anda sebagai ganti.


Bahan-Bahan
10 biji telur
secukup minyak masak
(telur direbus & kemudian digoreng dgn minyak sehingga kekuningan)

Bahan Kisar (tak perlu terlalu halus)
4 btg cili merah (kalau nk pedas boleh tambah dgn sedikit cili padi )
1 biji bawang besar
1-2 ulas bawang putih
sedikit cuka (optional)
air dari perahan 3 biji limau kasturi
garam, gula secukup rasa
minyak utk menumis

Cara
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar sehingga garing. Masukkan cuka, perahan air limau, garam & gula. Akhir sekali masukkan telur. kacau rata dan sesuaikan rasanya. Tambahlah apa yg perlu.



Bahan-Bahan:
1 biji buah kuini (jgn terlalu masak) - dipotong kecil2
3 batang cili merah
3-4 batang cili padi (optional)
sedikit belacan Penang (disangai hingga garing)
secukup air asam
gula secukup rasa
secubit garam (tak perlu bubuh kalau belacannya dah masin)

Cara:
Tumbuk belacan bersama cili merah dan cili padi. Masukkan air asam, garam dan secukup gula. Masukkan pula buah kuini dan digaul rata. Boleh juga diperahkan sedikit jus limau kasturi.

Thursday, November 06, 2008

NANGKA MASAK LEMAK

Sejak kecil lagi saya telah terbiasa dgn lauk lemak yg dimasak oleh arwah emak seperti lemak labu, pisang muda, nangka, dan pelbagai lagi sayuran. Lauk Lemak Nangka ni merupakan salah satu yg menjadi kegemaran saya. Di sini saya nak berkongsi cara saya menyediakannya.



LEMAK NANGKA

400-500 gm nangka muda (potong kecil & direbus hingga empuk)
300 ml santan pekat (dlm kotak)
2-3 cawan air

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang cili merah
3 sudu besar udang kering (rendam)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit

secukup minyak utk menumis
garam secukup rasa

Cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar sebentar.
2. Masukkan 2 cawan air bersama nangka yg telah direbus tadi. Kacau sebentar.
3. Kemudian masukkan pula santan pekat dan garam. Kacau rata. Kalau perlu, boleh ditambah air lagi mengikut kepekatan kuah yg anda suka. Terus mengacau sekali-sekala agar kuahnya tak “pecah santan”.
4. Bila dah mendidih, matikan api.


Nota :
Anda juga boleh masak lauk ini dgn satu lagi cara iaitu dgn “melebur’ atau masukkan kesemua bahan ke dalam periuk sambil dikacau sekali-sekala sehingga mendidih/masak.