Friday, February 02, 2007

Father's Trade Alliance - FTA

Malaysia cabar AS -- Sedia batalkan rundingan FTA jika terus diugut kuasa besar itu

Mampukah kita?

FTA - Adakah mungkin suatu masa nanti kita perlu gantikan FTA ini kepada Father's Trade Alliances?

FTA antara M'sia dan Amerika seperti yang kita ketahui bertujuan untuk meningkatkan lagi perdagangan antara dua negara. Kononnya, dengan selesainya rundingan tersebut nanti, peluang peniaga dan usahawan dari Msia melabur dan mendapat kontrak kerajaan Amerika akan menjadi lebih mudah. Begitu juga sebaliknya.

Walaubagaimanapun rakyat masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku di dalam perbincangan antara wakil Msia dan Amerika. Apa yang dibincangkan? Apakah kesan-kesan yang akan kita hadapi? Apakah kebaikkan kepada para graduan pada masa akan datang? Bolehkah perjanjian ini di batalkan jika terdapat unsur-unsur yang hanya memberikan kelebihan pada pihak Amerika jika ianya berlaku di masa akan datang? Tidakkah terdapat perkara tersembunyi yang akan menjatuhkan kita sebagai sebuah negara berdaulat? Adakah ia akan menjadi seperti perjanjian Msia dan Jepun yang mana PakLah bersetuju untuk bertukar-tukar sayur dengan kereta? Itu yang sebahagian besar daripada kita ingin tahu. Bukan sahaja kepada diri kita, tetapi kepada generasi akan datang.

Apakah masalah akan timbul jika perjanjian ini dimenterai? Pada pendapat saya, kemungkinan besar akan berlaku masalah akan tetap ada. Lihat saja apa yang telah berlaku pada FTA antara Amerika dan jirannya Canada. Apa yang berlaku ada disini. Malah, banyak lagi perjanjian serupa ini yang kononnya akan menguntungkan negara lain dan berakhir mereka menanggung kesan yang lama. Mungkin ekonomi akan sedikit meningkat namun, ada pula kesan yang berlaku pada alam sekitar mereka. Kesan secara tidak langsung inilah yang perlu diberi perhatian yang lebih serius.

Cuba baca mengenai FTA antara Australia dan Amerika. - Link1- Link 2 -
Begitu juga dengan kritikkan dan bantahan mengenai FTA yang lain. - Link 3 - Link 4 -

Seperti yang kita ketahui, para peniaga dan usahawan dari Malaysia masih belum mampu untuk bersaing dengan pesaing dari negara mereka sendiri dari segi kualiti dan teknologi. Selain daripada itu, nilai kewangan antara kedua belah negara juga memberikan kelebihan ini kepada mereka. Mereka mampu untuk menyediakan modal yang lebih besar untuk merebut kontrak di Malaysia lebih-lebih lagi setiap kali projek mega di lancarkan. Manakala usahawan di Malaysia terpaksa menyediakan modal yang mungkin jauh lebih besar jika mahu mendapat kontrak mega di Amerika Syarikat.

Buat permulaan, kita boleh mencuba untuk mendapat kontrak membekalkan kari daging dan nasi kandar di dalam tin kepada askar Amerika Iraq. Atau membekalkan roti kosong dan nasi lemak kepada angkasawan NASA.

Yang beruntung pasti sekali yang ada kaitan dengan FTA (Father's Trade Alliance). Kerajaan Malaysia mungkin akan mencadangkan dan memberi nama syarikat yang 'berkaliber' anggota FTA ini bagi memudahkan kerajaan Amerika memilih mereka. Maklumlah, ada di antara syarikat di negara kita yang tidak mempunyai banyak pesaing di dunia. Ini bermakna, peluang perniaga kita untuk mendapat kontrak itu sangat besar! Termasuklah untuk membekal centrifudge kepada mereka.

Saya tidak katakan yang perjanjian antara Amerika dan kita tidak akan mendatangkan sebarang kebaikkan kepada rakyat. Mungkin banyak kebaikkannya. TAPI adakah ianya akan mendatangkan kebaikan untuk rakyat keseluruhannya? Apa gunanya 30 orang usahawan dan peniaga menjadi billionare kalau berjuta yang lain menjadi semakin susah akibat masalah-masalah sampingan yang akan timbul?

Tapi, berdasarkan masalah di atas. Mengenai desakkan ahli politik Amerika supaya Malaysia menghentikan perhubungan perdagangan antara Malaysia dan Iran. Adakah pemimpin Malaysia berani untuk membatalkan rundingan FTA ini? Adakah mungkin pemimpin kita tunduk pada desakan ahli politik Amerika agar kita menghentikan hubungan perdagangan dengan Iran? Mungkinkah akan ada pihak Amerika yang akan membangkitkan hal berkaitan skandal Oil for Food dan cerita centrifuge bagi mendesak Malaysia tunduk kepada mereka?

Entahlah, keputusan di tangan pemimpin besar. Apa yang saya harapkan, apa saja rundingan, biarlah ia mendatangkan kebaikkan kepada keseluruhan rakyat dan bukannya individu tertentu sahaja. Kalau boleh, janganlah FTA di antara negara kita dengan Amerika ini menjadi seperti kisah AP. Sedikit yang makin kaya yang banyak yang lain semakin miskin.

ps - Muskil, kenapa berita FTA ini tidak mendapat perhatian dari akhbar lain dengan lebih meluas?

Jawapan sini Tun mengenai kapal terbang baru...

Ia amat diperlukan…ia amat diperlukan…patutnya 747 atau A380 tetapi kerajaan amat berhati-hati kerana kerajaan tak ada duit..kapal terbang itu cuma berharga RM200 juta… Ia tidak dibeli oleh kerajaan. Ia dibeli oleh pihak lain. Pihak lain itu dimiliki 100 peratus oleh kerajaan.

Labels: ,

Tuesday, January 30, 2007

Macam isi dan kuku

...Mari tepuk-tepuk bahu...

Saya mendapat tulisan ini di laman Forum myKMU. Disini. Sesiapa yang tak pernah pergi laman forum myKMU. Dipersilakan untuk mendaftar dan berforum dengan hati yang terbuka.

25 Ogos 2005
Taufan Katrina mula melanda Florida.

19 Disember 2006
Banjir besar mula melanda Johor.

29 Ogos 2005
Presiden George W. Bush menyambut harijadi Senator Arizona John McCain.



21 Disember 2006
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih bercuti di Greece.

30 Ogos 2005
Bush masih bercuti di Crawford, Texas.

Beliau bermain gitar bersama penyanyi 'country', Mark Willis.



31 Ogos 2005
Bush meninjau kemusnahan akibat Taufan Katrina dari Air Force One, dalam perjalanan balik ke Washington.



23 Disember 2006
Pak Lah akhirnya melawat mangsa banjir di Tangkak.

2 September 2005
Bush akhirnya melawat mangsa banjir di New Orleans. Bantuan makanan sebanyak 3 tan untuk mangsa di St. Bernard Parish dan Algiers Point tidak dapat diagihkan apabila trafik udara dihentikan bagi membolehkan lawatan Bush.

25 Disember 2006
Pak Lah menyambung cuti ke Perth. Untuk makluman, Bush memendekkan 2 hari daripada tempoh percutian beliau. Pak Lah gagal dalam usaha beliau untuk meniru bulat-bulat tindakan Bush.

Untuk makluman juga, Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA), Michael Brown, telah meletakkan jawatan selepas dikritik hebat kerana pengendalian operasi agensi tersebut ketika Taufan Katrina.

29 Disember 2006
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyumbangkan sebanyak 130 ekor lembu kepada 34 buah masjid dan 40 surau di kawasan Parlimen Kepala Batas untuk dikorbankan pada sambutan Hari Raya Aidiladha Ahad ini - Utusan Malaysia

Kepala Batas. Johor boleh pergi mati tenggelam.

Labels: ,

Kuah Kari


    Utk Tingkat 4 Saja
    Number of online users in last 3 minutes