« Home | Apa nak jadi? » | 1 Trillion » | Bila gendang perang bermula » | Father's Trade Alliance - FTA » | Kapal Terbang 69 » | Macam isi dan kuku » | Daulat » | Permainan Budak Besar! » | Civilisational Islam » | Keterbukaan. »

Jangan cakap besar...

Bedengung telinga bila mendengar para pembesar mengatakan ekonomi semakin baik. Malah Khairy juga sanggup menulis di dalam akhbar bagi meminta rakyat percaya yang ekonomi semakin baik. Dengan data-data dan analisis yang cukup, akhbar memainkan data tersebut untuk membuat rakyat termakan pujukan.

Lebih banyak lagi janji ditabur. Di sana sini. Dan semalam, kononnya, indeks keselesaan bertambah baik sejak 2003. Lebih banyak lagi perkataan menarik ditaburkan.

Namun, keselesaan rakyat bukan hanya pada indeks komposit saja. Bukan bermakna saham meningkat ekonomi sudah pulih. Yang membeli saham hingga berpuluh ribu ringgit atau mungkin berpuluh ribu unit sehari bukan rakyat biasa.

Bagi pekerja kilang, penoreh getak, pemandu teksi atau GRO kelab dangdut sekali pun tidak terlibat dalam saham. Siang bekerja dan malam berehat. Saham naik setinggi 3000 mata sekalipun, masih lagi mereka di takuk yang sama. Gaji mereka belum tentu naik. Tapi, yang naik hanyalah minyak, tol dan sebagainya. Adakah ekonomi sudah baik?

PM dan anggotanya. Masih mahu meyakinkan yang dibawahnya. Ekonomi semakin sihat. Terima kasih tuan Perdana Menteri. Atas usaha anda... Tapi... Tak perlulah terlalu bercakap besar. Kalau ini jadinya, apa yang kamu mahu jawab?

Kuah Kari


    Utk Tingkat 4 Saja
    Number of online users in last 3 minutes