Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Thursday, October 06, 2011

TQ ABAH AYRA... I LOVE U!

Sebab hampir semua wishlist by, dah abang penuhkan...

Jam tangan Alba. Nih dapat time raya aritu.

Last month dapat printer canon 3 in 1 nih plak.
Dan last week dapat vakum pensonic comel nih.

So, pasnih dah takdak alasan lagi kan? Hehehe...makaseh abang... NGCML4U! Luv U very much!

pssst: pic kredit to mr google

Monday, October 03, 2011

TQ CIK WAN!

Tima kasih untuk cik wan (panggilan ayra buat kawan lama aku di poli) yang jugak pemilik kepada Nurmiababystore. Tima kasih banyak sebab sudi poskan hadiah untuk ayra. Sehelai top yg comey dan 3 hair clip felt yg cute.


Dan yang penting, semuanya cik wan buat sendiri tau. Tima kasih daun keladi, len kali bagi la lagi. hehehehe....

Thursday, April 21, 2011

FIRST TIME DAPAT HADIAH OTOGRAF

Dalam minggu nih aku dah terima dua hadiah GA/contest. Kedua2nya best.

First, isnin lepas aku terima Mary Kay body lotion. Bekas besar lagik, saiz botol susu 9oz. Body lotion nih bau passion fruit, sedap bau dia rasa macam nak makan ja. Thanx puan penganjur.

Lagi satu hadiah tu nampak macam biasa saja iaitu memo pad kaler ijau. Don't judge a book by its cover ok. Luar saja nampak biasa tapi dalamnya lain dari yang lain sebab ada nih......

Autograf Khairul Fahmi Che Mat (GK Malaysia aka apex). Ekslusif gitu. Thanx to elia dan amy.

Thursday, April 14, 2011

ME WON PRECIOUS MOMENTS GIVEAWAY

Alhamdulillah rezeki di pagi rabu. Jenguk blog contest aku, terpandang komen dari mommie yuyu yang aku menang Precious Moments GA anjuran blog beliau. Tersenyum aku sorang2 depan lappy sebab sekarang agak kemarau dengan kemenangan GA atau contest. Lagipun sekarang nih aku pun dah mengurangkan diri dalam bab GA dan contest nih sebab sedang memberi tumpuan yang lebih kepada perkara lain.

Tima kasih mommie yuyu sebab ter'random' nama ros. Dan aku bakal dapat body lotion Mary Kay gitu. Kaler pink lagik, I loiiikkeee. Tahniah jugak pada pemenang lain.

Klik SINI untuk tengok senarai penuh pemenang.

Thursday, April 07, 2011

KLIP RAMBUT UNTUK AYRA, FM UNTUK IBU

Hari nih abg posmen singgah lagi kat rumah aku. Dia tinggalkan satu sampul surat pos ekspres. Bila ditengok pada pengirimnya, dari zana iaitu penganjur GA Anakku Comel.

Dan isi sampul pos ekspres tersebut ialah:

Sepasang klip rambut untuk ayra dan satu FM dari bandun untuk aku. Aku suka sangat sebab ayra blom ada klip rambut kaler purple dan aku jugak blom ada FM dari bandung so bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal la. Terima kasih zana.

Nak tengok tak budak keciwi pakai klip rambut baru. Ni la dia....

Terserlah ke'kepek'kan hidung dia tu. Apa2 ja, janji dia happy so ibu pun happy jugak. Jangan dok asyik 'temper tantrum' ja, ibu terus pening kekadang ibu pun jadi 'hot temper' terus.

Dan jom kita tengok bila FM from bandung tu join kengkawan dia di esbok aku.

Hampir separuh dari FM yang aku ada tu aku dapat thru GA/contest di alam maya. Tima kasih semua. Jasa korang hanya Allah yang mampu balas.

pssst: Ayra dapat lagi satu hadiah pagi tadi dari sorang kawan aku merangkap jugak seorang blogger yg low profile. Nanti aku letak dalam satu entri khas. TQ pada puan pemberi hadiah.

Wednesday, April 06, 2011

SEMALAM DAPAT CEK, HARI NIH DAPAT 2 HADIAH

Semalam baru ja rasa dalam hati ada taman sebab dapat cek from en nuffnang. Hari nih berbunga2 lagik sebab dapat hadiah. Bukan satu tapi dua hadiah. Keduanya adalah dari penganjur GA yang mana aku adalah salah sorang dari pemenangnya.

First, hadiah fancy fruit fork. Heart shape lagik. Siap kaler merah lak tu. I likeeee! Kedua sikat kaler purple. yang nih ayra dah siap booking. Sikat dia katanya. Sampai abah dia balik keja tadi dia mintak kat abah dia mana sikat yang posmen antaq tu. Hahahaha, mcm2 la anak dara tu.

Terima kasih pada puan2 penganjur GA yang dah antaq hadiah kepada aku.

Buat pemenang GA aku, aku mintak maagf bebanyak. Tak sempat lagi nak pos hadiah korang. Sabar yer. Aku janji korang akan terima jugak hak korang tu.

Monday, February 28, 2011

HADIAH CROYDON BABY BOY GIVEAWAY FROM AFIDAH ARIF DAH SAMPAI

Hadiah dari Afidah Arif untuk Croydon Baby Boy Giveaway dah selamat sampai ke tangan aku. Comel hadiahnya. Sesuai dengan aku yang suka baking-membaking.

Hadiahnya ialah Set of 4 cookie cutters Winnie the pooh.

Nih la rupanya. ada 4 semuanya.

Siap ada resipi lagi.

Makaseh Afidah Arif.

Wednesday, February 23, 2011

HADIAH FROM REZA-NANI-DELITE DAH SAMPAI

Ingat tak gambaq en abu tengah bersungguh-sungguh potong kek besday dia yang menang Cake Moment Contest di blog Reza-Nani-Delite? Hadiahnya dah sampai semalam.

Satu sarung tangan dapur (ke ada term lain utk benda alah nih). Cantik, ada strawberry.

Dan harus model yang menggayakan hadiah ibunya.

Tima kasih untuk Reza-Nani-Delite.

Thursday, February 17, 2011

PESERTA TEKA-TEKI TEKA-TEKUK: HADIAH DAH DIPOS

First and foremost nak mintak bebanyak maaf kat semua peserta Teka-Teki Teka-Tekuk @Cerita-Ceriti Ibu Ayra di atas kelewatan proses penghantaran hadiah korang. Walaubagaimanapun, setelah hampir sebulan berlalu hari nih aku dah selesai poskan hadiah 'comel' buat kesembilan peserta kecuali Wan yang tak bagi address. Wan, insyaallah nanti ros bagi by hand kalau berkesempatan ke rumah wan.

Rasanya minggu depan baru sampai ke tangan korang sebab aku pakai normal pos. Nanti dah terima, inform ya. Kalau tak terima pun inform tau. Harap korang suka dengan hadiah 'comel' tu. TQ sangat-sangat coz sudi memeriahkan Teka-Teki Teka-Tekuk tu. Nak tengok hadiah, klik SINI.

Jom join 4th Anniversary Giveaway @ Cerita-Ceriti Ibu Ayra plak.

pssst: kebetulan en abu beli setem pun kaler PINK. I likeee!

Wednesday, February 16, 2011

HADIAH DZAZUE 4TH ANNIVERSARY 2011 DAH SAMPAI

Semalam baru singgah kat blog Zue baca entri dia pasal hadiah yang dah dipos jumaat lepas. Sampai semalam (selasa) aku masih blom terima. Alhamdulillah arinih dah selamat terima hadiah pink tersebut. Lambat sket sebab Zue pos ari jumaat. Sabtu dan ahad weekend, posmen cuti. Isnin sampai kat Kangar then selasa pulak Perlis cuti Maulidur Rasul, jadinya arinih baru posmen keja balik. Thanx Zue, hadiah awak ros dah terima dengan selamat.

Tapi, parcel kali nih jugak telah diceroboh. Ada kesan koyak kat bahagian bawah parcel. Kesan koyakan yang sengaja dibuat, bukan yang terkoyak.

Nih rupa isi dalam parcel tu. Makaseh buat Zue dan Mustadza (hubby zue, my ex-classmate di POLIMAS).

Satu beg pink dari Cameroh Hignland yang comel.

Disebabkan kecomelan beg nih, ayra dengan sesuka hati dia dah booking beg tu jadi dia punya. Buktinya, tengoklah ayra dah siap masukkan barang2 dia dalam beg tu.

Barang2 ayra yang akan menjadi penghuni beg pink yang comel tu.

Apa pun, tima kasih sekali lagi Zue. Kalau mai ke utara, singgah la ke rumah ros.

Friday, January 28, 2011

HADIAH GIVEAWAY HANYA UNTUK KAMI DAH SAMPAI!

Terima kasih izan cute aka mummychacha! Hadiah yang awak pos dah selamat sampai ke tangan saya 2-3 hari lepas. Macam yang saya SMS aritu. Cuma lambat post kat blog disebab oleh masalah INI.

Dan isi sampul pos ekspres kat atas tu adalah yang di bawah nih.

Frame gambar 5R dan satu brooch merah yang comel. Makasih izan.

Thursday, January 27, 2011

"HEEL" : HADIAH UNTUK PESERTA TEKA-TEKI TEKA-TEKUK @CERITA-CERITI IBU AYRA

Memula nak mintak maaf buat semua peserta yang join Teka-Teki Teka-Tekuk @Cerita-Ceriti Ibu Ayra merangkap yang akan menerima hadiah comel dari aku sebab urusan hadiah yang blom selesai. Buat makluman korang, aku dah beli hadiahnya dan korang semua akan menerima 'kasut tinggi'.
Amacam? Korang suka tak? Haaa! ada yang tak pakai heels? Alamak, macam mana nih? Aku dah beli heels untuk korang. Aiseymen.... Hmmmm......

Hehehehe, actually aku dah belikan heels yang semua orang boleh pakai. Tak kira yang suka pakai 'heels' atau tak. Sebenarnya, aku dah belikan korang keychain berbentuk 'heels' untuk kesepuluh peserta yang bertuah tu. Dan keychain yang akan korang dapat adalah seperti di bawah.

Amacam? ok tak? Hadiah kecik comey je tapi yang penting ikhlas dari aku. Aku pilih keychain nih sebab korang boleh letak kat kunci rumah/kunci kereta/kunci ofis atau apa2 saja kunci dan keychain nih akan ikut korang ke mana saja. Dan aku harap bila korang tengok keychain nih, korang akan ingat aku.

Warna korang takleh pilih sebab aku akan letak dalam envelope secara random. Dan bagi aku sket masa untuk proses pengeposan. Harap korang suka. Sebab aku sangat suka!

Nak tengok sapa yang akan dapat heels comey kat atas tu? Klik SINI.

pssst: kalau korang perasan kat gambar keychain tu, ada lebih dari 10. Aku plan nak buat satu GA yang simple. Ada sesapa nak join ke?

Friday, January 21, 2011

SURAT KENA CEROBOH LAGIK!!!

Hadiah Contest CCK - Hitam itu menawan dah selamat sampai ke tangan aku iaitu FM dari Cameron Highland.
Dan jugak Koleksi Setem korporat sempena sambutan Jubli Intan TLDM yang di'giveaway' oleh Keyphochee yang komen di entri beliau jugak telah aku terima sekali dengan FM CH tu. Rasanya sempat lagi kalau korang nak join. Tapi di sebalik hadiah2 nih ada satu cerita yang tak berapa best.

Seperti yang aku ceritakan di sini. Surat ku diceroboh lagik. Geram!!!!!

Buktinya adalah seperti dalam gambar di atas. Korang tengok kat bahagian bawah sebelah kanan. Nampak kan? Dah terang lagi bersuluh. Apsal diorang buat gitu? Setem dah RM1.20, parcel nih bukannya berat sangat pun. Nasib baik takdak apa yang hilang.

Tutup cerita tu. Aku nak ucapkan terima kasih bebyk kat Keyphochee yang susah payah antar hadiah2 tu. Terima kasih daun keladi, kalau ada bagi lagi.

Wednesday, January 19, 2011

LEGGING MINNIE FROM HK DAH SAMPAI TAPI....

Aritu aku ada post entri pasal kemenangan di blog Hana Kirana (HK) kan? Ala, My Girl Want This Skirt Giveaway tu. Dan kat bawah nih la skirtnya. Legging skirt minnie mouse yang so adorable. Dah selamat sampai ke tangan peserta bertuah iaitu aku, hehehe...

Tapi ada sket cerita tak best bila terima saja skirt legging tu. Bungkusan berisi skirt tu dah 'diceroboh', dirosakkan tanpa izin. Tak pasti la nih keja abg posmen ataupun staf kat PO. Kat bawah nih bukti bungkusan aku diceroboh. Korang nampak kan? Nih first time jadi kat aku. Sebelom nih aku penah baca kat blog ifa tiefazatie, banyak kali jugak jadi kat dia benda nih. Apa komen korang hal nih?

Tapi dalam bungkusan tu ada satu pengubat kesedihan@kemarahan aku. Penganjur contest aka HK baik hati coz bagi hadiah iringan seperti di bawah iaitu sekeping kad yang cute dan satu keychain love yang chomel. Pakai printed felt lagik.

Buka jer bungkusan tu, tuan empunya skirt dah tau itu dia punya. Dan-dan la tu jugak mintak nak pakai. Apa lagi, terus pakai dan terus suruh ibu ambik gambaq dia. Posing wajib ('peace') harus ada.

Posing yang sama cuma lokasi berbeza.

Terima kasih buat Hana Kirana.

Related Posts with Thumbnails