Showing posts with label feeling. Show all posts
Showing posts with label feeling. Show all posts

Thursday, February 02, 2012

ALHAMDULILLAH

Syukur pada Allah swt di atas nikmat yang telah diberikan....

pssst: saya tak preknen, sekian.

Monday, December 19, 2011

PENGHILANG RINDU

Lama rasanya tak up entri bergambar tuan tanah kedaung n anak dara beliau. So, layan je la sekeping gambor tak seberapa nih uat penghilang rindu korang. Hehehe, mode perasan ada yg rindu...

My first baju kurung polkadot. Baju raya aritu...

Friday, September 23, 2011

RAINBOW...AFTER THE RAIN....

Ya Allah...

Di manakah pelangi saya?


pic: kredit to google

Monday, July 04, 2011

Wednesday, March 09, 2011

ON OUR 4TH ANNIVERSARY

ABANG, SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE-4.


Alhamdulillah, di hari yang berkat nih aku dah boleh discaj. Ingatkan nak kena celebrate anniversary di wad. Tapi malam nih takleh gi memana lagi sebab masih berpantang. Oppps, bukan pantang bersalin atau pantang MC ye tapi berpantang sebab jadi kayap. Aku sekarang tak makan makanan yang boleh jadi gatal, kang jenuh nak menggaru. Pedih satu hal.

Kayap di telinga aku dah kering dan dah tak merebak. Alhamdulillah syukur pada Allah.

Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan aku. Hanya Allah yang boleh balas jasa kalian semua.

Aku rindu kat ayra coz semalam seharian dia tak dibawa melawat aku di wad. Balik karang nak 'cover' peluk cium dia.

Tuesday, March 01, 2011

TAMAT SUDAH CONTEST 'CUBA TEKA KE MANA KAMI NAK PI'

Actually, ada cerita sedih nih. KIV dlu ceta sedih tu, hujung entri nih aku bgtau.

Hari nih tepat kol 12 tgh malam tadi tamatlah sudah Contest "Cuba Teka Kami Nak Pi Mana". Seramai 14 orang peserta dah join. Dan untuk pengetahuan korang, ramai yang bagi jawapan yang btol. Maybe sebab klu yg aku bagi tu membuatkan ramai yang dapat meneka dengan btol. Tapi, aku mencari yang paling tepat dan ada sorang yang bagi jawapan yang sangat tepat. Sblom tu, jom kita tengok peserta yang join dulu.

1 http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com/2011/02/cuba-teka-ke-mana-kami-nak-pi.html

2. http://myshaizharblogcontest.blogspot.com/2011/02/cuba-teka-ke-mana-kami-nak-pi.html

3. http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/02/cuba-teka-ke-mana-kami-nak-pi.html

4. http://nanamrul-contest.blogspot.com/2011/02/cuba-teka-ke-mana-kami-nak-pi.html

5. http://stayinheart.blogspot.com/2011/02/cuba-teka-ke-mana-kami-nak-pi.html

6. http://jassnani.blogspot.com/2011/02/cuba-teka-ke-mana-kami-nak-pi.html

7. http://nanakimie.blogspot.com/2011/02/cuba-teka-ke-mana-kami-nak-pi.html

8. http://fatinlovecontest.blogspot.com/2011/02/cuba-teka-ke-mana-kami-nak-pi.html

9. http://myapeapeaje.blogspot.com/2011/02/cuba-teka-ke-mana-kami-nak-pi.html

10. http://mamiuyuncontest.blogspot.com/2011/02/cuba-teka-ke-mana-kami-nak-pi.html

11. http://mamaaerishtwo.blogspot.com/2011/02/cuba-teka-ke-mana-kami-nak-pi.html

12. http://nettskerepek.blogspot.com/2011/02/cuba-teka-kemana-kami-nak-pi.html

13. http://lovecontestverymuch.blogspot.com/2011/02/cuba-teka-ke-mana-kami-nak-pi.html

14. http://syu90contest.blogspot.com/2011/02/cuba-teka-ke-mana-kami-nak-pi.html

Sekarang korang yang dah join, sila check ada tak nama korang. Takut ada yang tercicir. Aku bagi can sampai esok (2 mac 2011) sampai pukul 3 ptg.

Actually, plan aku nak bercuti sekeluarga tak kesampaian sebab aku n ayra tak dpt join di atas sebab2 yang tak sangat tak dpt dielakkan. Sedih sangat. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Takpa, nanti bebila bleh pi lagi.

Buat korang yang dah join 4th Anniversary Giveaway @Cerita-Ceriti Ibu Ayra, aku nak minta maaf bebyk sebab tak dapat nak bagi hadiah dari tempat tersebut. Aku akan gantikan dengan hadiah lain untuk korang yang bakal menang.

Lagi satu, lately line internet kat rumah aku nih truk sangat. Sampai fed up nak online. Apa lagi nak join contest/ GA. Lembab selembab-lembabnya. Macam nak baling ke dinding je brukben nih. Geram sangat.

Oklah, tutup ceta sedih. Jangan lupa check nama korang. Insyaallah kalau line ok, ptg esok aku akan bgtau sapa yg menang. Tungggguuuuu....

Monday, January 24, 2011

CAKAP TAK SERUPA BIKIN LA BERUK... NIH!

Lately aku dan en abu hairan, apasal la line internet kat rumah kitorang nih lembab sangat. Masing2 dok buat macam2 andaian. Line sibuk la sebab makin ramai orang guna, line tak ok la dan macam2 lagik.

Sampai la kami dapat SMS (dalam kotak merah) kat bawah. Rupa-rupanya line internet kami dah disekat atau lebih tepat lagi, dicontrol oleh Celcom sebab penggunaan dah melebihi 5GB. Dah setahun pakai berukben nih, nih la pertama kali jadi benda macam nih. Rasanya kami guna lebih kurang sama ja setiap bulan.

Aritu masa register org Celcom kata unlimited tapi nih lain plak. Cakap tak serupa bikin. Ada orang kata tu la marketing strategi. Apa kes plak macam nih punya marketing strategi. Tension sangat. Try buka website Celcom dan cuba tengok dalam kotak merah kat bawah nih plak. Plan tu yang aku ambik. So far memang takdak masalah, line pun laju macam yang RM98 punya.
Dulu volume quota tu takdak pun, tetiba ada volume quota plak. Ishhhh, line internet dah jadi lembap selembap2nya. Kalau nak laju, depa suh tambah volume. Betoi2 cakap tak serupa bikin. Nak buka satu2 web, 5 minit pun tak tentu bleh buka. Dulu 5 saat ja dah buka. Nak join contest, giveaway pun takleh. Apatah lagi nak apdet blogdan blogwalking, mau berjanggut menunggu. Nak siapkan entri geram nih pun hampir setgh jam dok tunggu upload 2 keping gambaq tu. Letih aa macam nih.

pssst: ada tak sesapa staff celcom? bleh tolong explain tak kes nih...?

Monday, October 18, 2010

JIKA ISTERI MENANGIS...


Jika isteri menangis dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan

menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.


Wahai suami2,

jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …


Wahai suami2,

jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya.

Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.


Lihatlah jauh kedalam matanya.

Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya.
.
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.
.
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya.
..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…



Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar

mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.


pssst: Abang, by sayang abang sepenuh hati.... NGCML4U!


Thursday, June 03, 2010

NAUZUBILLAH...SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA

Nauzubillah.

Hanya itu saja yang mampu aku ucapkan bila tengok gambaq nih. Kenapa ada syaitan yang bertopengkan manusia? Yang sanggup buang anak sebegini rupa? Menggigil aku. Geram dengan tingkah laku manusia sebegini.

Bayi ini tak berdosa. Dia tak dimintak dilahirkan di dunia nih. Khabarnya bayi nih dibuang melalui tingkap kereta di tepi jalan. Sungguh kejam pelaku perbuatan nih.

Ya Allah! Aku tak tahan tengok gambaq kat bawah nih. Terlalu kesian. Astaghfirullah hal'azim. Neraka jahanam lah tempat untuk mereka yang melakukan perkara kejam ke atas mu wahai bayi malang. Diorang tak sakit ke masa beranak? Sampaikan sanggup membuang bayi yang berdosa nih semudah membuang sampah. Nak ja aku sumpah orang yangbuang baby nih jadi batu. Ishhhhh kejam sungguh....

pssst: Naluriku sebagai sungguh tersentuh dengan dunia sekarang. Ayra, ibu terlalu sayangkan kamu. Ibu akan berusaha untuk berikan yang terbaik untuk kami dan bakal adik2mu nanti. (sebak sungguh bila menulis entri nih)

Tuesday, May 04, 2010

HAPPY 2ND BIRTHDAY AYRA!

4 Mei 2008, tanggal jam 12.54 tengahari lahirlah seorang puteri yang bakal menghiasi hidup sepasang suami isteri. Dan hari ini, si puteri itu genap berusia 2 tahun.

Sempena ulangtahun ayra yang kedua, ibu n abah nak buat sedikit pesanan istimewa....

"Selamat hari lahir yang ke-2, sayang. Ibu dan abah doakan semoga ayra akan sentiasa dimurahkan rezeki, sentiasa dilindungi oleh Allah swt. Sesungguhnya, ibu dan abah amat sayangkan ayra. Ingatlah sayang, 9 bulan ibu mengandungkan ayra. Ke sana-sini membawa ayra di dalam perut ibu. Dan dari hari pertama dilahirkan, ibu berikan susu ibu dan alhamdulillah, rezeki ayra murah sebab ibu mampu susukan ayra sehingga sekarang.

Ayra sayang...Jika ibu dan abah marah, itu tandanya kami terlalu sayangkan ayra. Kami mahukan yang terbaik untuk ayra walaupun kami tak mampu sediakan kemewahan untuk ayra.

Ayra, ibu nak ayra jadi contoh teladan yang baik untuk bakal adik-adik ayra nanti. Semoga mereka semua akan menjadikan ayra sebagai idola.

Akhir kata, Selamat Hari Lahir yang ke-2, sayang... "

pssst: di kala aku menaip entri nih, airmata aku menitis... dah besar anak dara aku nih...

Friday, April 30, 2010

KELEBIHAN SUSU IBU - AKU HAPPY, AKU SEDIH

Kelebihan susu ibu

* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi

* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)

* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan

* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa

* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi

* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang

* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.

Faedah penyusuan terhadap ibu

* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari

* mengelakkan pendarahan selepas bersalin

* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi

* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim

* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.'' - Surah al-Baqarah.

Aku happy sebab 4 mei 2010 nih, genaplah aku menyusukan ayra selama 2 tahun...
Aku sedih sebab nak putuskan ayra dari menyusu...

Aku happy sebab cita-citaku tercapai (untuk menyusukan ayra selama 2 tahun, started from ayra berusia 3 jam)
Aku sedih sebab aku rasa pasnih bonding antara aku n ayra mesti tak macam masa dia menyusu...

Ayra, ibu sayang ayra sangat-sangat....

Friday, February 12, 2010

RESIPI KASIH IBU

Sedang berblog walking, terjumpa blog Chef Norzailina...
Dan terjumpa entri beliau tentang satu resipi yang best nih...
Cubalah buat resipi nih, insyaallah kasih sayang antara ibu dan anak akan bertambah erat dan utuh....

RESIPI KASIH IBU

250 gm kasih sayang
150 gm perhatian
120 gm hormat-menghormati
1 kotak besar doa
100 gm pati kemesraan
100 gm ulas dorongan
20 gm sos kesabaran } bahan inti
250 gm keimanan }
50 biji kebijaksanaan
4 camb serbuk garang
3 camb serbuk nasihat

Bahan Hiasan
10 helai daun usik-mengusik
10 kelopak bunga senyuman
5 keping hirisan leteran, dihiris halus
4 helai pucuk toleransi, dihiris halus

Cara membuat

1. Gaulkan kasih sayang, perhatian dan hormat-menghormati di dalam mangkuk kehidupan sehingga sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit pati kemesraan diikuti oleh dorongan / sokongan. Uli perlahan sampai menjadi doh yg lembut.
3. Dalam mangkuk kekeluargaan, campurkan sos kesabaran dan keimanan sehingga rata.
4. Canai doh setebal 1 cm, ratakan campuran inti dan gulungkannya. Hiriskan dan letakkan dalam loyang.
5. Ratakan biji kebijaksanaan di atasnya.
6. Akhir sekali, taburkan serbuk garang dan serbuk nasihat secukup rasa.
7. Bakar di dalam ketuhar dunia akhirat sehingga keemasan.
8. Atur di dalam pinggan. Hiaslah dengan daun usik-mengusik, bunga-bunga senyuman, hirisan leteran dan pokok toleransi.
9. Sajikan dengan limpahan syukur.


*** Ayra, ibu terlalu sayangkan ayra. Kasih sayang ibu padamu melampaui segalanya. Semoga ayra akan menjadi anak yang solehah.

*** Mama, long sayang mama sangat2. Terima kasih diucapkan atas semua jasa dan pengorbanan mama selama membesarkan long. Long cuba buat yang terbaik untuk kita sekeluarga. Doakan kebahagiaan dan kejayaan long di dunia dan akhirat.

Monday, February 01, 2010

TIDO TAK LENA, MANDI TAK BASAH + ASSISTANT IBU

Sekarang nih mandi tak basah...
Tidoq tak lena...
Nak study pun tak masuk dalam kelapa otak...
Nervous menanti 3/2...
Nak tawakal je tapi takut blur plak nanti....
Adoiiiii...... Astaghfirullah hal a'zim....

Rileks, tenangkan diri...
Layan dulu gambar2 cik kecik yang khusyuk dok menyapu porch rumah....
Langsung tak pandang kamera tu...

La nih tak bleh tengok penyapu...
Kalau nampak ja...."pu....pu.....pah"
"penyapu....penyapu....sampah"....
Comel ja....
Lega sket rasa di hati....
Fuhhhhhhhh........

Friday, January 15, 2010

NOMBOR 51

Dah dapat result prePAC baru aku nak enterframe kan nombor 'besar' yang aku dapat time assessment tu...
Aku tersenyum bila melihat nombor 51 nih sebabnya kedua2nya adalah nombor feveret aku...
Nombor nih kami terpaksa pakai dari mula assessment sampai abis assessment, kecuali nak masuk toilet ja (kalau nak pakai pun, terpulang)...
Alhamdulillah, aku dah lepas 2 stage, sekarang get ready untuk final stage...
Kalau pass, insyaallah aku akan dapat apa yang aku nak...
Doakan aku pass...


Thursday, October 08, 2009

GAMBAR-GAMBAR LAMA

Untuk sesiapa yg rajin, layan ler gambar2 lama berdua sebelum kawen dan sebelum kelahiran cahayatamata kami...

Intro: Nih kat bukit Statdhuys, Banda Hilir Melaka... Zaman aku blaja dulu...

1. Gambar tahun 2006, masa nih dah tunang. Kat umbai, gathering dgn kengkwn before konvo..

2. Masih dlm mood honeymoon, kat bukit merah...Mei 2007...

3. Kat KLCC, April 2007...

4. Kat jelebu, akad nikah wid dan ejam. April 2007...

5. Wedding my SIL, Jun 2007...

6. Kat rumah Pakcik en abu di KL, baru balik dari IIUM Kuantan, antar SIL... Jun 2007...

7. Raya 2007... Masa nih tengah morning sickness tu yg muka lain mcm jer...

8. Raya 2007, baru lega pening2 terus ambik gambar....

9. Raya haji 2007, Disember 2007... Atas feri ke Pulau Pinang...

Friday, October 02, 2009

BUSY AS BEE

Kawan2, lepas nih aku mungkin tak dapat nak menjengah blog aku dan blog korang selalu...
Sebabnya aku dah mula menulis...
Menulis thesis sarjanaku...
Dan rasanya entri blog nih pun akan berkurangan dari biasa...
Insyaallah bila semuanya selesai, akan ku kembali aktif...
Aku masih ada di sini, bezanya cuma sedikit mendiamkan diri...
Segala2 yg akan berlaku dalam beberapa bulan dari sekarang akan menentukan masa depan ku dan keluargaku...
Doakan kejayaan aku ya kawan2...

Monday, September 28, 2009

KEMBALI SEMULA

Ibu ayra kembali ke ruang blog nih semula...
Setelah seminggu++ bercuti...
Alhamdulillah, raya tahun nih cukup meriah...
2 hari di Sg Petani, 4 hari di rumah MIL, 4 hari lagi di rumah mama...
Semalam baru balik rumah sendiri...
Letih tapi hepi....

Thursday, August 06, 2009

TENANGKAN HATI

Hari nih hatiku sedikit tidak keruan...
Surfing2, jumpa puisi nih...
Amat menyentuh hati dan jiwa lembutku...
Jom, aku nak share dgn semua...

Adakalanya….
Hari yang panas dan ceria
Bertukar mendung seketika
Mentari merangkak pergi
Gumpalan awan bertandang sisi
Hati gundah
Tercari-cari
ke mana perginya mentari yang dinanti

Begitulah hidup…
Di saat kau selesa dengan kehidupan
tiba-tiba kau diuji dengan kehilangan
kehilangan nikmat harta
kehilangan nikmat ilmu
kehilangan nikmat rakan dan keluarga
dan kau meratapinya….

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu…
Yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu kerna…
masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia

Bukan Allah tak tahu derita hidupmu…
retaknya hatimu
sengsaranya sukmamu
Mungkin itulah yang Dia mahukan
kerna
Dia tahu
Hati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk
DEKAT dan AKRAB dengan-Nya

Saat hujan turun membasahi hatimu
kau menangis kerna
merasa beratnya ujian tidak tergalas
~SenYumLaH~

kerna

Allah mendatangkan kepadamu pelangi nan indah
selepas hujan sirna kelamnya

‘Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya’
(Al-Baqarah:284)
“kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(Al-Insyirah 5-6)

Wednesday, July 15, 2009

HAPPY MOOD

Saat berganti minit...
Minit berganti jam...
Jam berganti hari...
Hari berganti minggu...
Minggu berganti bulan...
Bulan berganti tahun...
Dan seterusnya sampai kiamat...

Wah, intro kan main lagi...
Aku dalam mood yg terlalu happy walaupun kat rumah skrg nih tgh silent mode...
Paper for IconSpace dah siap, slide presentation utk EPC pun dah siap...
Sumthing utk esok je blom siap...
Jeng...jeng...jeng...
Semua nak buat sendiri...
Utk pertama kalinya...
Tunggu tau....

Tuesday, July 14, 2009

PENIPU PT.2



Saya nak clearkan pasal entri penipu tu...
Orang yang menipu saya tu bukan dari kalangan blogger...
Beliau adalah di dunia realiti saya...
Harap jangan ada yang terasa hati...
Min, kak ros harap min jgn susah hati lagi tau...

Saya tetap mintak doa supaya org yang menipu saya tu akan mendpt balasan yang sepatutnya dgn apa yang dia dah buat...

*video cik kecik tu adalah sebagai medium utk menenangkan fikiran saya...

Related Posts with Thumbnails