Ni bukan sungai tau...ni sawah padi yang dah tenggelam dek banjir... Arini bila buka jer facebook, ramai kawan2 tulis kat status diaorang yang kawasan diaorang hujan...hampir 1 Malaysia laa jugak. Ada yang kata dah masuk hari ke empat tempat diaorang hujan... Kampung aku kat Nyalas tu pun hujan jugak...mak kata dah beberapa hari hujan tak berenti2, kalau tak silap aku, start dari hari rabu.... tapi masa tu air belum naik laa lagi. Pastu, masa aku col dia tengahari semalam, dia kata hujan stop kejap tp mcm nak start balik dah...
Bila dengar berita2 banjir ni, teringat aku pengalaman berhadapan dengannya. Actually, dulu masa duduk Kota Tinggi, walaupun kawasan tu banjir tapi takde laa sampai bandar dia lumpuh...masih boleh pergi bank ke...shopping ke.. sama jugak masa duduk Terengganu dulu...yang boleh rasa masa tu cuma hujan tak berenti2 & angin kuat, tapi kalau nak kata berhadapan dengan banjir yang sebenar2nya, masa tu tak rasa lagi. Tapi hujung tahun lepas...haa, tu laa pengalaman banjir sebenar2nya bagi aku...
Aku ingat lagi masa tu [1 November 2010], aku kat sekolah...baru jer lepas jaga budak exam...masuk2 jer kat bilik exam terus cikgu2 kat situ bagitau yang exam selepas tu ditangguhkan & pelajar dibenarkan balik rumah...diaorang kata, banyak tempat dah dinaiki air...especially ARAU...Adusss, berderau darah aku!!!! Memang mengelabah giler laa masa tu...dok fikir macamana nak balik...huhu. Masa tu jugak aku col hubby suruh dtg jemput...pastu pergi ke pejabat mintak balik. Rupa2nya ramai dah cikgu2 yang balik sebab rumah diaorang dah dinaiki air.
Alhamdulillah laa aritu aku termalas nak bawa kereta & mintak hubby hantar....kalau tak, rasanya dengan Sang Kancil aku yang comey lote tu, tak lepas nak harung air...huhu. Sampai kat Arau, terus kitorang [aku, hubby & Ajat, kebetulan dia & kak long Iqah datang bercuti di Perlis ni] pergi C Mart sbb kwn2 dah pesan supaya beli stok makanan. Kat situ kitorang borong beras, telur, sardin, kentang & sewaktu dengannya as 'stok banjir'...actually masa tu, barang pun dah macam nak abis jer sbb ramai jugak yang memborong.
Kenderaan berat jer yang menguasai Kangar masa tu... Masa 2hb tu, kitorang langsung tak boleh keluar dari kawasan rumah kitorang...jalan keluar dari matrik ni dua2 tak boleh dilalui...dua2 tenggelam. Kalau korang perasan, tentu ingat berita tentang budak2 UiTM Arau terputus bekalan makanan sebab jalan keluar dinaiki air...haa, kat situ jugak laa rumah aku... Masa tu rasa sedih sangat...memang rasa macam tahanan dalam rumah...kedai runcit cuma ada 1 dan takde apa yang boleh dibeli...roti ke, biskut ke...semua licin!!!
Alhamdulillah, 3hb tu air di salah satu jalan dah mula surut. Aku, disebabkan menjaga retan pelajar [nak kena hantar JPN setiap awal bulan], terpaksa jugak bergigih2 ke sekolah walaupun melalui jalan yang jauh ya'amat [selalu tu dlm 18 km...yang ni dekat2 30km kot?!]... selesai jer keje aku, terus aku balik...hehe. Masa tu, kitorang dapat cuti bencana...;)
Petang tu jugak kitorang bergerak balik ke kampung...[cuti Deepavali]. Masa on de way balik tu, banyak jalan kat Alor Setar pulak yang dah dinaiki air...& alhamdulillah, kitorang dapat jugak keluar dari situ. Bila sampai kampung, barulah Kedah pulak banjir....fuhh, berdebar2 bila tengok berita tu...sbb kalau kitorang lambat, sura tak lepas balik...
Rezeki banjir pada yang tahu mengambil kesempatan...:)) Lepas tu, ada pulak khabar2 yang menyatakan akan berlaku gelombang ke2...Ya Allah, jangan laa...takut sangat nak menghadapinya walaupun rumah sendiri tak masuk air walau seinci pun...tapi melihatkan suasananya tu pun dah buat aku ketaq lutut. Geram sangat bila tengok budak2 mandi air banjir tu macam mandi sungai...dengan kenderaan besar lalu lalang, mak ayah boleh biarkan jer....rasa nak sekeh jer kepala sekor2...bila dah kena baru nak menyesal...cheh!!!
Dah la kenderaan berat lalu lalang, diaorang boleh duk menyelam2 bagai!!!