
Yeah...senangnya hati aku..lalala~ Baru sat tadi aku keluar makan dengan hubby...hubby nak kenalkan aku dengan capati di Warung Pak Awang @ Kodiang. Dia kata sedap...so dia nak aku try pulak utk approvekan...hihi...I likeee!!!! Dia pun baru jer tau kewujudan warung tu minggu lepas selepas dibawa oleh En Embi after miting felo.
So tadi bila aku try...perghhhh, memang mantap!!!! Sedap wei...bukan tang capati dia, of course laa rasa capati sama jer walaupun ko makan kat Mumbai sekalipun...tapi kuah dia tu yang sangat sedap!! Cukup semua rasanya..... Kitorang order capati 1 & roti arab 1...kuah pulak, kari sardin 1 dan kari ayam 1. Hasilnya...kejap jer semua benda2 tu hilang dari pandangan....hahaha...
Nak tau warung dia?...senang jer nak cari. Warung dia betul2 kat simpang empat tengah2 pekan Kodiang...Kalau dari Arau, kena buat u-turn dekat trafik light tu...kalau dari arah Jitra pulak, kena melepasi trafik light dulu. Try laa...sudah tentu tak menyesal punya! Sekarang ni kalau aku nak makan capati, confirm insyaAllah aku akan ke warung tu...Kedai Capati Arau dah jadi no2...sorry ye...(^_^)
1 comment:
pak awang capati mmg terbaik!!
Post a Comment