Showing posts with label perak. Show all posts
Showing posts with label perak. Show all posts

Wednesday, November 6, 2013

From Taiping with Love 2013

PA260073

Bila panda terfikirkan Taiping, mesti kisah cinta karya Rasyid Asmawi yang popular pada tahun 80'an dulu. Kisah cinta antara Mum dan Mat, sezaman dengan karya Fatah, Lagak A. Mahmood. Komik-komik ini banyak memperkenalkan daerah-daerah terpencil ke seluruh Malaysia. 

PA260035

Mengambil peluang lepas waktu berkursus dan memenuhi jemputan group member - Conquest of Europe June 2013 Bus #1 rules ketika di Paris Julai lepas, panda sempat singgah ke Taiping, kota cinta (betul kah?). Bandar moden pertama di Malaysia ini masih mengekalkan keharmornian alam dan ketenangan kehidupan. Terasa sangat sunyi tanpa gema kenderaan.

PA260037

PA260038

Tempat tarikan utamanya tentulah Taman Tasik Taiping, taman dengan rimbunan kehijauan dan perpohon semarak api yang menerjah ke tasik. Sangat unik dan menarik. Ada tarikan lain di Taman Tasik ini seperti Ride & Cruise yang kosnya di bawah RM25. Zoo Taiping yang menawarkan program Night Safari dan pengungjung boleh ke Bukit Larut jika berkesempatan untuk menikati kesejukan gunung.

PA260044

PA260050


PA260051

PA260054

PA2600701

Ini hanya sekelumit sahaja kisah Taiping, sebelum ini panda ada memasukan beberapa entri lain perihal Taiping ini. Banyak juga entri lain berkaitan Taiping jika di google. Sekadar berkongsi bagi mengurangkan tekanan.

Wednesday, March 28, 2012

Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar


13 Februari 2012 yang lalu juga panda dan pasukan sempat meninjau Hutan Lipur Ulu Kernas sebagai salah satu tempat untuk di jadikan lokasi kem 1Malaysia. Hutan lipur ini berada di dalam kawasan Hutan Simpan Bubu. Lokasinya 15km daripada Bandar Di Raja Kuala Kangsar.


Hutan Lipur Ulu Kernas juga terkenal dengan keunikan Gunung Bubu yang terdiri dari dua puncak iaitu Gunung Bubu Besar dan Gunung Bubu Kecil. Ketinggian gunung ini adalah 1657 meter (5437 kaki) dari paras laut.

Kawasan ini memang menjadi tumpuan pengunjung dan peminat sukan rekriasi. Disini juga terdapatnya Kem tatanegara dan juga kemudahan penginapan yang di sediakan oleh Jabatan Hutan. Tapak-tapak perkhemahan juga ada. Kadar yang dikenakan sangat berpatutan dengan harga RM20-RM40 seunit. Bagi tapak khemah, Cajnya RM2 untuk pelajar dan RM5 untuk dewasa.


Suasana yang redup dan nyaman ini sangat mengasyikan. Kami disini cuma sekitar 1 jam, untuk meneruskan perjalanan kembali ke Subang. Sekali sekala dapat berinteraksi dengan alam amat mengujakan. Cuma kesibukan mengejar dunia menyebabkan banyak benda yang terpaksa di korbankan.

Thursday, March 22, 2012

Seketika di Nur Lembah Lenggong

 13 Februari 2012 (Isnin) - misi melawat tapak bagi program Kem 1Malaysia buat pelajar-pelajar sekolah Angkat Malaysia Airlines. Tempat yang di tuju adalah di Lenggong Perak.


Tempat yang di tuju adalah Nur Lembah Lenggong yang terletak di lenggong. kira-kira 30 minit perjalanan dari tol Kuala Kangsar. Kedudukannya agak tersorok melepasi pekan Lenggong, di dalam ladang kelapa Sawit dan di tepi Sungai Perak yang laju arusnya.


Banyak aktiviti yang boleh di lakukan di sini, berkenu, flying fox, merentas ladang kelapa sawit dan menyusuri jambatan gantung.
 Kedamaian dan bunyi arus sungai Perak amat mengasyikan, suasana teduh dibawah pepohon kelapa sawit. 

 Perjalanan kali ini juga meyaksikan iphone panda di colek untuk tempoh waktu yang agak panjang. Agak meyedihkan kerana panda masih terikat dengan kontrak, sebagai ahli kumpulan 'mahawangsa' panda redha sahaja....

Sunday, October 10, 2010

Pangkor Island, Perak

10.10.10 (Ahad) Hari ini hari pernikahan angkasawan kita, tetapi panda tidak mau mengulas pasal pemenangan pakej pelancungan termahal didunia itu. Panda ingin ceritakan apa yang panda lakukan pada 02.10.2010 yang lalu. Kali ini Panda menyertai program Hari Keluarga xopis Panda semasa di Perak. Lokasinya adalah pulau Pangkor, Kosnya RM100/head di Purnama Resort, Teluk Nipah Pangkor. Meliputi pakej dari jeti ke jeti, 2 hari 1 malam
.
Panda bertolak dari Kuala Lumpur melalui lebuh raya PLUS exit Bidur - Teluk Intan-Lumut. Perjalanan mengambil masa 3 jam 30 minit. Kami berkumpur di Arked MARA Lumut dan menaiki Ferri ke Pangkor pada jam 1.45pm, perjalanan dari Jeti Lumut ke Pangkor mengambil masa lebih kurang 45 minit atau kurang.

Selepas taklimat aktiviti, kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di pantai, dan ditawarkan untuk menaiki bot mengelilingi Teluk Nipah dengan kos RM10 seorang, kami tidak melepaskan peluang ini.

Pemandu bot juga memberi peluang kepada kami untuk singgah ke Pulau Giam yang berada di hadapan pantai Teluk Nipah, di pulau kecil ini, aktiviti snokelling juga boleh dilakukan. Airnya sangat jernih dan kita juga boleh melihat gamat didasar laut.

Kami juga dibawa untuk melihat formasi batu-batan yang berbentuk haiwan seperti ikan paus, buaya dan penyu disekitar pulau Giam dan Pulau Mentanggor.

Apabila senja mula berlabuh kami kebali ke Pulau Pangkor untuk menikmati BBQ di Purnama Resort, menunya ikan bakar, ayam dan sosej bersama nasi putih. Panda pun lupa menunya.

03.10.2010 adalah acara sukanneka, pelbagai acara dijalankan, Panda hanya mengambil gambar tetapi sempat menyerti acara bowling kelapa dan makan epal. Selepas acara sukanneka, acara mandi laut mengambil tempat, Panda dan rakan-rakan sempat juga merasai naik banana bot. Amat teruja. Kosnya adalah RM15/head, satu bot boleh memuatkan 7 orang.

Jam 1.45pm, kami daftar keluar dan pulang ke lokasi masing-masing. Agak memenatkan tetapi menyeronokkan. Pantai lebih membuat panda teruja berbanding air terjun. Ini menguatkan semangat panda untuk ke Pulau Perhentian pada tahun hadapan, ada sesiapa yang ingin menyertainya? Jom!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com