Showing posts with label bangladesh. Show all posts
Showing posts with label bangladesh. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Dhaka-Kolkata (Season Finale)

Fullscreen capture 3172011 12712 PM

Catatan terakhir sebelum menyambut Bulan Ramadhan pada malam ini. Selepas ini mungkin tiada trip sepanjang Ramadhan dan penumpuan panda adalah untuk amal ibadat (semuga dimudahkan ALLAH SWT) dan juga persediaan peperiksaan CPP yang akan berlangsung pada 10 September 2011 ini di IBBM.

kalkatta 229

Pengalaman 6 hari di Teluk Bengal memang mengujakan, walaupun bila anda menceritakan niat untuk ke sana, ramai yang sangsi. Begitu juga panda. Walaupun Bengal bukanlah tumpuan utama pelancung berbanding Agra, Delhi, Mumbai ataupun Chitanggong di Bangladesh. Matlamat panda hanyalah satu, mencari pengalaman baru di negara orang. Selagi kita tidk ke sana kita tidak tahu keadaan sebenar seperti rakan-rakan yang memandang rendah manusia dari dunia ke 3. Seperti yang kita alami 20 tahun lepas.

face

Dhaka, Bangladesh, sesak tetapi tidak sekotor yang di sangka. rasanya sungai di Kuala Lumpur lebih berbau busuk berbanding sungai yang menyusuri bandar Dhaka. Di bandar ini tiada di sediakan tong sampah. Kawasan perumahan barunya bersih dan tersusun. Tidak dapat dinafikan, bandar yang ramai penduduknya akan mengalami masalah yang sama kerana kerajaan tidak dapat menyediakan kemudahan yang secukupnya.

Collages59

Apapun, orang-orang di Bengal sangat ramah dan tidak lokek dengan senyuman dan sedia membantu bila bertanya. walaupun iras panda sebagai anak Malaysia tidak jauh bezanya dengan mereka. Mereka berkomunikasi dengan anda dalam bahasa tempatan. Tanpa prejudis. Nasib baik panda pengemar filem Hindi 12 tahun lepas, sebahagian mereka menggunakan bahasa Hindi, bengal, tamil dan berbagai lagi.

Collages60

Makan dan minum tidak menjadi masalah, dan di Dhaka lah panda menikmati nasi putih (Takka100) yang paling sedap yang panda pernah nikmati. Begitu juga chai ataupun teh susu yang menggunakan susu lembu atau kambing panas. Macam minum teh Starbucks (R7-R10) versi murah.

Collages61

Jika minuman pula, silah cuba air lemonade versi Kolkatta, Limau niis sangat banyak di sini, berbeza dengan Malaysia yang menggunakan limau kasturi. Limau nipis diperah, di campur garam dan air soda. bolah ditambah serbuk asam boi ataupun madu. Sangat menyegarkan. Ia menjadi minuman utama panda di waktu hari yang panas.

Collages63

Jus buah limau manis juga sedap (R25), ataupun air delima (R40) yang tidak dicampur air, 100% perahan delima ataupun limau manis. begitu juga dengan lain-lain buh-buahan yang dijadikan jus. Aiscream di sni juga sangat sedap. Tarafnya sama denga BnR ataupun Heagen Dass (R20).

Collages62

Satu lagi keistemewaan di kedua-dua kota ini adalah kurangnya ataupun boleh dikatakan zero peminta sedekah. Mungkin semuanya telah di eksport keluar. Mereka akan berusaha untuk bekerja ataupun berniaga. Itulah yang panda sangat respek. Satu lagi, wanita sangat kurang berkeliarn di bandar. Walaupun di Dhaka Perdana Menteri nya adalah wanita, begitu juga di Kolkata, ramai politisian nya adalah wanita.

face-1

Bila berada di Negara demokrasi terbesar di dunia ini panda dapat rasakan bertapa merdekanya mereka, walaupun kita sering gambarkan bertapa korupnya politisian dan penjawat awam di sana. Ada kelebihan lain dimana rakyat boleh menukarnya. Secara jujurnya Kolkatta pernah di perintah oleh parti komunis India. Rakyatnya juga sibuk mencari wang untuk meneruskan kehidupan. Tiada apa yang merunsingkan panda di sini kerana semuanya memuaskan tanpa perlu membayar rahsuah untuk mendapatkan sesuatu. Cuma orang di sini sukakan tip walaupun di restoren. jangan lokek untuk memberikan tips antara R10-R50. Pebelanjaan panda di darat hanya Takka 3000 dan Ruppe3000 (tukar di Malaysia) dan untuk cenderamata USD140 sahaja. Tukaran wang boleh dibuat di India dengan membawa USD, tukaranyapun tidak mengecewakan.

kalkatta 278

Ini juga kali pertama panda merentasi 2 negara dalam satu masa. erjalanan menggunakan keretapi sejauh 512 km dan melebihi 9 jam ama mengujakan. Mungkin selepas ini, apabila timur tengah kembali aman, panda ingin menjelajah dari Istambul ke Damsyik terus ke Aman, kemudian trip mejelajah eropah bermula dari London, menaiki keretapi merentas europe sehingga Itali dan terus ke Turki. Seronoknya!

Saturday, July 23, 2011

Maitree Express Bound from Dhaka to Kolkatta

kalkatta 184

Setelah mengharungi petang yang basah di Dhaka, pagi yang berikutnya kembali dengan cerah dan ceria. Walaupun pada awalnya agak berdebar kerana CNG yang membawa kami telah membawa kami ke lapangan terbang dan bukannya stesen keretapi. Iniah juga kali pertama bagi panda menentang arus kenderaan di lebuh raya yang sesak. Nasib baiklah penunggang CNG ini amat profesional dan dapat melepasi semua polis trafik.

Collages55

Kami sampai tepat jam 0630 waktu tempatan, perbezaan waktu antara Dhaka dan Malaysia adalah 2 jam dibelakang. Tetapi waktu siangnya lebih cepat, seawal jam 0300 fajar telah menyingsing. Perjalanan dijangkakan pada jam 0810 di Dhaka Cantonment Station tetapi lapordiri seawal jam 0640 dengan harga tiket Takka 560 dan VAT Takka300, total adalah Takka860 bagi gerabak yang tidak mempunyai penghawa dingin. Pemeriksaan keselamatan agak ketat untuk menaiki keretapi antarabangsa ini. Prosedurnya hampir sama dengan lapangan terbang.

Collages56

Setelah 2 jam barulah keretapi bertolak menuju destinasi. Perjalanan dijangka antara 10 sehingga 12 jam bergantung kepada keadaan di sempandan kedua-dua negara. Selain dari keretapi, pengungjung boleh menggunakan penerbangan dan juga kemudahan bas. Semua pengangkutan ini amat terhad dan bergantung kepada hari-hari tertentu. Maklumat di Internet tidak banyak membantu.

Collages60

Selepas melepasi bandaraya Dhaka, penumpang akan merasakan suasana yang amat berbeza. Kehijauan di luar Dhaka memang mempersonakan. Lanskap air dan padi mendominasi sepanjang perjalanan. Bumi Bangladesh memang subuh, kedudukan Bangladesh itu sendiri di atas delta-delta sungai termasuk sungai Ganges memberi rahmat kepada negara miskin ini.

Collages59

Orang-orang disini juga amat manis dengan senyuman, dan tidak menolak untuk diambil gambar-gambar mereka. Walaupun keretapi ini express, ia tetap berhenti seketika tanpa mengambil penumpang di stesen-stesen kecil. Di stesen-stesen kecil kita akan melihat perniaga-perniaga menjual beranika makanan tempatan dan buah-buahan kepada penumpang keretapi. Keretapi ini juga menyediakan sarapan yang berupa daging puyu, roti sandwish kosong 2 keping dan kuih yang dibuat dari kacang dall dengan harga Takka150. Makan tengahari juga dijual dengan harga Takka200++ berupa nasi braini ayam.

Collages57

Kami berhenti di Darshana, Dhaka untuk urusan immigresen. Pos yang kecil dan mengambil masa lebih kurang sejam. Disini hanya perlu dicopkan passport sahaja. Pengawai disini agak ramah terutamanya apabila mereka tau yang kami datang dari Malaysia dan katanya kami yang pertama dari Malaysia melalui pos tersebut sepanjang beliau bekerja di situ.

Collages58

Setelah setengah jam dari sempadan Bangladesh, kami berhenti pula di Gede India untuk urusan masuk ke India. Kali ni urusanya agak remeh kerana perlu membawa semua beg dan peralatan yang ada. Wang, barangan eletronik perlu diistiharkan dan di periksa di sini. Semua beg diperiksa satu persatu hinggakan kamerapun perlu di test bagi mengetahui kesahihannya. DI Gade kami menunggu hampir 2 jam bagi memastikan semua penumpang di periksa sebelum diterusan perjalanannya.

kalkatta 232

Sepanjang perjalanan, kami sempat bertukar maklumat dengan penumpang lain. Ada bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berasal dari Kolkata bersama-sama kami. Beliau banyak membantu dalam memberi maklumat berkaitan Kolkata. Antaranya lokasi yang perlu dilawati, untuk tinggal dan membeli belah. Semuanya amat berguna ketika di Kolkatta. Kami tiba di Kolkatta sekitar jam 1800 waktu Kolkata, 30 minit lewat berbanding Dhaka dan 2 jam 30 minit berbandig Kuala Lumpur. Sahabat dari Kolkatta juga membantu kami mendapatkan teksi dengan harga tempatan, yang mana kami di caj R170 (R100=RM7 (RM6.85 sewaktu tukaran)).

kalkatta 220

Selamat Tinggal Bangladesh, sebuah negara yang unik dan nasi putihnya sangat sedap yang pernah panda makan. Pada masa yang sama panda boleh bilang wanita tempatan yang pada temui, boleh dikata kosong kecuali diluar bandar. Selamat datang ke Kolkatta India...

kalkatta 325

Sejak dua-menjak ini panda menjadi semakin sibuk dengan aktiviti kerja dan belajar. Selepas ini untuk mencuri waktu bagi mengedit gambar semakin terhad. Panda akan menghadapi peperiksaan seminggu selepas raya bagi kertas 1 Certified Credit Professional, sepanjang bulan Julai dan Ogos 2011 ini terpaksa menghadiri kelas yang telah disediakan. Bila semakin berumur ini, tidak dapat dipastikan RAM masih dapat berfungsi dengan baik ataupun tidak. Ini tidak termasuk program Cross Fertilisation GLC dan juga Phd program yang menjadi idaman panda sejak tamat ijazah dulu. Banyak betul cita-cita panda. Harap matlamat panda untuk menjadi doktor tercapai... Terima kasih semua.




Wednesday, July 20, 2011

Sehari semalam di Dhaka ... Bengal Journey

kalkatta 119

Julai 7, 2011 (Khamis) jam 0315 penerbangan menggunakan pesawat BIMAN Air selamat meninggalkan bumi Malaysia. Syarikat penerbangan ini menawarkan tiket berharga RM250 sehala (tidak termasuk caj RM269) yang dibeli seminggu dari tarikh pelepasan. Walaupun pada awalnya kami merancang atau telah membeli tiket Airasia sejak setahun yang lalu, malangnya Airasia teah mebatalkan semua penerbangan ke sektor Dhaka, Bangladesh sejak 1 Julai 2011 dengan notis sebulan.

dhaka2

Pembatalan notis yang di kira singkat oleh Airasia menyebabkan panda berbelah bahagi. Ini adalah kerana perancangan awal adalah menggunakan sektor Dhaka sebagai tempat ketibaan dan seterusnya sektor Kolkatta India adalah tempat kami berlepas pulang. Ini adalah perancangan pertama bagi kami bagi melepasi dua negara dalam masa yang sama. Tambahan pula segala urusan di Dhaka dan India telah diselesaikan termasuk tempahan penginapan dan juga visa. Tiket ketika dibeli setahun yang lalu adalah RM130 (Kuala Lumpur-Dhaka) dan RM170 (Kolkatta-Kuala Lumpur). Visa bagi Bangladesh adalah RM37 yang boleh dibuat di Kedutaan Bangladesh dan Visa India RM168 (termasuk caj) di Bangunan Strait Times Lebuh Pasar Kuala Lumpur. Pengembaraan kali ini memang mencabar jiwa dan jasmani. Urusan awalan yang banyak halangan termasuk kerenah birokrasi di Kedutaan Bangladesh dan juga dibumi Dhaka itu sendiri. 

dhaka1

Setelah tiba jam 0500 pagi di Lapangan Terbang Dhaka, kami terus menggunakan pengangkuta awam yang berupa van untuk mencari hotel yang di tempah dari Hostelworld.com. yang beralamat di House 24, road 3F,Sector 09, Uttara Model Town, malangnya setelah dibayar Takka700 (Takka100=RM5+-) akmi di tinggalkan oleh van pengangkut dan diserahkan kepada penarik beca dengan bayaran Takka20 (oleh pemandu van) terkial-kial penarik bca tersebut mencari alamat yang wujud tetapi bukan sebuah Inn, cuma apartment yng agak mewah di Dhaka. Setelah 3 jam bermundar-madir di kawasan erumahan terbabit dan kami sekali lagi di caj oleh broker penunjuk jalan sebanyak Takka50 (selepas sessi naik darah) kami berjalan kaki ke Uttara Model Town.

dhaka1 (2)

Setelah menikmati roti pranta 2 biji setiap seorang bersama kuah ayam (takka160), kami menaiki CNG (compressed natural gas)  atau motorsikal roda 3 yang agak terkenal dalam filem Hindustan dulu-dulu. Disini, untuk menaiki pengangkutan awan seperti beca dan cng, kepakaran tawar menawar amat diperlukan. Dari Uttara Model Town kami ke Kamalapur Raiway Station di Biman Bandar. perjalanan mengambil masa 30 minit. Masa untuk membeli tiket keretapi melebihi 1 jam walauun bilangan pelanggan yang beratur tidak sampai 5 orang. Keretapi ini adalah keretapi merentas negara antara Dhaka dan Kolkata yang mengambil masa kira-kira 12 jam perjalanan. Harga tiket Takka860 bagi coach yang tidak mempunyai hawa dingin. 

dhaka3

Perancangan awal, panda ingin berada selama 2 hari di Dhaka tetapi keretapi ke Kolkatta hanya ada pada Jumaat dan Rabu sahaja walhal di internet dan laman sesawang rasmi Maitree Express Bound menunjukan jadualnya pada Sabtu, Ahad dan Isnin. Dengan masa yang terhad, panda ingin mengunjungi Lalbagh Fort yang menjadi mercutanda Dhaka dan Bangladesh itu sendiri. Menaiki CNG ke sana dari Kamalapur adalah Takka120 selepas meminta tolong warga tempatan dalam urusan tawar menawar. Bayaran masuk ke Lalbagh Fort adalah Takka10 (panda pun hampir lupa). Kubu ini dibina sekitar abad ke 17 oleh Prince Mohammed Azam Shah, anak kepada Emperor Aurangzeb, dan kota ini mengandungi makam Bibi Pari, anak perempuan Shaista Khan

dhaka

Dari Lalbagh Fort kami menaik beca ke stesen bas terhampir (1 jam perjalanan didalam hujan yang lebat). Menaiki bas (takka5) menuju ke Dhaka Cantonment Railway Stattion. Ini adalah kerana keretapi ke Kolkatta tidak menggunakan Kamalapur Station. Bandar Cantonment ini adalah bandar tersusun yang dibina British dan keadaannya adalah lebih baik dari Old Dhaka. Tetapi tiada hotel dikawasan ini dan memaksa kami menaiki beca ke Banani Road untuk mendapatkan penginapan. Sema ini di lakukan didalam hujan yang lebat dan kami basah lencun.

kalkatta 061

Kami menginap di New Garden Inn dengan Caj UD40, bayaran dalam USD lebih baik berbanding Takka kerana caj untuk Takka adalah Takka3500 termsuk tranfer ke stesen keretapi pagi berikutnya. Malamnya panda hanya berada di sekitar Hotel sahaja kerana waktu malam di Dhaka sangat gelap. Pada masa yang sama panda memang sangat penat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com