Wednesday, June 10, 2015

Rezeki Harini dan Promo HaniKira Babies & Kids Galore

Assalamualaikum,

Terkejut harini tetiba dapat pm dari Arni Yusnita Ahmad. Katanya sy pemenang giveaway yang sy masuk. Bila dapat pm tu, macam blur kejap. Bila masa masuk giveaway ni? tak dapat nak recall langsung.

So masuk balik blog Arni Yusnita, rupanya Giveaway ni masa bulan 2 yang lepas. no wonder la tak hengat. kikiki.


Monday, June 8, 2015

Projek DIY : Part 4 - Gubah Bunga

Assalamualaikum.

Hari ni mengelamun apa tatau. Terasa di awang-awangan. over tak? hehehe.

Aktiviti last weekend (bukan semalam), minggu sebelum tu. ajak mak p Nilai nak beli bunga.
Baru ni dapat pasu orang bagi. memang berkenan lama dah style camtu. nak beli mahai. hahah cheapskate betui. orang bagi ambik saje.

P nilai cari bunga-bungaan. dapat la a few yang berkenan. Sebenarnya tak pandai sangat nak pilih bunga. sebab yang nampak cantik semua mahai belaka. Nak yang murah tapi nampak cantik. boleh camtu?

Lepas dah setel beli bunga-bunga cinta, balik terus gubah.

Dari ini:~



Friday, May 29, 2015

Brief Updates

Assalamualaikum.

Nak update lelaju nanti cerita jadi basi. Tapi ni ala-ala briefing la. cerita in detail menyusul kemudian. haaa banyakla menyusul kemudian. entah2 tak update langsung. banyak story masuk draf je lebih. hahaha.

BTW, tiap-tiap minggu mesti ada plan ke sana ke mari. dah almost sebulan weekend tak duduk rumah. ada ja kaki tu melangkah ke mana-mana. rumah dah macam tongkang pecah. bencik tengok.
Minggu ni pun sama. Esok parents nak datang from Penang. Bolehla bermanja dengan mak mintak dia tolong masak. wakakakaka. bertuah punya anak.


Helena say 'Hye uols!!"

Sepanjang busy2 memanjang, dah setel few things kat rumah. Dapur ku dah ada kitchen cabinet. legaaaa. Storage wall untuk tangga pun done, beli sofa tilam lemari pun done.

For a time being, taknak keluarkan big amount of money untuk rumah lagi. bawak2 bertenanng sat dulu. tunggu hujung tahun pulak pk dining table dengan katil.

Thursday, May 14, 2015

Our Crib : Sesi Beli Sofa Baru

Salam,

Lama tak bersiaran rupanya. Biasalah kekangan masa. Every weekend mesti ada hal dan aktiviti. weekdays toksah cerita la. lagila busy.

Last weekend, finally husband tetiba ajak pergi carik sofa. wahh seronot please. sebab kitorang tak pernah beli sofa. yang ada kat rumah kerusi panjang yang orang bagi. tapi kerusi tu macam tak berapa kena dengan tema rumah. kekeke.

Dah alang-alang cari sofa, husband suruh beli sekali almari dan tilam. tapi rangka katil tak beli pun lagi. tunggu next time pulak. Since dressing table pun dah ada. kitorang memang tak cari yang set. Almari pun ambik yang lebar 5 kaki X tinggi 6 kaki sahaja. dan yang penting aku nak lemari sliding door anti jump color mesti putih dan pintunya full dari atas ke bawah cermin. wakakaka. ai kan memang suka cermin banyak2 kat rumah. tapi gambar takdak sebab tengok dalam katalog jek.

Cerita pasal sofa balik, kitorang pergi survey di kedai-kedai perabot dari Salak Tinggi ke Dengkil ke Bangi ke Cheras ke Puchong dan akhirnya beli di Bangi. Proses nak survey makan masa dua hari ye anak2. Bermula dari Sabtu tengahari sampai lewat petang, pastu Ahad sambung lagi dan decide beli di kedai perabot kat Bangi. Tapi tatau la kedai tu Bangi di area mana. biasala laki yang drive ai mengikot jek. Tapi kawasan tu memang sederet la ada kedai perabot. kalau tak silap sebelah kedai kitorang beli ada kedai Cavenzi jugak.

1st day survey

Monday, April 13, 2015

Projek DIY : Part 3 - Revamp Lamp Shade

Assalamualaikum,

Projek DIY seterusnya. DIY lamp shade. Nak dijadikan cerita, standing lamp ni ada orang dah taknak. So apa lagi terus la grab kan. Dah tu pulak lampu nye masih lagi elok dan boleh pakai.
Cuma lamp shade tu dah kotor-kotor sikit.

Godek-godek kain2 lama dalam simpanan, jumpa balance lace masa zaman buat tudung kahwin dulu.

Kain lace ni sy cuma lekat pakai gam UHU je. actually lebih elok pakai glue gun. tapi kat rumah kot celah mana pulak nak ada glue gun kan.

So mehla layan gambar. mueheeheh



Tuesday, April 7, 2015

Projek DIY : Part 2 - Dressing Table Area

Assalamualaikum semua,

Now sambung buat DIY lg from last update:

http://rinahamid.blogspot.com/2015/03/projek-diy-part-1-spray-perabot.html

Boleh kata every weekend ada je aktiviti nak buat. Tapi problem dengan sikap aku ni suka buat kerja sekerat jalan. Aku tak suka ada gangguan bila tengah buat sesuatu. bila ada gangguan dia automatik stop pastu tak buat2 dah sampai kesudah.

Weekend baru ni duk DIY sarung tilam. dahla aku takdak mesin jahit. so kena jahit pakai tangan. yang paling geram time jahit tu la jugak si Helena nak menempek situ. Siap duduk atas kain yang betul2 tengah duk jahit. bila tak layan, dia guling-guling atas kain tu dan sikit lagi nak kena jarum-jarum. geram jugaklaaa kan. nak buat time dia tidur memang payah sebab Helena tidur siang tak lama. setakat 30 minit je ke sejam je paling lama. nak buat kerja lain lagi. so memang tak boleh. nak mintak aboh Helena jagakan, masalahnya Helena kalau tengok benda baru atau pelik skit dia jadi jakun. nak jugak sebuk mai tengok apa aku buat. so tak guna jugak if suruh aboh tengokan. nak buat malam, aku rasa aku tidoq lagi awal dari Helena kadang-kadang. So aboh dia yang akan tidurkan. So berbalik pada cerita tadi, memang tinggal seketul la sarung tilam tu kat situ. tunggu mood rajin datang semula lain kali.

Bila bosan duk rumah, nak jugak carik something yang boleh dibuat. yang tidah merbahaya pada anak. Alih-alih sambung la balik deco dressing table area ni.


Wednesday, April 1, 2015

Marilah Menabung Dengan Bijak

Assalamualaikum,

harini 1 April, hari yang paling diingati rakyat-rakyat Malaysia sebab GST.

GST memang meyusahkan rakyat terutamanya kepada rakyat marhaen macam sy nih.
Nak buat camna komplen pun still kena hadap jugak. pongpangpongpang kat fesbuk pun barang tetap dikenakan GST.

Macamlahh golongan atasan tu nak mendengar suara kita. ye dop?

Tapi alhamdulillah rata-rata tengok orang zaman sekarang dah bijak shopping secara berhemah dan dah pandai saving. Tak kira lah saving tabung haji, ASB, masuk insurans dan sebagainya kan.

So kat sini saja nak share cara sy saving. Benda ni ramai dah orang buat pun. iaitu menabung dalam tabung. tapi sekarang ni dah femes yang saving duit note RM5 dan RM20 tu kan. tapi untuk sy lain sikitla.

Sy banyak saving duit syiling, duit note RM1 dan RM5 dan kebanyakan save di ofis. Make sure lock drawer / bilik kalau nak save kt ofis. hehehe. Sebab sy prasan la, kat ofis la paling banyak penggunaan duit. Tambah-tambah lagi kt bawah ofis ada macam-macam jualan. tu jualan bawah ofis, tak masuk lagi jualan-jualan kawan2 ofis. duit ni macam air je keluar. hahaha. tapi dah nekad tahun ni untuk kurangkan shopping and more savings!