Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Friday, July 25, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri (Sebelum Balik Kampung)

Salam semua,

Finally dah Friday. sy masih di ofis. Malam ni baru gerak balik kampung. Raya pertama kali ni balik ke Terengganu dulu. Raya ketiga baru balik Penang. Ofis dah lenggang. Tinggal berapa kerat je. Mood kat ofis dah kelaut. what to expect? mana ada mood nak kerja dah. hahaha.

Di kesempatan ini sebelum balik kampung nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua rakan-rakan blog sy. Minta ampun maaf sekiranya penulisan sy ada menguris hati sesiapa. Tak ada niat pun sebenarnya. harap semua dapat manfaatkan Ramadhan kali ini. Di samping kita bersedih dengan Gaza dan kejadian yang dah menimpa Malaysia, jangan lupa sentiasa dan terus menerus mendoakan agar peperangan di sana dapat dihentikan segera. Semoga tiada lagi kekejaman dan penindasan berlaku. rasa sedih sangat dengan saudara-saudara Islam kita di sana. melihat kanak-kanak dan wanita dibunuh dengan kejam. hmmm

Tak cukup dengan itu, Malaysia pun menerima dugaan dengan kejadian Flight MH17 ditembak jatuh. sama-sama kita sedekahkan al fatihah kepada mangsa dan keluarga mangsa. Rasa Ramadhan kali ni sedih sangat. kita tak tahu bila ajal kita akan sampai.



Wednesday, May 7, 2014

Jualan Pra-Ramadan 2014, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf

Salam,

~PENGUMUMAN~


Insya Allah sy akan buka booth untuk event Flea Market Jualan Pra-Ramadan anjuran Kumpulan Media Karangkraf selama tiga hari bermula 30 Mei 2014 hingga 1 Jun 2014.

Make sure korang hadirkan diri. Kalau tak rugi sesangat. haha.

Sy akan jual barangan preloved sy sendiri dan barang-barang anak sy, Helena. Harga semurah RM1 okeh!

And paling best ada Maxi Dress / Jubah / Baju Kurung yang korang boleh beli dan pakai masa raya (mostly harga RM100+) dan nak lelong murahan. Baju jangan cakap la memang terjaga dengan baik sekali. Reason nak letgo sebab iols makin gemok dengan jayanya dan baju-baju tersebut tak breastfeed friendly. Sekarang ni kena pakai baju yang breastfeed friendly jek. Bukan tu saja, shawl tops dan macam-macam ada lagi.

lepas tu baju-baju helena dan barangan dia yang dah tak boleh pakai pun nak letgo. sapa-sapa yang preggy dah tau gender gegurl tu boleh la beli. banyak baju yang Helena pakai 2 / 3 kali saja. rugi sangat kalau tak mai. ada jugak headband / legging dan pelbagai lagi barangan bayi.


Detail sepenuhnya ada pada gambar. Bukan setakat sy je blogger yang hadir, ramai jugak blogger-blogger lain turut serta cuma sy pun tak sure lagi siapa. Kalau mana-mana blogger yang join tu baca my blog sila inform ye. nak jugak kenal-kenal.

Banyak aktiviti menarik demo hijab, pencarian model dan sebagainya.

Antara baju / jubah / shawl / beg yang akan dijual

ok this one is not for sale :p

Sila tandakan calendar korang siap-siap tau.

See you there!

Rina Hamid