29/03/13 (Jumaat)
7.30am..Doc masuk ubat induce..Tapi
pagi tu memang dah rasa contraction cuma bukaan still 1 cm..Before
induce doc as usual check VE.Scan baby..Boleh pulak sembang dengan doktor yang buat prosedur tu.Rupanya neighbour satu taman.Lepas masuk ubat doc suruh rest kat
katil sejam.After sejam nurse datang buat CTG.If CTG ok baru boleh
makan..
Around 11am aku dah start rasa
contraction yang makin kerap and konsisten..Dari selang 20minit ke
selang 10minit..Bila start sakit tu mulut tak henti-henti baca ayat
dari surah Al-Hasyr.Ayat 21-24.Sambil-sambil tu buat
breathing technique.Kurang la sikit sakit tu..Pastu minum sikit-sikit air selusuh yang mak mertua buat.Bila minum kurang sikit rasa sakit.
12pm..Hubby sampai..bawak nasi
lemak..Malam sebelum tu teringin sangat nak makan nasi lemak tapi nak nasi lemak yang mak masak.Alhamdulillah before bersalin dapat gak makan.Berkelah la
kami laki bini kat wad tu.Sembang-sembang..gelak-gelak.Bila contraction datang
senyap kejap..hubby siap pesan baby jangan keluar dulu,tunggu abah
balik sembahyang Jumaat..
1.00pm time hubby nak gerak ke masjid
hubby terkejut tengok kat lantai bawah kerusi aku duduk ada banyak air.Aku assume
air ketuban.Then gi toilet dah ada sporting darah campur
lendir..Nervous.Air mata bergenang.Bagitau hubby,lagilah bertambah sedih.Memang cembeng betul la.Sedih and takut bila fikir nak bersalin..Hidup lagi ke nanti?Sempat ke nak tengok baby??Emo dari awal pregnant terbawak-bawak sampai ke nak bersalin..
1.30pm Nurse suruh pegi bilik prosedur.Doc check VE.3cm..Then doc tanya air ketuban dah keluar ke??Aku angguk je la.Betul la kot yang kat lantai kat wad tu air ketuban.Then doc masuk ubat
berak.nurse suruh gi toilet..Duduk dalam toilet pun tak berani nak
duduk lama-lama.Takut terbersalin dalam toilet..lepas tu bermulalah
sesi menahan rasa sakit contraction.Kejap-kejap jeling hp..tengok jam
pukul berapa.Kalau boleh biarlah hubby ada time bersalin.
2.00pm nurse datang buat CTG.Bagitau
kat nurse dah rasa makin kerap contraction and dah ada show.Pastu doc
pulak datang..Maybe muka aku cam tak nampak sakit so doc kata lambat
lagi..huh sabar je la.So tahan je la sakit tu walaupun sebenarnya memang dah tak tahan sakit.
2.30pm. Hubby sampai..cakap kat hubby
rasa sakit sangat.Rasa cam nak meneran pun ada..Rasa cam nak poo
poo.Hubby pimpin ke toilet.Tengok banyak pulak darah.Mintak nurse nak tukar baju...Bila contraction datang
cam tak boleh nak buat ape.Sampai menggeletar pegang tangan hubby menahan sakit contraction.Bila takde sakit,cepat-cepat tukar baju..
2.45pm Sakit dah tak boleh nak tahan
dah.Hubby la jadi mangsa.kejap baju hubby aku tarik..kejap tangan..kejap seluar.Ikut mana dan la yang aku sempat paut nak tahan rasa sakit tu.Allah je la yang tahu camne..Bila tengok keadaan aku camtu hubby panggil nurse.Then nurse contact labor room.Tunggu diorang
settle prosedur aku pulak menahan sakit kat katil..Dah rasa nak
push..Tapi takut kalau push kepala baby bengkak.So tahan sambil baca
ayat-ayat Quran yang hafal.Hubby pun baca sama-sama surah Al-Hasyr
then hembus kat kepala..
3.00pm Agak cemas time ni sebab aku
memang dah rasa nak teran.Nurse kelam kabut ambik wheel chair and
berlari tolak aku ke LR.Atas wheel chair memang dah rasa nak push dah
pun.Tapi seboleh mungkin tahan.Sampai LR dah tak boleh tahan.Bila
rasa sakit contraction automatik rasa nak push.Staf nurse kat LR
kelam kabut suruh aku naik atas katil and diorang nak check.Bila
check nurse cakap dah nampak kepala.Sepantas kilat diorang siapkan
peralatan.Bila rasa nak push,nurse suruh push.Bila takde contraction
cepat-cepat diorang tukarkan baju aku and pasang CTG.Hubby pulak
pangku kepala..Bermulalah sesi push and push..Boleh pulak tak reti
nak push..Nurse tarik tangan aku suruh rasa kepala baby.Ntah semangat
datang dari mana.Push sekali then keluar kepala baby.Then bahu pulak.Hubby
tak henti-henti bagi semangat..”push ayang..push ayang”..Sampai aku tengok hubby pun cam nak teran sama..heee..Nurse pun sama.Diorang pulak yang push jugak..Pastu nurse Salasiah ajar camne nak push panjang.Agaknya gram kot kat aku lengah-lengahkan push baby.Tapi
ntah aku rasa suara tu cam ganggu konsentrasi aku..heeee..Tapi
alhamdulillah 2 kali push selamat semuanya..3.17pm.Lahirlah seorang
lagi umat Muhammad SAW.Nurse terus letak baby atas perut..No doctor
time aku bersalin..Semua handle by staff nurse.Nurse Salasiah and dibantu 2orang nurse lagi.
Selesai bersalin,hubby tak putus-putus
kiss dahi..alhamdulillah..Hubby sempat pegang baby kejap.Then nurse suruh
hubby keluar diorang nak bersihkan baby and jahit luka bersalin.
Alhamdulillah nurse
cakap tak koyak banyak.Just kulit luar.Jahit pun sikit je and semua nurse yang
buat..Baik betul nurse tu.Everything dia settlekan.Sabar melayan kerenah patient cam aku.Bila dah siap
semua,baby pun dah dibersihkan then nurse hantar baby kat hubby untuk
diazankan..
Rayyan masa hubby azankan..
3.40pm Nurse bagi baby untuk
breastfeed.Susu pertama anak mama hisap..Perasaan???speechless.Hubby
masuk balik temankan aku..Then nurse bagi milo panas dan roti suruh aku makan..
4.30pm Doc datang check..Check rahim
dah kecut ke belum,check jahit luka..after everything ok baru la
nurse prepare untuk balik ke wad.Again nurse Salasiah yang bersihkan
semua.sangat-sangatlah terima kasih dengan nurse tu.Sampaikan masuk bilik air dia yang lapkan semua.
5.30pm dah ada kat wad..startlah
menguruskan anak ke-2.Breastfeed baby..and tukarkan diapers baby...
Malam pertama di wad 2B katil 11
bersama-sama Rayyan..
Malam tu tak berapa nak tidur.Sebab kejap-kejap
dengar Rayyan bersin.Sejuk sangat kot.
Esoknya dah boleh keluar wad.Tu pun lepas doktor check takde apa-apa masalah pada ibu dan baby.
Apa-apa
pun alhamdulillah syukur selamat semuanya dan dipermudahkan bersalin
kali ni..Thanks semua nurse di wad 2B dan di labor room.Semuanya
baik-baik belaka..