Showing posts with label danial. Show all posts
Showing posts with label danial. Show all posts

Monday, August 24, 2015

Alkisah anak-anak;Danial


Cuti 3 bulan yang heaven...seronok jugak duk rumah ni...(Bila part tengok anak membesar depan mata la).Part keje rumah tak seronok langsung ;(..Macam-macam kerenah diorang setiap hari.

Danial....





Anak sulung yang dah makin membesar.Dah 4 tahun.everyday ada je benda yang dia buat,buatkan aku rasa impressed. Sokmo la keluar perkataan "waaaa pandai dah ank mama.." " besar dah anak mama"..well feeling mak-mak kan?.Now Danial dah mula mengaji.Lagi sikit je nak habis Iqra' 1.mujur la tergerak nak hantar dia gi ngaji dekat AtTibyan lepas aku habis pantang.Kalau nak harap kan ajar sendiri memang kelaut dalam la jawabnye.Ada gak yang mama nye bertuko ijo.;).bab solat pun dah rajin mengikut.Alfatihah n AlIkhlas dah boleh baca.but still belum betul-betul sempurna sebutannya..(takpela slowly dari tak tau langsung)

So far Danial ni dah boleh harap dah nak menolong aku kat rumah.Angkat kain,susun groceries,basuh pinggan sendiri..walaupun benda tu kecik tapi mama bangga dengan Danial.Sape kata boy tak boleh buat kerja pompuan???ate mama takde anak girl,boboy la yang kena tolong.kalau aku kat dapur laju je datang nak sibuk sama."Mama..Danial nak tolong mama,bleh?"..nak tak nak kena la cari benda yang dia boleh buat

Tapi ada satu part yang jenuh sikit nak handle.,bab merajuk and suka menangis tu tak berubah lagi dari dulu sampai la ni..Main dengan rayyan dia kalah dah nangis..adik ambik toys dia..nangis..adoiiiii stress mak.kalau kita tegur sikit terus merajuk duk kat belakang pintu..haiiih jenuh nak handle satu-satu perangai anak..cerewet pun satu hal lagi.kadang kita dah siap dah untuk dia baju ini seluar itu..pastu tetiba dia cakap 'danial taknak pakai baju ni..tak cantik'.huhuhu nangis..tunjuk baju lain taknak.kadang baju yang dia nak tu tak sesuai nak pakai.cth: nak pakai baju tebal,lengan panjang time nak keluar tengah-tengah hari panas terik.ko rasa???.manalah tak makan berejam-jam nak siap bila nak pegi somewhere..Nak pakai jam mesti ketat-ketat.tak boleh bergerak langsung jam tu.Kalau ada yang tak kena pada dia siapla menangis tersedu sedan..

Takpela..mama layankan je la bila tahap kesabaran tu tebal.kalau senipis tisu mama ignore jer..Mak aku selalu cakap 'sebijik ikut perangai mama kamu'..huhuhu.mesti opah and atok dulu pun pening nak layan kerenah mama...kan?sekarang ni merasa la mama pulak melayan kerenah Danial..

Nanti tahun tahun depan camne la kerenah awak pulak ek Danial?

Wednesday, December 18, 2013

Jalan-Jalan tengok binatang..

Excited!
Bukan anak je yang excited yer.Maknyer pun sama.Excited sebab nak kenalkan binatang yang ada kat zoo tu kat Danial.Selalu tengok kat buku,flash card,tv or dalam ipad je.Ni real.Baru boleh sebut  ni 'elephant'..'ni lion'..'ni monkey'..And baru dia tau besar mana 'elephant' tu.Setinggi mana 'giraffe'.Sebelum ni duk cakap 'the big elephant' padahal how big is elephant tu just gambarkan dengan tangan jer.Tinggi mana zirafah tu pun just letak tangan tinggi-tinggi..

Bila dah tengok depan mata,baru dia tau camne rupa bentuk,bunyi binatang tu betul-betul.Feeling wonderful uolls.Then dah boleh imagine bila kita sebut eg:'the big elephant'..

Tengok binatang kat Zoo Melaka..
 Adik tengah tidur time ni.So Danial perasan jadi anak tunggal sat..

 Penyambut tetamu..Nak je bawak balik sekor.Buat mainan budak dua orang ni
 Danial sooo excited tengok 'Giraffe'..Siap boleh tanya khabar lagi kat zirafah tu.."hello giraffe..how are you?"..Orang yang tengok kiri kanan senyum je tengok telatah Danial.Sabo je la
 Masa ni Danial cakap "mama..sian giraffe tu.Takde kawan"..Dia tengok zirafah yang ni cam terasing sikit.Sebab tu kot dia cakap macam tu..


 'Mama..baca ni..LION.'
??
mujur dia cam gambar..kalau nak suruh baca memang tak reti pun lagi




Danial excited tengok flamingo..Tapi kesian flamingo tu takde kawan.
 

 Lama jugak tengok telatah gajah ni..Dari gajah tu golek-golek,mandi pastu sesi feeding elephant.
Kalau nak bagi makan kat gajah tu sebakul tebu RM5 jer..Ofkoslah gajah makan tebu.Takkan nasi lemak sepinggan pulak.
 Adik pulak tengok je la..Tapi dia lagi excited and happy tgk gelagat abang dia dari tengok binatang


Dah penat round zoo baru check in hotel..Nak booked hotel pun sekarang ni kena cari yang ada swimming pool.Sebab Danial nak mandi pool.Almaklum la rumah sendiri mana ada pool.Harap pool plastik yang kena pam tu ada la..Bila tau nak mandi pool dia dah request nak bawak float before pegi.Demanding sungguh la..Tapi ikut je.Since anak happy,mak paknye pun tumpang happy sama..Nanti adik dah besar tak tau camne plak demand nye.









Sekian..cuti-cuti release tension.Rehatkan badan setelah penat bekerja..Next time boleh bawak diorang berdua gi Zoo Negara pulak.Lagi banyak binatang boleh tengok..Lagi besar.Laaaaagiiii jenuh nak sebut nama binatang..

Thursday, October 17, 2013

Harta dunia akhirat



Kerana diorang
Adakalanya buatkan aku menangis
Buatkan aku gelak tak kering gusi
Buatkan aku senyum sampai ke telinga..
Acting like kanak-kanak ribena..
Dan selalu jugak aku bertukar jadi cam 'hulk' bila mana keletah mereka di luar kawalan kesabaran

Tapi
Sebab diorang jugak
Aku belajar untuk control marah
Belajar bersabar
Belajar faham karakter masing-masing
Belajar memahami isi hati.
Ingat budak takde perasaan ke?
Bukan senang sebenarnya 
Hati dah rasa cam nak meledak meletop nak marah tengok perangai anak
Tapi otak pulak cuba tukar keadaan jadi cool.
Reverse psychology mungkin.



Amanah Allah!
Takkanlah kita nak sia-siakan
Walaupun bukan terbagus,terbaik
Tapi aku cuba menjadi seorang ibu yang paling baik,paling bagus untuk mereka
Baaaaanyak lagi sebenarnya nak kena belajar
Belajar..belajar dan terus belajar
Sebab banyak sangat belajar
Tu yang boleh jadi
Cikgu,doktor,hakim,lawyer,nurse,mechanic buat mereka
Hebat kan???


Danial dan Rayyan
Mama dan abah tak kaya untuk mewahkan kalian dengan harta dan wang ringgit
Tapi kami cuba sebaik mungkin untuk sempurnakan kehidupan kalian seadanya.
Cukup makan..cukup pakai,ada tempat untuk berteduh,ada kenderaan untuk bergerak
Cukup serba serbi walalupun tak semewah mana.
Syukur..

Ya Allah 
Syukur Alhamdulillah dengan nikmat yang kau pinjamkan  ini
Harta yang paling berharga
Harta dunia dan akhirat..

Wednesday, October 16, 2013

Anak-anak


Dah lebih 6 bulan memegang title 'ibu beranak 2' tapi still rasa janggal nak mention 'anak-anak'..Bukan aku jer yer.Hubby pun kadang-kadang confuse.Mention 'anak' je..Padahal sepatutnya 'anak-anak'..

Untuk permulaan nak start berblog balik meh tepek gambar 2 beradik ni..Tapi si abang memang payahhhhhh la sangat nak bergambor.Adik buat masa ni tak banyak songeh lagi boleh la layan mamanye bergambar..


Pejam celik dah 6 bulan dah Rayyan Furqan..berat dah 8kg.wow membesar bagai johan!!!gigi pun dah ada 4 batang.2 kat bahagian atas and 2 batang lagi kat bahagian bawah..meniarap,berpusing and the latest dah boleh buat position merangkak tapi tak boleh bergerak ke depan.mengundur jer..bila tak dapat buat nangis..huhuhu..Pastu dah keluar dah suara comel dia sebut 'maaa..*speechless*'kalau tinggalkan dia main sorang-sorang mula la panggil 'maaaa'..Cer kalau buat tak tau kat dia,tak layan dia mula la keluar suara jantan+nyaring+high pitching



Ni pulak kawan gaduh,kawan sembang,kawan nak jadi cam budak-budak balik..mana taknya sama-sama nyanyi nursery ryhthm,tepuk tangan,melompat..nak buat camtu dengan abahnya?memang tak la..Dia lebih prefer nak buat apa-apa dengan mama..Yup! one thing about this boy everything yang dia nak (nak buat susu,pakai baju,mandi,makan) semuanya mesti nak mama dia yang buat.NO ABAH!! **bangga jap*tapi kadang-kadang stress la jugak.Ate semua nak mama.Tu yang kadang nak yak pun tak menyempat..kalau abah dia yang buat siapla kena hadap dia nangis guling-guling and sebut "no..no..nak mama"..kalau apa-apa yang dia excited nak cerita pun dia akan lari cari mama dulu..Bila dah cerita kat mama baru dia cerita kat abah..

Lately ni dah tak minat sangat dengan car,lorry and bus dah..Dah bertukar plak minat dak kecik sorang ni.Now minat otomen,iron man..Sikit-sikit mula buat tangan gaya iron man..Konon tangan ada power la tu.Tak pasal-pasal adik jadi mangsa otomen..Nasibla adeq yer.tunggu la sikit lagi adeq dah boleh lawan sama..

Tengok progress diorang rasa cam takmo bagi diorang besar cepat sangat..uolls pun rasa camtu tak dengan anak-anak uolls???

eh Selamat Hari Raya Aidiladha uolls..




Saturday, June 15, 2013

Kerenah 2 beradik

Tengok je dua beradik ni..mana ada adik,situ la ada abang..Redha je la adik apa yang abang buat kat dia..

 
 Kiss all the time..Pantang nampak adik bukak mata.Mula la nak kiss adik banyak kali.
"sayam adik..sayam adik"

 Tidur pun nak dekat adik
 Jalan pun nak berkepit dengan adik..
 cubaan apakah ini???nak kiss adik la..apa lagi??
 nak main bas,lorry pun dekat dengan adik..Tu belum lagi dia buat gila,buat badan adik jadi lane laluan bas dan lori dia
 Dah start geram dengan adik..ni before adik kena gigit dengan abang..melalak tak ingat la adik..
Macam manalah mamanya tak jadi tarzan everyday.Mula-mula baik jer main dengan adik.Bila dah start geram,habis adik jadi mangsa..
Muka eksen bila kena dengar mama jadi tarzan..Mujur adik kuat.kena gigit pun nangis kejap jer..
Aku siap cakap kat Rayyan,kalau nampak abang datang,rayyan buat-buat tidur k.Kalau tak nanti jadi mangsa abang..

Tuesday, May 28, 2013

Potty train Danial

Nak kata 100% success belum lagi kot..adalah dalam 80% baru..

Bukan senang nak senang kan?So memang kena bersusah-susah dulu la jawabnya..Since aku bercuti berpantang ni memang aim aku nak start potty train Danial.And alhamdulillah nampak dah hasilnya..Start 1/5/13 aku slowly tak pakaikan diapers kat Danial.

Day 1..tu usah cakaplah..memang fewwwww*kesat peluh*.Berapa kali aku mengelap/mengemop lantai gara-gara keterciciran Danial.Kalau setakat pee pee ok la kan nak lap..Ni kalau poo poo..Just imagine la how aku kutip stools dia.Huuuuuhuhu..Abah and mak boleh senyum sumbing je la tengok gelagat aku..tanya and bawak ke toilet tiap setengah jam.Danial pun dah stress dengan mamanya kejap-kejap mama ajak dia gi toilet..Tu yang tak sampai setengah jam dia bantai kencing merata.

Day 2. dah lega sikit.sebab dah tau rhythm time dia pee pee and poo poo..Tapi ada la jugak keciciran cuma sekali dua jer..Kalau minum susu banyak mesti lari sikit duration dia nak pee pee..

Day 3..makin ok.Tapi kalau dia tak tidur usahla memandai mamanya nak tidur..Hari ke-3 dia mintak pakaikan diaper.menangis-nangis suruh pakaikan diaper.Pakaikanlah jugak.Rupanya dia nak poo poo..Ok faham.Dia tak selesa nak poo poo dalam toilet.No wonder la 'hasil' kurang memuaskan.Bila pakai diaper baru tengok dia cam lega nak poo poo.OK fine mama bagi can.Bila dah poo poo betul-betul lagi senang la nak atur kencing.

Day 4 onward..Bertambah ok.Tapiiiiiii bila dia tau mamanya akan kelam kabut tiap kali dia sebut 'maaa nak tencing..',dah dia mainkan kita pulak.Berlari aku mendukung dia bawak ke toilet tiap kali dia cakap nak kencing.Tapi bila sampai toilet dia mencangkung,shhhh then dia sengih.Terus kata dah.tapi setitik pun takde keluar.Huh! Sabar je la.Kalau sekali dua,boleh dimaafkan.Ni berkali-kali..Memang mengundang amarah la tu.Saja nak tengok mama dia bertukar jadi harimau jadian kot.

Sampailah ke hari ni.Waktu siang and duduk kat rumah aku tak pakaikan diaper.Danial pun dah tau.Bila nak pee pee ,dia bukak seluar then masuk toilet.Tapi kena perhatikan jugak sebab takut dia tak basuh.Kalau malam,or time dia nak tidur and keluar berjalan,aku still pakaikan.Tak confident lagi aku nak diaperless kat dia 24jam.Cuma setakat ni dapatlah dah kurangkan kuantiti diapers yang dipakai setiap hari..

Ni nak naik kerja dah tak sure boleh ke dia continue diaperless???Aku takut susahkan babysitter.Dahla dengan rayyan then nak tambah keciciran abangnya pulak..Mau stress bs diaorang nanti..

Thursday, May 9, 2013

Lesson."nak ikut gi mandi dulu"

Jangan ingat budak kecik tak tau ape-ape..Then dengan mudah kita boleh tipu diorang.."NO WAY man!!"Bak kata Danial..

Belajar dari kesilapan.Moga tiada lagi kejadian yang sama berulang.

Kes pertama:
Semalam.My mom nak pegi belajar agama kat surau.Bila Danial tengok opahnya dah pakai cantik-cantik,apa lagi sibukla dia nak ikut opah dia.Tapi agak payahla kalau nak bawak Danial.Nanti tak pasal-pasal mengganggu jemaah lain.Nak elakkan Danial ikut,mak suruh Danial mandi."nak ikut opah,gi mandi dulu"..Sementara Danial mandi,opahnya senyap-senyap keluar..Bila Danial dah selesai mandi,tengok opahnya takde,menangis la dia."Nak ikut opah..wuaaaaa".Pujuk-pujuk bagi susu sebotol,main dengan dia,tak ingat la dah opahnya pegi mana..

Kes Kedua.:
Pagi tadi.My parent nak gi Slim River,ada kematian.Bapa saudara mak.Bila semua dah siap,mak ajak Danial.
Mak:"Nak ikut opah tak??"
Danial :"Taknak..(geleng-geleng kepala.Ambil lori dalam bakul mainan dia terus pegi kat katil aku)
Aku: "betul Danial taknak ikut opah??"
Lagi sekali dia geleng kepala.Dengan mulut muncung-muncung cakap taknak.

Bila paksunya dah start enjin kereta,Danial bawak lori dia,tunggu dekat kereta.Aik??kata taknak ikut.Pastu dia pulak cakap JOM.Dengan tak mandi,baju tidur pun tak tukar lagi dah nak jalan.Mak suruh la Danial gi mandi..

"Nak ikut gi mandi dulu"

Tapi Danial buat keras.Taknak mandi.Bila aku ajak mandi,dia cakap "nak ikut opah".Meronta-ronta la.Abah pulak bagi chance dia tak mandi,suruh tukarkan baju je.Ohh a big NO la aku nak biar anak keluar camtu.Suruh mak tunggu depan pintu bilik air barulah Danial nak mandi.Time mandi pun kejap-kejap dia paling kat pintu,"opah"..sampailah siap complete semua berpakaian opahnya kena ada kat dia baru dia percaya opah dia tak tinggalkan dia..

See?????sekali dia dah terkena,dia takut terkena lagi.Word "nak ikut gi mandi dulu" tu mesti dia assume kalau mandi mesti kena tinggal.That's why dia taknak mandi.Jangan ingat budak kecik senang nak di'gula-gula'kan.Fasa umur 1-6 tahun ni dia absorb apa je yang dia dengar dan lihat.Walaupun pada kita benda tu nampak remeh,tapi benda remeh tu la yang dia dengar dan ingat.

Thursday, April 11, 2013

Mother of two

Rasa cam tak percaya dah beranak dua..Dari 'anak' dah kena doublekan jadi 'anak-anak.Padahal rasa cam baru jer bertiga..Tiba-tiba dah berempat pulak..

So far nak handle Rayyan takde masalah setakat ni..2 malam pertama je yg Rayyan meragam sikit.Dia tak tidur and merengek..maybe time tu nak biasakan dengan environment kt hospital and malam esoknya pulak kat kampung..Tapi lepas tu ok dah..Dapatlah mamanya tidur lena sikit..Berjaga pun untuk breastfeed jer.

Bila adik takde ragam,abangnya la pulak.Tak boleh tengok adik bukak mata habis dia gomoi adiknya..Kiss puluh-puluh kali..”Sayam dik”..then paksa mamanya letak adik atas riba dia..kalau tak diikutkan kehendaknya,berjurai-jurai la air mata..

Pastu kalau nak apa-apa taknak la orang lain yang ambik or buatkan.Huh sabar je la.Ingatkan duk kat kampung ni boleh la harapkan adik-adik layan kerenah anak bujang sorang tu.Dahlah masa nak dekat-dekat bersalin dia dah buat perangai memerapnya,taknak dengan orang lain.semua nak mama.Lepas bersalin pun sama gak..Semua nak mamanya yang buat..Nak susu,nak mandi,nak makan semua nak dengan mama..Kalau orang lain yang nak buatkan siaplah dia marah “NO NO NO..OH my english..no no”..siap muncung-muncung mulut cakap NO..memang jadi habuan gelak and sakat la dengan opah,tok and paksunya..Yang pelik tu camne la pulak boleh sesat oh my english tu..

Kalau moodnya baik asyik berkepit la dua beradik ni..ada jer yang Danial sembang dengan adiknya.Kejap ajar anatomy kat adik..

”ni cheek,ni chin,elbow,mouth,nose,eye..ear”.. 
yang seriau tu bila cakap eye siap tunjuk kat mata adik.risau dia cucuk je..dah habis anatomi dia ajar adik counting pulak..”one..two..thyee” “tu,we,ge..pat,me..nam..”..emmm macam-macam..tapi happy tengok diorang camtu..hopefully muafakat la diorang nanti..

tak sabar nk habiskan pantang and nak berjalan..Camner la yer nak handle 2 orang anak ni..

Wednesday, April 10, 2013

27bulan..

Happy 27months sayang mama!!
Muhammad Danial Zaffran



Dah jadi abanglong dah..Takmo nakal-nakal ye sayang..Takmo buli adik.Jaga adik elok-elok ok..
Dua-dua harta kesayangan mama dunia dan akhirat.

Wednesday, March 20, 2013

ww # penyejuk hati..

 sujud..
 bagi salam kiri kanan
 sempat lagi jeling kat mama..ingatkan tak perasan
 doa..

and yang ni peristiwa di suatu petang di waktu hujan lebat..ingatkan amende la anak bujang sorang ni buat kat ceruk sofa tu..tengok-tengok tengah solat...

Sejuk mata mama memandang perlakuan Danial ni..Alhamdulillah.Mudah-mudahan anak mama jadi anak yang soleh..











Friday, March 8, 2013

lega..dah settle dah

Alhamdulillah..selesai dah salah satu tanggungjawab kami pada Danial..Walaupun bukan perkara wajib,tapi sunat muakkad kalau ada rezeki apa salahnya kalau buat..

Melakukan akikah tidaklah wajib kerana Abdurrahman bin Abi Sa’id meriwayatkan daripada bapanya yang menceritakan bahawa Nabi SAW ditanya berkenaan dengan akikah? Lalu baginda bersabda, yang bermaksud;
“Aku tidak al-‘Aquq. Sesiapa yang memperoleh anak kecil, lalu ia suka untuk menyembelih (akikah) untuknya, maka lakukanlah”. (Riwayat Imam Abu Daud).
Plan asal nak buat kenduri kat teratak kami ni untuk akikah Danial untuk 1 bahagian yang belum dibuat..Tapi banyak sangat kekangan..Memikirkan duit peruntukan yang sedia ada untuk akikah Danial takut dibelanjakan ke arah lain so cepat-cepat la kami daftarkan dengan EZQURBAN..

Mudah dan cepat..Sebaik daftar selang seminggu kemudian dia akan poskan surat menunjukkan yang kita dah daftar..Then selepas selesai semua ibadah akikahnya dia akan hantar lagi surat beserta sijil pengesahan akikah..dalam sijil tu ada mention kat mana ibadah akikah tu dibuat..



Kos untuk 1 ekor kambing = RM550..

untuk detail boleh klik website ini
v
v

Sunday, March 3, 2013

Danial 2nd birthday..



Pejam celik pejam celik 2 tahun+++ dah anak sulung mama ni..cepatnye la masa berjalan.Boleh tak nak stop kejap masa tu??Rasa kejap sangat Danial membesar..Rindu Danial time baby..Bau masham-masham dia..Time dia tak banyak songeh..Redha je apa yang mama or abah buat kat dia..

 Danial 6 bulan..

 
 Danial 4 bulan


Time baby baik la sangat.Takde banyak ragam..So far alhamdulillah,senang rasa jaga Danial.Nak bagi makan,senang..Tak memilih.Nak tidurkan pun senang..Golek-golek je dah tidur..Dari baby sampai la ke usia 2 tahun ni alhamdulillah takde la payah nak jaga dia..Alhamdulillah Ya Allah..Kau kurniakan kami harta yang tak terbanding nilainya..He is my soul,my world and my everything.

Maybe aku takde la sebagus ibu-ibu yang lain tapi I'm try to be the best mother to him..Aku cuba untuk bagi yang terbaik pada Danial..InsyaAllah yang terbaik juga untuk adik-adiknya..Aku berjaya bagi Danial fully breastmilk without top up formula milk sehingga usia dia 1tahun 4bulan..then baru campur formula milk.And 100% bercerai susu badan 1tahun 7bln..Tu pun sebab pregnant and tiap kali dia memilk rasa sakit kat perut tu yang gigih aku cerai susu badan tu..So far NO pacifier,NO buaian..Adik nanti??harap-harap cam abang jugakla..
 
Sempena his 2nd birthday ni,opah and atok bagi hadiah ni kat danial.


 Happy jer dapat basikal..Tak ajar pun kaki letak mana dia tau adjust sendiri nak letak kat mana..

Opah cakap sampai umur 5 tahun boleh pakai basikal ni..Takyah nak beli lain dah..Pink lagi..Memang jambu la anak mama ni..

Abah pulak bagi set lorry..Belum sempat nak snap gambar Danial dah bukak dah packaging nya..lagi bertambah obses la Danial dengan lori..Tapi set ni ada macam-macam jenis lori..Lori minyak,lori angkut,lori bawak simen,bawak pasir..haiiii macam-macamla..

Me and hubby bagi beberapa helai baju untuk Danial..Tak rasmi pun lagi baju bajan tu..Tokwan and tok pun bagi baju..

Tahun ni tak dapat nak buat birthday party untuk Danial memandangkan rumah kami ni macam tongkah pecah gara-gara projek porch hubby.So tak sedap la pulak nak jemput orang datang dengan keadaan rumah camni..So just celebrate bertiga je la tahun ni..eh adik pun include sama.So 3+1..yo yo oo je plan hubby bulan lepas.Sekali bila dah start our homesweethome projek terus punah plan..Takpe ye Danial nanti kita postponed buat dengan adik nak??heee..

Selamat Hari Lahir Muhammad Danial Zaffran..Be a good boy..Mama and Abah sayang Danial so much!!.