Pages

Showing posts with label ECE. Show all posts
Showing posts with label ECE. Show all posts

Monday, February 20, 2023

Blowing Balloon

Malam tadi Wafi tidur lewat sebab main game online dengan BFF. Rasa pagi pun lewat bangun sebab masa ibu pergi kerja masih lena lagi.

Jadi malam ni ibu pesan jam 10 pm simpan HP dan tidur. Wafi kata awal sangat nak kena tidur tapi janji tak guna HP nak tengok TV je. Sekali semua channel TV tak menarik jadi dia pergi dapur cari akal😅

Her experiment.


Ni ha... masuk bilik tunjuk benda geli-geli ni.. lembik-lembik.

Rupanya belon berisi air. Tapi bukan belon biasa tu.

Guna blowing balloon.

Lama betul belon tiup ni berada di pasaran, dari ibu kecik dah ada. Dulu pun ibu suka tiup ni, kadang tak boleh tiup, salah teknik😬😬

Ni Wafi buat terus kat paip.. lilitkan getah belon tu dah pasang air. Bila dah cukup air belon tu tertutup sendiri.

Camtu lah lebih kurang Wafi cerita.

Ibu pun tak tengok tapi bila Wafi letak atas tangan ibu tak lama pecah. Wafi kata mungkin kena cincin ibu.

Hurmmm.. sorry la Wafi.

Awak pergi buatlah lagi!

 

Tuesday, September 20, 2022

Ulangkaji

Wafi dah pesan dari semalam yang malam ni ibu mesti temankan buat revision Maths.

Adoiiiii.. lemah

Ibu subject Maths ni kan dari dulu memanglah tak berapa nak gemar. Formula-formula yang memeningkan huhu..  Itu yang ibu tak ambil Add Maths masa Form 5. Mujurlah masa Matrik ibu boleh catch up. Masa tu lah ibu pulun subjek ni kalau tak mungkin ibu tak dapat masuk kelas express huhu..

Basic Maths sekolah rendah ni lebih kurang sama je lah +-×÷, cuma ada level sa hingga juta.. since Wafi dah Tahun 6, banyaklah nombor dia tu. Ibu pun terpaksa lah belajar semula. Refer buku teks. Lemah betul lah bila kena tukarkan kepada pecahan, perpuluhan atau peratus.

Jangan malam ni mimpi exam sudah... sebabnya kerap begitu. Anak yang exam ibu pulak yang mimpi masuk dewan😭😭


 

Sunday, February 20, 2022

Kraf tangan oleh Wafi

Wafi hadiahkan craft ni bila dah siap. Ibu suka sangat. Warna sangat mendamaikan. Lembut.

Kraft ni Wafi beli di MrDIY. Manik-manik tu kena lekatkan guna sejenis alat yang disediakan. Ada numbering so senang nak match.

Kalau tengok sekali imbas macam cross stitch.

Ni ibu nak letak kat office.. cam lama tak deco2😅

Tuesday, February 1, 2022

Paper Squishy

Pagi ni Wafi tunjuk hasil kerja tangan yang dibuat malam tadi. Katanya tak boleh tidur. HP ibu tak bagi guna. TV pula tiada rancangan menarik. 

Itu yang timbul idea nak paper squishy. Patutlah pagi tadi masa ibu berkemas ada bantal yang terbuka zip. Rupanya span dalam tu dikeluarkan untuk buat squishy ni.

Ibu ingat Wafi guna pembalut keropok Lays... rupanya lukis dan warna sendiri. Kemudian dibalut dengan pita pelekat. Habis satu gulung tu.

Wafi kata nak buat yang lain pula.

Buatlah.

Edited : dah siap paper squishy Wafi.

Good job my dear.


 

Sunday, August 29, 2021

Stylus Ipad

Masa Wafi beritahu nak beli pen untuk Ipad ibu macam krik-krik je. Wafi demo lah macam mana nak guna. 
Beli je lah Wafi sebab harga yang diberitahu pun kurang dari RM10. Wafi sendiri cari di Shoppee dan minta ayah orderkan.

Rasanya dah beberapa bulan Wafi guna, ibu takde lah nak ambil tahu sangat sebab ibu takde guna Ipad pun.

Beberapa malam lepas, sebelum tidur ibu pinjam lah Ipad Wafi skrol blog. Wafi suggestlah guna pen Stylus Ipad tu untuk mudahkan skrol. Ibu pun ok je lah.

Bila dah guna... ehhh... senanglah.
Takde lah sakit jari ibu skrol dan tekan.
Guna pen Stylus ni jari pun tak sakit.
Kalau tangan lembab pun akan effect masa buat schrolling tu. Bila dah guna pen ni tiada masalah.

Wafi gembiralah sebab ibu guna Ipad dia, jadi bolehlah Wafi pinjam henfon ibu.
Hurmmmm... ada agenda rupanya!


 

Monday, July 19, 2021

Viya Travel Diffuser

Akhirnya kotak keriangan yang ditunggu-tunggu pun sampai. Viya Travel Diffuser dari Young Living. Jauh dari Singapura. Bila Teacher Watie beritahu dalam grup yang ada leader boleh belikan maka tanpa fikir panjang terus minta no leader Niena ZM. Dah lama nak car diffuser tapi tiada di Malaysia. Bila ada offer begini haruslah dirembat cepat-cepat.

Tidak beli dengan akaun sendiri sebab mereka kumpul order. Jadi jimatlah duit postage berbanding jika beli sendiri dari Singapura.

Masa tengok video tak berapa berkenan dengan corak marble tu ala-ala comot gitu. Disebabkan perlu car diffuser ambil cepat-cepat. Yang penting fungsinya.


Selain diffuser dapat juga essential oil Stress Away 15ml.

Bila dah pasang... ehh.. cantiklah. Berseni gitu.

Boleh tukar ke warna ungu. Ada 3 warna iaitu putih, oren dan ungu. Kita adjust lah nak warna apa.

Boleh setkan mode samada mahu 2.5 jam atau 5 jam. Kalau 2.5 jam tu asap yang keluar lebih membuak- buak.

Diffuser ni menggunakan USB jadi ia sangat handy. Saiz muat di cup holder kereta. Kalau kita travel boleh juga bawa masuk ke rumah penginapan.

Bila dah dapat ni baru terfikir patut beli lebih sebab boleh letak di ofis. Alahaiii... harap boleh masuk Malaysia nanti.
 

Monday, July 12, 2021

Kuku buatan dan keputusan Ujian Covid19

Bila bosan ada je lah yang dilakukan Wafi ni. Walhal ada sahaja kerja sekolah yang belum selesai. Ibu rasa nak hijau je.


 Bila ibu cakap macam kuku ponti tau takut.. ada juga beli yang immitate tapi haritu sebab gam tu terlebih lekat terus tak berani nak pakai. Bila buat bab2 seni macam ni elok je duduk mengadap. Wafi.. Wafi..

Hari ini keputusan ujian Covid 19 Cik Biela, Cik Awi dan Cik Piqa positif manakala Cik Fatin negatif. Manakala nenek semalam dah dapat keputusan iaitu negatif. Dalam rumah yang sama 2 -ve dan 3 +ve. Terus yang +ve pergi ke Pusat Penilaian Covid (CAC) di Dewan Serbaguna Sri Andalas. Bila tengok Cik Biela rakam keadaan di sana... fuhh.. beratur panjang. Mereka sampai menjelang tengahari. Menjelang maghrib barulah batch mereka dapat gelang.

Lebih 4 jam. Kalau yang demam rasanya boleh lagi demam. Makanan dan minuman tak bawa.. mujur foopanda ada tolong belikan air.

Jadi sesiapa yang perlu ke CAC bawalah :-
1. payung
2. kerusi lipat
3. kipas bateri
4. makanan dan minuman
5. powerbank (untuk caj hp/kipas)
6. buku/majalah
7. alat permainan jika bawa anak-anak kecil
8. ubat-ubatan 

Pack makanan di rumah nenek juga berubah kepada packing individually. Jadi makan tidak bercampur-campur. Cik Fatin pula perlu lebih kerap mop lantai dan sanitise rumah. 

Bilik air juga telah diasingkan. 


Senang guna camni... kawasan liputan lebih luas.



Sunday, July 11, 2021

Butterfly in the stomach

Inilah Wafi bila ustazah letak di whatsapp grup yang kumpulannya akan tasmik pada sebelah petang. Sakit perut lah.. menggigil lah.

Ibu minta relax.. kan sudah hafal apa yang ustazah nak.

Mengendap.

Confident level tinggi ni.

Lega bila sudah selesai.

Tahniah Wafi. Bila ibu tanya kalau tasmik dari muka surat pertama boleh tak?
Mama ni....

Monday, July 5, 2021

PSV Thun 5 (Teknik: Gurisan dan Kolaj)

Ini hasil seni Wafi Jumaat minggu lepas.
Dah beberapa minggu Wafi akan buat kerja seni pada hari cuti samada Sabtu atau Ahad. Geram je dengan Wafi ni. Kalau buat hari Jumaat kan senang padahal ada masa lagi.
Cikgu pula tidak menetapkan jam berapa harus dihantar, Hari cuti pun boleh buat.
Makanya rilex-rilex lah Wafi ni Jumaat tu sementara menanti kelas petang pula.


Ini lah hasilnya.
Dalam contoh youtube cikgu beri Pungguk Rindukan Bulan.. amboiiii 
Wafi buat ladybird je.

Ada nampak cebisan rautan pensil?

 

Thursday, June 24, 2021

Pebble Craft by Wafi

Inilah hasil seni kelas Wafi minggu lepas. Pebble craft. Boleh juga kalau nak buat dari kentang atau kulit telur. Gunapakai apa yang ada disekeliling rumah.

Sebenarnya nak ambil gambar tengahari tapi memandang seharian mendung je, maka gambar outdoor pun nampak agak kelam.





Seronok pula tengok hasilnya apabila dah siap.
 

Sunday, June 13, 2021

PKP 3.0 - Day 13/14

Wahhh... tak sedar 13 hari berlalu PKP.. esok hari last.. ikut perancangan ibu AL tapi kena masuk ofis untuk meeting dengan few department & CEO. Rosak plan nak cuti direct 4 hari huhu...

Petang tadi hadiah hari jadi Wafi sampai.
Pop It.
Gembira bukan kepalang.
Tah apa yang best pasal toys ni pun ibu tak tau.

Kena tekan button tu nanti keluarlah bunyi keletuk... keletuk....

Wafi kata kalau ibu stress kerja.. ibu tekanlah bulat-bulat tu.. pasti stress ibu hilang.

Masalahnya.. bunyi keletuk... keletuk tu pun ibu dah stress.. macamana!


Friday, May 28, 2021

Book donation


Donate untuk bacaan di kelas Wafi
Nanti cikgu distribute lah ke kelas yang sesuai.

Thursday, May 27, 2021

Alat Pembelajaran

2012
Antara toys Wafi.
Pandailah dia susun2







Sunday, January 31, 2021

Checklist semasa PDPR

Perkongsian di FB ini menarik perhatian ibu untuk memeriksa tugasan sekolah Wafi selesai pada hari yang sama.
Wafi bila masuk pdpr ibu dah tak sempat nak pantau sebab bila di ofis agak sibuk.

Dikongsi oleh Cikgu Niza dalam FB. Ini bagi memastikan tugasan siap.



 Ini pula dikongsi oleh schoolmate ibu, Wazlina. Beliau akan baca whatsapp dan ringkaskan apa yang anak beliau perlu lakukan pada hari tersebut.

Monday, April 20, 2020

#day34/42 PKP : Game Word Swipe Pic Puzzle

Ini game online kedua selepas Ball Sort Puzzle sepanjang PKP bilamana drama Siam dan drama Korea tidak menarik minat disebabkan line internet yang slow.

Game ni nama dia Word Swipe Pic Puzzle.
Dia akan paparkan gambar dan perkataan di bahagian bawah. Cari dan susun perkataan berdasarkan gambar. Ala-ala silangkata la begitu tapi ini versi omputih.
Kadang cari je perkataan yang biasa kita nampak sebab kalau tengok picture tak tau picture yang mana.

Sesetengah perkataan yang tiada dalam gambar pun akan dikira markah. Ada juga talian hayat yang kita boleh guna jika cukup score.

Baru 3-4 hari main dan kami (ibu dan Wafi) berada di Level 124.
Fuhhhh...
Main dengan Wafi best gak sebab dia jenis belasah je haha dan katanya agak-agak macam pernah nampak😅 tapi boleh pulak betul jawapan dia.
Tak boleh jadi ni.
Nak kena lawan!

Saturday, April 18, 2020

#day32/42 PKP : Google Classroom

Dari semalam godek2 dan install Google Classroom. Guru kelas Wafi ada rekues parents buatkan akaun gmail juga.

Akhirnya dapatlah masuk tapi berapa kali lah install asyik fail je. Ini disebabkan internet sangatlah slow macam siput🐌

Ada satu tugasan matematik yang perlu dihabiskan. Pagi tadi dah setel petang baru boleh submit dalam GC.
Mencabar. Kalau guna whatsapp snap dan terus hantar.

Guna GC ni sistem pembelajaran lebih sistematik. Guru boleh upload video dan other doc. Actually whatsapp pun boleh tapi serabut lah sikit dengan mesej yang lain.

Takpe... kita buat juga mana yang diperlukan.

Seriously, kalau tidak kerana PKP ni tak tau plak kewujudan aplikasi ni. Banyak juga apps lain yang boleh digunakan ketika PKP contoh Google Meet.

Wednesday, April 15, 2020

#day29/42 PKP : Sidang akhbar KPM

Petang tadi Menteri Pendidikan Malaysia buat press conference.
Antara yang diutarakan adalah :-

1. Pembukaan sesi persekolahan akan diumumkan 2 minggu sebelum sekolah dibuka.

2. Peperiksaan SPM, SPVM, STPM, STAM dan beberapa peperiksaan awam lain akan diadakan pada suku pertama tahun 2021.

3. UPSR dan PT3 akan dibatalkan (batch Corona😁)
Ia akan diganti dengan kaedah yang lain.

Ada beberapa lagi perkara yang dinyatakan.

Sekarangkan murid duduk di rumah, jadi pihak sekolah ada menyediakan benerapa kaedah pembelajaran secara online menggunakan beberapa platform. Untuk kelas Wafi, guru-guru menggunakan aplikasi whatsapp.

Setiap hari ada subjek yang telah ditentukan. Contoh hari ni Wafi perlu mentalin nota dari buku teks di dalam buku nota.

Hari sebelumnya ada tugasan matematik tajuk pecahan. Wafi cakap sebelum cuti baru belajar sikit. Jadi bila guru kelas minta buat latihan ibu kena lah bantu. Kena ulangkaji buku teks tu. Khuatir juga jika kaedah tak sama seperti yang diajar oleh guru kelas.

Ibu ada maklumkan hal ini pada guru kelas dan beliau kata matematik akan ada banyak kaedah. Boleh ikut yang dalam buku dan nanti guru akan semak Wafi faham kaedah yang mana.

Masa ni Wafi sedang buat tugasan sains. Tengahari baru cikgu bagi tajuk.

* Menteri Pendidikan sedang buat sidang akhbar.

PKP fasa ke 3 ni lebih keras dari segi pelaksanaan hukuman bagi mereka yang ingkar. Jika di fasa kedua, pesalah akan dikenakan tindakan kompoun RM1,000 manakala di fasa ketiga pesalah akan terus direman dan dihadapkan ke mahkamah... fuhhhh

Tuesday, April 14, 2020

#day28/28 PKP : Permainan Nama Negeri....

Hari ni hari terakhir fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan dan akan bersambung esok. Ibu masih menunggu arahan pihak pengurusan untuk mula bekerja.

Petang lepas late lunch Wafi suggest main game ni. Kakak dan ibu join. Wafi pairing dengan ayah. Kalau tak memang dia dah merajuk awal2 sebab 1st round ada yang dia tak dapat jawab. Jadi ayah lah tukang cover kalau tak dia taknak main😬

Zaman ibu sekolah rendah dah main ni. Lama dah tak main. Tuptup bila Wafi suggest nak main ni ibu onz je.

Mula2 kena lah buat garisan kat dalam buku. Letak lah item yang kita nak. Kali ni lerak nama, makanan, negeri/a, haiwan dan objek.

Peserta kena "lat tali lat tali tamplung" dulu untuk penggiliran. 1st peserta akan pilih abjad. Kemudian semua peserta kena tulis dalam buku tadi yang bermula dari abjad yang diberikan.

Markah penuh 100 dan jika ada jawapan yang sama maka markah seri adalah 50.

Seterusnya peserta kedua bagi abjad dan ulang proses yang sama.

Di akhir permainan kiralah jumlah markah yang dapat.

Ibu seri dengan Wafi dan kakak Widad dapat last🤣

Permainan ni bagus sebab ia menguji minda anak-anak untuk berfikir.  Wafi siap sediakan globe jadi nama negara memang semua overseas lah hahah

Tuesday, March 3, 2020

New globe

Haaaaaa... baru puas hati dapat globe yang besar.
Beli di Shoppee RM89 siap ada lampu.
Yang kecik tu pakai kanta pun masih tak nampak sebab ibu kan rabun dekat dan jauh.
Jenuh nak kecik besarkan anak mata.

Globe ni dari China, bila sampai bahagian tengah tu terbuka. So kena lekatkan balik guna salotape.
End up dah jadi kemas.
Ini saiz 32.

Lepas ni nak cari yang background kuning pula.
New collection.

Wafi pun dah semakin suka mengadap globe ni.
Siap yang kecik tu dia nak letak dalam rak eksperimen sains dia.
Ambiklah nak... nanti ibu tambah lain.

Monday, March 2, 2020

Karya Wafi

 
Masa belek2 buku nota kecik sebab nak buat buku nota belanjawan, terjumpa hasil seni Wafi.
Masa ni umur 8 tahun sebab ada tulis nama dan darjah 2 Azam.

Ibu tengok macam ibu ayam.
Wafi kata buah avocado.
Hurmmmm....

"DON'T HURT ANIMALS"
Nama beruang tu Cam :-)
Ada nama pembuat hehehhe...
Comel lah awak ni Wafi.

Ibu simpan sini so bila Wafi besar mesti bangga dengan karya sendiri.