Pages

Showing posts with label Deko2. Show all posts
Showing posts with label Deko2. Show all posts

Sunday, October 9, 2022

Salam Maulidur Rasul

Solollahuala Muhammad
Solollahualaiwasalam

Pagi ni bangun dalam keadaan yang sejuk. Diluar masih hujan renyai-renyai sejak malam tadi.

Sarapan ringkas sahaja. Roti bersama tuna dan cheese.
Juga lemon suam.

Sambil tu sambung layan novel yang tak habis2 baca😀

Lepastu vakum rumah dan bersihkan porch yang kotor dipenuhi selut.
Adehhh.. musim hujan camni lah selagi jalan masuk belum bertar.

Sementara tunggu Wafi buat revision, sambung baca novel lagi.. sejuk-sejuk ni malas nak bergerak😅

 

Wednesday, August 25, 2021

Pokok Ayah dan Bulan Kemerdekaan

Ayah cakap pokok bunga ayah dah berbunga lebat.. cantik warnanya... tapi tak lama sebab nanti akan jatuh angin tiup.

Dah taruk bajalah.

Ayat ringkas Cik Ujang.

Ayah tau tanam je... lepastu siram, trim pun dah malas.
Baja lagilah tak pernah letak sampaikan Cik Ujang yang letakkan.

Sampai tumbuh pokok pakis kat pasu.
Hurmm.. tu kalau ibu rajin ibu cabutlah... kalau tak nanti sama besar dengan pokok.

Ini satu lagi... beli set hidroponik.. orang ada ayah pun nak ada haaha.. terpengaruh rakan sebaya. Last-last sekali tanam je.. itu pun pokok sawi dan bayam Brazil. Lepastu terbiar.
Boleh pulak letak pasu pokok lidah ular ibu tu.

Bendera ayah recycle je tahun lepas sebab masih elok.. lepas guna simpan balik kekdahnya.. Bendera besar tak jumpa lagi kat drawer mana entah.

Ayuh semarakkan bulan Kemerdekaan!

1 Ogos sehingga 30 September 2021.

 

Monday, July 19, 2021

Viya Travel Diffuser

Akhirnya kotak keriangan yang ditunggu-tunggu pun sampai. Viya Travel Diffuser dari Young Living. Jauh dari Singapura. Bila Teacher Watie beritahu dalam grup yang ada leader boleh belikan maka tanpa fikir panjang terus minta no leader Niena ZM. Dah lama nak car diffuser tapi tiada di Malaysia. Bila ada offer begini haruslah dirembat cepat-cepat.

Tidak beli dengan akaun sendiri sebab mereka kumpul order. Jadi jimatlah duit postage berbanding jika beli sendiri dari Singapura.

Masa tengok video tak berapa berkenan dengan corak marble tu ala-ala comot gitu. Disebabkan perlu car diffuser ambil cepat-cepat. Yang penting fungsinya.


Selain diffuser dapat juga essential oil Stress Away 15ml.

Bila dah pasang... ehh.. cantiklah. Berseni gitu.

Boleh tukar ke warna ungu. Ada 3 warna iaitu putih, oren dan ungu. Kita adjust lah nak warna apa.

Boleh setkan mode samada mahu 2.5 jam atau 5 jam. Kalau 2.5 jam tu asap yang keluar lebih membuak- buak.

Diffuser ni menggunakan USB jadi ia sangat handy. Saiz muat di cup holder kereta. Kalau kita travel boleh juga bawa masuk ke rumah penginapan.

Bila dah dapat ni baru terfikir patut beli lebih sebab boleh letak di ofis. Alahaiii... harap boleh masuk Malaysia nanti.
 

Thursday, May 27, 2021

Mula membersih

6.8.2012
Rasanya ni nak raya kor.
Projek bersihkan bunga-bunga tiruan dan cuci langsir.
dah jadi rutin, setahun sekali je basuh bunga hahaha



Rasa takde dah langsir-langsir ni.

Saturday, January 16, 2021

Phillips SpeedPro Max Aqua Cordless Vacuum

Hari ni nak review sikit vakuum tanpa wayar yang baru dibeli. Sebelum beli dah review dengan beberapa brand lain. Setelah ditimbangtara, brand Phillips yang diedarkan oleh Amway menjadi pilihan. Maklumlah bila baca review dan apa2 electrical appliances yang Amway edarkan ni bagus dari segi performances. Contoh macam PC Noxxa, Air Fryer Phillips, steam iron Phillips dan beberapa yang lain. Sebelum ni ada main kutu atau bayar 4 kali ansuran dari ibu kutu Dhila tapi sekarang beliau dah tak buat. Ada duit lebih sikit, beli tunai je.

Ini pun pinjam akaun Cik Wada.. tq cikwada.. camni camnelah CikWada nak dapat untung🤭🤭🤭 Harga ahli RM1,875.00

Order 14.1.2021, sampai 15.1.2021

Fuhhhh... good service.

Lepas isyak terus unboxing. 

Terus testing vakuum karpet Ikea 2 helai. Masa sampai batteri ada 40%

Vakum bawah meja... lampu tu sangat membantu. Ada 3 speed ya... 1, 2 dan turbo. Lagi tinggi speed digunakan lagi cepatlah bateri tu habis. 

Vakum je lah mana yang dapat sampai habis bateri.

Bila habis, tengok bawah roller tu.. segala rambut, getah rambut juga tersangkut.

2 karpet dan 2 ruang penuh habuk begini. Eeeeiiiii kumannnnnn....

Puashati sangat dengan sedutan/suction camni.
Boleh cabut dan cuci.

Esok bila senang baru guna mop pula sebab nak caj batteri.

Akan review kemudian.

Monday, August 31, 2020

Dirgahayu Malaysia

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 63.

Semoga negara kita Malaysia sentiasa aman dan makmur.

Wednesday, August 28, 2019

Simenkan aje.

Niat nak simentkan depan rumah memang dah lama.
Ye lah.. sebelum ni letak batu-batuan, entah mana pegi batu2 tu.
Bila hujan, lopak bertakung air.
Dok elak2 pun kena juga kat tayar kereta.
Dah macam duduk kebun kekdahnya.
Sebab nak masuk toy baru hahaha , maka gigihkan lah buat juga.
 

Kerja-kerja sedang dijalankan.
Yang bahagian ni sebelum ni dah buat tar.. tapi lama2 menipis juga. Rumput-rumput pun dah tumbuh tepi-tepi tu.
 
Biasa mereka akan buat malam hari. Ni lepas maghrib mereka sampai.
Cousin Cik Ana yang tolong contact sebab mereka dah pernah buat di rumah nenek Masi.

Yang ni dah siap.
Dalam 7 meter mereka konkritkan.
Tunggu 4 jam baru kering.

Ni lah hasilnya bila dah kering tengahari semalam.
Kemas dan kami puas hati.
Kos termasuk upah RM130/meter.
Total kos RM910
Pejam mata je lah.
Ada lagi dalam 2 meter nak kena konkrit sebab simen tak cukup.
Bagi rata depan rumah dan tampung yang lopak2 depan rumah Cik Ujang.
Harap2 Cik Ujang boleh tong2 :-)

Semalam petang Wafi masuk rumah muka tak puas hati. Muncung boleh sangkut hanger.
Ibu Tanya kenapa?

"Bubu lah ni... dah simen elok2, dia pegi pijak buat apa.. kan dah ada tapak kaki dia"

Aduhhh... dengan Bubu pun nak gaduh.
Kucing je kot!
Tapak kaki kucing besar mana je pun... tapi memang dia jalan nak gi rumah Adamlah.

Semoga ada rezeki mencurah2 buat kami untuk tambah lagi jalan.

Friday, September 30, 2016

Katanyer Oppo F1 s

Testing inche nyer oppo. 
Wowww... Ambik gambar noda2 kat muka semua nampak huhu. 
Nak flawless...  gunalah beauty..  haha nampak sangat nipu. 



Sharp.
Ehhh...  Ada chance tak dapat 😃 

Friday, September 26, 2014

Asid pembersih lantai


Gambar ni ibu ada share di FB Jom Kita Berhias Teratak Impian.
Asid ni berjaya membersihkan kesan simen yang melekat di tile.
Selama 10 tahun dok mentenyeh kotoran tapi tak hilang.. dengan asid ni.. alhamdulillah 10 minit dah tanggal.
Tapi tak boleh guna selalu sebab ia akan menghakis.. gitu lah sifat asid kan..

Anggota badan pun kena jaga juga sebab boleh menyebabkan gatal dan pedih.
Best sangat sebab lantai dah bersih.
Ibu pun baru dapat tau yang penggunaan asid ni perlu dihabiskan sebab ia boleh sebabkan karat pada kawasan sekitarnya.
Ada sket lagi dan ibu akan guna di bilik air untuk kesan kapur yang degil takmo tanggal2.

Perlu baca label untuk do's and dont's.

Sunday, September 21, 2014

Cinta baru :)

Ada hari sabtu yang tak tau nak buat apa. Lepas bekfes ajak ayah cari bunga kunun nak tanam.
Semangat lebih lah pagi tu.

Nurseri di Sungai Buloh.

Dah bosan tunggu ibu ayah pilih bunga.

Ni yang dibeli... Mula2 jer ibu siram... pastu serahkan tugas pada ayah hihi...

Seminggu tunggu baru keluar bunga.

Tuesday, August 5, 2014

Deko2 Raya

Deko2 yang simple. Takde membeli yang baru.
Langsir dah 10 tahun. Just rotate dengan yang ada.

Ruang makan tamu.
Ruang tamu dengan konsep campur kan apa yang ada hihi... pink n hijau... hantam je lah.
Tambah bantal hijau je untuk match dengan table runner. Table runner pun dah pudar warna huhu..
2nd ruang tamu tapi takde pun jemput tetamu duduk sini sebab tetamu tak ramai untuk memenuhkan rumah :'(

Monday, June 16, 2014

Deko Ruang Santai


Ruang tamu ke dua kununnya...hihi... sebab ruang ni dulu kira macam dining hall lah tapi telah diubah menjadi ruang santai2.
Tempat ibu melipat kain dan iron baju.

Kemudian upgrade sket sebab nampak sepah sket la bila kain yang telah kering berlonggok atas sofa sebab ibu tak sempat melipat.

Kami cadang memasang wallpaper bagi menaikkan seri.. chewahhh...
Set meja dan kerusi tu beli di Kedai Perabot Amin dengan harga RM550. Bajet kecik jadi perabot ringan lah. Bukan solid.

Masih kosong lagi. Ingat nak tambah bantal2 hijau dan putih. Juga lampu terendak. Nantilah... sikit2 tunggu ada duit lebih.

Sekarang join grup FB Jom Hias Teratak Impian. Dapatlah idea dari otai2 yang bijak menghias.

Ambil mana yang memenuhi keperluan dan yang penting poket sendiri hihi....