..السلام عليكم و رحمة الله و بركات
Salam sejahtera, semua.. Baru boleh nak
update blog ni. Dalam cuti pun sibuk jugak.. Almaklumlah, cuti pendek saja, 6 minggu. Banyak benda yang perlu dilakukan di Malaysia.
Cerita pasal puasa dulu. Aku sempat puasa di Malaysia hanya 12 hari. 16 hari pertama di India. Jumlahnya 28 hari.
28 HARI?! Lagi satu hari? Kenalah ganti nampaknya.. Perbezaan mula puasa di India dan Malaysia haritu.. Puasa di India mula lewat sehari. Oleh kerana aku balik Malaysia, kena raya ikut Malaysia. Yang penting, Alhamdulillah, penuh puasa tahun ini. Tak macam tahun lepas. Adakah Ramadhan yang baru berlalu tempoh hari lebih baik berbanding tahun lepas? Harap-harapnya, kerana aku telah cuba sedaya upaya untuk menuju ke arah yang lebih baik. Diterima atau tidak amalan-amalan kita, itu hanya Allah S.W.T. yang tahu..
Puasa di Belgaum
Puasa di Belgaum? Alhamdulillah, seronok meskipun berjauhan dari keluarga di Malaysia, namun aku punya ‘keluarga’ lain di Belgaum. Rakan-rakan seagama Islam terutamanya di USM-KLE dan juga JNMC serta KLE VK Dental College turut serta berpuasa di Belgaum. Maka, tidaklah terlalu rasa asing di bumi rempah itu.
|
Berpuasa di Belgaum |
Setiap hari ada saja majlis iftar kecil-kecilan yang diadakan mengikut aras di hostel. Iftar yang berkonsepkan ‘potluck’ iaitu bawa makanan sendiri untuk dikongsi bersama. Ada jugaklah cubaan aku untuk memasak. Maaf kalau tak sedap! Tak dapat masuk Masterchef lagi.. Saya budak baru belajar..
|
Nasi goreng Perantau |
|
Pasta tiga warna India |
|
Kuah pasta |
|
Koktel buah pun berjaya dibuat di India |
Sebutan Ramadhan di India adalah ‘Ramjan’ atau ‘Ramzan’. Mungkin pelat bahasa sana, tapi takpe, itu tak penting. Yang lebih penting, kita sama-sama berkongsi kegembiraan menyambut Ramadhan di Belgaum bersama saudara seagama dan seakidah dengan kita. Runtuhkan tembok perkauman.Yang seronoknya, rakan-rakan USM-KLE yang bukan Islam pun seronok menyambut Ramadhan.Contohnya Ryan Gilbert dan Rick Kye yang menubuhkan ‘Syarikat R&R’.Sebenarnya untuk tolong rasa makanan kami je, sedap ke tak. Almaklumlah, dekat kawasan jejaka takde orang yang tak dapat puasa sebab ABC (Allah Bagi Cuti)..
Solat tarawikh pula diadakan setiap hari di Surau Az-Zumar di hostel kami. Buat 8 rakaat je sebab kekangan masa. Almaklumlah kami pelajar tahun 2 nak menghadapai peperiksaan Selanjar 2 sebelum balik Malaysia haritu. Nak belajar lagi kan.
|
Syeikh Hanif Tarmizi menyampaikan sesuatu di surau |
Bazar Ramadhan?Amatlah berbeza berbanding Malaysia, kerana bazar di Belgaum aktif pada waktu malam berbanding sebelum berbuka. Biasanya, orang tempatan akan menyerbu bazar sejurus selepas solat tarawikh 20 rakaat. Yang lebih menarik, bazar dibuka sehingga dinihari! Kat Malaysia tak dapat la kan? Pelbagai makanan dan minuman yang boleh dibeli. Yang paling sedap adalah beef 95 dan chai (air teh susu). Ayam tandoori, roti naan dan kek juga ada dijual bersama juadah-juadah lain.
|
Ramainya masyarakat Islam Belgaum |
|
Kedai teh susu |
|
Roti yang sedap |
|
Chicken kabab |
|
Ala-ala murtabak. Nak dekat sama rasa dia |
|
Pelbagai jenis kurma dijual di bazar |
|
Buah tin, salah satu buah yang disebut dalam al-Quran |
|
Ayam tandoori!! |
|
Meriah, siap ada hiasan lampu lagi.. |
Puasa lebih panjang sedikit berbanding Malaysia. Subuh seawal 4.45 pagi manakala waktu berbuka puasa adalah sekitar jam 7.10 petang. Memerlukan kekuatan yang luar biasa untuk bangun Sahur! Alhamdulillah, tak pernah miss sahur tahun ni. Syukur ada rakan yang sentiasa kejutkan. Rugi sebenarnya kalau tak bangun sahur, dan dengan sahur jugaklah yang membezakan puasa orang Islam dengan orang Yahudi dan Kristian.
|
Waktu berbuka puasa bagi Belgaum dan kawasan yang sewaktu dengannya |
Puasa di Malaysia
Usai peperiksaan Selanjar 2, terus pulang ke tanah air. Sambung berpuasa bersama keluarga di Malaysia. Alhamdulillah, puasa tahun ini, tiada peristiwa ‘hitam’ menimpa aku sebagaimana yang terjadi pada puasa tahun lalu. Malahan, aku dah boleh menunggang motosikal semula. Tapi kena
test drive beberapa
round dulu dalam perumahan ni. Akhirnya berjaya. Hehe..
Berjaya mengembalikan keseronokan berpuasa di Malaysia seperti bazar Ramadhan yang besar dan mempunyai variasi makanan yang menarik.
Reunion dengan makanan-makanan kegemaran. Hehe..Tapi yang paling penting, dapat berbuka puasa bersama keluarga.
Priceless. :)
|
Ayam golek! Naik harga. :( |
|
Kuih muih Kelate |
|
Tak dapat kat India ni... |
|
Legend... |
|
Akok sedap |
|
Kuih lagi |
|
Kuih talam |
|
Solok lada |
|
Kuih bakar.. |
Sempat juga aku beli-belah sempena raya di Kuala Lumpur. Tempat biasa la, mana lagi kalau bukan Sogo dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Naik
flight ke KL dari Kota Bharu. Dah lama beli tiket sebenarnya. Lagipun, aku belanja kakak aku naik
flight sempena hari jadi dia.
|
Jom naik flight ke Kuala Lumpur!! |
|
Kesesakan biasa di Sogo menjelang hari raya |
|
Terjumpa kawan lama di Sogo.. Aizuddin Samni a.k.a. Pak Din.. Rakan di ASiS dulu |
|
Tak puas jumpa waktu siang, jumpa malam pulak. Kali ni, Nazrin Anwarul Halim a.k.a. Yen pun join sekali.. |
Yang
best bila puasa kat Malaysia, dapat banyak undangan berbuka puasa bersama rakan-rakan. Namun hanya 2 yang aku boleh terima sebab aku nak juga berbuka dengan keluarga yang tercinta. Balik Malaysia pun jarang-jarang sekali. Sukar untuk puaskan hati semua orang, namun aku cuba sedaya upaya. Apa-apahal pun,
family first kan?
|
Iftar kat Pizza Hut |
|
Bersama rakan-rakan seperjuangan di ASiS (08-09) |
|
Berbuka di Satay Malaysia, Kota Bharu. Ini untuk 3-4 orang makan. |
|
Berbuka di sini bersama rakan-rakan di SMK Ismail Petra (05-07). Tak sempat nak bergambar bersama-sama. |
Sekian dulu untuk kali ini.Ramadhan tahun ini meninggalkan kenangan yang manis. Adakah ada lagi kesempatan untuk kita bertemu Ramadhan tahun depan? Hanya Allah yang tahu. InsyaAllah tahun depan aku akan berpuasa di Malaysia sebab tahun depan cuti awal. Untuk pelajar tahun 3 USM-KLE sahaja. Hehehe.. Terima kasih kerana sudi membaca :)
Ramadhan itu tidak pergi, ia ada di dalam hati para pencinta Ramadhan.