Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan

29 Jun 2014

Lagu-Lagu Pilihan Ramadhan

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua. Macam mana Ramadhan anda semua setakat ini? Mudah-mudahan anda dikurniakan kekuatan untuk menunaikan rukun Islam yang ke-4 ini.

Perlukan halwa telinga sempena Ramadhan ini? Dengarlah lagu-lagu yang berunsur ketuhanan dan nasyid, mudah-mudahan kita dapat memelihara deria pendengaran kita daripada unsur-unsur lagha. Sedap juga kalau dengar lagu-lagu sebegini, lebih-lebih lagi yang bertemakan Ramadhan. Namun, ingatlah, dengar lagu pun jangan sampai kita lupa untuk merebut pahala-pahala dalam bulan Ramadhan ini.



Senarai 12 lagu pilihan sempena Ramadhan al-Mubarak, disediakan sendiri oleh saya.

1. Iftar - Inteam 
2. Harapan Ramadhan - Man Bai & Raihan
3. Gema Mubarak - Inteam, Far East, Salleh Brothers 
4. Kemuliaan Ramadhan - UNIC & Inteam 
5. Ramadhan Dua Zaman - Inteam & Nazrey Johani
6. Ramadan (Malay) - Maher Zain 
7. Ramadhan Bulan Berkat - Hijjaz 
8. Ramadhan Tiba - Opick 
9. Rindu Ramadhan - Devotees 
10. Ramadhan Datang - Tompi 
11. Lord of Ramadhan - CoTU
12. Puasa Dulu Baru Raya - Raihan





Ini antara lagu kegemaran saya yang bertemakan Ramadhan. Sebenarnya ada lagi, tapi 12 lagu ini sahaja yang mampu saya senaraikan sebagai antara lagu yang baik untuk didengari. Semoga dengan mendengar lagu-lagu ini, bertambah semangat kita untuk menunaikan ibadah puasa dan melipatgandakan ibadah kita dalam bulan yang penuh barokah ini, inshaAllah.

Mungkin ada lagu lain yang saya tidak senaraikan di sini yang sering anda dengari? Kalau ada, komen di bawah ya.

28 Jun 2014

Gema Mubarak

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
.
“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa.” (al-Baqarah: 183)


Salam Ramadhan al-Mubarak 1435H untuk semua pembaca setia blog ini, semoga kita semua diberikan kekuatan untuk menghadapi bulan yang penuh ujian ini dan juga diberikan kekuatan untuk beribadah. Rugi kalau tak dimanfaatkan bulan Ramadhan ini.



Ayuh kita jadikan Ramadhan ini yang terbaik yang pernah kita lalui. Siapa tahu, tiada lagi kesempatan untuk kita bertemu Ramadhan tahun depan?

Tahun ini saya tidak berpeluang untuk berpuasa walaupun sehari di perantauan seperti biasa iaitu di India. InshaAllah, sebulan penuh Ramadhan di Malaysia.

15 Sep 2013

Puasa Belgaum VS Puasa Malaysia


..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua.. Baru boleh nak update blog ni. Dalam cuti pun sibuk jugak.. Almaklumlah, cuti pendek saja, 6 minggu. Banyak benda yang perlu dilakukan di Malaysia.

Cerita pasal puasa dulu. Aku sempat puasa di Malaysia hanya 12 hari. 16 hari pertama di India. Jumlahnya 28 hari. 28 HARI?! Lagi satu hari? Kenalah ganti nampaknya.. Perbezaan mula puasa di India dan Malaysia haritu.. Puasa di India mula lewat sehari. Oleh kerana aku balik Malaysia, kena raya ikut Malaysia. Yang penting, Alhamdulillah, penuh puasa tahun ini. Tak macam tahun lepas. Adakah Ramadhan yang baru berlalu tempoh hari lebih baik berbanding tahun lepas? Harap-harapnya, kerana aku telah cuba sedaya upaya untuk menuju ke arah yang lebih baik. Diterima atau tidak amalan-amalan kita, itu hanya Allah S.W.T. yang tahu..

Puasa di Belgaum

Puasa di Belgaum? Alhamdulillah, seronok meskipun berjauhan dari keluarga di Malaysia, namun aku punya ‘keluarga’ lain di Belgaum. Rakan-rakan seagama Islam terutamanya di USM-KLE dan juga JNMC serta KLE VK Dental College turut serta berpuasa di Belgaum. Maka, tidaklah terlalu rasa asing di bumi rempah itu.

Berpuasa di Belgaum


Setiap hari ada saja majlis iftar kecil-kecilan yang diadakan mengikut aras di hostel. Iftar yang berkonsepkan ‘potluck’ iaitu bawa makanan sendiri untuk dikongsi bersama. Ada jugaklah cubaan aku untuk memasak. Maaf kalau tak sedap! Tak dapat masuk Masterchef lagi.. Saya budak baru belajar..

Nasi goreng Perantau

Pasta tiga warna India

Kuah pasta

Koktel buah pun berjaya dibuat di India

Sebutan Ramadhan di India adalah ‘Ramjan’ atau ‘Ramzan’. Mungkin pelat bahasa sana, tapi takpe, itu tak penting. Yang lebih penting, kita sama-sama berkongsi kegembiraan menyambut Ramadhan di Belgaum bersama saudara seagama dan seakidah dengan kita. Runtuhkan tembok perkauman.Yang seronoknya, rakan-rakan USM-KLE yang bukan Islam pun seronok menyambut Ramadhan.Contohnya Ryan Gilbert dan Rick Kye yang menubuhkan ‘Syarikat R&R’.Sebenarnya untuk tolong rasa makanan kami je, sedap ke tak. Almaklumlah, dekat kawasan jejaka takde orang yang tak dapat puasa sebab ABC (Allah Bagi Cuti)..

Solat tarawikh pula diadakan setiap hari di Surau Az-Zumar di hostel kami. Buat 8 rakaat je sebab kekangan masa. Almaklumlah kami pelajar tahun 2 nak menghadapai peperiksaan Selanjar 2 sebelum balik Malaysia haritu. Nak belajar lagi kan.

Syeikh Hanif Tarmizi menyampaikan sesuatu di surau

Bazar Ramadhan?Amatlah berbeza berbanding Malaysia, kerana bazar di Belgaum aktif pada waktu malam berbanding sebelum berbuka. Biasanya, orang tempatan akan menyerbu bazar sejurus selepas solat tarawikh 20 rakaat. Yang lebih menarik, bazar dibuka sehingga dinihari! Kat Malaysia tak dapat la kan? Pelbagai makanan dan minuman yang boleh dibeli. Yang paling sedap adalah beef 95 dan chai (air teh susu). Ayam tandoori, roti naan dan kek juga ada dijual bersama juadah-juadah lain.

Ramainya masyarakat Islam Belgaum

Kedai teh susu

Roti yang sedap

Chicken kabab

Ala-ala murtabak. Nak dekat sama rasa dia

Pelbagai jenis kurma dijual di bazar

Buah tin, salah satu buah yang disebut dalam al-Quran

Ayam tandoori!!

Meriah, siap ada hiasan lampu lagi.. 

Puasa lebih panjang sedikit berbanding Malaysia. Subuh seawal 4.45 pagi manakala waktu berbuka puasa adalah sekitar jam 7.10 petang. Memerlukan kekuatan yang luar biasa untuk bangun Sahur! Alhamdulillah, tak pernah miss sahur tahun ni. Syukur ada rakan yang sentiasa kejutkan. Rugi sebenarnya kalau tak bangun sahur, dan dengan sahur jugaklah yang membezakan puasa orang Islam dengan orang Yahudi dan Kristian.

Waktu berbuka puasa bagi Belgaum dan kawasan yang sewaktu dengannya


Puasa di Malaysia

Usai peperiksaan Selanjar 2, terus pulang ke tanah air. Sambung berpuasa bersama keluarga di Malaysia. Alhamdulillah, puasa tahun ini, tiada peristiwa ‘hitam’ menimpa aku sebagaimana yang terjadi pada puasa tahun lalu. Malahan, aku dah boleh menunggang motosikal semula. Tapi kena test drive beberapa round dulu dalam perumahan ni. Akhirnya berjaya. Hehe..

Berjaya mengembalikan keseronokan berpuasa di Malaysia seperti bazar Ramadhan yang besar dan mempunyai variasi makanan yang menarik. Reunion dengan makanan-makanan kegemaran. Hehe..Tapi yang paling penting, dapat berbuka puasa bersama keluarga. Priceless. :)

Ayam golek! Naik harga. :(

Kuih muih Kelate 
Tak dapat kat India ni...

Legend...

Akok sedap

Kuih lagi

Kuih talam

Solok lada

Kuih bakar..

Sempat juga aku beli-belah sempena raya di Kuala Lumpur. Tempat biasa la, mana lagi kalau bukan Sogo dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). Naik flight ke KL dari Kota Bharu. Dah lama beli tiket sebenarnya. Lagipun, aku belanja kakak aku naik flight sempena hari jadi dia.

Jom naik flight ke Kuala Lumpur!!

Kesesakan biasa di Sogo menjelang hari raya

Terjumpa kawan lama di Sogo.. Aizuddin Samni a.k.a. Pak Din.. Rakan di ASiS dulu

Tak puas jumpa waktu siang, jumpa malam pulak. Kali ni, Nazrin Anwarul Halim a.k.a. Yen pun join sekali..

Yang best bila puasa kat Malaysia, dapat banyak undangan berbuka puasa bersama rakan-rakan. Namun hanya 2 yang aku boleh terima sebab aku nak juga berbuka dengan keluarga yang tercinta. Balik Malaysia pun jarang-jarang sekali. Sukar untuk puaskan hati semua orang, namun aku cuba sedaya upaya. Apa-apahal pun, family first kan?

Iftar kat Pizza Hut

Bersama rakan-rakan seperjuangan di ASiS (08-09)
Berbuka di Satay Malaysia, Kota Bharu. Ini untuk 3-4 orang makan.

Berbuka di sini bersama rakan-rakan di SMK Ismail Petra (05-07). Tak sempat nak bergambar bersama-sama.

Sekian dulu untuk kali ini.Ramadhan tahun ini meninggalkan kenangan yang manis. Adakah ada lagi kesempatan untuk kita bertemu Ramadhan tahun depan? Hanya Allah yang tahu. InsyaAllah tahun depan aku akan berpuasa di Malaysia sebab tahun depan cuti awal. Untuk pelajar tahun 3 USM-KLE sahaja. Hehehe.. Terima kasih kerana sudi membaca :)

Ramadhan itu tidak pergi, ia ada di dalam hati para pencinta Ramadhan.

7 Ogo 2013

Perjalanan Jauh Tak Ku Rasa.. Kerna Hatiku?

..السلام عليكم و رحمة الله و بركات

Salam sejahtera, semua!

Sedar tak sedar, dah nak raya dah kita ni. Ramadhan 1434H bakal menuju ke penghujungnya. Namun, perginya Ramadhan hanya pada zahirnya sahaja. Ramadhan itu tetap kekal berada pada hati para pencinta Ramadhan. Semoga kita semua dapat bertemu Ramadhan edisi 1435H pulak yer, mudah-mudahan, dengan izin Allah S.W.T.



Jom nak cerita pasal balik kampung ni. Tahun ni sempat berpuasa di perantauan selama 16 hari. Setelah berjuang dalam peperiksaan Selanjar 2 tempoh hari, aku terus pulang ke Malaysia. Cuti 6 minggu. Mohon jangan jadi macam tahun lepas, kena extend sampai 14 minggu.

Macam biasa, perjalanan bermula dari Belgaum ke Bangalore dengan menaiki bas ekspress berkatil. Naik bas dengan Afiq Aizat, Azlan Yunos dan Safwan Khairuddin. Bertolak dari Belgaum pada jam 8.30 malam. Alhamdulillah, tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini. Berjaya sahur dalam bas.

Jom ke Bangalore

Setibanya di Bangalore pada jam 5.30 pagi, aku terus ke rumah akhi Amirul Hasbi dan Fatah Md Radzi, senior IMS-MSU. Tumpang berteduh barang sejenak sementara menanti flight pada petangnya. Tak ke mana-mana pun hari tu sebab puasa kan, kenalah aktifkan energy-saving mode. Hehe.. Lepas solat Jumaat, terus ambik teksi dari Gokula ke Bengaluru International Airport.

Sempat bergambar dengan akhi Fatah. Bau nasi minyak la pulak. Hehe.. Akhi Fatah bakal bernikah pada 16 September ni di Pulau Pinang. Sayangnya kami warga Belgaum tak dapat hadir sebab kelas dah mula..

Setibanya di airport, nak check-in baggage semua lah kan. Ada drama lah pulak kan. Tetiba diorang dekat kaunter tu tegas pulak, nak suruh buat hand luggage tu 7kg dan ke bawah. Tak pernah pulak selama aku naik flight ni, diorang timbang hand luggage. Pelik betul lah India nih. Syukurlah bulan puasa, aku sabar sikit. Aku punya hand luggage masa tu 8.4 kg. Terpaksalah keluarkan sikit bawak masuk dalam luggage besar tu. Syukurlah luggage besar tak lebih muatan lagi, tapi kena bukaklah plastik yang balut beg tu. Rugi Rs. 200 di situ. Takpelah, dugaan dari Allah S.W.T. untuk menguji kesabaran aku pada hari itu. Bukan aku je yang kena, ramai lagi yang terkena. Pengajaran kat sini adalah kalau naik AirAsia dari Bangalore, make sure hand luggage jangan lebih 7kg sebab orang kat airport tu menggelabah. Keep calm and wait for the flight. :D

Beraturlah kita...
Suasana dalam Bengaluru International Airport. Seharian tak hujan.. Alhamdulillah, flight tak delay.
Keep calm and play FIFA '13
Setelah segala drama tadi, dah lepas imigresen dan pemeriksaan keselamatan, akhirnya dapat jugak bawa bertenang. Irama dan lirik lagu Balik Kampung terngiang-ngiang dalam kepala. Pulang ke tanah air dengan menaiki pesawat AK1212 oleh AirAsia, alhamdulillah selamat sampai di LCCT pada jam 12.15 a.m.

Buku merah dan boarding pass jangan lupa bawa. Oh, FRO juga.
Terbang!! Bosan jugak 4 jam 15 minit tak tahu nak buat apa..
Indahnya awan, subhanallah!
Dapat kurma percuma, tajaan RHB Islamic

Juadah iftar di awan biru
Akhirnya setelah 4 jam 15 minit dalam flight, sampai jugak di LCCT. Junior aku kat USM-KLE, Talhah Jamalludin ambik aku kat sana memandangkan flight aku untuk ke Kota Bharu adalah pada pukul 1.25 pm. Lambat lagi. Nak tumpang berteduh je. Sekali.. dia bawak mak dia sekali. Ini sudah menyusahkan. Rasa bersalah pun ada. Nasib baik mak dia baik, siap jamu aku dengan makanan lagi sesampainya aku di rumah mereka di Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi. Ada sate, kek lapis Sarawak, nasi goreng dan kuih-muih yang lain. Awal pulak rasanya sampai rumah. Hehe.. Jet lag sikit malam tu, susah nak tidur.

Akhirnya mendarat di tanah air!!!

Memandangkan layanan mereka yang terlebih terbaik tu, nanti raya ni nak balas budi lah. Hehe.. Mujur mereka beraya di Kelantan. Hinggap sebentar di BBST, pukul 10.30 pagi dah pergi LCCT semula. Tunggu flight balik Kelantan pulak pada jam 1.25 pm!! =)

Salam Aidilfitri daripada pihak Malaysia Airports
Apa lagi, masuklah! =)
Penantian satu penyeksaan. Mohon bersabar..
Jom balik Kelantan!!!

Bakal menemui keluarga tercinta dalam masa sejam lagi

Kelihatan Sungai Kelantan di bawah sana

Suasana menghijau amat mendamaikan hati perantau

Kota Bharu dari atas flight
Akhirnya, tiba jua di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu pada jam 2.25 pm, 27 Julai 2013. Kembali ke kampung / bandar halaman dan yang paling penting, kembali ke pangkuan ibu bapa dan keluarga tercinta. =)

Welcome back to Kelantan! =D

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana memberi peluang untuk aku bertemu keluargaku lagi.

Bersama sahabat baik sejak sekolah rendah lagi.

Lepas sesi cepika-cepiki di LTSIP, sambung sembang-sembang kat rumah la pulak kan. Baru 5 bulan tak jejak rumah, tapi dah rasa agak lama. Nampak sangat homesick. LOL

Akhir kata, Salam Aidilfitri kepada semua, terutamanya ibu bapa, adik-beradik, keluarga, guru-guru, rakan-rakan, sahabat handai, jiran-jiran dan sesiapa jua yang mengenali diri ini, termasuklah pembaca setia blog ini. Dengan rendah dirinya aku memohon seribu kemaafan zahir dan batin andai ada tersalah kata atau terlanjur bicara selama kita kenal ni. Aku juga memohon maaf andai ada perbuatan yang tidak menyenangkan anda semua. Sempena hari raya ini, semoga menjadi titik perubahan untuk kita menjadi insan yang lebih baik dan hamba yang lebih taat kepada Allah S.W.T.



Jemputlah datang ke rumah. InsyaAllah aku akan sentiasa ada di rumah kecuali hari raya ke-4 dan ke-5. Sebelum datang tu, kenalah call atau mesej dulu yer. Aku pun nak pergi beraya jugak. Hehehe.. Alhamdulillah, tahun ni boleh kembali beraya sakan sebab dah boleh bawak motor sendiri semula. Tak nak ingat pasal tahun lepas dah.

Raikanlah hari kemenangan kita ini dengan berpada-pada sambil kita menjaga syariat dalam bergembira. Janganlah dilupakan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan jangan lupakan saudara seakidah kita yang sedang ditindas di Palestin, Syria, Mesir, Rohingya, Selatan Thailand, Selatan Filipina dan di serata dunia. Bersyukurlah kerana kita masih mampu merayakan hari kemenangan kita ini dalam keadaan yang lebih baik.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin ikhlas daripada saya, Muhammad Rashdan bin Roslan. Taqabbalallahu minna wa minkum.