Sunday, August 4, 2019

Berdiari Semula

.
0 comments

Assalammualaikum gais. Ya Allah lama giler aku tinggal kan dunia blogging. Masih aku ingat dulu masa aku rajin ber-blog, jejalan ke blog kawan2 and dah berapa tahun aku tinggalkan blogspot.

Sejak laptop mini aku rosak, aku dah tak aktif lagi untuk membaca and mengarang. Kadang aku rasa ayat y terbina pun tak seindah seperti dulu. Well aku sekarang dah 29 tahun. Status dari bujang kini dah menjadi seorang isteri dan seorang mama kepada dua insan yang paling indah pernah aku temui. Alhamdulillah dikurniakan Mr.M yang penyayang dan sangat baik. Dikurniakan seorang hero yang hensem and comel seperti aku. Hahahaha. Ni nama nya angkat bakul sendiri.

Aku masih bekerja di company lama sebagai jawatan yang sama cume work load je yang makin bertambah. Makin penat tapi bukan dengan kerja. Penat dengan orang sekeliling. Tahu tak nape aku nak aktif blog semula? Sebab kat sini je aku boleh tulis apa aku nak. Semua orang akan follow facebook & Insta. So, kene berhati-hati dalam penulisan ayat dalam social media. Cuma dalam blog, tak ada siapa tahu aku punya blog. Ini pon aku nak rahsiakan. Aku nak bebas berkata-kata tanpa batasan.

Almaklumlah, bos2 kecik dan besar semua aktif facebook,IG and wassup. Hahahaha. Aku lebih selesa menjadi seorang silent reader. Kebanyakan orang suka share perkara peribadi dalam media social, so perkara2 inilah yang selalu menjadi bualan orang di ofis. Well, better bercerita benda yang indah la. Kalau perkara yang sedih kadang keliru, orang nak simpati ke atau orang ketawakan.

Sikit la pasal update aku sekarang, aku dah berkahwin setahun lebih dan alhamdulillah dikurniakan seorang anak lelaki. Namanya Baby Kaka. Setiap hari adalah hari baru untuk aku. Masih muda bergelar seorang Mama. Banyak perkara parenting yang aku masih mentah dan dalam proses pembelajaran. Yang penting apa yang aku belajar selepas menjadi seorang Mama dan Puan Isteri ni adalah 'Sabar'. Kalau tak sabar, banyak perkara buruk boleh terjadi. Tipu la kalau aku cakap, aku tak pernah terlepas marah or tinggi suara dengan anak and suami aku. Tapi cepat2 istighfar, minta maaf. Bukan semua orang sempurna dan kami pon masih belajar untuk menerima salah dan silap satu sama lain. Pengalaman setahun lebih as A mother and A wife belum cukup matang lagi tuk aku. Masih mentah. Semoga kuat lah semangat ni.Hahahaha. But the best part as a mother, seronok tengok anak membesar. Dari baby lemah hanya tahu nanges dan melalak, now dah makin nakal dan lasak dan berat. Adoi, umah aku tingkat 3, kalau sampai atas tu anak aku dah melurut dah sampai lutut. Berat ya amaaatttt... Muka nya makin hari makin bulat. Terima kasih juga kepada aku sebab masih rajin masak bubur tuk Kaka setiap hari tuk dibekalkan kat rumah pengasuh.

Ok lah nak masuk tidur ni. Tidur nyenyak2. Jumpe lain hari ye.

Assalammualaikum...

readmore »»

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile