Hari ni cuti sempena dengan Thaipusam. So, Happy Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu yang menyambutnya. So, dalam kesempatan yang ada ni, aku g Pasar Kemboja yang terletak di Sungai Buluh. Pagi-pagi buta pukul 1 lebih pagi kawan aku mesej ajak temankan dia tengok tudung kat sana. Lagipun hari ni aku memang tak ada pe nak buat, aku pun follow-her je la.
Kitorang g sana memang pakai taram je hanya dengan tunjuk arah dari kawan yang lain dan apa yang best sekali kitorang sampai tanpa sesat wei! Haha. Giler amazed aku kan g situ tanpa pakai GPS. Bangga kejap. Ok, dah.
Pagi tu sampai memang giler ramai punya manusia and banyak giler kereta. Kitorang parking nun jauh depan umah orang and exercise jalan kaki g pasar tu. Tapi tak de lah jauh bebenor pon. Huhu. Pastu bermulalah sesi menerjah kedai tudung. Memang banyak giler la pakaian, tudung yang shantek-shantek kat situ. Mulalah aku rambang mata and rajin je tangan aku ni sentuh and pegang semua pakaian kat situ. Harga jangan cakap la. Aku rasa memang murah and berbaloi-baloi kalau beli. Penjual kat situ siap cakap lagi, 'Kalo online ni kami jual mahal tau.Tapi kat sini kami jual murah je.Sebab sewa tapak pon murah je'. Hambek kau..Penjual pon leh jadi kawan-kawan ko je. Kalau ada bakat mulut power, leh lagi tawar menawar dapat harga lagi murah.
Aku sempatlah beli 2 helai selendang. Satu yang selendang two tone and satu lagi half moon. Ni first time la nak try half moon. Tengok macam senang je nak pakai. Tu yang aku beli satu dulu. Kalau betol2 selesa and suka, I datang lagi!!Suke2!! Aku malas nak upload pic. T kalo aku dah pakai, aku upload.
Lepas berpeluh2 jalan kat situ, almaklumlah Malaysia ni, start pukul 9 memang dah start panas. Tu belom lagi kalo start jalan pukul 11,tapi bahangnya macam pukul 1 tengahari. Panas dowh. Dah la berbulan nak cerahkan kulit, then sehari je kulit gelap balik. Giler kan puteri lilin aku ni. Bukan pe, salah pakai produk muka, terus nipis kulit muka aku. Kesian2.. Nasib baik dapat pekene bakso and air nescafe ice, terase sejuk balik badan ni. Heee.. sempat je makan kan!
Habis tengok tudung, kitorang sambung g Seksyen 7, Shah Alam pulak. Syurga pakaian muslimah! Memang heaven giler masuk satu2 kedai then panjat tangga lagi. Hahaha! Aku suke! Shantek2 gak design baju2 kat sume kedai kat situ. Ni nak citer sedih la kan. Aku memang teringin giler nak pakai baju dress yang labuh tu. Tapi bile carik mesti tak ada saiz.Sedihhh...Ala badan ni...Bukan gemuk sangat pon. Nyampah tau asik design baju tuk orang kurus jek..Kita orang berisi pon nak berfesyen jugak!!!Sob..Sob..Sob..Jahat tau...
Pas dah cuci mata, sambil makan keropok lekor and air jambu, uish, makan lagi kan. Huhu. Pastu kitorang g Sunway Pyramid pulop. Uish, penat berjalan tau. Kalau tak kurus lagi, tak taulah nak cakap pe. Kitorang masuk sume kedai pakaian kat situ sebab member nak carik blouse dan setiap kali kalo ada je baju yang aku minat mesti TAK ADE SAIZ AKU!!! Kenapa ini semua terjadi kat aku....Sob...Aku menangis lagi.. Eh, aku nak bagitau ni. BUNNY JELLY buat sale tau. Sale bapak punye sale. Pergilah beli kasut yang comel2 macam jelly tu. Aku terpaksa menahan nafsu sebab aku dah shopping kasut baru aritu.Huhu. Nak bunny gak...Please la...
Pas cuci mata and cuci hati (solat zohor jangan lupe) kami pon makan ais krim pe nama ntah yang pakai liquid nitrogen tu. Kawan aku beria betol nak tengok proses ais krim tu. Aku tengok cool je la sebab dulu masa belajar aku memang penah bekerja ngan nitrogen tu. Sonok aku tengok member aku tu. Macam budak kicik dapat gula2 kapas. Ngeh2. Pe2 pon TQ kat member aku tu sebab sudi bawak aku kuar and aku sesangat2 enjoy arini. TQ alotz beb~
So korang wat pe arini?Huhu...
P/S: Esok aku kene keje. Sekian,terima kasih.
readmore »»