As salam semua. Aku baru dengar ceramah dari Ustazah Fatimah Sharha dalam kuliah Jumaat yang lepas.Tapi kali ni bukan pasal cinta tapi tajuk dia Seindah Mawar Berduri.Tapi bukan ni yang aku nak kongsi hari ni.Maybe dalam post akan datang aku akan kongsi pasal ceramah ni tapi aku teringat di akhir slot ceramah tu ada someone bertanya pendapat Ustazah tentang cinta.Seorang kawan dia yang selalu nangis kalau ada masalah dengan boyfriend dia.Sampaikan dia pun dah tak tahu nak kasi nasihat apa bila kawan dia ni asyik nangis je.
"Teringat aku dulu pun pernah nanges sebab laki.HAHA"
Then,ustazah tu bagi la pendapat dia.Bagi dia,bercinta bukan haram tapi adalah fitrah manusia untuk saling menyayangi antara satu sama lain dan bagaimana kita membentuk diri kita untuk menjauhi pelbagai zina yang boleh hadir kalau kita menyukai seorang laki.Adalah pendapat ustazah untuk permasalah budak tu.
Tapi,kali ni aku nak stori pasal kawan baik aku.Sebab utama aku nak bercerita kat sini bukan sebab nak apa2 kontroversi tapi aku rasa kisah kawan aku ni memang buat aku tersentuh.Kisah ni mungkin korang akan dengar dalam drama2 cinta je.Itu adalah tanggapan aku pada mulanya tapi tak sangka ia berlaku dalam realiti and dengan kawan baik aku sendiri.
Ayu (bukan nama sebenar) kawan baik aku.Dulu masa sekolah dia berkapel tau.Lama la sampai dia masuk U and pakwe dia, Ilham (bukan nama sebenar) pun masuk U gak.Sampai satu tahap tu,tetiba pakwe dia mintak putus atas alasan keislaman.Mulanya aku sokong baik giler atas apa yang Ilham buat.Aku rasa bukan benda yang senang bila kau nak lepaskan orang yang ko sayang adalah kerana tuntutan agama dan Allah s.w.t.Aku sokong apa yang Ilham ni buat.Puji dia.Itu pun sebab nak gembirakan hati Ayu ni.Masa Ilham mintak putus masa tu,Ayu ni sedih giler kau tau tak.Tepon aku je mesti nanges sampaikan aku dah kehabisan nasihat nak kongsi ngan dia.Lagipun aku tak pernah ada sejarah lagi la laki berpisah dengan aku sebab Islam.Kebanyakan nya mesti ade pompuan lain.Cis...
Sambung cerita,masa cuti sem tu Ayu pun buatlah part time kat satu kedai makan ni.Dia berkenalan dengan banyak orang tapi hati dia masih tertutup untuk semua laki sebab dia memang setia dengan Ilham ni.Dia memang nak tunggu Ilham ni sampai bila2.Walaupun ramai giler laki yang dok ushar Ayu,mintak kapel,belanja makan tapi Ayu tetap tolak permintaan cinta dari mana2 laki.Tak kisah la kaya ke,hensem ke (Kalau aku jadi Ayu ni,lama dah aku rembat.HAHAHA).Memang terbuktilah dia masih sayang and setia pada Ilham.
Semua orang kat mall tu tau yang Ayu memang tak nak kapel pun ngan laki.Bila laki ni tanya,kenapa tak nak bercinta dengan diorang,Ayu jujur cakap yang hati dia dah dimiliki oleh Ilham and sampai bila2 pun dia akan tetap tunggu Ilham.Dalam masa yang sama,Ayu sangat rapat dengan bos dia sendiri,nama dia Zek.Zek dah berkahwin,mempunyai dua orang anak tapi dalam proses bercerai masa tu.Biasalah,ada masalah rumah tangga yang terpaksa dirahsiakan.Dalam masa yang sama dia hatinya tertambat dengan Ayu dan sentiasa berusaha nak dapatkan hati Ayu sampailah Ayu ni habis bekerja part time sebab sem baru nak bermula.Dia pernah janji dengan Ayu akan tunggu Ayu sampai 6 tahun untuk Ayu habiskan pengajian dan bekerja dahulu.
Masa Ayu kat U,memang Zek selalu telefon and mesej Ayu sampai dia pun naik rimas.Suatu hari tu lepas Ayu habis berborak dengan Zek tanpa diduga tiba2 dia dapat panggilan mengatakan Zek meninggal dunia kerana masalah jantung.Masa tu wei baru beberapa minit je Ayu letak panggilan lepas borak dengan Zek.Korang tau,macam mana perasaan Ayu masa tu.Semasa arwah pergi,barulah Ayu tahu arwah hanya ada masa 6 bulan je untuk hidup dan meninggal dunia dalam umur yang muda,30-an.Walaupun arwah dah lama pergi,Ayu tetap menangis.Mulut mengatakan redha tapi hati Ayu tak pernah meredhakan pemergian arwah kerana rasa sayang tu muncul pada saat2 akhir.
Ada orang cakap,kalau ada hajat arwah yang masih tidak tercapai,mata arwah ni tak terkatup tau masa dia pergi buat selamanya dan itulah yang berlaku pada arwah Zek.Arwah ingin mengahwini Ayu dan akan menunggu Ayu selama 6 tahun walaupun dia tau dia hanya ada masa 6 bulan untuk hidup.Dugaan tetap datang pada Ayu bila dapat tahu dari kawan Ilham yang sebenarnya niat Ilham berpisah dengan Ayu bukanlah sebab Islam juga semata-mata tapi lebih kepada nak elakkan diri pada Ayu.Aku tak tahu sebenarnya apa yang Ilham fikirkan tapi aku dapat rasa benda tu bukanlah benda yang baik.Macam ada benda lain yang menyebabkan dia mintak putus dengan Ayu dan hanya Allah s.w.t yang tahu apa yang berada dalam fikiran manusia.Masa Ayu tahu pasal benda tu dari kawan Ilham,lagi patah hati dia.Tak sangka laki yang dia setia selama ni tak mengenali dia walaupun dah lama bercinta.(Aku tahu kalau laki nak mintak putus,kadang2 alasan tak munasabah pun leh jadi point utama dia.HUHU!).
Macam dah jatuh ditimpa tangga nasib kawan aku ni.Kalau luka kat lutut bolehlah aku letak iodine tapi kalau dah luka kat hati,aku pun turut terluka gak sebenarnya.Ada dalam beberapa malam arwah Zek datang dalam mimpi Ayu.Datang dengan baik,macam nak bawak Ayu ni pergi tau.Teman dia dalam alam yang lain.Datang mintak maaf,datang dengan harapan.Aku tahu tau kenapa Ayu ni selalu mimpi macam tu.Sebab dia masih belum redha lagi atas pemergian arwah dan arwah pun masih ada keinginan dan impian yang dia mau laksanakan sebelum ajal dia.Kadang2 kawan aku ni boleh nampak bayangan arwah kalau dia ngah jalan2 kat luar.Aku takut wei,kalau dia tak redha,something bad akan berlaku.Bila benda macam ni terjadi,jiwa dia jadi keras untuk lelaki.Dia still menolak lagi kalau ada laki yang nak berkawan.Aku memang nasihatkan dia,lapangkan jiwa dia,redhakan pemergian arwah dan bukak hati kau untuk kenali lelaki lain.Tak taulah dia akan ikot atau tak.Tapi yang penting,aku akan selalu ada dengan dia walau apa pun yang berlaku.
Aku rasa apa yang berlaku antara dia dan arwah macam ada hikmah yang tersembunyi wei.Macam Allah nak tunjukkan kat dia yang perpisahan antara dia dan Ilham bukanlah kesedihan yang perlu Ayu alami.Sebab masa tu Allah hadiahkan Ayu seorang peneman yang setia dan baik.Walaupun pinjaman Allah tu sekejap tapi ia memberi kesan yang mendalam pada Ayu sepanjang hidupnya nanti.Semoga Allah akan kurniakan redha pada Ayu dan tenangkan roh Ilham.Amin...
Wsalam.
Bercinta dengan bunga,
bunga akan layu,
bercinta dengan manusia,
manusia akan mati,
bercinta dengan Allah,
akan kekal abadi...