Thursday, April 28, 2011

.:merdeka! and k-pop!

.
2 comments

As salam semua.

Yeah berakhir sudah semua exam aku hari ini,jadi,selepas usaha mestilah ada tawakalnya.So,buat kawan2 yang masih lagi exam kat luar sana aku ucapkan All The Best k!Buat yang terbaik dan InsyaAllah kejayaan milik korang.Amin..

Ok,bahana K-pop.Aku tahu ramai giler perempuan2 kat luar sana memang giler meminati artis2 korea sebab personaliti mereka yang umpphh..bakat diorang yang boleh bernyanyi dan menari..Semuanya menarik minat remaja2 kini untuk  meminati genre muzik sebegini.Bukan remaja je yang minat,aku tahu kat luar tu orang yang dah dewasa pun minat juga.Gilerlah bahana K-pop ni!

Tapi sekarang ni dah muncul artis2 kat Malaysia ni yang membawa lagu bergenrekan k-pop ni.So,lepas ni peminat2 k-pop takyah la beli tiket mahal2 sebab nak tengok k-pop international sebab kat Malaysia pun dah ada.HUHU.Sesiapa yang berminat tu bolehlah terjah ke sini untuk tahu maklumat dengan lebih mendalam.

Cuma ada satu statement yang buat aku kurang faham kenapa dia katakan macam tu.Korang try la tengok dalam link yang aku kasi tu.

“Soal seksi ia tidak menjadi masalah asalkan penampilan itu tidak melampaui batas. Apa yang saya harapkan, masyarakat dan peminat dapat menerima kehadiran kami,” 
Aku cume wonder la kan,setahu aku la kan,seksi tu kan memang melampaui batas.Seksi macam mana yang dikatakan tak melampaui batas?Cume terang sikit kat aku.Ok,aku bukan nak banned mana2 artis ni tapi tak perlu kot ada statement macam ni sebab tak penting pun tuk kitorang ambik tahu.

Sepatutnya artis malaysia ni try la buat sesuatu yang different dan tarik minat golongan pecinta muzik untuk hayati dan menilai sesuatu genre yang baru.Bukannya copy paste dari negara luar.Aku memang tak minat sangat muzik2 ni tapi just sebagai halwa telinga tu bolehlah.Setakat ni alhamdulillah masih belum lagi obses dengan mana2 penyanyi.Semoga aku kekal macam ni.

Ok,ni just pandangan aku je.Kalau ada yang ter-sakit hati atau jantung,aku mintak maaf awal2 k.Jumpa lagi lain kali.

Wsalam.

p/s:sibuk buat kad dan kemas barang nak short sem!

readmore »»

Monday, April 25, 2011

.:mereka sudi berikan ini kepada saya.Terima kasih!:.

.
2 comments

As salam.

Ok,saje nak upload gambar ni.Sebab nak hargai pada kawan2 yang sudi kasi saya hadiah dan kad ucapan.Walaupun nampak biasa tapi semuanya nampak berharga bagi saya!

Nampak tak tu atas katil saya dah ada encik beruang~hehehehe~jom tengok lagi dekat encik beruang yang buncit ni~
Cumel kan~hehehehe~Terima kasih pada rumate sebab hadiah ni~hehehe~
Sebenarnya kad dan pensel tu je sabrina kasi~yang bintang tu jugak.yang lain milik sendiri ye~hehe~mekasih sab!
Tada~ni la pen yang dia kasi~ada bulu2 putih lagi kat atas kepala patung ni.Aku ingat nak pakai masa exam sebab sab duduk belakang aku je.Aku nak stress kan dia dengan bulu2 tu~hahaha!tapi tak jadi sebab aku xnak dia stress~baik x aku?hahaha!Nasib je ko tu sab~~~
Sab dan mazian yang belikan~kami raikan dekat bilik mazian sebab masa tu baru balik dari bangi sebab beli barang sikit.Tak sangka pula masa tu sab hilang sebab nak belikan kek yang cumel ni~bese la dalam minggu exam masing2 tak ada masa nak sambut besar2an.HEHE.Tahun depan je la!mekasih sab!mekasih yan!

Kek ni paling aku suka.Cheese chocolate.Huhu.Malam tu sebenarnya lepas dinner tau.Disebabkan aku dah kenyang giler pekene burger ayam dengan nasi goreng,aku sumbatkan je kek2 ni dalam mulut diorg.Masing2 muka terseksa je nak menelannya.HAHA!Jom makan sama2!!!Tyme burfday ni la nak kejam ngan diorg.HEHE.I like~

Nanti lain masa aku upload kan gambar diorang tau~HEHE.Sekarang ngah sibuk mendownload movie and studi sket~Doakan aku boleh jawab tuk last paper hari khamis ni!!!

Wsalam.

p/s:short sem ni aku dok satu bilik dengan sabrina!HAHA!Aku akan huru harakan dia!!!



readmore »»

Saturday, April 23, 2011

.:dari meja penulis:.

.
4 comments

As salam.

Ok,aku nak tulis sikit je.Saje tak nak kasi blog ni berhabuk sangat.Aku busy giler nak menghafal biochem ni.Giler kentang la nak hafal tiap jenis,tiap satu benda dalam buku ni~Aku dulu pikir ambik kos Mikrobiologi ni sebab TAKKAN jumpe dengan EN.KIMIA lagi!Tapi agak malang ye sebab tiap2 sem ada je subjek EN.KIMIA yang aku kene ambik.HUHU.Penangan dia besar giler sebab kalo tak leh nak skor abis la EN.KIMIA ni tarik pointer!Paling takut aku dengar sem2 sebelum ni ramai yang tak leh skor.Dan ketakutan tu memang buatkan aku jadi takut giler sebab sem ni aku ambik subjek atuk kepada EN.KIMIA,ATOK BIOCHEMISTRY!Huhuhu.Parahlah aku...

Ok,sepanjang exam ni memang banyak giler dugaan yang aku alami.Apa yang aku leh buat...DOA je la.Semoga Allah permudahkan setiap urusan yang aku kerjakan.

Ok,lenkali aku update lagi.Wsalam.

readmore »»

Thursday, April 21, 2011

.:6 pesanan Nabi Muhammad S.A.W:.

.
0 comments

As salam semua.


Kali ini aku nak berkongsi sedikit tentang 6 pesanan Nabi Muhammad S.A.W kepada kita umat akhir zaman.

1)Jangan tengok orang yang diatas (kaya),tapi tengoklah orang yang berada di bawah (miskin),maka redhalah dengan apa yang kita ada.

3 perkara yang perlu kita ada di dunia ini:
  • rumah yang selesa untuk diduduki
  • pakaian yang menutup aurat
  • adanya makanan dan minuman
2)Berkasih sayanglah dengan orang yang miskin.
Dengan amalan bersedekah.Pupuklah amalan ni sejak anak2 masih kecil lagi dan tunjukkanlah contoh yang baik dengan anak2 dalam sifat pemurah. 
3)Menyambungkan kekeluargaan.
Sesungguhnya orang yang memutuskan persaudaraan itu adalah golongan orang2 yang melakukan dosa besar. 
4)Apabila ada orang lain merendah2kan Allah serta agama Islam,wajiblah kamu mencercai orang tersebut.
Perkataan Allah hanya orang Islam sahaja yang boleh guna dan jagalah kalimah ini sebaik2nya. 
5)Katakan perkataan yang benar walaupun pahit.
Gunakanlah perkataan yang berhikmah ketika berdakwah.Sampaikanlah kepadaku walaupun hanya satu ayat.
6)Banyakkan membaca La haula wala quata illa billa Hil alliyyil a'zim.

Semoaga dengan ingatan ini,kita dapat memperbaiki ibadah kita kepada-Nya.

Wsalam.

Mutiara Kata 69:

Bersama air mata pasti ada senyuman.
Bersama kesedihan ada kegembiraan.
Bersama cubaan ada anugerah.
Bersama musibah ada anugerah.
Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti
dan prinsip hidup yang digariskan Allah S.W.T.





readmore »»

Wednesday, April 20, 2011

.:apa perasaan bila ada kembar seiras?:.

.
4 comments

As salam.

Kalau aku ada kembar seiras,
Aku akan tengok apa yang dia buat,
Apa yang dia lakukan,
Tak kisah dalam apa jua keadaan.

Bila aku nampak dia menguap macam badak sumbu,
OIIITTT!!!TUTUP MULUT KO!!!

Bila aku nampak dia duduk terkangkang,
TUTUP KAKI KO SEKARANG!!!

Bila aku nampak dia jalan terkangkang2,
BETULKAN JALAN KO ANAK KETAM!!

Bila aku nampak make up dia macam hantu,
PERGI BASUH BALIK MUKA KO MAK LIMAH!!!

Bila aku nampak dia korek hidung,
PENGOTOR BASUH TANGAN KO DENGAN BERUS DAWAI!!!

Bila nampak dia makan berbunyi2,
DIAM!!!MAKAN MACAM LALAT!ASYIK BERBUNYI JE!!

Bila aku nampak dia duduk ternganga tengok tb,
TUTUP MULUT KO DENGAN TALI IKAT KAPAL!!!

Bila aku tengok dia menangis sebab tak mampu beli cucci,
LAP AIR MATA KAU SEBELUM AKU SIMBAH AIR SEBALDI!

Bila aku tengok dia ketawa berdekah2,
PERLAHANKAN SUARA KAU HANTU MENGILAI!!!

Sebab dia nampak buruk bila macam tu,
tak sampai hati nak tengok begitu,
dia kan rupa macam aku,
tak sanggup nak bayangkan muka aku macam hantu...HAHAHA.

p/s:tak ada kembar pun~hehe~sekadar rekaan semata2~


readmore »»

.:senang mencari populariti,tapi bukan senang mempertahankan populariti:.

.
4 comments

As salam.

Mula2 aku tak faham gak ada pula masa tuk aku update blog dalam waktu yang kencang ni nak ambik exam.Pukul 12pm ni aku exam,so sesiapa yang dah terbaca blog ni,sila2 sedekahkan doa kejayaan tuk aku k.

Populariti.Siapa tak suka jadi popular kan.Dulu punya cerita tentang popular sangatlah lain dari sekarang.Dulu,kau ada bakat yang boleh buat duit,jalan...Gerenti keluarkan album atau filem mesti ada yang nak tengok dan ada yang nak beli.Contoh mudah aku ambil P.Ramlee la.Dia menjadi lagenda sepanjang zaman dengan bakatnya yang pandai bermain alat muzik,berlakon serius (ala kasim..),berlakon lawak (cobaan..) dan juga bernyanyi (getaran jiwa~).Inilah yang dinamakan populariti dari hasil titik peluh orang tu sendiri.Bukan senang k masa tu nak letakkan nama dan bakat di dalam bidang masing2.

Tapi lain pula ceritanya sekarang.Aku rasa bidang yang paling popular pada era milenium ni adalah bidang selebriti.Wei,dunia blogger ni pun antara bidang selebriti k.Apa yang ko gosip kan,yang korang share dalam blog ni tak kisah la sama ada cerita korang sendiri mahupun cerita rekaan semata2 sebab semuanya akan ada pembaca yang akan mengikutinya.Lainlah aku kan.Belum sampai taraf untuk menjadi selebriti blogger.Aku bukan nak tekankan pada kecantikan ke,muka ko hensem giler ke,ramai follower nak ikot ke mana2  ke sebab itu semua bukannya point utama sebab kenapa korang atau aku yang popular.HAHAHA.Teringin gak nak angkat bakul sendirikan.Bila lagi nak puji diri sendiri.Korang tak perasan ke bila kita jadi popular setiap apa yang kita lakukan ada je yang akan ikuti.Macam2 nak ditanya.Kita pulak akan berikan pandangan yang bernas berdasarkan pengalaman kita yang hidup masih lagi hijau daun ni.Muda lagi la tu maksudnya.Aku kalau tulis blog ni berpuitis sikit.Pastu kena translate kan sebab budak2 milenium sekarang mana paham puitis2 ni~

Tapi apabila kita dah dikemuncak populariti ni,bila tersalah tulis ke,tersalah dendangkan sajak ke,tersalah lirik nak menyanyi ke,tersalah tajwid nak mengaji ke,cepat gila ada yang nak menyambar.Macam helang kelaparan!Ok,dulu aku ngaji salah tajwid pun ustaz tak marah aku dengan kencang k.Dia dengan senyuman je betulkan tajwid aku.Ni ada yang tikam menikam di laman sesawang serta di laman2 sosial.Kalau mati terus tak pe,senang la jugak kan.Tutup cerita terus,ni kang ada pulak dari persatuan ntah mana2 yang join dan hentam kita sekali.HOHO.Tapi aku tabik la kalo orang yang popular tu dapat selesaikan masalah tu sendiri.Ucapan maaf selalunya mengakhiri setiap pertelingkahan.So,amalkanlah maaf ni dalam hidup bermasyarakatan...

Ok2,senang ceritalah bila kita ni dah popular,bukan senang kita nak pertahankan.Bagi aku tak susah pun nak jadi blogger/insan2 yang popular.Kalau dalam bidang lakonan,korang dah ada aset kecantikan pada wajah dan badan dah kira passed la tu dalam uji bakat walaupun korang tak ada bakat.HUHU.Kadang2 cerita ni aku tengok harap muka je lawa,suara menggoda2 tapi kualiti tarak.Buat rugi duit je keluarkan filem/cerita yang ntah pe2.Ni sesetengah cerita la.Tak semua sebab aku masih lagi berpijak diatas bumi yang nyata untuk memartabatkan industri filem tanah air!Chewah!

Pastu bila dah popular,bukan senang nak pertahankan.Apa yang korang buat,korang pakai,semuanya ada yang menjadi penonton sepanjang masa.Silap korang melangkah,memang sah2 la korang akan jadi bahan umpatan dan cacian sepanjang era milenium ni.Sekarang ni dah tak panggil zaman dah.Ketinggalan zaman gunakan perkataan zaman.HUHU.Tapi zaman dululah zaman dimana bakat dan populariti ni lebih bernilai dan ada nilainya yang tak boleh nak digantikan dengan apa2 gantian.

So,kepada sesiapa yang diluar sana yang tak mampu nak jadi artis ke,selebriti ke,chill beb!Korang tak popular pun tak pe.Jadilah diri sendiri yang bebas tuk buat apa sahaja dalam hidup korang ni.Korang suka bernyanyi?Karok beb~Suka berlakon?Syok sendiri dalam bilik mahupun di depan cermin mahupun pada era kini kan ada webcam.HUHU.Suka memasak?Masak sendiri,telan sendiri.Suka nak masuk tb?Rakam muka sendiri,upload dalam youtube,like sorang2.HAHA.Kan bebas namanya tu TAPI WASPADA!Tetap ada batasanya..Ingat..kita ni manusia,bukannya dot dot dot.Apa yang kita buat tetap ada BATASANNYA~

Ok,sekadar perkongsian di tengah2 masa nak exam ni.Nak wat cmne,time ni jugaklah ada idea nak menulis.HEHE.Ok,tak dapat nak lukis pe2 sebab nak siap2 dulu k.Jumpa lagi.

Wsalam.

p/s:Entry ni tak ada kaitan pun dengan sesiapa.Just ambil ikhtibar dengan apa yang berlaku disekeliling aku.

readmore »»

Tuesday, April 19, 2011

.:Rentetan cerita semalam:.

.
2 comments

As salam.

Hari ni aku tak beli makanan pun dekat kafe dot dot dot.Ntah ler,tetiba rasa tawar hati pula nak kayakan makcik kafe tu.HUHU.Tak pe,tak rugi dia kalau hilang satu pelanggan macam aku.HEHE.

Ok,cerita pasal exam pula.Giler susah paper hari ini.Dah la 2 jam je.Mana sempat nak goreng sampai garing!Memang betul la cakap orang,kalau kita tak skor masa mula2 masuk tahun 1 dulu memang rugi sangat!Sebab dari situ lah pointer kita dapat dicover lepas dah masuk tahun 2 dan 3 sebab subjek makin susah kot!Huh!Aku tak tahu la macam mana dengan result nanti.Bukan senang nak skor paper tadi.Nama killer subject ni Gene Microbe.Giler sedih la baca memang awal tau.Dari sebelum studi week aku dah start buka buku ni dan buat nota sikit2 tapi tak sangka lain yang aku harap kuar,lain pulak yang keluar.Lepas ni aku dah tak nak jadi nujum mak belalang la.Rugi!




Ok,esok bersambung lagi perjuangan aku ke medan peperiksaan.Doakan kejayaan aku.

Wsalam.

p/s:meminta maaf itu sifat yang baik dan memaafkan orang lain adalah sifat terpuji.

readmore »»

Monday, April 18, 2011

.:aku dicop MENGGATAL???Oh,NO!

.
7 comments

As salam.

Hah?Ada gak yang sudi nak copkan muka aku yang brutal dan giler kentang ni sebagai menggatal?Oh,no!Rabun pe aku nak menggatal2kan orang laki.Kisah benar ni berlaku masa aku dan leenplanaria beli lunch kat kafe dot dot dot.Masa nak bayar tu aku tengok kaunter kosong dan aku fikir mesti makcik tu ngah wat keje lain dulu.So aku pun pergi la beli air dulu.Ingat nak jimat masa la.Tiba2 masa aku dah dapat air tu makcik tu panggil suruh bayar dulu.So aku pun pergi la kat kaunter tu.Masa bayar tu aku dengar dan tengok mulut makcik tu terkumat kamit.Aku ingat dia selawat ke,baca doa ke,rupanya mengutuk aku dengan kawan aku sebab tak bayar dulu sebelum beli air.Aik,selama ni no hal je aku dok g beli air dulu.Nape arini nak tegur2 macam tu plak.Kalau dia cakap elok2 aku tak kisah gak.Lepas ada sedikit diskusi dengan leenplanaria barulah aku tahu yang dia mengata kami depan2.Bunyi ni macam ni.Walaupun cakap pelan,kami boleh dengar tau.

"Lenkali bayar la dulu.Ni orang nak makan.Pastu ngada2 nak mengurat orang!"



Oh,no!Jangan la cakap aku nak g ngurat abang kafe jual air tu ye.Bukan aku yang terhegeh2 nak cakap ngan dia.Aku just cakap nak air jambu satu.Yang si abang kafe tu yang memanjang2 kan cerita cakap air tak jual la.Ni bukan air jambulah.Ni air terung la.Ni tu la,Ni ni la.Dia yang mula kan cakap panjang lebar.Aku dan leenplanari diam jek!Ah,nasib baik dah berubah tak nak mencarut kalau tak memang kena free la.Sabar2~

Ntah la wei,nasib baiklah masa tu dah lepas paper.Berangin juga la badan ni bila dia tegur kami macam tu sedangkan kami bukan macam tu!Em...aku patut lupakan benda ni...Kalau diingat2kan lagi mesti aku akan jadi benci nak ke kafe dot dot dot tu.HUHU!Dan lepas ni aku takkan beli air lagi!Hahahaha!Tak nak aku kayakan ko.Lenkali nak berniaga biar berhemah.Macam mana nak maju kalau hati pelanggan pun ko main balun je?Em...aku malas nak tegur sebab dia makcik dan lebih tua dari aku.Patut dia boleh pikir je kan...

Ok,la.Tu je tuk hari ini.


p/s:mengantuk!


readmore »»

Friday, April 15, 2011

.:annoying! PART 3#:.

.
7 comments

As salam.

Aku selalu juga la buat benda ni tapi sekarang ni aku dalam proses peralihanlah.Nak jadi yang lebih baik.Perkara annoying nye adalah,mencarut dan word yang selalu aku sebut adalah "SHIT!".Serius giler tak suka sebenarnya nak sebut.Bila tersebut tu memang istighfar banyak2 la.Tapi yang aku selalu dengar kalau perempuan mencarut word yang paling diorang gemari adalah "BABI!".HAHAHA!


Ok,sebenarnya tak suka gila kalau dengar perempuan mencarut.Muka dah cantik,ayu,putih kemerah2an,comel,jelita dan banyak lagi la tapi bila borak dengan kawan2 kalah la lelaki yang lepak kat kedai makan tu.Suara yang kuat dan mencarut2.Tak sesuai la.Kita kan perempuan.Sepatutnya kenalah tunjukkan attitude dan budi bahasa yang indah.

Ok,aku tak point pada sesiapa pun sebab aku sendiri pun melakukan perkara annoying ni dan aku pun tak selesa bila aku sendiri yang buat.Sama2 k jadi ingatan dan panduan buat diri sendiri dan saudara2 kita yang lain.Ok,jumpa lagi.

Wsalam.

p/s:tak cukup masa!

readmore »»

Wednesday, April 13, 2011

birthdayku,finalku.Oh,yeah!

.
5 comments

As salam.

Hehehe.Esok my birthday la.Paling seronok sebab dah 3 tahun berturut2 aku sambut birthday tyme final.Kali pertama masa final kat matrik.Masa ni umi dan ayah bawak jalan2 dan mandi laut kat Tanjung Bidara.Umi bawak banyak sangat makanan.Lepas penat mandi2,terus makan dan tetiba je hujan lebat turun.Masa tu tak ada lagi pasal tsunami dan alhamdulillah walaupun hujan lebat itu dengan ribut petir,namun semuanya selamat.Masa tu banjir sikit dengan restauran berdekatan.Kami pun ambik keputusan bersihkan diri di toilet dan terus pulang.Ramai sangat dalam toilet masa tu dengan hujan lebat lagi menyebabkan ramai pengunjung mengambil keputusan untuk balik.Masa tu aku tak bawak pun baju untuk tukar lepas mandi.Nasib baik ayah baik hati belikan baju yang ada tulisan MELAKA.Dapat jugalah hadiah dari ayah.HEHE.

Lepas itu tahun lepas pun final di U jatuh dalam hari lahirku.Ada kejutan juga yang akak bilik aku buat untuk meraikan birthday aku.Walaupun kecil2lan tapi akan aku kenang sampai bila.Malam tu kawan2 seperjuangan not dan aleen pun datang juga.Gembira je aku malam tu.HEHE.Mekasih semua.

Untuk tahun ni birthday aku jatuh pada hari esok.Maknanya tepat jam 12am,aku akan dapat penggilan percuma dari maxis.Eh,ada lagi ke?Kalau tak ada pun,tak pe.HUHU.Paper aku jumaat so tak dapatlah aku nak meraikan birthday aku dengan sesiapa pun.Dok dalam bilik je la sambil sambut dengan buku TDR.HAHAHA...Dah biasa dah...

Ok,cepat2 wish birthday aku tau.HEHE.

Wsalam.

p/s:penyakit aku serang kembali.


readmore »»

Tuesday, April 12, 2011

.:final!!!:.

.
4 comments

As salam.

Final dah start sebenarnya sejak semalam.Semua pun tahu kan.HUHU.Ok,aku start jumaat ni.Minggu depan straight 3 paper dari isnin,selasa dan rabu.Kebanyakkan semua subjek killer la sebab sem ni kan banyak subjek kimia.Paham2 je la kimia ni.Huhu.Nyesal tyme sekolah dulu taknak paham2 betol2~lama2 dok matrik n U susah nak pupuk rasa minat kat kimia ni.Tapi nama pun belajar kan,aku tak bolehlah nak memilih pula.Kang tak berkat apa yang aku belajar.

Sebelum tu nak kongsi dengan korang tentang sesuatu perkara.Pernah tak korang berlapang dada dalam kehidupan korang?Aku rasa perkara ni paling susah untuk aku lakukan.BERLAPANG DADA.Bila korang dah sematkan dalam hatu korang untuk berbuat baik,korang akan rasa pelbagai dugaan dan cabarannya.Termasuklah aku juga.Bagi aku ini adalah perkara yang paling menguji diri aku.Susah aku untuk menerima apa sahaja yang orang lain lakukan dan susah juga untuk aku menahan mulut dari bercerita tentang orang lain.Aku tak tahu nape tapi aku tahu kita perlu berlapang dada tentang perkara2 ini.

Aku teringin sangat nak jadi seorang muslimah yang baik dan diredhai Allah.Macam2 yang perlu aku tempuh dan dugaan yang aku alami.Malam tadi lepas berbuka puasa aku berjemaah Isyak di surau.Sebelum masuk waktu Isyak ada ceramah ringkas dari Imam disitu.Aku dengar dia cakap pasal iman.Dia tekankan walaupun kita banyak melakukan amalan ke jalan Allah,tak semestinya amalan itu diterima Allah.Kebelakangan ni aku adalah berubah sikit dalam buat amalan ni.Tapi aku takut apa yang aku buat tak diterima Allah dan perbuatan aku tu sia2.Macam mana ye nak tahu apa yang kita buat ni diterima Allah atau tak...

Selamat berjaya bagi yang ambik final macam aku ye.Bagi yang lain pun all the best dan belajar bersungguh2 sebab ilmu je yang boleh meletakkan seseorang ke darjat yang tinggi dan diredhai Allah.Sama2 kita cari cara supaya kita dapat berlapang dada dalam kehidupan kita ini.Semoga sama2 kita dapat keredhaan Allah dalam melakukan sesuatu.Amin...

p/s:solat dhuha dan taubat...


wsalam.

readmore »»

Sunday, April 10, 2011

.:suka dalam paksa:.

.
9 comments

dear diary,

As salam.

Aku terpaksa terima kehadiran seorang manusia yang mempunyai dua character yang berbeza,bagai langit dan bumi...

Aku terpaksa menerima bumi kerana dia tetap mahu diatas langit sambil pandang jauh ke bumi yang simpati ini.

Inilah kali pertama aku dilayan tidak adil dalam persahabatan dan aku terpaksa terima dia seadanya walaupun dia tidak boleh terima aku seadanya...

Semoga Allah beri aku kekuatan dan kesabaran yang tinggi.Amin...

Wsalam...


readmore »»

Thursday, April 7, 2011

.:kegiatan menjelang hari peperiksaan:.

.
4 comments

As salam semua.

Jom sama2 kita senaraikan apakah aktiviti dan kegiatan yang paling menjadi kegilaan ataupun bahasa sedapnya kesukaan la.Senarai ni adalah apa yang saya dapat,saya dengar dari rintihan kawan2 serta pemerhatian saya terhadap apa yang berlaku disekitar saya.Jangan take too serius k.Just nak releasa tension je.

n__n

1)Kegiatan curi laptop
Ini kegiatan antara popular dan mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pihak kawan2,keluarga,kolej serta dari U juga.Walaupun laptop tu dah dirantai dan diikat dengan teguh dengan rantai besi,tetap juga kena rembat.Aku memang tabik spring la kat manusia2 ni dengan ilmu kebal yang diorang pakai untuk cairkan besi2 ni.Pelik aku!Ada juga manusia yang dah rembat beg orang lain dan dengan selamba lalu depan si empunya beg.Mana tak mencanak empunya beg nak kejar si pencuri tu.Langsung tak ada ilmu nak mencuri tapi ada angan2 je.Last2 kantoi,nama sendiri yang busuk.

2)Belajar+berkapel
Ni memang aku belom lagi sampai ke puncak cinta sambil studi ni.Selalu kegiatan ni aku tonton kat library ataupun fakulti.Kadang2 ada gak timbul2 sabut nak try,namun tak ada pasangan plak kat dalam U ni.HAHA.Uish..kalau laki dah dok depan aku,memang tak selesa la nak belajar.Kang bukan sibuk belajar,sibuk belek tudung je la jawabnya.HUHU.Ok,bercinta pun cinta la,tapi jangan lupa studi rerajin.Biar sama2 gulung ijazah nanti.

3)Kafe kurang dijejaki
Kafe tempat makan agak kurang pelangganlah.Tak tahu la nape.Memang budak2 kat U ni keje diorang belajar je kot sampai makan pun sanggup ditinggalkan.Kadang2 aku pun macam ni gak tau.Tu teruk gak la sampai makan pun sanggup dikorbankan semata2 untuk menelaah buku.Belajar,belajar juga.Kesihatan kene jaga.Aku kalau nak sedapkan hati masa makan,aku akan bawak sekali nota ke kafe.Sedap sikit hati ni bila tengok nota depan mata walaupun sebenarnya mata ni yang sedap sebab ushar orang2 yang lalu lalang kat kafe.HAIH...susah2...

4)Kelawar malam
Selalu la manusia ni akan bertukar menjadi kelawar bila exam menjelang.Ada yang dah beku otak sebab dari sebelum subuh sampai sebelum subuh hari berikutnya dok mengadap buku lebih dari 24 jam.Jadi,golongan2 kelawar ni pun ambiklah keputusan tuk lepak pepagi buta melepaskan tekanan selepas abis belajar.Tak salah pun attitude ni asalkan jangan lupa jalan nak balik dah la.Pe2 pun,berhati2 dijalan raya k.Nak lintas jalan tu tengok kiri dan kanan.

5)Nescafe pilihan student nak stay up!
Habis semua nescafe dijual dikedai2 runcit.Student memang suka stay up dengan minum nescafe 3 in 1 ni.Walaupun mereka tahu nescafe ni boleh mengundang penyakit dihari tua kelak,tapi mereka tetap memilihnya sebagai peneman studi.Kenapa???Sebab kafein yang ada dalam nescafe tu dapat tahan diri mereka dari rasa mengantuk.Tapi bagi sesiapa yang dah tak rasa apa2 tu,maknanya nescafe tu dah imun la dalam badan korang.So korang kenalah try benda lain pulak nak kasi tahan ngantuk.Dulu dalam kelas waktu cikgu tengah mengajar,kalau mengantuk sangat kitorang akan sapu minyak cap kapak kat bawah mata.Gila mengerlip la mata korang nak tahan anginnya.HUHU.Tu kalau ngantuk lagi,tidur je la.Korang dah letih sangat tu.

6)Balik rumah!
Hah...ada segelintir manusia yang suka balik rumah kalau exam nak tiba.Macam balik kampung dah.Ye la,cuti studi week kan seminggu,jadi dapatlah mereka balik tanpa apa2 gangguan dari kelas tambahan mahupun group discussion.HUHU.Bila ditanya nape nak balik rumah time nak exam ni?Dijawab dengan penuh berhemah,nak dapat kan restu ayah bonda...Alhamdulillah...Kepada mereka dan kepada para pensyarah juga la kita nak mendapat restu ilmu dan seterusnya diberkati oleh Allah s.w.t.

Ok,aku senaraikan 6 je buat masa ni.T kalau ada sudi nak tambah,sila2 kan la ye..

Wsalam semua.

readmore »»

Tuesday, April 5, 2011

.:kalau anda seorang dot dot dot...:.

.
3 comments

As salam.

Kalau anda seorang ibu dan bapa,
jadilah ibu bapa yang MITHALI.


Kalau anda seorang anak,
jadilah anak yang SOLEH dan SOLEHAH.


Kalau anda seorang cikgu,
ajarlah anak bangsa sehingga mereka BERILMU.


Jika anda seorang imam,
jadilah imam yang menyeru ke jalan yang BENAR.



Kalau anda seorang peniaga,
berniagalah dengan JUJUR dan AMANAH.


Kalau anda seorang pemimpin dunia,
jadilah seorang pemimpin yang DIKAGUMI DAN DIHORMATI.


Jika sesiapa pun anda,walau dimana anda berada,ingatlah...Jadilah seseorang dan bukannya jadi se-ekor atau se-suatu benda...

p/s:tidur awal dan bangun awal!


readmore »»

Monday, April 4, 2011

.:hari yang mendung!:.

.
3 comments

As salam.

Hari yang memang mendung!Sedih!Pilu!Nak menangis!Semuanya ada!Aku selalu rasa macam ni.Aku belajar giler2 tuk midsem aritu.Tapi sedih...Result aku tak gempak...Macam mana nak ambil peksa final ni kalau result midsem macam ni???Tadi aku rasa down sangat.Nasib baik ada kawan2 yang sudi nak memberi aku kata2 semangat.

Walau macamana besar pun kesusahan yang aku alami,tapi perjuangan aku masih belum terhenti dan memang tak leh nak berhenti pun...HUHU...Apalah...Nasib...

Ok,aku ada kat library ni.Kena pulak jadi stalker tuk kawan aku.HAHA..Tapi tak best la nak stalk orang bila dia duduk kat belakang aku.Patah leher aku nak ushar dia 180 darjah aku pusing ni.Kang tak pasal2 patah tengkuk kang.Jadi kesudahannya aku malas la nak stalk.Sebab ada lagi stalker yang hebat diluar sana.HAHA!

Ok,jom belajar.Jangan lalai lagi ye cik nadira...

p/s:Hidup biar berilmu...


readmore »»

.:gempak riuh rendah abang usop di ABPBH 2010 malam tadi!:.

.
2 comments

As salam

Sebenarnya malam tadi tak sempat pun nak tengok ABPBH ni sebab kat DECTAR ada event dinner UO kan.Jadi kami cuma dapat update dari internet je.Tak sempat pun nak tengok live dari tb.HUHU.Nak wat camne,kerja tetap diutamakan.

Aku cuma sempat tengok gelagat usup dalam youtube yang di linkkan dari facebook.Nasib baiklah ada yang begitu alert dan prihatin nak upload kan dalam internet tak sampai 24 jam pun setelah selesai ABPBH.Mekasih2 ye.Dengan lagu SOLEY-SOLEY nye...wheelchair nye...lengguk tangannya...gaya bahasanya...lawak gelagatnya...semuanya menghiburkan hadirin malam tu.Memang tak silap pilihanlah tb3 memilih mereka,usup dan johan sebagai pembaca anugerah bintang paling popular pada malam tadi.Agak2 abg usup boleh menang tak anugerah bintang paling popular pada tahun ini?HEHE.Kita nanti kan k...Tapi aku boleh rasalah dia boleh menang sebab bayangkan kalau semua orang undi dia untuk pelawak paling popular,tak menggunung undian dia.HAHA.Apa2 hal pun,tahniah untuk semua yang menang malam tadi dan sebelum menutup tirai,moh layan...




p/s:hari yang tenang...




readmore »»

Saturday, April 2, 2011

.:annoying! PART 2#

.
8 comments

As salam.

Kisah ini bersambung lagi.Mungkin ada yang tak setuju dan ada yang setuju dan AWAS!Semua ini hanya pandangan aku sahaja.Tak ada pun kena mengena dengan sesiapa.

Part yang paling aku annoying sekali bila orang suka pakai sim kad lebih dari satu tapi ada satu je handphone.Bila ada masalah yang urgent yang perlu diselesaikan,aku terpaksa mengorbankan benyak kredit untuk call semua no manusia yang jenis macam ni.Tak kisah la nak pakai no bergunung2 banyaknya sekalipun tapi handphonenya pun biarlah sama banyak gunungnya pun.Ni bila ada masalah yang boleh diselesaikan dalam beberapa minit boleh tertangguh kepada beberapa jam ataupun lagi lama.Memang menyusahkan la.

Bila  aku terpaksa berurusan dengan orang macam ni,aku senang je.Kalau mesej yang aku hantar tu tak dapat nak deliver atau masih pending,aku biar kan je.Lantaklah kalau dapat seminggu kemudian sekalipun.Bukan salah aku tak inform awal tapi salah kamu yang menyulitkan keadaan dan hidup sendiri.

Ok,pada sesiapa yang pakai sim kad lebih tu,pastikan anda pun ada nset lebih gak tau.Tak ada lah menyusahkan orang lain yang ingin berurusan dengan kamu.Ingatan buat diri aku sendiri dan semua teman2 yang lain.

Wsalam


p/s:kenapa manusia suka lupa pada janji?


readmore »»

Friday, April 1, 2011

.:kitab BIBLE yang diterjemahkan dalam BAHASA MALAYSIA/INDONESIA mula dijual di MALAYSIA!:.

.
0 comments

As salam.

Aku tak tahu sama ada semua sedar atau tak mengenai berita ni tapi harap2 semua tahu lah mengenai cerita yang hangat ini sejak beberapa hari yang lepas.Aku memang tak puas hati dengan isu ini.Kenapa BIBLE diterjemahkan ke dalam bahasa malaysia dan dijual di Malaysia sedangkan kita semua tahu yang Malaysia memang negara yang berteraskan agama Islam.Aku tak kisah kalau kitab bible ni nak dijual dimerata tempat sekalipun tapi kenapa perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia?Perlu ke susah2 nak kumpulkan ahli gereja di Indonesia dan lepas tu terjemahkan kitab ni ke dalam bahasa kebangsaan kita?

Seperti yang kita tahu,bahasa indonesia dan malaysia tak ada jauh bezanya pun sekalipun.Kalau tak faham pun kita boleh nak tangkap maksud ayat2 diorang.Lagipun Indonesia pun memang majoritinya beragama Islam kan.Aku faham negara kita ni bermasyarakat majmuk dan terdiri daripada berbagai2 agama dan bangsa tapi setahu aku orang yang mengamalkan kitab bible memang fasih berbahasa Inggeris kan.Kenapa perlu terjemahkan.Adakah ini memang strategik MEREKA untuk menyesatkan umat Islam di Malaysia pula?MEMANG LICIK.

Ada juga segelintir masyarakat MEREKA menyangkal dan marah bila pihak berkuasa menahan kemasukan kitab2 ini ke Malaysia.Ada sahaja alasan mereka untuk mematahkan pandangan2 orang Islam dan sebagai penyelesaiannya,pihak kerajaan membenarkan kemasukan kitab2 ini tapi dengan SYARAT kitab ini dicop sebagai bacaan untuk orang kristian sahaja.Jadi,untuk ingatan diri sendiri dan juga untuk semua umat Islam,jaga2 k dengan KELICIKAN orang kafir ni.Diorang boleh sesatkan kita dengan banyak perkara.Cuma kita sama ada EDUCATED atau UNEDUCATED je yang boleh bezakan sama ada baik atau buruk.

Kalau ada orang Malaysia sendiri yang menentang pendapat aku ni,sila2lah bukak buku sejarah balik.Baca perlembagaan Malaysia tu semua apabila negara ni mula dimerdekakan.Lihat betul2 bila pemerintah kita dulu menggariskan bahawa Malaysia adalah negara yang berteraskan Islam tapi membenarkan agama yang lain diamalkan.Jadi janganlah ambil kesempatan pula dengan menyebarkan ajaran MEREKA ini kepada orang Islam.

Jadi,fikirkan dan renungkan....

Wsalam.


p/s:terkejut!

readmore »»

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile