Saturday, January 29, 2011

.:konsert di raja:.

.
8 comments

As salam semua.Dari pagi sampai petang saya dok bertapa dalam DECTAR.Ingatkan pagi ni ada reheasal tapi malangnya tak ada.Just ada persiapan koir je.Malam ni kene g awal sikit sebab saya bertugaskan.Tapi saya terserempak dengan anak Yang Amat Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.Kacak,tinggi dan putih orangnya.Malam ni YAM akan buat persembahan bersama2 dengan pasangannya dengan bermain piano.Nanti malam saya akan cuba ushar2 YAM kalau dapatlah.Sebab saya ni kan keje belakang tabir je.HEHE.

Jom layan gambar yang sempat saya ambil semasa YAM sedang membuat latihan.Gambarnya tak dapat nak diambil secara dekat sebab takut la nanti apa2 y terjadi.

YAM dibahagian kiri sekali yang sedang duduk tu yang sedang bermain piano.

View dari atas.Bersama dengan kumpulan koir UKM.

Gambar kurang jelas kerana di zoom.HEHE.

Ok,jumpa lagi.As salam.

readmore »»

Thursday, January 27, 2011

.:hidup tak seindah pelangi:.

.
5 comments

As salam semua.Kadang2 kita selalu inginkan kehidupan yang sempurna sepertimana yang kita rancangkan.Tapi ada ketika Allah takkan memberi apa yang kita mahu.Kenapa?Kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat kita.Dia taknak berikan apa yang kita idam2kan kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Melihat setiap perkara.Jadi Dia memilih untuk tidak memberi sesuatu yang kita anggap sempurna.

Pernah tak kamu mencari dan menyelongkar tentang diri kamu sendiri?Pernah tak kita terfikir apakah kekuatan dan kelemahan diri kita sendiri?Saya tak pernah fikirkan apa kekuatan yang saya ada kerana tak semua orang boleh terima apa yang kita fikirkan tentang kekuatan diri kita.Contohnya dalam situasi begini:

Saya order mee bandung tapi apa yang saya dapat adalah kueh teow bandung.Orang akan tegur dan marah kerana kesilapan kecil ini.Tapi saya boleh je terima walaupun saya sendiri tak pernah rasa kueh teow bandung.Tapi berbeza dari pandangan orang lain.Dia tak boleh terima kesalahan orang lain.Bagi saya ini adalah sikap tolerasi.Ini kekuatan saya tapi kelemahan bagi orang lain.

Hanya kita sendiri yang sedar apa kekuatan yang kita ada.Tidak bagi orang lain.Jadi,yakinlah dengan diri sendiri walaupun kita rasa keseorangan kerana tidak ada yang mempedulikan hal kita.Janganlah berasa sedih kerana setiap apa yang kita lalui adalah rahmat dari Allah untuk hamba-Nya.

Kita akan rasa gembira bila kita dikelilingi anak2 yang menceriakan suasana di dalam rumah.Kita rancangkan kehidupan mereka dan kita sedaya upaya berikan apa yang mereka mahu.Tapi kita jarang mendengar keluh kesah mereka.Kita tak ambil peduli apa yang mereka rasa bila kita biarkan mereka keseorangan.Kita mahukan kehidupan yang indah seperti pelangi tapi kita tak sedar bahawa diri kita sendiri yang merosakkan pelangi tersebut.Kita biarkan anak2 memendam perasaan marah,iri hati,dendam dan sedih.Kita biarkan pelangi itu hilang dari langit.

Apa yang saya nak cakap disini adalah tentang hubungan kekeluargaan sebenarnya.Sedar tak semua,siapa diri kita sekarang adalah asalnya dari didikan di rumah.Jika kita menjadi seorang yang tegas dan kasar,kita sebenarnya dibesarkan oleh ibu bapa yang tegas dan suka mendesak kita.Jika kita menjadi seorang pemarah dan cepat terasa hati,kita dibesarkan oleh ibu bapa yang suka manjakan kita dan beri apa yang kita mahu sehingga kita tak pandai untuk berdikari.Dan jika kita bersifat penyabar dan penyayang,kita dibesarkan oleh ibu bapa yang memahami dan mengambil berat.

Semuanya dari rumah.Oleh itu,jika kita rasa ada sesuatu yang tak kena dengan diri kita,baliklah ke tempat dari mana kita bermula sebagai manusia,iaitu di rumah.Kadang2 ibu bapa kita perasaan sifat kita yang sentiasa berubah2 tapi ada segelintir ibu bapa yang fikir hal ini remeh dan tak penting kerana bagi mereka apa keperluan yang kita mahu,mereka boleh dan mampu sediakan.Komunikasi adalah perkara terbaik dalam menyelesaikan masalah ini.Mereka perlu tahu apa yang kita pendam selama ini kerana saya takut perkara tersebut akan menjadi dendam kesumat.

Dari rumah kita akan dapat apa kekuatan dan kelemahan kita.Kita jadi diri kita kerana didikan dan cara ajaran dari ibu bapa.Menjadi ibu bapa bukanlah perkara yang mudah.Banyak perkara yang perlu kita fikirkan.Kadang2 kita juga perlu berkorban banyak perkara kerana anak2.Jadi,sesiapa yang nak berkahwin dan ada anak 2,rancanglah baik2 dalam didikan kepada anak2.Selami pengamalan2 orang2 yang dah lama berkahwin.Berdoalah agar kita dapat jadi ibu bapa yang cemerlang dalam melahirkan anak2 yang soleh dan solehah.



readmore »»

.:how lucky today!:.

.
5 comments

As salam semua.Mula2 nak tarik nafas lega sangat sebab sempat masuk kelas pagi tadi pukul 8.HEHE.Tak sedar sebenarnya dah terlewat pergi kelas pagi tadi.Tu la rajin sangat tangan ni nak snooze alarm.HOHO.Alhamdulillah la dapat juga bagi perhatian dalam kelas sebab penyakit perempuan semalam dah hilang!HEHE.Suka sangat la sebab sakit gila tau!Siapa2 yang tak pernah rasa tu bernasib baik lah.Kalau tak memang kene dok atas katil je la.Pegang perut sampai tertidur sebab bila dah tidur tak adalah rasa sakitnya.

Tadi kat fakulti memang dah bising2 semua nak balik esok untuk cuti sem selama seminggu ni.Saya plak terpaksa balik hari ahad sebab malam sabtu tu ada Konsert Di Raja di UKM.Biasalah kan,keje teknikal.Harap lepas ni tak adalah sibuk macam minggu ni dan minggu lepas.Exam midsem pun dah banyak diumumkan oleh pensyarah.Jadi balik rumah ni tak dapat la nak rileks2 sangat.Kenalah work hard!

Sebenarnya tadi habit makan semalam datang balik la.Tapi kurang sikit la sebab pagi tadi lepas kelas rasa lapar pula.Sementara nak tunggu kelas pukul 11,saya pun g la beli nasi lemak dan kuih 6 ketul walaupun saya tak rasa nak makan pun.Sekarang ni kuih2 tu ada je atas meja ni.Harap leh la habiskan sebelum kelas pukul 6 ptg nanti.Kan membazir tu perangai syaitan..

Malam tadi sebelum tidur,saya akan buka lagu nasyid sebab boleh dodoikan mata ni untuk tidur la.Tetiba dengarlah lagu My Mother.Rasa sedih plak menyelubungi hati.Saya pernah terbaca satu cerita tentang kisah ibu ni.Kalau tak silap saya kisahnya berbunyi macam ni.Kalau ada kesilapan,harap ada yang sudi betulkan.

Waktu tu sebelum roh di tiupkan di dalam jasad seorang bayi,roh itu akan mengadap kepada Si Penciptanya iaitu Allah s.w.t.Ketika itu roh akan berasa sangat sedih kerana terpaksa berpisah dengan kekasihnya Allah.Maka Allah telah berfirman kepadanya.janganlah engkau bersedih kerana ketika kau dihidupkan didunia nanti engkau akan ditemani oleh seorang malaikat yang akan menjaga kamu dengan penuh kasih sayang.Dan malaikat yang Allah maksudkan adalah ibu kita.

Betapa besarnya Allah mengangkat darjat seorang Ibu.Ada juga mengatakan kecewanya seorang ibu,membawa tanda kecewanya Allah kepada kita.Oleh itu elakkanlah gugurkan airmata seorang Ibu kerana tangisannya membawa kita ke jalan neraka.Dapatkan redhanya kerana kita akan mendapat juga keredhaan Allah s.w.t.Suatu hari nanti  saya juga bakal bergelar ibu.Satu tanggungjawab yang berat tapi amat mulia disisi Allah s.w.t.

Tak sabar nak balik hari ahad ni...

readmore »»

Wednesday, January 26, 2011

.:Hari ini:.

.
4 comments

As salam semua.Rasanya saya dah berjaya repair balik blog saya ni dengan menggunakan layout baru cuma saya tak tahu macam mana nak kembalikan balik navbar saya kat atas tu.Dah macam2 saya godek dalam setting and design tapi masih lagi gagal mencari mana hilangnya navbar tu dan menyebabkan saya sukar untuk tekan dashboard,new post and sign out.Sesiapa yang tahu macam mana nak settle masalah ini,anda amat2 lah dialukan untuk menolong saya yang tak tahu ni.Terima kasih.

Hari ini memang dugaan sangat masa kat kelas tadi.Dari pagi sampailah sekarang saya diserang penyakit orang perempuan.Dah macam2 petua dah dibuat tapi hampa sikit sebab masih lagi sakit.Rasanya inilah saat paling sakit sepanjang saya bergelar seorang wanita.HUHU.Harap2 esok dapat bangun dengan sihat dan tak sakit lagi sebab tadi dalam kelas memang tak dapat nak tumpukan perhatian.Dalam kepala ni memang dah set nak rehat dan tidur je kat bilik.ADOI..

Bila cuti tahun baru cina makin hampir,maka makin hampir juga lah exam midsem saya.Rasa cuak sangat sebab subjek untuk sem ni sangatlah tough kerana gabungan kimia dan biologi.Saya ni sangatlah lemah dengan kimia ni.Bukan pe,kalau biologi tu kalau tak paham sangat boleh la hafal juga.Tapi lain sikit dengan kimia.Kalau tak paham,setakat hafal tu takkan betullah dalam paper nanti sebab soalan bukan melibatkan teori semata2 tapi lebih kepada praktikal dan formula.Mula agak tension bila masuk kelas biokimia sebab apa yang diajar kurang faham sangat.Maknanya saya kenalah work very hard for the subject.

Hari ini baru saya sedar yang saya ni ada satu habit buruk lagi.HAHA..Apalah banyak sangat habit ni.Tadi masa tengahari saya memang teringin sangat nak makan KFC.Semua kawan ada kelas dan hal masing2 jadi saya memang plan nak keluar sorang2 tapi disebabkan penyakit perempuan saya menyerang gila2 masa tu,saya batalkan je hajat nak keluar ke Kajang.Jadi,perasaan nak makan 2 jadi bertambah.Masa kat pusanika,saya beli kebab,roti,nudget,fishball,kerepek,keropok dan masa kat kolej saya beli nasi tengahari.Paling best sebab saya tak habiskan pun semua tu sebab perasaan nak makan ada tapi selera tak ada.ISH2...Buruk betol perangai.Dah la membazirkan..

Cukuplah cerita untuk hari ini ye.Esok saya harap adalah hari yang lebih baik dari hari ini dan saya akan lebih bersemangat nak belajar dan siapkan assignment.Semoga berjumpa lagi tau.As salam.

readmore »»

.:masalah teknikal:.

.
4 comments

As salam semua.Maaflah kalau blog ni nampak terabur sikit sebab ada masalah teknikal dan sedikit kesilapan.Saya tak dapat nak repair dalam minggu ni dan mungkin masa cuti nanti.Sebab sekarang busy nak buat assignment.Harap semua sudi singgah dan jumpe lagi.

n__n

readmore »»

Monday, January 24, 2011

.:ada apa dengan dengki?:.

.
2 comments

As salam semua.Kali ini nak berkongsi pandangan dengan semua tentang masalah dengki.Boleh dikatakan separuh dari kehidupan kita sebagai manusia pasti akan bertemu dengan pendengki ataupun kita sendiri yang menjadi seorang pendengki kepada orang lain.Siapa yang pernah ada busuk hati dengan kawan2 dia sendiri?Sila angkat tangan lurus2 k!

Saya pernah ada!
YA,ini memang pengakuan separuh berani mati je sebab habit buruk ni dah lama terpadam dalam diri ni.Bukan senang la nak kikis rasa dengki ni sebenarnya dan banyak kesan buruk berbanding mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri.

Ini kisah yang betul2 terjadi dalam hidup saya.Saya ada seorang kawan.Memang kami berkawan sejak dari sekolah rendah dan kami sentiasa bersaing untuk mendapat tempat di hati cikgu dan mendapat keputusan yang cemerlang.Masa sekolah rendah dulu memang puas hati la sebab dapat kalahkan dia.Walaupun kami mendapat keputusan 5A dalam UPSR tapi hanya saya seorang yang dapat pegang anugerah tokoh pelajar.Rasa best sangat dapat kalahkan semua budak2 pandai sebab sebelum UPSR saya bukanlah antara calon2 pelajar cemerlang yang ditetapkan oleh cikgu.Ini kerana masa saya banyak dihabiskan di atas padang.Saya jarang ke kelas kerana saya terpaksa bersukan walaupun saya rasa tak ada apa2 perasaan masa tu.Tak pernah pun rasa kelam kabut nak studi walaupun masa tu lagi sebulan nak UPSR.Sedih sangat masa tu sebab cikgu tak panggil pun saya dalam meeting pelajar2 harapan.Balik rumah je terus nangis kat umi.Umi baik.Umi suruh buktikan kat semua saya mampu berjaya walaupun saya bukan pelajar harapan.Terbukti!Saya tokoh pelajar.

Bila dah masuk sekolah menengah,saya terkejut sangat sebab dapat sekolah yang sama dengan kawan saya tu.Kami sebenarnya tak berapa nak rapat juga sebab dia bukan jenis bergaul dengan budak2 kelas bawah masa sekolah rendah tapi bila di sekolah menengah,dia berubah!Diajadi baik dan sweet sangat.Ramai yang senang nak berkawan dengan dia.Timbul perasaan dengki pada dia waktu tu.Masa f5 kami duduk sebelah2 meja.Bila dia dapat markah tinggi dalam exam,saya takkan layan dia sampai saya rasa puas hati.Kadang2 saya rasa kejam dan saya tak suka keadaan macam tu sebenarnya.Tapi bila dah masuk U,dia berjauhan dengan saya.Dia di USM dan saya di sini.Dia bukan seorang genius tapi dia pandai dan baik.Teringat waktu SPM dia rajin bertanya tentang perkembangan studi saya.Saya akan cakap saya ok,walaupun masa tu saya tak ok sebenarnya.EGO!

Kini kami dah tak berhubung langsung.Mungkin salahnya pada saya dan saya dah tersedar dari kesilapan tu.Bila saya mulakan kehidupan baru di U ni saya buangkan rasa pendengki tu sebab saya tahu semua insan2 yang saya jumpa disini adalah terbaik yang hadir dalam hidup saya.Saya cuba untuk menghargai mereka.

Cubalah rasa teruk bila kita rasa dengki kat seseorang kerana perasaan tu hanya akan menjarakkan hubungan baik antara kita semua.Bila seseorang tu dah berubah jadi seseorang yang baik,janganlah ada dengki dengan kutuk2 atau mencari silapnya lagi.Dia cuba untuk menjadi lebih baik kerana dia tahu, takkan ada yang sempurna dalam hidup ini.Tapi lagi teruk la pada si pendengki,dah la tak pernah nak berubah jadi baik,lagi pulak nak kutuk2 insan yang nak berubah.Sepatutnya cakap la perkara2 yang indah untuk didengar dan bukannya perkara yang akan menjatuhkan seseorang.TAK SUKA la orang jenis macam ni.

Saya pun dikelilingi dengan insan2 sebegini.Kadang2 rasa kurang senang akan timbul bila dia kutuk kawan saya sendiri.Mungkin saya ni bukan lah yang terbaik untuk menegur orang lain,tapi beringatlah sebelum cakap lepas tentang orang lain.Terus hilang rasa hormat saya pada orang tersebut.EMM..

Dengki hanya membawa keburukan!


readmore »»

Saturday, January 22, 2011

.:bukan orang senang selalu senang,adakala mereka juga berasa sedih:.

.
0 comments

As salam semua.Kali ini saya nak bercerita tentang orang lain sebab selalu kita akan lihat kelebihan orang lain sebelum membandingkan kekurangan pada diri kita.Hal ini kerana manusia jarang mengamalkan erti SYUKUR sebenar.Bila berapa dalam kesusahan,kita akan menyalahkan orang lain dan ada yang lebih teruk akan menyalahkan ketentuan Allah.Kenapa?

"Aku selalu tengok kau ni senang je.Ada syarikat besar,ada kereta besar,gaji pun besar,isteri pun besar..Oppss.."

Kita selalu mengagumi kelebihan orang lain tanpa sedari kita telah meletakkan diri kita lebih bawah dari orang tersebut.Persoalannya,kenapa kita bersikap begitu?Sedangkan kita juga ada kelebihan.

Sebaliknya jarang kita nak ambil tahu apa permasalah orang senang tersebut.Itulah kata orang,bila orang senang,kita boleh je nampak walaupun ia sebesar semut.Kalau orang tu susah,sebesar gajah kesusahan tu pun kita buat2 tak nampak.Em..

Aku pernah juga berjumpa dengan orang macam ni.Aku hanya mampu tersenyum kerana di sebalik senyuman dan kebahagiaan aku ada terletaknya kesedihan yang orang lain tak nampak.Siapa la nak berkongsi perkara duka kan.Mesti payah nak bagitau orang lain masalah dan perasaan kita.Dalam hati,aku kagum juga la sebab pandai gak aku ni berlakon macam tak ada masalah.HAHA.

Bila kita nampak orang lain ada kereta besar,
Bila kita lihat dia mampu beli baju mahal2,
Bila kita lihat dia mampu pergi ke tempat yang jauh,
Bila kita lihat keluarga dia datang menziarahi,
Bila kita lihat dia bahagia di samping teman istimewa,
Bila kita lihat dia langsung tak ada masalah kewangan,
Bila kita lihat dia gembira bersama2 temannya,
Bila kita lihat barang dia berjenama,
Balik la ke rumah.
Kerana kita BERSYUKUR ada ibu yang akan menyambut kita dengan senyuman,
Kita masih ada ayah yang sudi berborak dan berkongsi cerita,
Kita masih ada lagi adik2 pengubat sepi di rumah,
Kita masih ada lagi rumah yang mempu meneduhkan dari hujan dan matahari,
Kita masih boleh makan hasil dari tangan ibu kita,
Kita masih boleh pimpim tangan dan cium tangan mereka,
kerana dari rumah la...KEBAHAGIAN tu masih ada untuk kita..
Pernah tak kita terfikir?
Pernah tak kita bersyukur?


readmore »»

.:Kepenatan!:.

.
2 comments

As salam.Sem ni paling sibuk sebab banyak fakulti dan kolej akan buat dinner di dectar.Malam tadi baru selesai 1 dinner iaitu dinner kejuteraan dan alam bina.Mybe dinner ini khas tuk pensyarah dan staff sokongan.Memang menarik dinner malam tadi dengan bertemakan malam arabia.Masing2 cantik dengan pakaian arab masing2 dan hitam menjadi pilihan hati kebanyakan orang malam 2.

Lama juga la dinner malam 2.Aku ditugaskan untuk menjaga followspot.Semua berjalan lancar la.Paling tak tahan bila bau makanan diorang malam tu.Dah la aku ni tengah berdiet sekarang tapi tergoda sikit la dengan bau ayam.NYAM2~

Lepas abis buat keje,macam biasa kitorang akan tunggu semua tetamu beredar untuk kemaskan set mana yang patut.Malam tadi keje tak banyak sangat sebab kebanyakan nya dah dikemaskan oleh anak buah encik ketua teknikal.Jadi kami hanya duduk dan makan kacang.HEHE.Tetiba ada ahli jawatankuasa Ketua penyamun suruh kami habiskan makanan utama kat tepi dewan.Aku dah tersenyum2 dah.HAHA.Jom penuhkan perut dengan nasi beriani dan paling best,KAMBING GOLEK.Sedap sangat sebab daging dia lembut sangat.Aleen pun makan banyak juga.Ish,rugi tak tangkap gambar diorang melapah daging kambing tu dengan penuh rakus dan berselera.Malam tadi balik dengan perut yang kenyanggggg...

Pagi ni ingat nak keluar kejap.Teman doyot beli hadiah katanya.Dia plan nak g mid n pasar seni.Okep..Tak tahu nak beli pe sebenarnya.Niat memang nak jejalan dan makan.HEHE.

Ok,semoga hari ini akan mendatangkan kebaikan pada semua.Enjoy k!Semoga jumpa lagi.

readmore »»

Wednesday, January 19, 2011

.:aunty,duduk la:.

.
3 comments

As salam semua.Kali ini nak cerita tentang kisah saya dalam train.Masa tu letih sangat selepas dua hari berturut2 saya keluar bersuka ria sambil melupakan kerja2 di U.Huhu.Rasa bersalah kejap.Ok,masa tu nampak train sayup2 dari jauh.Orang pun agak ramai masa tu.Dalam kepala ni memang ingat nak terjah dan tolak menolak je tuk dapatkan tempat duduk dalam train.Tak larat rasanya nak berdiri.

Kali ini elok pulak train ni berhenti depan2 saya.HUHU.Selepas 2,3 orang keluar,cepat2 kaki ni melangkah ke dalam.Memang ganas kejap masa tu.Lepas dapat seat baru kembali ayu sebentar.Haha.Ok,sebelum train bergerak,masuklah seorang aunty cina.Dah agak berumur la.Dia berdiri depan saya tapi saya tak buat apa pun.Tetiba,budak perempuan depan saya,pelawa aunty tu duduk.Dengan gembiranya aunty tu pun duduk dan mengucapkan terima kasih.Wah!Semangat 1Malaysia.Ni yang saya suka ni.Masuk pula seorang aunty cina ni.Saya pandang dia agak lama jugak la.Emm..nak kasi dia duduk ataupun tak ni..Macam tak larat je tengok dia berdiri sambil pegang pemegang besi tu.Kesian plak.Selepas train tu berjalan,saya pun berdiri dan menepuk bahu aunty tu.

"aunty,duduk la tempat saya".
"Eh,takpe.Awak duduk la.Aunty dekat je nak turun ni".
"Eh,tak pe la aunty.Duduk la.Betul ke aunty tak mau duduk ni?"

Selepas sesi pujuk memujuk selesai dan aunty tu enggan nak duduk,saya pun kembali la duduk kat seat tadi.Em..Tak nak pulak aunty ni.Takpe la.Aunty ni pun macam kuat lagi nampaknya.Dengan barang2 penuh dia bawa.Dan masa tu juga saya terlena dalam train.Selepas sedar je,saya tengok aunty tu dah tak ada.Dah turun la tu..Emm..Tempat yang nak dituju pun dah makin hampir ni.Rasa tak sabar nak bertapa bertahun2 atas katil.FULL STOP!

readmore »»

Thursday, January 13, 2011

.:BERGEMBIRALAH!:.

.
2 comments

As salam semua.
Siapa yang rasa sedih sangat hari ini?Sila angkat tangan.Angkat tinggi2 k.
Nak tanya,apa yang membuatkan anda rasa sedih sangat?
Bergaduh dengan teman baik kah?
Terasa bila kena marah dengan ibu bapa kah?
Ditinggalkan insan tersayang kah?
Tak cukup duit kah?
Anda sakit kah?



Macam2 sebenarnya boleh menimbulkan perasaan sedih.
Rasa senang sangat untuk rasa perasaan sedih ini.
Disebalik rasa sedih juga kita akan sentiasa ditemani dengan teman baik kita,iaitu,air mata.
Semua pernah mengalirkan air mata kan.
Kata orang,air mata adalah kekuatan bagi seseorang dan saya setuju dengan kenyataan ini.
Selepas puas menangis di tikar sembahyang,atas di atas bantal,atau di dalam bilik air,atau di bawah katil, mahupun di dalam almari,
percayalah,kekuatan itu tetap ada.
Jika kita mahu percaya.

Jika ditinggalkan teman istimewa:
Fikirlah,dia mungkin bukan jodoh yang ditentukan Allah.
Akan ada insan lain yang akan mengisi kekosongan hati.
Kerana Allah telah berjanji,Aku jadikan setiap satumya berpasangan.
Jangan menangis,kerana setiap orang yang baik,
dihadiahkannya seorang peneman yang baik juga.
Jadi,berubahlah menjadi yang baik dan lebih baik.
Yang penting,percaya pada janji Allah.


Jika terus dihantui kesilapan yang lalu:
Biarkan kesilapan itu berlalu seperti angin.
Apa yang telah berlaku,telah ditentukan untuk terjadi,
Ambillah ikhtibar dan teladan,
Jangan ulangi kesilapan.
Setiap manusia dijadikan oleh Allah untuk menyembahkan dan mengingat-Nya selalu.
Jika engkau pernah melakukan sesuatu dosa dan dihantui dalam setiap nafasmu,
maka,bertaubatlah pada Allah.
Kerana kita memang dijadikan untuk sujud dan memohon ampun kepada-Nya.
Itulah diwujudkan TAUBAT...
Kerana,Allah itu Maha Pengampun.


Jika kita terasa keseorangan:
Warnailah hidup kamu dengan seribu satu warna2 di dunia ini.
Hiasilah ia dengan gelak ketawa,sedih dan pilu.
Kerana Manusia ini terlalu istimewa kejadiannya.
Keluarlah kamu dari kepompong yang membahayakan diri kamu.
Carilah perkara baru yang belum anda pernah lalui,
kerana dunia ini terlalu luas untuk kamu.
Percayalah,kamu tidak pernah keseorangan,
kerana Pencipta kamu tetap ada,
cuma kamu yang kadang2 melupakan-Nya.




p/s:gambar ihsan pak cik google.Mekasih pak cik.



readmore »»

.:New Year Giveaway by Ayeen's Craft!!!:.

.
3 comments


As salam semua.
Teruja sangat kali ini nak masuk giveaway dari Ayeen's craft ni sebab saya suka crafting!!!
Hari tu kan ada beli kain felt ni dan dah cuba2 buat sediri dan nampaknya ada yang suka hasil kerja saya iaitu pelanggan setia saya,MY ADIK!HAHA..Sebab saya tak jual kat sesiapa lagi pun..
Jom semak apa syarat2 penyertaan giveaway ni:-

1)Jadi follower(DONE) dan letak link Ayeen's Craft (DONE)
2)Letakkan banner jika mahu (DONE)
3)Buat entry tentang giveaway ni (DONE) dan letak banner seperti diatas (DONE)
4)Tinggalkan komen di blog Ayeen dan tinggalkan link (DONE)

Pemilihan pemenang juga dilihat melalui kekreatifan masing2.Kali ini saya nak kongsi sama2 hasil2 crafting yang telah saya buat ketika cuti sem yang lepas.Jom,layan~

 Ini yang saya mula2 buat dulu.Untuk umi tersayang.walaupun agak tak cantik,tapi umi tetap kata cantik.HEHE

Sebenarnya buat spongebob ni tuk akak sebab dia kata comel.Saya plak tak rasa dia comel.HEHE.Tapi tetap buatkan juga.Lepas siap,dia tak mo pulak.Dia kata ni tak comel~HUHU..Patah ranting kejap.

Ini memang berjaga sepanjang malam nak siapkan kek ni tuk akak sebab nak gantikan dengan spongebob tadi.Dan akhirnya akak gembira sangat sebab saya buat cantik sket kali ini.HEHE.

Bunga ni khas untuk kejayaan seseorang.Tahniah k!

Inilah hasilnya dalam waktu yang agak singkat saya dapat siapkan.Silalah menjamu mata.HEHE.

Ok,dah siap post kali ini.Semoga kita berjumpa lagi k.
As salam.





readmore »»

Wednesday, January 12, 2011

The Sneezing Baby Panda

.
2 comments



As salam.Saya rasa panda adalah haiwan paling comel untuk dibela.Rasa comel sangat la.Ada sesiapa boleh bagitau,macam mana nak dapatkan panda ni?Terasa memang nak bela giler2 ni!HAHA~


readmore »»

.:apa yang buat anda tak yakin?:.

.
2 comments

As salam semua.Kali ini saya nak bercakap tentang yakin diri.Tapi ini bukan slot cara nak tinggikan yakin diri anda tapi lebih tertumpu pada faktor yang menyebabkan kita kurang yakin diri.

Ini kisah benar dari apa yang saya dengar dari kawan2 tentang kisah seorang kawannya yang lain.Pada mulanya dia ditawarkan kos yang memerlukan dia bercakap dan memberi hujah tentang sesuatu perkara di hadapan kelas.Tapi disebabkan dia kurang yakin diri,dia sanggup gugurkan kos yang dia ambil selama setahun itu dan mengulang tahun pengajian dalam kos yang berlainan,hanya kerana sebab kurang keyakinan untuk bercakap di khalayak ramai.

Pasti anda pun ada kelemahan masing2 yang menyebabkan anda menjadi kurang keyakinan apabila diminta memberi hujah dihadapan ramai orang.Ini antara faktor yang boleh menyebabkan saya sendiri kurang berkeyakinan untuk berdiri di khalayak ramai.Mungkin ada diantara semua ada persamaan dengan saya.

Saya menjadi kurang berkeyakinan apabila:

1)Tidak memakai bedak (SEYES WEI!Tapi bagi saya tak susah nak bajetkan bedak saya setiap bulan sebab ianya murah dan mudah didapati di mana2 kedai jamu,watson,guardian dan farmasi.HEHE..Sangat sesuai dengan kulit saya juga.MY PIXY~)


2)Orang menegur pakaian yang saya pakai.(Ini pun menjadi penyebab utama yang menyebabkan saya nak balik awal kalau dah abis buat keje diluar.HUHU.Tak pun saya akan beli baju lain yang elok dimata si pengkritik.)


3)Tudung yang saya pakai tidak terletak pada koordinat dan sudut yang betul.(Ini pun sangat penting juga sebab sebelum keluar dari bilik saya akan pastikan tudung elok pada pandangan saya.Lantaklah pada pandangan orang lain.Saya juga akan elakkan dari berjalan tempat y ada kipas.Kalau angin tu tak dapat nak dielakkan la.Jadi,cepat2 pergi cari cermin!HAHA)


4)Perlu untuk pegang sesuatu kalau bercakap di hadapan.(Kalau tak,alamatnya memang kena ketawalah sebab semua nampak tangan saya yang kuat menggeletar ni.HUHU.Banyak kali sebenarnya pernah bercakap di khalayak ramai dan selalunya saya akan pegang pen la.Baru nampak maca terpelajar sikit.Tak pe,berlakon hebat kadang2.HEHE)

Rasanya ada lagi kot cuma tak perasan pula.Tak pelah,nanti kalau ada lagi dari pihak anda semua,sudi2 kanlah nak kongsi bersama2 saya.Mungkin kita dapat bincangkan masalah tersebut dan cari penyelesaiannya bersama2.Ok,saya nak berhenti tulis disini dulu.Moga kita dipanjangkan umur dan berjumpa lagi.As salam semua.

MUTIARA KATA 66:

Ingatlah firman Allah s.w.t,
Sesungguh tiap2 suku telah mengetahui tempat minumnya(masing2) (al-Baqarah:60),
demikian juga firman-Nya,Dan bagi tiap2 umat ada kiblatnya(sendiri) yang ia menghadap kepadanya
 (al-Baqarah: 148)


readmore »»

Tuesday, January 11, 2011

.:dulu,kini dan selamanya:.

.
2 comments

As salam semua.Tadi ada la ronda2 kat fb kawan2 sekolah menengah dulu.Nampaklah gambar2 yang kami ambil bersama masa dulu2.Memang nampak sangat muka kanak2 yang tak matang.Sangat berbeza berbanding sekarang.Kalau dulu ada yang montel,sekarang dah kurus melidi.Kalau dulu ada yang bermata sepet,sekarang sudah bermata bulat dan berwarna warni.Kalau dulu gelap mendung  di langit,sekarang dah putih melepak.Macam2 perubahan ada dalam kawan2 aku ni.Nampak sangat masing2 dah matang dan dah pergi jauh dalam bidang masing2.

Siapa yang nak tengok masa aku sekolah dulu?HEHE..Sebenarnya aku pun banyak gak berubah.Dari sekasar kertas pasir,aku menjadi selembut bayu.ACECEH..maaf lah,tak ada yang sudi nak memuji.Terpaksalah angkat bakul sendiri.HUHU..

Rasa2 mana aku?HAHA...Teka la..

Sebenarnya rasa sebak sangat bila tengok gambar2 lama ni.Lagi2 kenangan yang ditinggalkan di sekolah dulu tak seindah macam orang lain.Aku ni orangnye agak keras kepala dan ada buat banyak masalah.Biasalah,lagi2 dah jadi senior masa tu.Memang pakai otak sendiri je nak buat sesuatu perkara tanpa berfikir dulu.Rasa sedih sangat sebab tak sangka pohon yang aku panjat selama ni tak kukuh.Dahan dan rantingnya rapuh dan tak sekuat balak.Akhirnya,aku rebah dan jatuh juga ke tanah.Disebabkan aku lebih banyak kenangan pilu berbanding gembira di alam persekolahan dulu,aku selalu rasa sedih bila teringatkan zaman dulu.Sepatutnya sebagai seorang pelajar dulu aku perlu buat sesuatu tuk diri aku sendiri.Tapi sedihnya aku GAGAL...

Lepas habis sekolah dan berbekalkan keputusan yang cukup2 makan tu aku berjaya juga menapak ke alam matrik.Aku pun hairan macam mana aku boleh survive dalam keadaan pembelajaran matrik yang padat dan pendek.Kalau diikutkan logik akal pun aku tak mampu sebenarnya nak berjaya ketika matrik.Mungkin SPM dulu membuatkan aku bangkit balik.Sampailah aku berjaya menapak ke universiti pula.

Bagi aku hidup di U bukanlah senang.Banyak yang perlu aku belajar dan korbankan untuk diri sendiri dan orang lain.Aku terpaksa buat keputusan yang sukar.Melalui hari2 yang mengugat kesabaran.Berkawan dengan pelbagai jenis manusia dan berperang dengan perasaan sendiri.BUKAN SENANG...

Bila dah lama2 aku berdepan dengan semua masalah aku,baru aku sedar setiap yang berlaku dulu banyak mengajar aku dalam kehidupan aku kini.Terutamanya,kesabaran dan keikhlasan.Dulu kat sekolah aku ramai kawan2,tak kisahlah laki atau perempuan.Tapi bila di U,aku kurang kawan.Yang ada hanya sesiapa yang hadir dekat dalam hidup aku.Dulu disekolah kami hidup bagaikan sebuah keluarga,tapi bila di U kami hidup sebagai orang asing,walaupun hari2 kita berjumpa dengan mereka.Bila di U takkan ada yang akan ingatkan kita untuk solat,bangun subuh,mandi pagi,makan tengahari dan malam,berjogging petang2,keluar main bowling,keluar berjalan2 dan banyak lagi.Kalau kau pandai buat kawan,otak gila2,jadi ko akan menjadi sebahagian dari satu kumpulan.Tapi kalau kau pasif dan bersendiri,kau akan tetap keseorangan.

Bagaimana kehidupan aku di U ini?Dulu disekolah suara aku seperti halilintar membelah bumi.Ada je kaum adam akan dimarahi aku.Ada je kedengaran hempasan loker besi ketika aku melepaskan geram.Ada je kerusi aku baling untuk melepaskan stress.Sampai lah ada seorang teman aku menegur,"jadilah wanita yang baik...".Mula aku ingat tu gurauan antara aku dan dia.Agak lama juga aku nak fahami apa yang dia maksudkan dan akhirnya aku tau apa yang dia maksudkan.Sampai di U,aku ubah cara pergaulan aku dengan lelaki dan perempuan.Lagipun aku perasan,perasaan aku sekarang lebih sensitif berbanding dulu dan aku boleh kawal emosi dan amarah aku.Cuma yang tak sedapnya ada yang mengambil kesempatan dan tidak hormat pada perubahan aku ni.Aku taknak selama2nya jadi wanita ganas dan kasar.Aku tukar cara percakapan aku supaya lagi elok pada pendengaran orang lain.Aku letakkan kepercayaan kepada orang lain agar mereka tidak menipu aku.BERUBAH...

Tapi yang pastinya aku tak pernah kesal dengan perubahan yang aku buat.Aku tahu,Allah sentiasa menguji hamba2-Nya.Aku juga termasuk menerima ujian Dari-Nya.


readmore »»

Monday, January 10, 2011

.:explorace di hujung minggu:.

.
2 comments

As salam semua.Hari ini ahad,9 Jan 2011.Pagi tadi bangun agak lewat sikit sebab tidur pukul 4 lebih pagi.Tidurku tak lena sebab dengan hidung tersumbat dan batuk.Sakit sangat tekak ni malam tadi.Tu yang tidur tak lena.Nasib baik Sabrina kejutkan pagi tu sebab tanya nak turut serta tak dalam explorace tu.Mulanya rasa nak sambung je tidur balik tapi bila difikir2kan kembali,bukan senang saya ni nak ikut apa2 aktiviti yang ada dalam UKM ni dan selepas tu saya ambil la keputusan tuk turut serta.Pagi tu sebenarnya ramai dah berkumpul seawal 8 pagi tapi bagi insan2 yang bangun lewat seperti saya,pukul 9 lebih baru sampai.Nasib baik tak mula lagi explorace tu.Dengan bayaran masuk sebanyak rm1 saya dah siap sedia tuk berlari dan menang dalam explorace ni.HAHA..GILA KENTANG!

Kami dibahagikan 10 kumpulan dan dalam setiap kumpulan ada 5-6 ahli.Dalam kumpulan tu memang tak kenal langsung antara satu sama lain tapi ada la slot suai kenal yang pendek kami buat kejap sebelum explorace tu bermula.Sebelum masuk explorace ni memang dah bayang2kan apa yang bakal saya buat tuk dapatkan klu2 di tempat checkpoint.Terimbau2 kenangan di sekolah dulu bagaimana kami dibuli oleh senior untuk mendapatkan klu.Dapat bayangkan juga muka2 senior yang bakal gelak2kan kami ketika menyelesaikan tugas di checkpoint2 tertentu.HAHA...SIAP SEDIA LA KO!!!

Mula2 rasa pelik sangat sebab kami disuruh mempunyai sebuah tafsir al-Quran dalam setiap kumpulan.Eh,nak watpe pulak bawa tafsir ni.PELIK SEBENTAR...Lepas tu kami diberi klu yang pertama.Saya buka klu tu dan pelik kejap sebab ada nombor je.EH,KENA KIRA BEARING KE?OH!Klu tersebut berdasarkan ayat Al-quran rupanya.KERDIL KEJAP RASANYA DIRI NI...

Kami pun berlari2 penuh kesungguhan selepas maksud ayat al-Quran itu membawa maksud tentang gunung ataupun tempat yang tinggi.Kami mendaki bukit dengan penat lelahnya.Sampai di checkpoint pertama,kami ditanya pasal tayamum.Kami dikehendaki bertayamum dan menunjukkan cara yang betul dengan menggunakan tepung sebagai ganti dengan debu.Kerana atas bukit tu basah terkena air hujan semalam.Lagipun kawasan tu kurang bersih kerana merupakan tempat projek pembinaan bangunan baru.Selepas bertayamum,kakak kat checkpoint tu tanya apa asal kejadian kita.Aku dengan bersungguh2 menjawab,TANAH!Yeah..BETUL..Tetiba akak tu cakap,"Jom kita cari kawasan tanah yang lapang dan sujud ke tanah sambil berdoa kepada Allah"Aku pun sujud je la seperti mana akak tu suruh.Mula2 aku tak paham gak nape kami disuruh sujud tapi bila dah sujud dan berdoa tu baru aku paham.Rupanya explorace ni bertemakan Islamik.Rasa seronok sangat sebab inilah kali pertama aku masuk explorace macam ni.Mana ada buli2 macam dulu.Rasa lebih tenang walaupun berlari sampai ke tengahari.

Sepanjang explorace ini aku rasa lain plak yang wujud dalam hati.Susah aku nak cakap dan simpulkan apa yang aku dapat sepanjang aktiviti ini sebab apa yang berlaku sepanjang hari ini ada kaitannya dengan diri aku.Aku sedar dan ada membuat perubahan tapi takkan ada yang nampak perubahan itu sebab kebanyakkan manusia hanya menilai perubahan itu melalui apa yang zahir di nampak.Bukannya secara batin yang sesiapa pun tidak nampak.Orang boleh menyuruh aku buat itu dan ini tapi aku tak faham kenapa aku tak buat.Walaupun aku sedar apa yang diorang suruh aku buat itu adalah perkara yang baik.

Aku bersyukur sangat sebab aku adalah manusia yang senang menerima pendapat orang lain walaupun dulu aku jauh berbeza dari sekarang.Banyak aku belajar dan aku alami dalam hidup ni cuma kadang2 aku rasa keliru dengan pilihan yang perlu aku buat.EMM..rasa malas nak pikir masalah ni.Nak hidup seperti orang normal yang ada kehidupan normal.Boleh ke?

readmore »»

Saturday, January 8, 2011

.:wabak demam menyerang!:.

.
5 comments

As salam semua.Rindu2 kat blog ni sebab dah lama tak update.Alhamdulillah la sebab dapat jugak pinjam netbook akak sementara laptop saya di repair.Sebenarnya tadi baru balik dari Seremban.Paling best sebab bawa juga kawan satu kos sama2 ke sana.Lagipun tak ada apa sangat yang saya buat kat Jusco.Temankan mazian cari beg tuk adik dia,aleen cari jeans dan saya pun taknak la pulang dengan tangan kosong.Sempat la jugak rembat sehelai baju.HEHE.Saya paling suka shopping!Lagi best kalau banyak duit!HEHE...

Sejak balik dari kelas semalam memang dah rasa macam nak demam je ni.Sakit tekak tahap melampau memang dapat rasa la.Lepas tu siap bersin2 lagi.Takutnya kalau demam.Sebab tak dapat nak buat apa2 keje.Nanti asyik terlantar sakit je.TAKSUKE2!!Yang penting,jangan manjakan diri sangat.Baru nanti cepat sembuh kan.Insyaallah...

Malam ni ada majlis makan malam sempena anugerah seni UKM.Saya disuruh datang ke dinner sebab nak penuhkan meja yang telah diberikan pada kelab teknikal.Tapi bayaran dikenakan.1 meja=rm200.Maknanya sorang kene bayar rm20.Yang menjadi masalahnya malam tu kami perlu berpakaian mengikut tema majlis iaitu glamorous rock!SAYA TAK ADA BAJU!!!Hahaha..terbanglah duit lagi kalau nak suruh saya bershopping baju dinner.Paham2 je la dengan kaum wanita ni kan.Bukan setakat baju je kene lengkap.Set barang hiasan,beg tangan,kasut,make up dll.Nak kira2 adalah dalam rm200 lebih kot.HAHA..Manalah nak ambil duit banyak macam tu nak pergi dinner.Alamatnya,kami ambil keputusan tak nak pergi ke dinner tu malam ni.Dah la dengan keadaan tak sihat ni,kene pakai baju lawa2 tapi jalan kaki ke dewan.Kalau ada kereta yang menjemput atau menumpangkan tak pe lah jugak.Tak ROCK la kalau jalan kaki...HEHE..DEMAND!

Ok lah,nanti nak cerita lagi benda2 yang terjadi kat sekeliling hidup saya ni.Setakat ini je la dulu k.Nanti ada masa,kita ketemu lagi.As salam semua.

readmore »»

Sunday, January 2, 2011

.:perihal kasut kulit babi:.

.
5 comments

As salam semua.
Kali ini nak bercerita tentang cerita dari kawan baik saya.
Masa cuti aritu,dia ngan adik dia pergi beli kasut baru kat mall.
Lepas dah cuci mata,dia pun beli sepasang kasut cantik.
Dah sampai kat rumah,dia bukak kotak kasut tu dan pakai la kat kaki dia.
Masa dia belek2 kasut tu dia nampak 3 titik kat dalam lining tu.
Mula2 dia tak terfikir pun tentang kulit babi tu.
Dia pandang je adik dia try kasut tu kat kaki dia pula.
Lepas search internet pasal kulit babi tu baru dia yakin yang kasut baru yang dia beli tadi memang betul2 ada lining kulit babi.
Esoknya dia pulangkan semula kasut tersebut dan menukarkan dengan kasut lain kerana duit tidak boleh dipulangkan.
Sampai dirumah,dia ajak adik dia samak kaki masing2.
Ini antara dialog mereka.

adik:akak,kenapa kita kena basuh kaki dengan air tanah ni?
akak:ini untuk lembutkan kulit dik.Memang elok kalau mandi dengan air tanah.Kulit jadi lembut je tau.
adik:o0o...

p/s:harap semua boleh pandang berat kes ini apabila nak beli kasut.Bukan kasut sahaja,cover handset dan banyak lagi produk dari kulit babi ini dah terjual dengan meluasnya di Malaysia.Berhati2 k.



Inilah corak untuk mengenali lining kasut dari kulit babi.

Baik2 k.
As salam.





readmore »»

Saturday, January 1, 2011

.:memori bersama pada akhir tahun ini:.

.
2 comments

As Salam semua.Lama sangat tak update kat blog ni.Rindu giler!HAHA.

Tanpa disangka,kita dah pun melangkah ke tahun baru 2011.3 hari bercuti,Jumaat,Sabtu dan Ahad.Terfikir sejenak apa yang telah berlaku sepanjang tahun baru ini.Rasa best sangat sebab berkesempatan berjumpa dengan teman baik saya di Mines semalam.Walaupun penat berjalan mencuci mata dan duit,tapi memang best sangat dapat jumpa mereka semua.

Rasa pelik je bila nak menulis di blog ni.Sebab ayatnya dah jadi pelik.Almaklumlah dah lama tak meng-update.Tak sabar nak tunggu minggu depan supaya dapat update blog macam biasa.HEHE.Ok lah,jom layan gambar2 kat bawah ni sambil bercerita tentang semalam.

.:roomate masa kat matrik melaka.Pada dialah tempat mengadu nasib di Melaka.Sangat ceria dan peramah serta mudah berkawan dengan sesiapa sahaja.Orangnya cantik dan putih salju.HEHE.Ada yang berkenan?Meh isi borang dengan saya dulu.HEHE:.

.:lepas hantar ain balik dan bersalam2an dengan maknye,datang pula si telo.Hehehe.Yang kiri tu kawan baik saya jugak.Tempat mengadu masa sekolah menengah dulu.Telo,Doyot,Yot adalah antara nama manjanya yang kami beri.HEHE.Masih keding seperti dulu.Rasa ni la telo yang takkan bulat2.HAHA.

Yang kanan tu teman tidur dulu di sekolah.HEHE.Masih cantik seperti dulu kan.Namanya fizah.Orangnya rendah2 pokok duit2.HEHE.Jangan marah ye yang..Dialah teman jauh dan susah sangat nak jumpa sekarang ni sebab dia dah belajar ke Sabah.Rasa seronok sangat sebab dapat jumpa dia waktu sebelum dia terbang pulang ke sana semula.Love U All!!!

.:jom la layan detik indah kami bersama2 di mines:.

.:Mekasih kat Yot sebab belanja makan dan minum kat kopitiam.hehe:.

.:abaikan kekotoran pada lengan baju tu sebab comot sangat minum oreo blog:.

Nak cerita pasal beli minuman blog ni.Masa tu dengan fizah la.Kitorang nak minum oreo blog sebab haus sangat bercakap dan berjalan dari pagi sampai ke petang.Masa tu ada sorang laki cina yang beli.Lepas dia beli dan bayar,kami pun ke depan la kat kaunter nak order minuman tetiba dengar bunyi BUB!Terus pandang ke arah kiri dan lihat cina tadi terjatuh dan blog yang dia pegang pun tercampak ke bawah.Rupa2nya dia tergelincir sebab lantai kat situ licin.Dah jatuh je,laki tu terus bangun tanpa tengok apa2 dia berjalan macam tak ada apa yang berlaku.Mula2 rasa kesian kat dia tapi pastu rasa kagum kejap sebab laki tu boleh buat macam tak ada pe2 yang berlaku.HEHE.KAGUM!

Sekarang ni saya ada dirumah.Mnghabiskan masa yang ada dengan keluarga sebab lepas ni dah sibuk dengan kerja2 di U serta teknikal.Ok,semoga kita berjumpa lagi dengan cerita2 lain.

As salam.





readmore »»

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:nuffy:.

 

Followers

About Me

+qasih nadira+
+terkadang aku terjatuh menyembah bumi+ +terkadang aku bangun mendongak ke langit+ +tapi hakikat ku masih hamba yang hina+ +ingin ku berjumpa dengan-Nya+ +dengan hati sesuci embun pagi+
View my complete profile