Pagi ini terasa amat tenang. Matahari kelihatannya malu-malu berselindung di balik awanan gebu berlatarkan langit nan biru. Usai bersiap, Iqbal Hanina memulakan langkah keluar dari biliknya dengan penuh tawakkal. Dia perlu berjumpa temannya Shahida di Pondok Lembaran 10 minit lagi. Selawat tidak lekang dari bibirnya. Hatinya benar terasa berdebar-debar sejak Subuh tadi. Mimpinya pada malam tadi masih berlegar di minda. ‘Milky Way dan Abdullah Wafi? Apakah maksud semua ini?’. Dia berusaha agar lebih fokus kerana hari ini adalah hari besar buat dirinya. Terasa berat ujian, terasa besarnya beban. Namun saat itu juga, terulang di benaknya akan hadis junjungan Rasulullah s.a.w.,
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Di lain riwayat, Rasullullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya
:
“Pada tiap-tiap pagi
lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap
tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu
sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua
rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Tanpa berlengah Iqbal Hanina berpatah kembali ke
bilik. Walau masa yang dia ada amat suntuk, tapi dia yakin pertolongan Allah swt
perlu dijemput. Wudhuk disempurnakan dan
Solat Dhuha pun ditunaikan. Satu keyakinan, satu ketenangan yang tidak dapat
digambarkan lantas hadir menguatkan dirinya. Allahuakbar! Manusia itu fitrahnya
hanya akan lebih ingat kepada Tuhan saat diuji. Hari ini dan saat ini,
keyakinannya semakin tinggi terhadap hadis Habibullah ini. ‘Allahumma Solli Ala
Muhammad !’.
“Iqbal Hanina, awak okay? Senyum lebih sikit ya. Hari ini penentuannya.” Shahida menegur Iqbal Hanina yang kelihatan berfikir jauh sepanjang berjalan dari Desa Lembaran. Iqbal Hanina menatap wajah Shahida, manis, lalu menghadiahkan seukir senyuman. “Insya Allah. Doakan saya ya. Jom, harapnya kita tak lewat nanti.” Langkah mereka laju menyelusuri susur gajah berbumbung hijau menghala ke Pusat Pengajian Elektrik dan Elektronik. Banner dan Poster Pilihan Raya Kampus terhias penuh di sepanjang laluan. ‘Hasbunallah wa ni’mal wakeel !’.

*** ***
1 Tahun Sebelumnya
*** ***
Cahaya matahari waktu Dhuha menyimbah lembut ke
wajah mulus Iqbal Hanina. Kesilauan, dia menundukkan pandangan ke bawah
memandang rerumput segar menghijau di bawah kaki. Di hadapannya Syed Muzaffar
dan Wan Hafidz berdiri. Mereka menanti jawapan darinya. Jarak 3 kaki antara
mereka masih terasa amat melemaskan buat Iqbal Hanina. Sekilas Iqbal Hanina
memandang Shahida dan Annur yang berdiri di sebelahnya.
“Saya mohon beri masa untuk saya buat Solat Sunat Istikharah dan buat Istisyarah dulu.” Iqbal Hanina bersuara, sedikit tegas. Satu kumpulan pelajar Tahun 1 kelihatan menghampiri pintu Dewan Kuliah Utama Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, tempat mereka berlima berdiri.

“Boleh Insya Allah. Kami amat berharap akan menerima
berita baik dari Saudari.” Balas Wan Hafidz, bersungguh. Syed Muzaffar hanya
mengangguk penuh berharap. Pandangan mereka langsung tidak bertemu. Terjaga. “Kami
minta diri dulu. Assalamualaikum.” Akhiri Wan Hafidz dan mereka berlalu dari
situ. "Wa'alaikumussalam." Jawab mereka bertiga.
“Iqbal, jom kita pulang ke Desa. Saya teringinnnn
sangat nak minum Teh Tarik Peng Kafe Halim yang sedap tu. Oh sedapnya kalau dapat
minum dalam cuaca panas-panas macam ni!” Suara Annur memecah kesunyian, cuba
menceriakan keadaan. “Saya pun nak cuba lah. Kena sejukkan tekak dulu sebab
lepas ni kita nak interbiu cik adik manis kita seorang ni. Apalah jawapannya
ye. Kalau saya lah, mesti saya jawab YA terus tadi !” Shahida cuba mengusik
Iqbal Hanina. “Eh, sepatutnya saya yang lebih rasa dahaga sekarang kan? Mujur
saja tak pitam tadi.” Iqbal Hanina mencelah. “Betul juga tu. Usahkan awak, kami
pun terkejut. Mujur lah awak tak pitam.” Annur dan Shahida tertawa nakal.
Dari jauh Syed Muzaffar memerhatikan Iqbal Hanina bersama teman-temannya. Dia mengeluh dalam-dalam. Pap ! Satu tangan singgah memegang bahunya. “Hai, belum dapat jawapan sudah mengeluh. Tenanglah Syeikh! Wan Hafidz menepuk bahu tegap Syed Muzaffar. Syeikh adalah pannggilan mereka sesama sahabat. Lambang hormat dan erat persahabatan. Syed Muzaffar tersenyum kelat. Dalam hatinya, tersangat mengharapkan satu jawapan positif dari Iqbal Hanina, dan dia sesungguhnya tidak bersedia untuk menunggu jawapan itu terlalu lama.
Petang itu awan kelabu kumulunimbus memayungi langit Kampus Kejuruteraan USM. Iqbal Hanina memerhati dari luar jendela. Seberat mana pun awan mengandung air hujan, ia tetap akan bergerak membawanya menuju destinasi yang ditugaskan. Awan petang itu seolah memahami situasi Iqbal Hanina. Berat hatinya untuk memberi jawapan “YA”. Namun dia tidak dididik untuk terus memberi jawapan “TIDAK” sebelum dia membuat istikharah dan istisyarah. Kabur sekali jawapan dihati.
Imam
As-syawkani mengatakan Solat Sunat Istikharah disyariatkan di dalam Islam dan
tidak diketahui terdapat khilaf padanya (Naylul Awtar, 3/71). Kedua-dua amalan
ini mempunyai asas dan amat digalakkan di dalam Islam. Asasnya termaktub di dalam hadith sahih
riwayat al-Bukhari (Al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, no 6382; Sohih menurut
Al-Bukhari, At-Tirmidzi & Abi Hatim tetapi dhaif menurut Imam Ahmad Hanbal;
Dari jauh Syed Muzaffar memerhatikan Iqbal Hanina bersama teman-temannya. Dia mengeluh dalam-dalam. Pap ! Satu tangan singgah memegang bahunya. “Hai, belum dapat jawapan sudah mengeluh. Tenanglah Syeikh! Wan Hafidz menepuk bahu tegap Syed Muzaffar. Syeikh adalah pannggilan mereka sesama sahabat. Lambang hormat dan erat persahabatan. Syed Muzaffar tersenyum kelat. Dalam hatinya, tersangat mengharapkan satu jawapan positif dari Iqbal Hanina, dan dia sesungguhnya tidak bersedia untuk menunggu jawapan itu terlalu lama.
Petang itu awan kelabu kumulunimbus memayungi langit Kampus Kejuruteraan USM. Iqbal Hanina memerhati dari luar jendela. Seberat mana pun awan mengandung air hujan, ia tetap akan bergerak membawanya menuju destinasi yang ditugaskan. Awan petang itu seolah memahami situasi Iqbal Hanina. Berat hatinya untuk memberi jawapan “YA”. Namun dia tidak dididik untuk terus memberi jawapan “TIDAK” sebelum dia membuat istikharah dan istisyarah. Kabur sekali jawapan dihati.
Dari Jabir r.a bahawa Nabi bersabda : “Apabila seseorang kamu inginkan sesuatu maka hendaklah ia rukuk ( solat ) dua rak’at yang bukan solat fardhu (yakni solat sunat) kemudian berdoa:
Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghaib, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”
“Istikharah perlu apabila di hati kamu tidak ada apa-apa jawapan baik ya atau tidak. Masa itu lah baru istikharah itu benar-benar berfungsi.” Iqbal Hanina teringat satu kuliah oleh Ustaz Rifhan minggu lepas di Pusat Islam USM. Dia mencapai telefon bimbit. Beberapa bait mesej temujanji ditulis penuh hormat dan nama ‘Kak Tasnim’ dipilih sebagai penerima. Sent. Dia perlu bermuzakarah dengan Naqibahnya itu secepat mungkin. Perlu !
Akan bersambung.. InsyaAllah ^-^
..::Qalam 'Aini, 15 Februari 2016 / 5 JamadilAwal 1437H::..
Q'A
~alhamdulillah thumma alhamdulillah ^^