Posts

Showing posts with the label Cinta

semalam yang indah

Image
Assalamualaikum Wahh, tajuk takleh blah. Jiwang okay! Biasa la orang nak kawin dah. Huhuhu. Time ni la nk share perasaan kita. So lepas kawin bila baca balik mesti tersenyum2 teringat saat2 indah yang kita rasa sekarang ni. Saat2 nak menghampiri hari perkahwinan la yang paling manis rasanye. Sebab time ni la kita tengok si dia excited. Happy. Tak sabar2. Menghitung hari. Bahagia sangat :) En Tunang saya nampak sangat menghargai saat2 ni. Die selalu elakkan kami bergaduh. Kadang2 tu saya yg ter'emo' dan dtg hangin nak marah or cari pasal, die tetap sabar dan cuba meredakan keadaan dengan memanggil saya 'sayang'. He is so sweet actually. Muka die memang ganas. Muka org jahat bak kata tunang die ni. Huahuahua. But he is very nice, sweet, soft n gentlemen. Die bole bawakkan handbag saya jalan2 kat shopping mall or anywhere else tau! Bukan la saya saje2 buli die ke ape. Tapi kadang tu saya rasa rimas bwk handbag. Kadang tu rasa handbag tu berat. Terus die amik n die ba...

Happy 4th Monthsary Sayang...

Image
Assalamualaikum 2 Februari 2013 . Genap 4 bulan kami bertunang. Rasa macam baru je tulis entry pasal 3rd Monthsary  3 bulan... Syukur Ya Allah..  Another 4 months to go. Doakan kami ye kawan2. Semoga kami kuat dan tabah menghadapi liku2 dalam proses pertunangan. Aminnn... "Even if I had a  HUNDRED  reasons to  LEAVE  you, I'd still look for that  ONE  reason to  FIGHT  for you... I Love You Sayang... "

3/6/2012

Image
Assalamualaikum Tetiba rasa nak review balik masa 1st time dapat bunga dari En Tunang. *gedik* konon2 posing ngan bunga *poyo* Masa ni baru sebulan beberapa hari kenal. Kelakar gak cerita masa ni. Time ni memang agak bz la ke sana ke sini. Ade meeting n wedding BFF. Bole baca kat entry ni  Pening! Pening! Pening!  Masa saya kat Kuantan lagi die dok SMS suh balik cepat. Rindu katanye. Hehehe. Masa tu kitorg belum rapat sangat la. Saya pon layan tak layan je. Jual mahal. Biasa la kan ;p Banyak kali die kata nak jumpa. Pas saya balik dari Kuantan. Macam2 alasan saya bagi. Last2 jumpa gak. Balik dari Kuantan (saya drive sendiri masa tu. Shah Alam - Kuantan - Shah Alam) terus die datang Shah Alam nak jumpa saya. Jumpa kat Pak Li Kopitam kat Ole-ole Seksyen 18, Shah Alam . Dengan muka selenge tu jumpa la die kejap. Letih sebab drive jauh n banyak travel kan. Saya sampai dulu kat Pak Li tu. Die lambat sikit. Sebab gi beli bunga. Tup2 die datang dengan membawa...

Tanda Lelaki Sayang...

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu. Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu. Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya d...

Keajaiban Cinta - Aliff Aziz & Adira

Image
Assalamualaikum Sekarang ni saya tengah layan lagu kat bawah ni. Non stop dengar lagu ni. Lirik n musik die sangat best! Layannn~ Keajaiban Cinta - Aliff Aziz & Adira Takkan pernah aku menyerah Walau harus terpisah ruang Hanya bisa bermimpi Terlukis dalam khayal Betapaku tunjuk setia Biar waktu terus berlalu Hati takkan pernah berhenti Menyanyikan lagumu Membaca puisimu Selamanya aku rindu Biar hujan yang turun Membasahahi jiwa ini Ku tetap setia menanti dirimu Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi Ku sanggup menunggu dirimu Walau seumur hidup Kerna cinta ruang tak menjadi misteri Hanya ku melihat dirimu Datang memeluk daku Biar hujan yang turun Membasahi jiwa ini Ku tetap setia menanti dirimu Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi Ku sanggup menunggu dirimu Walau seumur hidup Kerna cinta ruang tak menjadi misteri Hanya ku melihat dirimu...

Jumpa Aaron Aziz di Karnival Karangkraf 2013!! *pengsan*

Image
Assamualaikum Semalam saya jumpa Aaron Aziz! Ohhh pengsan! Tiada kata seindah bahasa untuk ku gambarkan perasaan ku ketika itu. Huhuhu. Matching tak?? Matching tak?? Matching sangat kann?? Hahahaha. Ok gedik sgt ok! *tutup muka*   Belum kawin lagi bole la gedik2 macam ni kan. Sat g dah ade laki kena cakap laki kita paling hensem kan? Kikiki. Sorry tak sempat wat intro tadi sebab sangat excited. Actually saya taktau pon ade Karnival Karangkraf 2013 . Family mertua yang ajak pegi. Saje nak jalan2. Ikutkn macam malas gak tapi pikir2 pegi la. Korbankan tidur anda! Hahaha. En Tunaang tak ikut. Die keje. So dipendekkan cerita sampai2 ktorg terus makan kat cafe kat sana. Lapar sbb msg2 tak breakfast.  Lepas makan kitorang tgk la satu bilik dpn cafe ni ramai orang. Ruang Media Hiburan . Nampak Dafi AF kat cafe masa makan tu. Bile kuar dari cafe nampak Dafi kat dalam bilik tu. Dalam hati saya kata, "Eh kalau ade Aaron Aziz memang cnfrm saya akan serbu n amik gambar ng...

Doa Untuk Pasangan

Image
Assamualaikum Doa yang bermanfaat dari Ustazah Siti Nor Bahyah dalam Semanis Kurma . Surah Al- Imran, ayat 31 . Doa ini dibaca untuk bagi pasangan kita sayang kat kita. InsyaAllah. Boleh dibaca sambil kacau gulai / sup /  bubur dan sebagainya sebelum dihidangkan kat suami tercinta. Atau selepas solat. Atau masa buat air untuk suami. Bila-bila sahaja. Para suami juga boleh membaca untuk isteri. Moga cinta yang dibina sentiasa mekar bersama rahmat Allah. InsyaAllah.. Aminn... Sekian.

Tetapkan Hati Kami Ya Allah...

Image
Assalamualaikum “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali Imraan [3]: 8 ) Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin...

Bisikan Syaitan..

Image
Assalamualaikum Ya Allah, besar sungguh dugaan dalam alam pertunangan ini. Besar sungguh kuasa bisikan syaitan laknatullah!  Ya Allah, seandainya benar DIA adalah teman terbaikku dunia akhirat dan DAKU teman terbaiknya dunia akhirat maka Kau tetapkanlah hati kami dalam urusan yang sedang kami rancang. Kuatkan lah hati kami dalam menempuh dugaan-dugaan semasa alam pertunangan. Janganlah Kau pesongkan hati kami Ya Allah. Janganlah Kau lemahkan iman kami terhadap bisikan-bisikan syaitan durjana Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar rintihan hamba-hambaMu, Kau Maha Memakbulkan doa hamba-hambaMu. Maka ku mohon agar Kau makbulkan doaku ini Ya Allah.... Amin Ya Rabbal Alamin... Sekian.

Sebelum dan Selepas

Image
Assalamualaikum Si Dia dulu dan kini. Salah siapa?? (-_-!). But the problem is die takmo ngaku yang die semakin berisi. Padahal die sedar yang seluar die makin ketat! Hahaha. Tapi saya suka! Berisi  gemuk kan tandanya bahagia! (^_^) Sekian.

Happy Birthday Sayangku.. *outdated post*

Image
Assalamualaikum Lupa pulak nak cite pasal besday En Tunang. Hehehe. Aritu 03.01.2013 yang jatuh pada hari Khamis adalah ari jadi En Tunang yang ke 28 tahun. Baru masuk tahun baru dh tua dah dia. Saya ni baru 2 bulan merasa umur 27 tahun, die dah melangkah ke 28 tahun. Kesiannn... Saya beli hadiah die masa cuti tahun baru 01.01.2013 aritu. Masa tu die keje.So ade la masa utk belikn hadiah die. Pk punya pk nak beli ape tetiba die SMS mcm ni, " topi saya dah koyak la.." wahh hint ke cik abg! Hehehe. Sekian.

What A Coincidence!

Image
Assalamualaikum Post ni sambungan dari post saya yang terdahulu iaitu  Pergaduhan Semalam . Cuba tengok SMS kat bawah ni. See?? Kebetulan tak? Tetiba En Tunang SMS saya kata, "Ingat balik mcm mane hubungan kita bermula...sampai hari ni tersenyum sy sorang2..." Relate kan dengan ayat saya iaitu, ' bila kita berselisih faham, kenangilah saat2 bahagia kita...insyaAllah akan cepat sejuk hati kita.. (^_^)' Ade tak persamaan maksud di situ? Haa.. Ade kan?? Terkejut mak! En Tunang cnfrm2 tak baca lagi blog saya ni. Sebab ape? Sebab die taktau pon saya ade blog. Hehe. Bukan taknak bgtau tapi die tak pernah tanya. Apasal mcm sama je maksudnye ni? Ok sila abaikan. Secondly kat tempat keje die takde internet. So memang sume ni kebetulan *wink*wink* Saje saya taknak die tau saya ade blog ni. Sebab saya rasa one fine day nnti mesti die akan tau jugak. If die tanya, saya takkan sekali2 menipu. Even dalam handphone saya pon ade shortcut 'blogger' . Handphone...

Lepaskan....

Image
Assalamualaikum "...akan tiba saatnya di mana kita harus BERHENTI MENCINTAI SESEORANG , bukan kerana kita PUTUS ASA untuk mencintainya, tetapi kerana kita MENYEDARI bahawa ada insan lain yang lebih mencintainya, dan kita merasakan bahawa insan yang kita cintai itu akan LEBIH BAHAGIA apabila kita MELEPASKANNYA ..."  

Jodoh di Tangan Allah...

Assalamualaikum Saya terjumpa satu artikel menarik ni tapi tak ingat saya dapat dari mane. Saya terjumpa balik dalam simpanan kat handphone saya. Sedih masa baca artikel ni. Nice sangat utk dikongsi bersama :) Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak,  "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? " Mak jawab, "dua-dua bukan.."  Saya tercengang..Mak mengukir senyuman. "Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.."   Saya menarik nafas dalam-dalam. "Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?"   Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. "Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. " Kerana hanya Allah mampu memba...