Posts

Showing posts with the label All About Islam

Kursus Pra Perkahwinan... Again??!!

Image
Assalamualaikum Last weekend saya, En Tunang dan Sepul (kawan masa FSTEP) pegi Kursus Pra Perkahwinan anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). FYI, ini kali kedua saya pegi kursus kahwin ni okay. !st time pegi pada 18 & 19 Februari 2012. Genap setahun selepas tu pegi lagi.  Time tu pegi sebab temankan BFF yang nak kawin dah time tu. Mane ade calon masa tu. So prosedur nikah kawin bagai memang tak amik pot sangat la. Kali ni saje nak pegi lagi sebab nak teman En Tunang dan Epul. Paling penting saya nak dapatkan ilmu sama mcm ape yang En Tunang dapat. So in future nanti senang bole ckp mcm ni, "Aritu kan ustaz / ustazah pesan bla..bla..bla..." Bila kita suami isteri dapat information yang sama so mudah terap dalam diri kita insyaAllah. Saya percaya benda tu. Dan kali ni saya rasa kursus ni sangat bermakna. Sebab kita bakal melaluinya so baru kita dengar dengan baik, serap dalam diri dan kaitkan dengan pasangan kita walaupun banyak kali saya tertido dalam majli...

Doa Untuk Pasangan

Image
Assamualaikum Doa yang bermanfaat dari Ustazah Siti Nor Bahyah dalam Semanis Kurma . Surah Al- Imran, ayat 31 . Doa ini dibaca untuk bagi pasangan kita sayang kat kita. InsyaAllah. Boleh dibaca sambil kacau gulai / sup /  bubur dan sebagainya sebelum dihidangkan kat suami tercinta. Atau selepas solat. Atau masa buat air untuk suami. Bila-bila sahaja. Para suami juga boleh membaca untuk isteri. Moga cinta yang dibina sentiasa mekar bersama rahmat Allah. InsyaAllah.. Aminn... Sekian.

Tetapkan Hati Kami Ya Allah...

Image
Assalamualaikum “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali Imraan [3]: 8 ) Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin...

Isteri Solehah, Hebat Dugaanmu!

Assalamualaikum Saya kongsi kisah teladan yang saya copy paste dari blog  Di Atas Sejadah Cinta Assalamualaikum... Cerita ini panjang, kena sabar untuk dibaca. Tajuknya: "Jangan menangis wahai wanita." SEBIDANG tanah adalah kamu katanya, tamsilnya ladang dan dia adalah petani yang akan membajaki gemburan tanah. Sebab di sana dia akan membawa saya bersama-sama melayari bahtera hidup. Bersama nakhoda, saya menyemai cinta untuk saya buahkan kebahagiaan, untuk saya lahirkan amanat. Bukankah ia lelaki itu yang telah meletakkan saya di puncak? Ia mengandaikan saya dengan berbagai-bagai kejadian. Mula-mula ia ladangi saya. Katanya saya ladang subur, luhur yang bergenang air sumur. Kemudian ia limpahi madu kata yang mengkhayalkan jiwa. Tuturnya lagi, telaga yang melimpah niranya harus sering ditimba airnya agar ia tak mengering sendiri. Allah Menciptakan wanita untuk lelaki dan ia menyambung bahawa ia tahan berlapar dan haus tetapi tidak dapat bersabar dengan wan...

Warkah Seorang Ibu Buat Anak

Assalamualaikum Warkah seorang ibu buat anaknya yg mempunyai masalah rumahtangga dgn suaminya... Inilah laluan CINTA Anak ku, Memang indah menjadi isteri yang dicintai suami. Inilah yang menjadi impian para isteri. Tetapi indah bukan menjanjikan tenang, bahagia apatah lagi keselamatan yang kekal, anak ku. Kerana itulah ibu berani berkata bahawa jika cinta suami gagal kau perolehi, bukan bermakna tertutupnya pintu bahagia di dunia ini. Apatah lagi, kebahagiaan yang kita burui adalah kebahagiaan yang kekal di Akhirat nanti. Memanglah hebat, jika suami isteri saling cinta menyintai. Tetapi apabila berlaku tidak seperti apa yang kita mahu, pasti ada sesuatu yang ingin diberikan oleh Allah kepada mu... Anak ku, Bila engkau memandang segalanya dari Allah, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sebab sakitnya hati mu, yang membuatkan keinginan mu terhalang, serta menyusah-nyusahkan hidup mu...pasti akan damailah hati...

Bila Kita Memandang Segalanya Dari Allah...

Bila kita memandang segalanya dari Allah, Yang menciptakan segalanya, Yang menimpakan ujian, Yang menjadikan sakitnya hati kita, Yang membuatkan keinginan kita terhalang, Sakit deritanya hati kita, Pasti akan damailah hatimu... Kerana masakan Allah mentakdirkan sesuatu itu untuk sia-sia, Bukannya Allah tidak tahu akan derita hambaNya, Sakit peritnya hatinya... Tapi... Itu lah yang Dia mahu, Kerana Allah tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak, Dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya... InsyaAllah... (^_^)