macammana kita boleh tanpa malu mengongoi2 di sejadah minta
diampunkan--
sedangkan sesama manusia juga--
kita bakhil kemaafan?
macammana kita boleh tanpa segan merayu2 seusai solat minta
rezeki dimurahkan--
sedangkan sesama manusia juga--
kita kedekut menghalalkan?
seribu juta perkara aku boleh tuliskan.
tentang tak malu kita--
tentang tak segan kita--
meminta mengemis pada tuhan;
sedang sesama kita juga--
berkira dan saling ungkit-mengungkitkan.
namun tak perlu.
kerana diri kita kini--
akan hati dalam jiwa dan raga ini--
memang kita sahaja kenal dan tahu.
semoga tuhan mengasihankan kita semua.
kerana sungguh--
KITA yang zalim pada diri kita.
No comments:
Post a Comment