Showing posts with label random thoughts. Show all posts
Showing posts with label random thoughts. Show all posts

Monday, December 9, 2013

kontradiksi

bila orang bukan islam cuba2 melakukan puasa--
cuma untuk sehari--
dengan segera dia diangkat dijulang dipujipuja.

sedangkan bila saudara kita sendiri yang dalam rangkaknya saban hari bergelut mahu kembali ke jalan pencipta--
dengan mudah kita sepak terajang sambil dikecam tak cukup mana.

tidakkah pelik, kalian rasa?
berkasih-sayanglah sesama kita.
islam atau tidak.
sempurna atau tidak.

moga2 akan allah adakan di antara kamu dan musuh2 kamu kasih sayang.
sesungguhnya allah itu maha kuasa.
dan allah itu paling mengampun dan mengasihan.

(al-mumtahanah: ayat 7)

benda pertama dalam semua benda:
bismillaahirrahmaanirrahiim.

rahmaan.
rahiim.


kasih sayang.

Friday, December 6, 2013

tentang dibelasah sehingga maut sebab mencuri tabung masjid

kecoh berita pencuri tabung masjid dibelasah sampai tercabut nyawa. macam2 jenis komen yang pada niat asalnya mendukung "siapa kita untuk menghukum pencuri itu?" dan "hanya tuhan layak, dan bukan kita" tersasar menjadi kenduri mengumpat dan mengutuk di ruangan komen.

itu memang pesen kita.

anak kena dera di taska:
"memang anjinglah siapa yang buat anak dia macam tu"
"kalau dapat ke aku akak taska ni, memang aku cili (isi jenis alat kemaluan di sini)"
"perangai macam (isi jenis alat kemaluan di sini), memang ahli neraka la kau".

peragut kemalangan ketika meragut:
"pada muka. hambik kau. patutnya kepala pecah bersepai baru puas hati aku"
"aku bukan nak kata apa la. tapi kalau jatuh depan aku, memang aku sambung pijak je"
"(isi jenis alat kemaluan di sini) punya peragut. tuari makcik aku pun kena. dengan orang macam ni la ni"

kita marah lelaki2 yang membunuh pencuri tadi.
walau tanpa niat (insyaAllah harapnya memang tak ada niatlah mereka mencabut nyawa pencuri itu), kita begitu marah dengan semua yang terlibat.

kita perli / keji / maki / kecewa dengan lelaki2 yang bertindak bagai tuhan itu.
kita buktikan dengan segala jenis bahasa di komen2 dan mana2 ruang yang terwujudkan.

kita bebel:
"kau bukan tuhan".

sekarang,
dengan serendah2 diri aku minta izin--
untuk pegang tangan kalian--
dan bawa ke depan cermin.

tengok muka kita yang terbiaskan.
mulut kita.
jari2 kita.

ya. kita bukan lelaki2 tadi yang membunuh sang pencuri.
tapi tulisan2 kita?
kata2 cerca kita?
prejudis kita?

walau tidak ada yang mati jasadnya--
tanyalah:
"sudah berapa banyak jiwa yang mati kerana kita?".

pandang cermin dalam2.
tanya:
"apakah aku tuhan?"

alfitnatu--
ashaddu-
minal qatl.

fitnah itu--
lebih dahsyat--

dari membunuh.

Friday, November 29, 2013

patut

by now, berita budak tak dan 13 tahun dah jadi janda semalam dah penuh newsfeed kita.

pada yang masih samar2, biar aku cerakinkan dengan mudah.

tapi sebelum itu, BESARLAH harapan aku untuk TIDAK siapa2 post artikel yang membubuh nama mereka di sini. itu memang polisi aku di sini. harap faham. aku naik penat pantau jenis2 rajin kopipes artikel yang secara berhati2 aku kupaskan demi pegangan aku "benci perbuatannya-- bukan pelakunya".

jangan dok rajinkan diri sebar nama orang.
anak sendiri kita tak tahu.
ingat tu.
"takkan mati seorang hamba selagi dia tidak melakukan dosa orang yang dikatanya"

maka jaga.

secara mudahnya:
1) anak perempuan berusia 12 tahun dirogol remaja berusia 18 tahun berjemaah dengan dua lagi kawan perogol tadi.
2) bapa perempuan membuat laporan polis.
3) ibu bapa perogol berkali2 datang merayu agar laporan digugurkan dengan memberi janji perogol akan dikahwinkan dengan anak perempuan ini.
4) bapa anak perempuan tadi bersetuju. dan mereka disatukan.
5) tidak sempat setahun, mangsa dan perogol kini sudah bercerai talak tiga.

nota penting:
1) di malaysia, SEGALA kes yang melibatkan seks dengan minor / underage -- secara undang2nya-- akan sabit kes rogol. rela atau paksa: rogol.
2) keluarga perempuan kata keluarga lelaki. keluarga lelaki kata perempuan. secara amanahnya kita tak patut tuding siapa salah siapa betul.

sekarang,
nampak tidak keburukan "niat baik" masyarakat?

masyarakat kita berniat baik.
segala berkaitan 'seks' itu taboo.
tak mau dibudayakan.
benar. aku faham. aku tau.

tapi kita hidup dalam denial.
kita tutup katup benda2 begini--
sebab MALU.

anak aku dirogol.
AKU yang kena malu.
orang akan cakap AKU tak pandai jaga anak.
orang akan cakap AKU kasi anak keluar rumah.
orang akan cakap AKU mak bapak tak bagus.

anak aku merogol.
orang akan cakap AKU tak pandai jaga anak.
orang akan cakap AKU kasi anak keluar rumah.
orang akan cakap AKU mak bapak tak bagus.

jadi--
untuk padam kelam semua ini--
kita diamkan.
kita senyapkan.
kita buat tak nampak dan abaikan.

sampai bila nak macam ni?

dalam dua bulan ini SAHAJA, aku uruskan ENAM kes remaja bunting HASIL dari rogol.
allahu akbar.
menitik airmata aku bila aku tak mampu pujuk mereka buat kes polis.
charge those son-of-a-guns.

"siapa nak percaya saya, kak?"
"macammana saya nak mula cakap kat mak saya, kak?"
"abah saya akan bunuh saya, kak"

pergh.
allah saksi aku--
mangsa2 ini BUKAN pun yang sosial mana.
jenis percaya kata kawan kelas yang ajak dia group study di kedai makan biasa.
jenis manis bertudung.

dan ah.
kalau dia tak sempurna pun auratnya--
ayat dan hadith mana mengatakan siapa yang boleh dirogol perkosa?

aku terlalu kecewa pagi ini.
membaca kisah2 masyarakat yang begini--
yang mengorbankan hak seorang anak kecil yang ternyata masih belum faham bagaimana dunia besar ini berfungsi--
demi masyarakat penuding yang kerjanya mempertikai apa yang kita patut berdasarkan mereka punya definisi.

berapa banyak sebenarnya mangsa rogol yang masih diam tak bersuara?
berapa ramai sebenarnya perempuan2 yang masih bisu walau telah dianiaya?

masyarakat terlalu megah dengan patut mereka.
"patutlah kena rogol-- tengoklah kain sekolah senteng dia"
"patutlah kena rompak-- tengoklah gelang emas dia"
"patutlah kena tipu-- tengoklah berkat tidak perniagaan dia"

nanti2 malaikat dalam kubur cakap begini:
"patutlah menggigil-gigil nampak aku--
sepanjang hidup mulut busuk hati berbau"


baru kau tau.

keturunan

"keturunan yang baik menghasilkan benih yang baik"

bukan kali pertama aku dengar.
banyak kali.
dari mulut pelbagai orang.
dari orang tua sampai kawan2 sebaya.

kemudian segalanya klik dalam kepala aku.

"sekali anak terlanjur--
tujuh keturunan berjangkit sama"

tolong berhenti.
atas dasar kemanusiaan--
tolong berhenti.

begitu ramai kes yang terlepas dari aku. asalnya mau aku bantu carikan keluarga angkat kemudian tak jadi. digugurkan, diracunkan, dibuangkan.

"anak saya akan dibenci. dia tak ada tempat dalam dunia ini. sebab dia keturunan saya. dan dia akan jadi macam saya."

kawan2, adik2, kakak2, abang2, pakcik-makcik,

kalau IMAN yang sebaik2 perkara itu PUN tak dapat diwarisi--
takkanlah dosa tuhan IZINKAN dibagi2?

anak imam perangai macam iblis-- ada.
anak penyanyi jadi tahfiz-- ada.
anak ustaz buntingkan anak orang-- ada.
anak mak bapak tak pernah sembahyang jadi orang alim-- ada.

25 rasul yang kita wajib tau.
aku boleh terangkan satu persatu kisah yang datang dari nasab tidak elok.

tak payah jauh2.
pergi tanya pengkomen2 dan penyebar2 fitnah di forum sana--
"mak bapak kau keturunan bangsat ke?"

kebaikan dan kejahatan--

adalah pilihan.

Friday, October 25, 2013

makan bior berkongsi, kata abah

abah pernah cakap:

benda--
kalau dah tengah ramai2--
selipar jepun celup tepung goreng pun sedap.

*senyum*

31 tahun hidup cermat membubuh lekat pegangan ini di celahan jari.

benda--
macammana sedikit--
cuma akan lazat kalau dikongsi.

tapi aku lupa--
tak semua orang suka bila kita sua benda ke dia.
walau apa pun niat hati kita,
kita cuma boleh hulur ke mulut dia--
tak ada apa2 janji dia akan nganga.

macam kawan amerika aku tempoh hari yang nyaris muntah bila aku jemput dia makan sambal paru.

itu baru pelawa.
belum terus sua.

haha.

tapi hendak buat macammana.
kalau hanna si perempuan amerika itu mau muntah berlambak--
takkan aku perlu buang seperiuk paru yang aku masak sepenuh rasa?
kalau bukan untuk dia--
aku pelawa siapa yang hendak.

itu cerita paru.
cuba ganti dengan konsep ilmu.

*senyum nipis*

bubuh sahajalah ilmu atas sudu.
duduklah di mana2 sudut atas lantai mana hendakmu.
tunggu.

pegang sahaja sudunya--
dalam kuda2 bersedia mahu menyua.
kalau ada yang mahu--
pandailah mereka menganga.

kita yang ada sudu ni--
jangan haloba nak simpan semua.
nanti basi--
rugi.


salam pagi.