Tuesday, July 30, 2013

mengkawanbaikkan anak secara bangang

untung budak2 sekarang.

zaman aku sekolah dulu--
kalau tak buat kerja sekolah--
memang kena tampor ustazah.

kena setepek "pemalas" depan kelas. depan budak2 lelaki dalam bilik darjah. kena sound "simpan2 lah bodoh tu, pakai hari lain", "punyalah banyak untung jadi orang pandai, kenapa awak masih nak pilih jadi budak main2?"

untung budak sekarang.

tak buat kerja sekolah--
kena halau keluar kelas--
anak balik ngadu kat mak bapak--
mak bapak tolong saman cikgu.

pergh.
untung budak sekarang.
untung gila.

hmm.
sekarang aku faham kenapew budark2 sekawang tak tawu ejew.

pemalas.

dah lah pemalas nak buat kerja sekolah;
pastu pemalas reka alasan--
otak termati--
tak kreatif.

pendidikan percuma sampai phd pun tak guna kalau ada mak bapak yang hantar anak pergi sekolah HANYA sebab tak mampu bayar orang gaji jagakan anak2 mereka.

SEBAB bagi mak bapak jenis begini--
cikgu itu babysitter.
tukang jaga anak dia masa dia tak ada.
pengganti ibubapa--
pemegang amanah mereka dalam mendidik anak2 mereka.

eleh.
pemegang amanah konon.
dalam bahasa tersirat--
tempat tuding.
itu sebenarnya.

anak perangai bangsat--
salah kawan2 anak.
anak bodoh--
salah cikgu.
anak kurang ajar--
salah persekitaran.

salah semua orang.
kecuali mak bapak hebat semua ini tadi.

hish.
marah.
rasa marah pada jenis ibubapa begini.

terima kasih abah,
sebab bantai sebat aku macam aku rekrut askar dia.
walau jiran2 suruh guna psikologi jadah,
abah aku tetap dengan cara dia.

balik sekolah--
spot check buku.
seminggu sekali--
spot check kat cikgu.

aku pernah remaja.
aku pun pernah poyo menggelabah benci abah sebab abah aku tak macam mak bapak orang lain yang guna kekdah berborak dari hati ke hati jenis jadi bespren dengan anak.

siapa tak nak mak abah cool?
kan?

tapi sekarang ini aku sedar--
kalau abah buat gitu--
memang aku tak jadi manusia.
kemungkinan aku jadi laknat tu ada.

aku berterima kasih untuk setiap birat badan aku yang menjadikan aku manusia.

betullah kata orang--
if your child hates you at their adolescent years--
be calm;
you are doing it right.

dear parents,
nak jadi bestpren anak--
ada cara.

enabling mistakes they make--

is NOT one of them.

Wednesday, July 24, 2013

best pop up ever

aku mencadangkan:

di SETIAP kali kita tekan button 'share'--
akan keluar pop up box yang bertanya:

"anda PASTI anda mau share yang ini?"

kemudian kalau kita klik 'yes'--
akan keluar pop up box yang bertanya lagi:

"anda BERANI bersumpah atas nama tuhan yang anda saksikan dalam shahadah anda-- yang apa anda akan kongsikan ini adalah fakta keseluruhannya dan bukan separa fakta apatah lagi fitnah semata2?"

kemudian kalau masih lagi kita klik 'yes'--
akan keluar pop up box yang bertanya kali ketiga:

"anda sudah fikir masak2 yang anda sanggup disoal dalam kubur deminya dan tentangnya?"

kemudian kalau tetap kita klik 'yes'--
akan keluar pop up box terakhir yang memberi ucapan:

"kebaikan dan kejahatan adalah pilihan, bro. think about that"

stok kasi makan dalam punya.
haha.

atau--
kalau nak kasi lagi ekstrim--
stok filem2 sains fiksyen--

kita cuma boleh share tiga artikel yang tidak sahih / dijamin sahih sahaja.
masuk kali ke empat--
kena karen.

atau kalau nak yang PALING hunger games--
masuk kali ke empat--
mati.


hahahahahahahahaha.

Tuesday, July 23, 2013

zalim

macammana kita boleh tanpa malu mengongoi2 di sejadah minta diampunkan--
sedangkan sesama manusia juga--
kita bakhil kemaafan?

macammana kita boleh tanpa segan merayu2 seusai solat minta rezeki dimurahkan--
sedangkan sesama manusia juga--
kita kedekut menghalalkan?

seribu juta perkara aku boleh tuliskan.
tentang tak malu kita--
tentang tak segan kita--
meminta mengemis pada tuhan;
sedang sesama kita juga--
berkira dan saling ungkit-mengungkitkan.

namun tak perlu.
kerana diri kita kini--
akan hati dalam jiwa dan raga ini--
memang kita sahaja kenal dan tahu.

semoga tuhan mengasihankan kita semua.
kerana sungguh--

KITA yang zalim pada diri kita.

Sunday, July 21, 2013

kita pun

respon paling selalu bila kita tengok orang kaya memberi derma pada anak2 yatim dan orang2 susah di bulan ramadhan adalah:

"bongkak"
"nak menunjuklah tu"
"eleh. bulan lain takdak"
"nak bagitau dunia dia baik le tu"

ikhlas adalah benda yang cuma dalam diri dia.
dia bagi ikhlas ke tak ikhlas ke--
itu bukan hak kita.

kita ni--
seringgit nak bagi kat orang buta kat meja mamak pun bising. sindiket la. konspirasi la. apa benda lagi la.

kadang2--
kita ni rasa ikhlas kita je ada harga.
sampai orang lain--
semuanya tak cukup sahaja.

kita ni pun--
ramai aci puasa je.
mengeluh bagai--
sama je tak ikhlasnya.

kan..?

jgn guna isu siapa lagi tak ikhlas. tak baik.
sebab kalau nak guna barisan kamera dan wartawan sebagai garis ukur ikhlas tak ikhlas--
kita ni pun--
buat baik terus upload ke fesbuk instagram keek bagai.

kan,
kawan2..?

apa2 pun jua--
kata kunci hari ini--
adalah;

"kita ni pun"

*dush*

setepek atas kepala.

Saturday, July 20, 2013

cuai abai

kalau kita sendiri mak atau bapak yang pernah terlupa waktu anak makan,
tak perasan dan tiba2 anak dah tercurap kat lantai,
tersuap anak bubur tak sempat sejuk--
seumpamanya;

tak usahlah kita pertikai layak tidak seorang ibu itu pada anaknya.

boleh rasa marah.
tak ada orang kata tak boleh marah.
anak kecil meninggal dunia kerana cuai.
bukan kali pertama kita dengar.

tapi--
cuai--
BUKAN abai.

lain.

cuai adalah tanpa niat.
abai adalah pilihan yang dibuat.

tak perasan anak terponggeng:
cuai.
tinggalkan anak waktu kita nak pergi tengok wayang dengan kawan2:
abai.

nampak, tak?

aku rasa--
kadang2 pedih sangat nista yang dilemparkan.
sampai aku yang membaca pun rasa seratus ribu istighfar pun tak mampu menjustifikasi cercaan tadi.

benda dah nak jadi.
bukan pun kerana sengaja.
kalau pun nak kata "anak. TAKKANLAH boleh lupa2".

entahlah.
benda tuhan kata "yakuun".
"kun" lah dia.

kita pun,
berapa ribu kali cicir kunci, telefon, duit.
duit tu--
kadang2 cicir kat ATM pulak tu.
stok dah picit--
lepas tu blah camtu je.

beza kita dengan mak2 cuai tadi--
material yang terlalaikan.
mak2 cuai tertinggal anaknya dalam jamban. lemas.
kita2 yang cuai tertinggal dokumen kat rumah masa kat kaunter. melepas.

itu sahaja.

kita kan masyarakat pemaaf.
kenapa terlalu kejam dalam mengata?
kenapa memilih dalam orang yang layak mendapat pengampunan dari kita?

pelakon bergambo bugin, kantoi beratus kali pun kita masih boleh jemput ke majlis2 kita--
kenapa tidak mak2 dan bapak2 cuai yang jelas tak sengaja?

aku tak suruh kita baguskan kelalaian mereka.
aku cuma cakap--
mereka semua ada keluarga.
mereka semua tau membaca.

kita menyampah makcik pakcik sedara kita yang jenis memandai cakap perihal keluarga kita.
habis--
kita ni..?

kalau benda yang kita nak tulis tu lebih mendatangkan buruk--
baik kita diamkan saja.
kalau betul hendak tulis--
perlahan2.
halus2.
jangan sampai kita termakan kata kita.

tuhan itu adil.
dia tengok kita suka cakap orang--
nanti dia bagi kita situasi yang sama.
paling2--
situasi yang seumpama.

demi nak perhati kita a person of our word--

atau person yang tau gebang sahaja.