Friday, February 10, 2012

ngomenan normal kalangan kita

mari kita semak normaliti pemberi komen di malaysia.

kita mulakan dengan satu penyataan:
seorang gadis melayu ditangkap sedang menghisap rokok di surau taman perumahannya.

komen2 biasa:
------------------

1) racist.
ah!! melayu!! memang @%$^£%^*$!!! aku memang tau dah semua ni @()*&^&(^&(*&%%$.

-- soalan:
habis?
tak pernah jumpa bangsa lain yang jahat?
tak pernah jumpa bangsa melayu yang elok?

2) politikus ekstrimis.
ahhhh!! kawasan parti sosyelll!! biasa la!! parti A mmg tak peduli!! ahli neraka semua tu!! blablablabla.

-- soalan:
habis?
semua ahli parti sekian2 itu maksum?
semua ahli parti sekian2 itu jahanam?

3) sexist.
ahh!!! zaman sekarang pompuan semua tak boleh pakai. bosia. pelacur. rabak semua. brokbrekbrokbrek.

-- soalan:
habis?
yang pasangannya yang tukang upload gambar2nya?
yang pasangannya yang sama2 ada di tempat dibuat jahatnya?

4) hati busuk.
ahhh!! aku tau tu sapa!!! budak sekolah aku!! nama dia Raziah Binti Mutalib. nah!! nah!! ni fesbuk dia. SEMUA gi cari gi.

-- soalan:
habis?
kau punya sifat tu apa?
kau punya busuk hati tu macammana?

5) penghabis.
ah. kau tak pakai tudung. diamlah.

-- soalan:
bro. mana boleh soal.
benda betul, bro.
hehe.
takpe. tu aku senyum je. sebab tu mmg aku salah.
:)

*senyum*

adik2 dan kakak2 abang semua.
TOLONGLAH. berhenti.
rentikanlah sifat kita yang begini.

sebab selagi 4 jenis pengomen di atas ini wujud, kita TAKKAN mampu memberhentikan pengaiban.

aku gemar membebel. benar. aku selalu meleter. benar. ampunkan kerana kelantangan. tapi aku ini seorang pendidik. aku gemarkan perbincangan. dan perbincangan yang terbaik adalah berdasarkan kasus2 yang sebenar. dengan memegang yang baik jadi tauladan, yang buruk jadi sempadan.

menulis tentang sesuatu konsep adalah lebih mudah kerana ia general dan tidak memberi had. menulis tentang sesebuah perkara tanpa memberi nama pelakunya bagi aku lebih tidak jahat.

buat apa bising tentang siapa mencuri?
bukankah lebih bagus kita berbual tentang bagaimana terjadinya curi?

maka tolong.
bila mana kalian melontar2 nama, perbincangan yang mulanya kemas jadi bernanah. ia akan terberhenti dan akhirnya berterusan dengan pergaduhan yang tak ada erti.

sampai bila.

menegur biar ada cara. berkali2 telah aku pesan.
page ini BUKAN tempat mencari peminat yang menghegeh2 aku atau kawasan kalian mencari kawan2 demi cinta muka buku. aku bukan penyanyi. aku bukan penghibur. aku pencerita yang suka berhibur.

noktah.

tak ada hadiah pun utk pemilik pemilik page dgn nombor berjuta. dan kalau pun ada, untuk apa-- kalau ramainya semua semata2 berbual benda2 yang tak mensensual akal dan minda? percayalah. aku tak cari wang dengan duit hiburan.

makan pakai aku cukup.
aku menulis kerana jiwa aku laparkannya.
itu sahaja.

sekali lagi.
jangan berhentikan tulisan aku,
SEMATA2 kerana keseronokan dua saat kamu.

tidak adil.

No comments: