Hidup bersama
Mati berdua
Andai ku takdir di sini
Peluklah aku
Rangkullah aku
Jangan kau hina
Ikhlasku dan jujurku
Jangan kau puja
Jangan kau hina
Ikhlasku dan jujurku
Ku takut semua hilang bernama
Ambilku dan bawalah ku
Kerna ku takut tiada lagi
- tri -
_______________________
entah kenapa, setiap denting lagu yang dibikin tri masuk terus terperosok dalam jiwa. mungkin kerana di setiap keting bunyi itu menyenggol setiap denyut nadi aku. di satu2 dentum gendangnya menghentak dunia halus aku.
entah.
aku bukan mahu berbual literasi. tidak. tidak aku akan menganalisa stanza atau stail pembubuhan kosa katanya. cuma aku mahu berkisah ini: aku jatuh hati sekali.
kalaulah aku bisa salurkan mp3 ini untuk kalian dengarkan.
yang aku lukiskan di akal, sebaik getaran bunyi ini melalui rongga telinga, adalah satu gambaran harapan seorang pecinta yang sangat dalam. bersembunyi dari belukar, menonton sang puteri berkolek2 di muara, juga sendiri.
dan terdengar bisik suara hati dia dari pecahan langit:
kalaulah mampu aku sapa dan meluah rayu.
kalaulah...
cukuplah sekadar itu.
haih, berapa ramai pemendam nyawa di luar sana, kan? yang memasrah sebelum bermula runut pencak. "tidak mungkin diterima" sudah dizikir di tasbih hati sebelum sempat bertegur, pun. betapa kasihan. mati tak berjuang. membazir-bazir.
dalam kehidupan realiti, di satu2 masa kita mungkin menjadi kedua2 watak yang ada. mencinta separuh ranap dan dikagum seluruh nyawa. ada masa kita tahu di mana duduknya kita. ada juga waktu kita tidak menyedari langsung yang mana satu.
dan kalaulah bisa dipilih, aku kira, rata2 kita mahu menjadi sang puteri (abaikan jantina engkau sebentar). kerana rasa dipuja itu sangat mengkhayalkan. mendapat pandangan seseorang khusus untuk engkau. khas. cuma.
merasa wujudnya engkau itu suatu yang relevan untuk suatu mauduk lain. bermakna, kau tidak tercipta untuk sekadar bangun pagi.
untuk sesuatu.
aku teringin merasa ini. menjadi si satu2nya. apa ada?
tapi dengan nisbah merapu dan tidak adil langsung, bagaimana mahu mencari teman? sedang yang ada pun, lebih selesa dengan seksualiti songsang. atau tidak mahu langsung berpasangan, cuma hendak zuriat (dan anak itu akan cuma minum susu badan buatan hasil dari suntikan atau ubatan).
ini bukan entri mencari jodoh.
tapi persoalan benarkah kita tercipta ini sudah disiapkan pasang-pasangnya?
ada masa aku bahagia jadi manusia di belakang belukar ini. mencipta fantasi sendiri. membayang bahagia yang mungkin tercipta andai mendapat puteri. setiap mungkin yang dia mahu mergurau2 di gigi air, menyimbah2 manja sang jiwa. mengutip batu2 kecil untuk disusun di tepi cebok air, sambil memberi nama pada ayam itik sebagai ganti kucing yang tak terjumpa di tengah hutan gelap itu.
cuma ada aku, dan mimpi biru.
sedangkan puteri itu sudah bersedia mahu naik ke langit.
tidak salah hidup dengan bayang-bayang, kan?
tri, aku suka tulisan engkau. dan aku mau lagi. sekali sama melodinya. dan kisahkan jiwa engkau. kerana aku rindu kisah2 cinta di luar sana.
kawan2, siapa kalian? si pecinta di belakang belukar atau sang puteri itu?
10 comments:
saya adalah si pecinta di belakang belukar :)
siapakah tri itu kak fynn??
mahu knl dia siapa.
puisi itu,
buat hati menangis dan menangis lagi...
saya..pecinta di belakang belukar...kadakn-kadang..kenape kite emsti bercinta?walhal...sume nye kite tau bhawasenye..lebey2 lg..ble cinta itu hanye sebelah tgn yg bertepuk...sedgkn tgn yg sebelah lg telah mmberi harapan...yg palsu tanpe kite sedari...
tidak mungkin sang puteri...
juga tidak lagi jd pencinta di balik belukar.
sudah jenuh,dan tak kuasa lagi.
benar fynn,selalu cuba dibahas sendiri - apa benar ada Adam yang asal wujudku dari tulang sulbinya?
:<
ko ni POYO LAR!
Pukimak btol!!!
lahanat anak BABI!
ni puisi ke lagu? tak best langsung! saya benci puisi ni. tp saya suka teka teki. kak fynn ada teka teki tak?
hmmm...
saya rasa entri ni akan buat si tri tu lupa diri nnt. tak perlu di entrikan. saya pon bole tulis mcm dia. senang. semua ayat2 senang...
kosong.
haih..
kawan2, apa tulisan2 saya ini membuat kalian depresi spt saya?
maaf.
ogie:
tri itu teman saya. sgt seni. sgt baran. sgt manis. nanti bila dia sudah release, sy piratekan materialnya. haha
ralat
Sumpahkan aku ke sana
Hidup bersama
Mati berdua
Andai ku takdir di sini
Peluklah aku
Rangkullah aku
Jangan kau puja
Jangan kau hina
Ikhlasku dan jujurku
Jangan kau puja
Jangan kau hina
Ikhlasku dan jujurku
Sempatkah aku ke sana
Ku takut semua hilang bernama
Ambilku dan bawa lari
Kerna ku takut tiada lagi
- tri -
vocal tu tak clear. hanya kasar untuk megenal melody seterusnya. 'marilah bersamaku, goyangkan lah badanmu' hahaha.. comel!
aku...pecinta di belakang belukar.
Post a Comment