Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

29 Februari 2012 ^_^

 salam

hari ni 29 Februari - insyaAllah lagi 4 tahun baru jumpa balik tarikh ni kan
ibu nak bersalin hari ni boleh??
;p
hahahah yo lah tu
tengah cuak ni weh
 dah terasa macam nak bersalin...
rasa Braxton Hicks dah nak seminggu...

ni info yang ibu dapat pasal Braxton Hicks ni
google2 dan jumpa kat http://duniaayien.blogspot.com/

KONTRAKSI BRAXTON'S HICKS
Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.
Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
  1. Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
  2. BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  3. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  2. Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan
Source from alamhamil.com

mungkin sebab hari tu ibu dukung Danial 2 3 kali naik turun tangga
Danial dah 13kg okeh...
rasa larat lagi nak dukung dia jadi ibu dukung lah...
baby memang aktif sangat-sangat..lebih aktif dari abang dia..
lepas tu...malam nye takleh nak tdo
baby mengeras...sakit dah kat bawah ni..
sampai ayah pun dah cuak ;p
baring dan usap-usap perut sampai tertido...
eh ibu pun cuak jugak...walaupun ni anak kedua

sekarang BH ni kerap jugak lah jadi...
kadang sakit kadang tak..huhu
barang-barang nak bawa ke hospital pun dah siap-siap masuk bonet :)

bila masuk bulan 3 tiap-tiap minggu nak kena g checkup
07hb Klinik Kesihatan jumpa misi
14hb Hospital
22hb KK jumpa doktor
due date 31hb 3...insyaAllah lagi sebulan
doakan kami selamat ya :)

thanks sebab baca ni.. 

=) love
 ibu danial

Thursday, January 12, 2012

12012012

salam
hari ni Danial setahun lima bulan sudaaa
dan hero kecik saye itu demam :( 
tadi masa ibu balik makan rasa badan nye dedar
tak berapa ceria, muntah susu dan nak dok atas pangku je
huhu


 cepat sembuh ye sayang...
time terasa nak update blog, time tu keje datang selambak
masa oh masa...

thanks sebab jenguk sini..

=) love
ibu danial

Friday, October 21, 2011

cinggg sakit

salam
 2 3 hari ni cinggg tak bermaya...


 nak tidoooo je...


 mengiau pun takde bunyi sudah...
takut dia termakan rumput beracun belakang rumah tu je
huhu

thanks sebab singgah sini.. 

=) love
ibu danial

Tuesday, September 20, 2011

morning sickness + buku merah

salam

ni komen ummu muhammad semalam..

hari tu ibu cakap kat ayah...bileeee la nak berenti morning sickness ni?
nak makan ape pun macam kurang selera..pastu muntah habis...cian baby =(
tau ayah kata ape?
sabar la buuuu...sabar ehhh..ntah-ntah nanti dah masuk 6 bulan baru ok ke...
6 bulan???huwaaaa =(
yupppp..ibu masih lagi morning sickness okeh...
ke everytime and anytime sickness nih??
bukan setakat pagi..malam nak tido pun nak muntah-muntah lagi..huhuhuhu
hmmmm...sabar...sabar...dugaan anak kedua
memang berusaha fikir positif...makan buah, kurangkan makan yang lain...tu je la mampu buat pun
 masa balik kampung takde pulak
ibu sihat walafiat alhamdulillah kat sana
udara segar kot...
morning sickness ni bukan ade ubat pun kan...
ibu tanya doktor pun, memang doktor cakap ubat tahan muntah pun tak berkesan..sebab hormon kan...

oh ye...agak-agak kalau ibu tunggu 5 bulan baru check-up kat KK kena marah tak ea?
kena buat awal-awal jugak ke?
pening-pening....
agak-agak bila waktu terbaik nak buka buku nih?
ce nasihat sikit kat ibu nih....

thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Monday, September 19, 2011

raya | tumbang -part 2-

salam
 sambung cite yang tertangguh ni la yek..ape lagi kan?
heee...raya pun dah nak abis..cite ibu tak abis2 =/

masih lagi kisah raya pertama
dah siap makan-makan pagi tu, lepak kat umah nenek sampai tengahhari
tengahharinye pegi kampung abah pulak
tak jauh pun...macam kota masai ngan scientex je...
untung kan kawen dekat-dekat..heheh
hah dekat cni encik hubby tumbang
ngantukkkk sesangat lah tu
haih...dah la susah nak bangun
 dah tak pasal-pasal ibu kena tinggal situ
susu Danial tak bawa
sampai ke petang jugak la baru ayah bangun
pastu abah minta makcik tolong tunjuk jalan kat kitorang
raya kat rumah tok tam - adik kepada mak abah
 dan malam tu tido rumah nenek..

raya kedua
kami balik kampung abah lagi..sebab hari ni baru semua adik-beradik abah balik
maklumlah atok ngan nenek belah abah dah takde...
heeee..hari ni la baru ayah belajar bakar lemang =)
best kan yah??
petang g raya rumah tok teh - abang kepada tokwan ibu - belakang umah tokwan je ni
pastu g rumah terbuka....
 kat sini laaa ibu dah silap...kate mak pakcik makcik semualah
ibu bagi Danial minum ais...huhuhu
salah eh?salah ke?? =(
hmmmm...mende nak jadi kan...
malam tu tido kampung abah...n Danial batuk, selsema , demam..nangis-nangis takleh tido
muntah 2 3 kali..
dahla buai pun ibu tak bawa...
nasib baik mak su bawa buai anak dia..

raya ketiga
pagi-pagi sarapan lemang ngan rendang ko =D
pastu siap-siap nak terjah klinik
sebab Danial nangis-nangis muntah-muntah lagi..
semua orang risau...
berjayakah jumpa klinik pagi-pagi raya??
jeng jeng jeng....bersambung =P

thanks sebab baca ni..

=) love
ibu danial

Wednesday, September 7, 2011

rindu nak update

 salam

fuh fuh fuhhhhh
tiup habuk n sawang dulu
rindu nak update ni
tapi batuk-batuk dari tadi
asal batuk je nak termuntah
tak dapat nak duduk lama-lama
huhuhu
tak berapa sihat lepas balik dari kampung ni
nanti update lagi ye

selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan yang baca blog ni

thanks sebab singgah sini.. 

=) love 
ibu danial

Saturday, July 16, 2011

ibu tak larat

assalamualaikum

result contest dah keluar ye
boleh check kat sini

 ibu tak sihat hari ni..
rasa tak larat....
tapi datang kerja jugak
hari sabtu tak ramai orang pun...
hmm..rasa macam salah makan la semalam
pagi tadi minum milo pun rase nak muntah
huhuhu

thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Friday, July 8, 2011

cantik kew? | diam tanpa kata

 assalamualaikum

ibu start blog ni bulan 8 taun lepas
masa dalam pantang
tu pun ade 1 je kot post entry
heheh
naik keje bulan 10 baru aktif berblog
chewah aktif kata ko =P

setakat semalam post entry kat blog ni dah 432
kat blog contest ada 123 post
cantik ke nombor tu?
hihi
tapi tu nombor semata-mata
ada lagi ni haa dalam draft tak publish-publish


Danial dah nak setahun pengalaman bersalin tak siap-siap??
haih

 ni status fb ibu tadi

 emm..untuk ape ea mende ni kat sebelah tu
buat semak je rase


hari ni lidah makin sakit
dah masuk dua hari, kena g check tak ea?
takkan tergigit lidah berlarutan sakitnye?
korang pernah kena tak?
boleh tak nak diam je satu hari ni?
 
thanks sebab baca ni..

=) love
ibu danial

Wednesday, June 29, 2011

ke Tanjung Balau yaw!!

 assalamualaikum


 sabtu  lepas kami ke Tanjung Balau
tujuan asal nak tanam mak mertuaku dengan pasir laut
petua dari member yang pernah mencuba
tak salah kan nak cuba jugak
tapiii plannye ke laut
dugaan sungguh
dengan keretanye dengan ayah yang sakit dengan barang tertinggal
petang sabtu baru sampai sana mane sempat nak tanam petang tu kan..


sementara tanam nenek Danial pagi ahad tu
kami pun berendam la kejap
ohh Danial masih takutkan air laut
huhuhu
ombak pasir air semua dia tanak
T_______T



masa ni nak balik dah....

ingat tak entry yang ni?
haa..bukan sesaje pun pergi, kami g desaru sebab nak survey chalet
kalau boleh lagi dekat ngan laut lagi bagus

 
selamat tinggal 'rumah' cantik!
ada rezeki nanti datang lagi
^_^

thanks to kak lin, abang apai n syazieman kerana teman n tolong kami
and thanks to myamyza kerana pinjamkan wheelchair tu

 updated :

 thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Thursday, June 9, 2011

18 bulan paling sesuai untuk preggy selepas ceaser

 kat entry ni
http://puannina.blogspot.com/2011/04/jeng-jeng-jeng.html
kan ibu ade cakap
kena tunggu at least setahun setengah untuk preggy lagi kan
sori lambat kasi info..
ade ke yang tertunggu-tunggu entry nih..
hehe perasan

ibu dah jumpe blog yang ibu baca tu
http://ekinashikin.blogspot.com/
time kasih cik ekin kasi ibu share

SOALAN

Saya bersalin secara pembedahan pada April lalu dan bayi sulung saya itu kini berusia lapan bulan.
Bilakah waktu yang sesuai untuk saya hamil anak kedua? Saya ingin tahu tempoh paling minimum yang membolehkan saya untuk hamil semula. 

JAWAPAN


RAWATAN perubatan sepatutnya mengambil kira faktor individu terbabit walaupun secara lazimnya ia berpandukan kepada beberapa perkara asas.



Selain tempoh jarak kelahiran terdahulu dengan kehamilan akan datang, usia wanita, komplikasi kelahiran terdahulu yang memungkinkan parut pembedahan pada rahim kurang tegar, masalah sewaktu kehamilan terdahulu dan seumpamanya juga memainkan peranan penting. 



Anda seeloknya mendapatkan maklumat mengenai beberapa perkara berkaitan pembedahan kelahiran terdahulu: 



  • Jenis pembedahan sama ada ‘segmen bawah’ (LSCS) ataupun ‘segmen atas’ (klasik). 




  • Komplikasi sewaktu mengeluarkan bayi sehingga terpaksa membuat belahan jenis ‘T terbalik’. 




  • Komplikasi jangkitan kuman pada rahim (endometritis) yang menjadikan parut lemah dan mudah merekah atau koyak. Sekiranya ada mengalami pendarahan nifas berpanjangan, berbau atau mengalami demam sewaktu berpantang, anda mungkin mengalami komplikasi ini. 



    Tujuan menjarakkan kelahiran selepas pembedahan adalah untuk mengurangkan risiko rahim koyak atau pecah sewaktu kelahiran akan datang, malah ia juga boleh berlaku sebelumnya iaitu sewaktu kehamilan lagi. 

    Selain itu, tempoh yang dijarakkan ini membolehkan kesihatan ibu pulih semula dan paras hemoglobinnya menjadi optimum. 

    Secara amnya, tempoh sekurang-kurangnya 18 bulan disarankan sebelum seseorang itu hamil semula. 

    Malah, ada doktor yang menasihatkan tempoh dua hingga tiga tahun sebagai langkah keselamatan. Tempoh kurang daripada 12 bulan, lebih-lebih lagi kurang daripada enam bulan dikaitkan dengan peningkatan risiko dinding rahim merekah atau pecah sewaktu kehamilan atau proses bersalin kelak.



  • hmm..2 3 hari lepas parut ceaser ibu sakit..huhu
    nak tulis panjang-panjang lagi tapi banyak keje+internet bengong
    nak blogwalking pun tak sempat..
    huhuhu

    =) love
    ibu danial

    Wednesday, June 8, 2011

    #random ahad,selasa,rabu,sabtu

    hari ahad hari tu separuh hari ayah takde kat rumah
    ayah pegi Kahang hantar pakcik die
    tak sangka la sampai separuh hari
    masuk jalan tanah merah
    nampak tak?
    hutan belaka..
    ayah kate..
    psst : ummuMuhammad, Kahang tu memang ke dalammmm sangat ye?


    itupun ibu tak ikut..
    kalau ibu ngan Danial ikut ntah kol berapa baru sampai rumah
    ibu ngan Danial tunggu punye tunggu
    kol 11 pagi ayah keluar, kol 11 malam baru sampai
    sian Danial tak dapat main ngan ayah..


    muke sedih ke ngantuk ke ape nih
    tapi comel kan?kan? =P
    mase ni tengah tengok upin-ipin..


    main main dan main akhirnye tido
    sekarang ibu dah tak berani nak tidokan dalam buai
    bila Danial nak tido ibu dodoikan je
    nak baring same mesti terlelap sekali
    dekat Plentong ni ibu sorang-sorang takut nak tinggalkan dalam buai
    kat Kota Masai boleh la tido buai ye..
    ade je yang jaga..


    dan Danial demam semalam
    tapi on-off demamnye.. 
    sekejap mencanak naik panasnye..kejap ok
    tadi dah ok sikit..alhamdulillah
    demam takut kat kete menan kah?
    hahah
    sebab kitorang asyikla ngusik die ngan bende tu
     oh Razziq n Muhammad pun demam..
    moga2 cepat sembuh ya..
    hari sabtu ni half-day, nak makan nasi minyak =)
    tapi tadi nak mintak cuti pun berdebor..
    takut tak dapat..hahahah

    insyaAllah nak tambah stok CD Danial..
    kat mana korang shopping CD ea?

    psst : tolong vote Danial boleh..?
    mula2 klik like page ni
    MBP
    lepas tu klik like kat gambar Danial tu
    Danial
    thanks..
    and thanks sebab baca blog ni..

     update on 9hb6..baru pesan salah letak tajuk.semalam rabu daaa
    =) love
    ibu danial

    Saturday, May 21, 2011

    ibu pulak yang demam

     sakit kepala..
    sakit-sakit badan..
    harap2 tak melarat sampai esok..
    esok ayah nak keje..
    huhu
    sekarang ni pun melepek je kat umah..

     berita gembira :
    Danial dapat tempat ketiga dalam contest baby tu..
    terima kasih banyak2 ye acik2 yang dah tolong vote

    =) love
    ibu danial

    Sunday, May 15, 2011

    penangan demam

     sape yang demam?
    Danial lor
    petang semalam ibu balik makan memang terasa badan dia panas
    ni panas sebab bahang sangat kot *fikir dalam hati*
    memang tak pikir dia demam lah
    check pun tidak
    haih ape punye ibu la ni


    hari ni aktif macam biasa je
    tak macam hari tu
    yang langsung tak larat tu
    golek2 lari2 ke sana-sini
    lari2 pakai walker dia lah heheh
    macam tak demam pulak budak ni
    pagi tadi langsung takmo tido

    dan penangannya
    tengahari tadi sampai sekarang dah nak dekat 3 jam tido
    tapi dengan ibu skali lelap tadi
    sekarang dah takmo tido dalam buai
    kalau dalam buai pun nanti dia turun sendiri
    tepuk2 bontot pastu teman tido atas toto tu yang lelap sekali

    oh Danial kalau demam senang terkejut-terkejut lah
    biasa ke tu?

     psst
    tolong vote Danial boleh..?
    klik je link ni n like
    thanks 
    ^_^

    =) love
    ibu danial

    Saturday, April 30, 2011

    Danial yang berani!!

    main kejar-kejar kucing
    heheh
    berani anak ibu nih

    hampir2 nak kena cakar...
    pun tak takut
    anak ibu sungguh..hikhik

    dalam kenangan


    2 ekor dah pergi
    tinggal yang kuning tu je
    sian dia dah kurus adik-beradik teman bermain dah mati
    heran ibu nape kucing tokmak lepas kita biarkan main kat luar
    tak lama pastu sakit dan mati
    T___T


    =) love
    ibu danial

    Monday, April 18, 2011

    hitam putih kehidupan


    song by Sheila Majid

    Lihatlah sekitar alam
    Dunia luas terbentang
    Langit tinggi kebiruan
    Pohon-pohon kehijauan
    Hembusan bayu yang menyegarkan

    Dengarkan di sana-sini
    Beburung riang menyanyi
    Berbunga aneka warna
    Sumber kedamaian jiwa
    Mensyukuri nikmat Maha Esa

    Begitu berharga kehidupan ini
    Bagi mereka yang tahu menghargai
    Mengapa terdorong oleh perasaan
    Kalau turutkan hati diri menjadi korban

    Tiada yang dapat lari dari masalah diri
    Hadapi lah dengan tenang
    Tiap cabaran yang datang
    Atasinya dengan keimanan

    Sekadar buat renungan
    Untukmu teman tersayang
    Hitam putih masa depan
    Sendirian menentukan
    Hidup ini usah persiakan

    sumber : http://knizam.com/hitam-putih-kehidupan-sheila-majid/

    ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara

    Sihat sebelum sakit
    Muda sebelum tua
    Kaya sebelum miskin
    Lapang sebelum sempit
    Hidup sebelum mati

     abang matjoe komen
    demam tu mmg part off growing up. harap tak laa sampai masuk spital

    hmm
    luluh hati
    bila tengok anak bujangku

    tetibe cenggini
    cepat sembuh sayang
    T____T

    =) love
    ibu danial

    Saturday, April 16, 2011

    on off


    Danial sekejap demam sekejap kebah
    risau
    3 hari dah
    khamis malam tetibe badan panas
    pagi dah ok
    petang tu pulak tokmak kata demam
    dah kasi ubat
    malam tadi dah ok
    hari ni confirm demam
    tokmak kata panas je badan
    tengok gigi nak tumbuh lagi dua
    bagi ubat tadi nangis
    aduh
    tak sampai hati sungguh
    risaunye lah
    tak sanggup nak tinggal tapi nak wat camne ibu kene keje
    =(

    =) love
    ibu danial

    Thursday, April 14, 2011

    kisah perokok tegar

    td BW blog kak ejan
    tabik toing2 lah kat suami kak ejan sebab dah 6 bulan berenti merokok
    dan tak sabar nak tunggu popia sampai
    heheh

     tetibe rase nak cite jugak pasal rokok

    ayah ibu dulu2 memang seorang perokok tegar
    satu hari 2 kotak ade rasenye die boleh hisap
    huhuhu
    sebab dia keje jauh,keje berat pulak tu
    mungkin sebab tu kot dia hisap rokok?

    oh ibu memang heran kenapa suke hisap rokok??
    boleh cakap tak?
    best sangat ke rokok tu?

     lepas tu time kitorang balik kampung tahun bile ntah
    heh sori memang dah lupe..dah lame dah
    lepas tu terus dia tak hisap rokok lagi tau!
    alhamdulillah

    rupe-rupenye sebab tokwan ibu cakap
    merokok tu HARAM
    ok sebenarnye panjang lagi la ape tokwan cakap
    tapi yang tu memang melekat kat kepala abah
    start daripada tu abah terus tak hisap rokok
    dah tak payah hidu asap rokok lagik
     baguslah kan

    adik ibu-pak ngah Danial memang tak merokok-gud gud
    adik ibu-pakcik danial
    ha yang ni nak kena piat tinge lah
    hari tu kantoi hisap rokok ngan ibu
    sampai skrg tak nampak lagi dia hisap rokok
    hisap ke tak tu wallahualam

    tapi
    hah ade TAPI tu pulak
    incik hubby ni merokok
    eiii
    geram betul
    dah berapa kali membebel dah
    merokok membahayakan kesihatan!
    dia tak mo dengar
    tapi ibu memang dah cakap
    nak merokok tak boleh depan Danial
    kena jauh-jauh
    memang tak merokok le dia depan Danial
    tapi pandai jugak die
    kalau balik rumah Kota Masai ni memang dia merokok kat luar rumah aje

    haih
    tak tau la macammane nak cakap lagi
    cakap dengan atok danial suruh nasihat anak die tu
    boleh pulak dia cakap kalau dah start merokok tu susah nak berenti
    huwaaaa
    sampai bile nak duduk dalam busuk-busuk ni
    ibu memang sound direct jek
    busuklah ayah!busuk!busuk!busuk!

     dan ingat lagi kempen ni?
    kredit : google from : http://merokoksedutanmaut.blogspot.com/
    tau tak ape diorang cakap?
    memangla kami taknak
    rokok tu dah penyek
    hampeh!

    =) love
    ibu danial

    Friday, April 8, 2011

    strok

     hari ni ibu nak share sikit tentang strok

    strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia

    apa itu strok?
    Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.
    Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
    Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

    dah nak dekat sebulan nenek Danial kena strok
    masa mula-mula kena, sebelah kanan tak boleh gerak
    kaku
    esoknya tu ayah bawa g klinik
    dah boleh berjalan sikit tapi dengan bantuan ayah lah
    nenek boleh cakap lagi
    tapi susah nak faham
    pelat
    tak boleh kawal pembuangan najis
    ye memang betul
    pesakit strok memang tak boleh kawal bila nak yak nak kenc semua tu
    nenek adelah pakai pampers sekarang...
    masa mula-mula tu ibu memang tak tahu ape-ape
    suap nasi pun nenek taknak
    dahlah ibu tak faham ape nenek cakap
    rupanya nenek tak boleh nak telan
    pesakit strok memang susah nak telan makanan rupanya
    hatta ikan ayam ibu masak pun nenek takde selera nak makan
    itu pun sebab ibu cari info kat internet
    baru ibu tau

    ade sesape ada pengalaman jaga pesakit strok?boleh share?

    doakan nenek cepat sembuh ye

    =) love
    ibu danial

    Sunday, April 3, 2011

    cer cite demam

    pagi khamis tu tokmak tepon ibu
    cakap danial demam
    aduhai

    ibu cepat2 siap2
    terus gerak pegi Kota Masai
    :: sekarang danial dok kota masai ::
    :: dan ibu balik plentong jaga nenek ::

    sampai-sampai sana
    check suhu dah 37.9
    merah muka dia
    marah pulak tu orang nak jelum dia
    dah jelum ok ckit
    turun 37.4
    masa ni ok lagi
    gelak-gelak lagi
    tak larat sudah
    nak pegi klinik macam-macam pulak jadi hari tu
     merengek-rengek
    nak berdukung dan riba je
    kalau sedar dia buang saputangan tuh
    tido sudah
    baru boleh letak atas toto
    tak lama pastu ayah pun sampai
    ke klinik
    doktor check suhu 38.9
    Ya Allah, panasnye
    kena masuk ubat kat bontot tuh
    alhamdulillah, lega sikit ibu panas dah kurang
    dapat 3 jenis ubat
    dah makan ubat elok je tdonye
    legaaaa
    tetiba pukul 3 pagi tersedar
    meraung-raung
    huhuhu

    rupanya pagi jumaat tengok-tengok naik gegata badan dia
    haih
    bertambah panas lah
    lap badan ngan daun sirih pulak
    kepala jelum ngan air asam jawa
    menangis-nangis Danial
    budak pestime kena demam katekan
    manja pun ye
    makin manja ade la
    dah lame tak tido bawah ketiak ibu ea??
    malam jumaat
    dah xnampak sangat kesan gegata tu
    nasib baik cepat perasan
    lagi lama biar lagi lambat baik
    tok mak la cakap
    hmmm
    dah lena tido
    merahnya bibirmu anak

    hari ni Danial dah xdemam
    cuma batuk xbaik-baik pulak
    berkahak
    pagi tadi muntah
    cammane nak hilangkan kahak baby ea?
    risau kena g klinik SEDUT kahak
    sakit kan?
    xmo xmo xmo
    kesian dia
    huhuhuhu

    senyum sahaje tak perlu kata apa-apa
    dalam hati takde orang yang tahu
    cepat sembuh ye anak


    =) love
    ibu danial

    Saturday, April 2, 2011

    time makan ubat


    tak sampai hati oh
    macammane ni

    =) love
    ibu danial
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Powered By Blogger