Showing posts with label famiLy. Show all posts
Showing posts with label famiLy. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

my honey

salam


alhamdulillah nina dah selamat melahirkan cahaya mata kedua ^_^
13 Mac 2012
 10.38 pagi
2.6kg
Nur Hani Syafiqah binti Ismail

nasib baik tak bersalin dalam kete!!hehe
bb hani kena jaundis
kena bf banyak2 kan...

thanks sebab singgah sini.. 

 =) love
 ibu danial & hani

Wednesday, February 29, 2012

29 Februari 2012 ^_^

 salam

hari ni 29 Februari - insyaAllah lagi 4 tahun baru jumpa balik tarikh ni kan
ibu nak bersalin hari ni boleh??
;p
hahahah yo lah tu
tengah cuak ni weh
 dah terasa macam nak bersalin...
rasa Braxton Hicks dah nak seminggu...

ni info yang ibu dapat pasal Braxton Hicks ni
google2 dan jumpa kat http://duniaayien.blogspot.com/

KONTRAKSI BRAXTON'S HICKS
Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.
Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
  1. Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
  2. BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  3. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  2. Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan
Source from alamhamil.com

mungkin sebab hari tu ibu dukung Danial 2 3 kali naik turun tangga
Danial dah 13kg okeh...
rasa larat lagi nak dukung dia jadi ibu dukung lah...
baby memang aktif sangat-sangat..lebih aktif dari abang dia..
lepas tu...malam nye takleh nak tdo
baby mengeras...sakit dah kat bawah ni..
sampai ayah pun dah cuak ;p
baring dan usap-usap perut sampai tertido...
eh ibu pun cuak jugak...walaupun ni anak kedua

sekarang BH ni kerap jugak lah jadi...
kadang sakit kadang tak..huhu
barang-barang nak bawa ke hospital pun dah siap-siap masuk bonet :)

bila masuk bulan 3 tiap-tiap minggu nak kena g checkup
07hb Klinik Kesihatan jumpa misi
14hb Hospital
22hb KK jumpa doktor
due date 31hb 3...insyaAllah lagi sebulan
doakan kami selamat ya :)

thanks sebab baca ni.. 

=) love
 ibu danial

Tuesday, December 20, 2011

cak!

salam


rindu kat kamu Danial oiii~
walaupun....

kuat bebeno menggeget sekarang T__T

thanks sebab jenguk sini..

=) love
ibu danial

Sunday, December 4, 2011

anak kucing...lagi -part 2

 salam...


tengok gambar macam berani kan?
hehe

hari ni ibu nak bawa Danial tengok wayang...agak2 berjaya tak? ;)

thanks sebab singgah sini.. 
=) love ibu danial

Monday, October 24, 2011

dilema....lagi....

salam
raya haji dah dekat
planning nya memang nak raya kat sini je lah
raya puasa hari tu kan dah balik Kedah...
sekali tokwan Danial kate nak balik kampung
 pakcik makcik kat kampung nak buat korban..
o oh ohhh
adessss
ayah memang tak dapat cuti punya
ibu??
hmm...kalau ikut kalendar raya jatuh hari ahad kan?
tu pun lom tentu isnin ibu boleh cuti
n puan myza dah awal-awal lagi minta cuti...
 dan tokmak Danial kate nak bawa dia balik sekali


Danial jangan tinggalkan ibu...ibu nak ikutttt sobsobsob
 T___T

thanks sebab singgah sini.. 

=) love
ibu danial

Friday, October 21, 2011

seharian di Gombak

 salam

hari tu kami teman tokmak Danial untuk majlis graduasi pakngah Danial 
alhamdulillah selamat sudah dapat ijazah adik yang sorang nih

errr..dah malas nak taip boleh tak?
hahahah
*meh kite luku pale dia ramai-ramai*


cite ringkasnye
kami bertolak dari jb jam 1 pagi...
sampai Gombak subuh...
check-in hotel...mandi-mandi n terus anta tokmak g dewan
tu pun nak mencari hotel kat sri gombak tu punyelah *&%# (tak terkata) =P
aiyoooo sesat merate-rate
dengan ngantuknye lagi
kami tak kemana-mana pun..ayah kate takut sesat..
ngeee..takpelah kami pun penat sebenarnye
bertolak balik jam 8.30 malam dan sampai jb jam 1 pagi jugak...

otw pergi, singgah rnr seremban dan beli sandwich
sedapnyeee dan terus teringinkan sandwich sampai sekarang...
kurang sikit selera nak makan nasi sekarang...
macam-macam lah selera orang ngandung ni ek?
kuikuikui

thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Wednesday, October 19, 2011

seronoknyeeee cuti ^__^

salam
 hari ni ibu cuti
tokmak Danial nak g sepital....
bukan selalu nak cuti
public holiday next week pun kitorang tak cuti tau...sobsobsob
dan hari ni sangat seronok!!
heheh
ni yang buat makin nak cepat-cepat berenti nih
^___^


thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Monday, October 17, 2011

sayang tokwan

salam

kejadian pada sabtu malam ahad yang lalu


tokwan beliau sedang sedap syok diurut oleh cik mat
datang budak kecik itu dan ahh ahhh ahhh tak bagi orang pegang-pegang tokwan die..hahah


dia tak bagi..cik mat tak lepas jugak
siap ngalir air mata ko!!
Danial...Danial....

thanks sebab singgah sini.. 

=) love
ibu danial

Dream come true (coming soon-insyaAllah)

Salam

Minggu lepas cerita2 ngan ayah pasal bbsitter..n ayah offer (wah offer ke?) soh benti keje.mula2 macam...hmm..tanak ah..

ohhh.tapi kan..sampai skrg pk dalam hati 'nak berenti keje nak berenti keje' hahah.semalam dah suarakan semula hajat ni kat en ayah =)

Jadi cita-cita saya skrg adalah menjadi surirumah..doakan ye!

thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Monday, October 10, 2011

otw ke gombak!

salam
(autopublish)
sekarang kami dalam perjalanan ke Gombak
doakan kami selamat sampai ye
pak ngah Danial konvo ari ni
tahniah!


 ^___^

ibu cuti sehari je...takpelah kan...alhamdulillah


thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Thursday, September 29, 2011

campur-campur macam rojak

 salam

pagi tadi katenye takde karen...( hari isnin dapat notis )
notis kate start kol 10 smp 7 mlm
jadinye why?why?why??? tauke takmo bagi sy cotiiiii????
nasib baik takde karen 2 jam jek
kalau sampai kol 7 takde karen memang nak mengamuk guling-guling ahhh 
*poyo macamla berani buat hahah*

*******

perut sudah mula nampak...heeee ^_^
teringin nak pakai maternity dress
yang dulu ada 2 pasang...tapi nak yang baru...boleh? =P


 *******

Danial makin kuat minum susu =D
biasa ibu belikan susu 1kg tiap-tiap sabtu
tadi dah nak abis dah stok minggu ni
mane taknye...tokmak kate kol 7 pagi sampai kol 2 petang je dah 5 botol 8 oz
nak bagi dia lelap untuk tido tengahhari pun biasa 2 botol
banyak ke standard je tu ea untuk baby setahun sebulan??
 tapi pun kuat poo poo jugak
walaupun begitu perut tetap menten muncet =P


*******

10hb ni nak pegi UIA Gombak
nak teman n hantar mak untuk konvo pak ngah Danial
heeee..sementara menunggu diorang, kat mana ibu nak lepak ehhh?
cite sikit tempat mandi-mandi yang best kat sana nun??


thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Monday, September 19, 2011

raya | tumbang -part 2-

salam
 sambung cite yang tertangguh ni la yek..ape lagi kan?
heee...raya pun dah nak abis..cite ibu tak abis2 =/

masih lagi kisah raya pertama
dah siap makan-makan pagi tu, lepak kat umah nenek sampai tengahhari
tengahharinye pegi kampung abah pulak
tak jauh pun...macam kota masai ngan scientex je...
untung kan kawen dekat-dekat..heheh
hah dekat cni encik hubby tumbang
ngantukkkk sesangat lah tu
haih...dah la susah nak bangun
 dah tak pasal-pasal ibu kena tinggal situ
susu Danial tak bawa
sampai ke petang jugak la baru ayah bangun
pastu abah minta makcik tolong tunjuk jalan kat kitorang
raya kat rumah tok tam - adik kepada mak abah
 dan malam tu tido rumah nenek..

raya kedua
kami balik kampung abah lagi..sebab hari ni baru semua adik-beradik abah balik
maklumlah atok ngan nenek belah abah dah takde...
heeee..hari ni la baru ayah belajar bakar lemang =)
best kan yah??
petang g raya rumah tok teh - abang kepada tokwan ibu - belakang umah tokwan je ni
pastu g rumah terbuka....
 kat sini laaa ibu dah silap...kate mak pakcik makcik semualah
ibu bagi Danial minum ais...huhuhu
salah eh?salah ke?? =(
hmmmm...mende nak jadi kan...
malam tu tido kampung abah...n Danial batuk, selsema , demam..nangis-nangis takleh tido
muntah 2 3 kali..
dahla buai pun ibu tak bawa...
nasib baik mak su bawa buai anak dia..

raya ketiga
pagi-pagi sarapan lemang ngan rendang ko =D
pastu siap-siap nak terjah klinik
sebab Danial nangis-nangis muntah-muntah lagi..
semua orang risau...
berjayakah jumpa klinik pagi-pagi raya??
jeng jeng jeng....bersambung =P

thanks sebab baca ni..

=) love
ibu danial

Friday, September 16, 2011

raya | tumbang

 salam
 selamat hari Malaysia

 nak mula dari mana yek cite pasal tumbang nih?
hape yang tumbang tu??
kami semua....huhuhu
time raya la sorang-sorang tumbang
raya tahun ni, kami balik Kedah =D
thanks ayahhhhhh bawa kete sorang-sorang
co-pilot dah la tak reti bawa kete, tidoooo pulak tuh..hihi =P

bertolak ke Kedah malam raya dalam kol 10 camtu..
kami berenti 3 kali, kat Restoran Jejantas Ayer Keroh, kat Dengkil n kat Tapah
biasa balik ngan abah, berenti 2 kali jek =/
sampai kampung pagi raya 7.30 pagi
hoih ngantuksss padahal tido jek dalam kete =P
kejap je dah sampai maklum malam raya kete dah tak banyak
sampai jek ngan muka tak basuh tak mandi salam pakcik makcik nenek semua...hahahah
macam tu lah yek orang jauh balik kampung =P
Danial excited sangat, rumah nenek besar kan...jalan sana sini bukan main
ohhh my baby dah boleh jalan =P still kena pimpin laa baru lajuuuu
kitorang pun sampai2 terus makannn =D
ketupat lemang rendang yummmyyyy

alamakkk..to be continued lah yek

thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Tuesday, August 16, 2011

bonne chance!!

assalamualaikum

 semalam nak update tapi tak jadi..
tarikan novel itu lebih kuat
hehe
first time baca novel James Patterson - The 9th Judgement
best!!!
ok sekarang ibu tengah tersangkut kat website dia pulak..haha

cerita Danial pulak..
Danial sekarang suka nau nak panjat tangga
kejap-kejap pusing tengok dah ke tangga dah..
hamboi....


see...
bila dah dapat tu, excited kemain
senyum dan buat muka cheeky dia...


 n then buat aksi nak memanjat lagi
no no nooo
kenalah amik...kang hari-hari nak memanjat tak boleh wat keje kang tokmak awak Danial oiii


 olooo ciannnn anak ibu

 cerita raya, insyaAllah tahun ni beraya di Kedah..heee
mekasih ayah sebab memahami dan sanggup berkorban
ape-ape pun tunggu je lah masanya
ada rezeki balik, takde rezeki tak balik
dah takmo sedih-sedih macam dulu dah

 itu pun persiapan raya belum buat pun..
aiyok..kereta pun belum servis lagi..
belum masuk mood raya lagi lah huhuhu

thanks sebab singgah sini.. 

=) love
ibu danial

Sunday, August 7, 2011

botak licin | nak menang iPod?

assalamualaikum

*entry ini melekat di sini hingga 7 Ogos 2011*
saje nak tayang budak botak ni lame-lame hahahah =P

 -botaklicing =P-

 pagi tadi tanya ayah....yah nak botaklicinkan Danial boleh tak?
kena tanya dulu okeh
karang tak pasal-pasal ayah yang meroyan haha
kenapa bapak-bapak tanak anak lelakinye berambut pendek eh??
hari tu ayah bagi potong mata satu jek
diluluskan pulak botak licin kali ni
 mungkin ayah kesian sangat-sangat tengok Danial kepanasan gini




gambar hujung minggu lalu ya
kang kate ibu tak basuh baju pulak...masalahnye perlu ke nak eksplen haha =P
baju Danial banyak jugak yang dah tak muat
balik nanti nak terjah green point jugak ahhh


 encem tak saya??


see...sangat-sangat selesa
^_^

gambar wordless wednesday semalam
 ni anak-anak jiran tokmak, syahmi, atiqi n fahrin
boboy okeh...see the rambut??
ayahnye tak kasi potong...

hahahah adoiii gelak sengsorang
tadi publish entry tapi lupe pasal iPod
korang nak menang iPod tak??
jeles aiii tengok cutemum menang iPod
kalau korang nak jugak, meh join contest yang ni

untuk keterangan lanjut, check out

ibu dah beli 2 lai
baru siap basuh malam tadi
nanti Danial posing dengan baju baru dengan takde rambut lah nampak gayenye untuk contest ni
hehe
jom join ramai-ramai jom
due date untuk hantar gambar dilanjutkan sampai 7hb Ogos ni
^_^

thanks sebab baca ni..

=) love
 ibu danial

Friday, July 29, 2011

menangis disebabkan bola

 assalamualaikum

semalam kan match bola Malaysia vs Singapore
kami tengok kat umah saje
tengok pun kat Channel 5 Singapore sebab takdok astro n TV2 tak terang
kat TV2 ada disiarkan kan??

penyokong setia ~ budak booolat
haha


berehat sebentar sebab penat bersorak =P


chaiyok chaiyok Malaysia!!

dan budak booolat ku menangis sebab ayah jerit GollllLL sekuat-kuat hati
dahlah masa tu memang dia ngam-ngam depan ayah
hahahah
memule dia tercebik je
sekali mengalir air mata ko


 hah..silelah pujuk anakmu itu!!

ayah memang camtu tau..terlebey eksaited wakakaka
ape-apepun tahniah pada pasukan negara sebab menentang singapore habis-habisan
~ kalah menang adat pertandingan...tapi sikit sebanyak kecewa mesti ada ~ ni komen ayah masa on the way balik umah
 panjang lagik yang dibebelkan malas eden nak taip heheh


thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial

Thursday, July 28, 2011

pisang sodap

 assalamualaikum


dah besar anak saye ni
suke nau makan pisang
layankan ajelah yo video pendek dia makan pisang ni
heheh

nampak sedap tak??

thanks sebab singgah sini.. 

=) love
ibu danial

Monday, July 18, 2011

isnin yang best sebab cuti =P

 assalamualaikum


 hari ni ibu cuti
tokmak Danial g Muar
takde orang nak jaga Danial
heee..ibu cutilah ^_^

tu gambar Danial pagi tadi..baru lepas mandi
aktif yang amatttt
nanti ada masa ibu update lagi

thanks sebab baca ni..

=) love
ibu danial

Sunday, July 3, 2011

wordless sunday






=) love
ibu danial

Friday, July 1, 2011

apekah? sambungannya....

 assalamualaikum

sambungan entrysemalam
Danial yang excited
=D


dah pandai melompat
eh camtu ke lompat anak oi??
=P

thanks sebab baca ni.. 

=) love
ibu danial
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger