Curi Masuk

hit counter javascript
Showing posts with label ikea. Show all posts
Showing posts with label ikea. Show all posts

09 June 2015

Ruang @Susun Atur

Susun atur buku anak

 Menggunakan meja sedia ada di rumah. Saya letakkan di dalam bilik anak. Sebelum ini letak bersebelahan tv dekat area living room.
Sekarang saya ubah letak dalam bilik anak.

Mana beli meja dan kerusi?  beli di IKEA. Tahun lepas.

Kalau sepah pun dalam bilik anak.
Ikutkan nak beli rak buku tapi tunggu ada ongkosnya boleh. 
Next nak beli karpet.. tengah survey -survey karpet tuk bilik anak.




Tengok tu tekun dia tengok gambar binatang sambil bunyikan. 


Ini budak bulat mahu belajar... Sudah pandai bunyi dan sebut beberapa perkataan....
Good. Otak tengah berfungsi.

20 January 2015

Variera Shelf Ikea


Berkenan dengan Variera Shelf Insert. Kalau beli nak lekat kat kabinet.
Try beli 1 dulu.
Mudah je pasang.




Beginilah bila dah siap pasang. Time ni azad asyik duk ganggu tengah pasang.



Dekat sini saya letak. Bolehla jadi 2 level. Boleh susun banyak lagikan.
Bolehlah beli lagi. Nak cari yang kecik pulak Shelf.


14 November 2014

Apply Kad IKEA




Apakah IKEA FAMILY?

IKEA FAMILY lebih daripada sekadar kad berwarna jingga. Ia merupakan kelab untuk mereka yang berkongsi matlamat bersama IKEA untuk menjadikan kehidupan harian lebih baik untuk orang ramai.
Ia merupakan Kelab Pencinta Kediaman. Ia kelab peminat IKEA. Ia seperti wang di dalam dompet anda. Ia pas masuk anda ke acara khas. Ia menyambut anda dengan secawan minuman panas di Restoran IKEA. Tetapi yang paling penting, inilah cara kami mengucapkan 'terima kasih'.
IKEA FAMILY terbuka kepada semua orang, dan penyertaan adalah percuma. Jadi mula manfaatkan semua keistimewaan ahli dan mendaftarlah di gedung IKEA. Ingin tahu lebih terperinci tentang faedah keahlian? Lihatlah di bawah!



Apakah faedahnya?

Harga jalinan kekeluargaan ini:
  • Keahlian seumur hidup
  • Jimat dengan harga ahli untuk produk terpilih
  • Perolehi Mata Bonus dan dapatkan baucar gedung
  • Dapatkan 3x Mata Bonus pada bulan hari lahir anda (urus niaga pertama sahaja)
  • Jimat dengan harga ahli untuk produk terpilih
  • Nikmati 2 kopi/teh percuma dengan setiap kunjungan)
  • Jimat sehingga 30% ke atas hidangan & acara FAMILY di Restoran
  • Nikmati tawaran bulanan ke atas produk Kedai Khas Makanan Sweden
  • Jemputan ke acara ahli
  • Dapatkan inspirasi dan maklumat terkini dengan 3 surat berita setahun
*Tertakluk kepada terma dan syarat

Cara menyertai

Sertai secara percuma! Anda boleh menjalinkan hubungan kekeluargaan dengan kami menerusi kios FAMILY di gedung kami.
Setelah pendaftaran dilakukan, anda serta-merta boleh menikmati harga lebih rendah ke atas produk terpilih di gedung IKEA, termasuklah 2x hidangan berdiskaun dan kopi/teh percuma.
Hanya belanjakan RM200 dalam setahun dan anda akan ditukarkan menjadi ahli tetap seumur hidup serta dapat menikmati faedah penuh IKEA FAMILY.


Register kat kiosk IKEA terus dapat temporary Card dulu.

Bila pembelian dah ada baru kad IKEA akan diposkan di rumah.


2 kali pembelian dapat point. Baru Buat Kad Family Ikea. Kalau dari dulu buat mesti dah banyak dapat pointkan.
Boleh shopping lagi kat ikea dapat lagi banyak point.




10 November 2014

IKEA LaGi

1. Antilop - High Chair
2. Tray High Chair
5. Rak




Senang sikit mama nak makan dan buat kerja kat dapur


12 October 2014

Wardrobe Anak

Mencari Drawer di IKEA tidak berhasil sebelum ini.TAPI 
Akhirnya 
^
^
^
Misi mencari wardrobe S.Azad berjaya.
Minggu lepas beraya di pj, bolehlah ke Ikea.

Akhirnya wardrobe Malm menjadi pujaan hatiku. Ada 3 warna.
Pilihan warna putih, 4 drawer MALM
Rm 299

Bilik no 2 hanya ada katil queen. Jadi belilah wardrobe. Boleh letak baju S.A.
Ayo..berat betul la wardrobe ni.
^
^
Mulakan acara memasang wardrobe.







Beginilah wardrobe yang telah dipasang

Baju S. Azad yang telah disusun.

Banyak ruang lagi boleh letak
Baju Baru S. Azad belum digunakan lagi. 


Kemas. Teratur. Jimat ruang.


Puas hati wardrobe S.A dah ada.




19 September 2014

MENCARI -CARI

Drawer tk jadi beli. Sampai kaunter bukan main panjang lagi nak bayar. Lain kali je la. Ramai sangat. Selalu tak cam ni ramai.


0











Nasib baik kakak Arisya ada bolehlah berselfie

Lain kali je la balik pj kite gi lagi IKEA... Shoping IKEA lagi. Kalau ada kt Melaka ni kan best. boleh tiap hari gi IKEA.



26 August 2014

Mencari Drawer

Sangat berkenan dengan drawer ni. IKEA ada warna merah dan putih. 3 tingkat / 4 tingkat

Harga 3 tingkat = RM 299
Harga 4 tingkat = RM 369

Putih cantik, merah pun cantik. Bila la nak balik PJ ni boleh gi Ikea beli drawer ni.
SEBAB beli
^
^
^
^
1. Bilik no 2 tiada almari hanya katil saje.
2. Boleh letak baju S.Azad
3. Sangat cantik
4. Tidak terlalu besar. Muat kalau masuk bilik no 2
5. Harga boleh tahan gak la.






26 May 2014

Shopping di IKEA

Jumaat lepas balik Kg, tak kampung sangatla..Petaling Jaya ada majlis nikah, sanding Ikbar kawan Husband.
Sabtu pagi sempat gak la ke IKEA. Membeli barang-barang di bawah ni.

 Yang panjang tu, bidai nak tutup tingkap dapur

 periuk ni beli set. tebal dan tk karat...Siapa pernah gunakan tahu la...RUmah mak mertua ada guna periuk ni memang elok. Ada rezeki nak beli yang paling besar. Sekarang ni cukup la ni je dulu.. Bertiga je pun. Masak pun bkn banyak pun.. Tah-tah beli je kot..hahahaha

pinggan ni boleh masuk microwave.

Tak sempat nak snap pic bantal amik pic di internet je sebab azad dah merasmikan. 






Barang yang sempat di beli 
  1. Jam
  2. set periuk
  3. bidai tingkap
  4. kain lap 
  5. Alas kaki
  6. Bantal
Habis gak la RM 3++ .. Kalau gi IKEA ni gila dibuatnye. Sediakan duit je..

20 May 2013

IKEA

Klu Balik je PJ pasti IKEA.

Inikali pergi lagi IKEA. Mahu beli ape? Senarai telah di tulis. LEpas balik dari Holiday Photon Valley , dalam jam 5.00 petang ke IKEA.

Raya mahu mari...
 Persiapan HAri RAya. TAk de lah. Just tuk deco rumah je. Masih kosong lagi rumah.
Beli sikit -sikit. Ni pun dah habis RM 1k. cam ni je ..Ikea ni memang klu ada kat Melaka kan senang. Nasib baiklah umah mak mertua dekat kat sane. 






Barang -barang ni akan sampai arini di Melaka. En hubby balik. Esok temuduga SPA.
Pasangnye tak tahu bila.

U KLIK ME, I KLIK U