Curi Masuk

hit counter javascript
Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

02 June 2016

Tanam Pokok Doa / Bucida

Minggu PKS Peringkat Negeri Melaka
Kene kerja. 2 in 1
Kerja + pokok

Memang nak beli pokok ni. Kebetulan murah. Memang terus grab.
Ingat nk beli 2 tapi pikir balik 1 je la. Nak tanam kat luar rumah.

Semalam aku telah tanamkan pokok doa dengan bantuan ayahku. 
Takut kering dan mati. Sebab dah beli 1 tapi anak la kecik je, sebab tk selalu ada rumah mati.

Kali ni pokokku tak boleh mati. 
" AKU TANAMKAN KO DENGAN TANAH, MAS KAWINNYA DENGAN DAUN"

Semailah kau di sana. Aku belai ko minggu depan. Masa terhad.







Tanam , siram dan terus balik. Harap ko hidup dengan aman di sana.

Mesti tak tahu pokok apekan. Pernah nampak tapi tak tahu nama.

Pokok Bucida Molineti sangat rimbun walaupun mempunyai daun yang kecil. Pokok ini dikategorikan di dalam jenis pokok lanskap bersaiz besar. Pokok Bucida molineti ini dapat memberikan imej yang cantik dan teratur menyebabkan pokok Bucida Molineti ini sangat sesuai ditanam di jalan-jalan utama. 

  

Memiliki saiz yang sederhana besar, silara tegak dan batang lurus juga merupakan faktor utama mengapa pokok Bucida ini sangat sesuai ditanam untuk lanskap protokol selain dapat mewujudkan imej formal jalan protokol. Pokok ini membiak melalui anak benih namun disemai di tempat lain dahulu seperti di dalam polibeg sebelum ditanam ditempat yang terpilih. Pokok ini mengeluarkan bunga namun yang akan menjadi buah adalah dalam bilangan yang sangat sedikit. Jadi, proses pembiakannya amatlah memerlukan penjagaan yang rapi. 



Tips Untuk menjadikan pokok bucida rendang

1. Pastikan rumpai pada keliling pokok bersih
2. Membaja
3. Jarak tanaman yang sesuai
4. Pastikan akar pokok tumbuh tiada halangan sejauh 3 meter
5. Pangkas ranting yang tidak perlu, buat 1 tingkat atau 3 tingkat
6. Air yang cukup
7. Tanah yang sesuai

* Pokok aku ni maybe tak nak bagi tinggi. Tengok keadaan. Nak trim bagi rendang je.



05 January 2016

DIY : Tinted Tingkap

CERITA MINGGU LEPAS.

Cuti banyak lagi. Amik cuti boleh cuti lama balik Kampung di KL. KL kira kampung ke? Hehehe. Rumah mak mertua di Petaling Jaya. Kalau balik sana tiap hari gak la berjalan sakan. 

Balik tengok tingkap rumah mak mertua dah cantik. MAKE UP TINGKAP guna tinted. Bapak mertua memang suka Deco-deco. Ada je nak buat kt rumah tu. Memang cantik la kan. Aku memang nk tinted tingkap dapur rumahku sebab kalau malam nampak jiran sebelah. Sementara aku beli tirai kt Daiso je.. Cari juga dekat parkson, tapi tk  berkenan coraknya.

Suami aku ckp kat bapak mertua aku memang tengha cari tinted ni. Terus bapak mertua ajak gi IOI Mall. Tengok patern cita rasa aku. Nak cari dah dapat. Terus rembat. Nak 2 1/2 meter je. Kate  sale tu 1/2 meter tak jual. Terpaksalah beli 3 meter. 1 meter RM53.00. kali kan 3 meter.


Ini corak yang saya suka

Selepas di ukur dan dipotong

Dah buka pulak tirai daiso. Tak sabar nak pasang.

Selepas tinted cam li la rupanya.

Yang penting dalam tak nampak. Hehehehe

Tingkap saya berwajah baru.

Dari Luar. Tingkap kecik atas tu tak nak tinted. Nanti gelap pulak rumah. 

CARA PASANG TINTED SENDIRI (DIY)

1. Ukur saiz tingkap
2. Potong ikut saiz tingkap
3. Bersihkan tingkap dari kotoran.
4. Sembur sedikit air /air sabun 
5. Buka lapisan tinted dan tampal dari atas ke bawah.
6. Adjust bagi sama( kalau sengit boleh buka semula dan tampal)
7. Gosok gelembung air/udara.
8. Selesai 

MUDAHKAN. ANDA PUN BOLEH BUAT.

Tinted ni ada 2 jenis. 
- Gam
-Guna Air

Jangan salah beli. Kalau guna gam leceh nanti kalau nak buka.

SELAMAT MENCUBA








18 September 2015

Part 2 : Kisah Loteng

Lambat betul update pasal loteng. Entry yang lepas saya ada cerita serba sedikit kisah sepanjang pembinaan loteng rumah.
Hari ini akan bersambung entry lagi ye..

Jom tengok gambar semasa proses pembinaan dilalukan.




Berabuk jangan cakap la...





Inilah yang open air.. telah ditutup. Gelap la airwell ni...

Tangga agak menjunam sedikit sebab kawasan yang kecil.

Ambil gambar time baru 1st cat lagi. Belum second round cat dah amik gambar. Tu nampak kayu berbelak lagi.

Alhamdullillah, siap jugak akhirnya LOTENG dengan kos
 RM 5500.00 
Guna Kayu Resak.
Siapa yang tak de idea nk buat dekat Airwell rumah masing-masing bolehlah dapat idea untuk buat loteng cam ni..
Harap sedikit sebanyak membantu yang tercari-cari idea nak buat.






25 August 2015

BERUBAH Sekelip Mata

Jom cuci seat kereta.
Kalau kat kedai mahu ratus jugak la. 
Tapi en husband sangat rajin, (kredit kat hubby)
dan tak boleh tengok kotor. Jadi hari weekend la masa yang sangat bagus untuk basuh seat. TApi kene tengok cuaca jugak. Nanti tak kering pulak.
Alhamdulillah cuaca sangat baik..panas. Kering dengan cepatnya. 


SEBELUM (tengok betapa kotornya seat) Dari hari ke hari nak bawa ke kedai car wash- tak pergi - pergi.

Perbezaan sebelum dan selepas basuh. 
Bernafas sikit seat tu kan. Sedap mata memandang. 
Berjaya en husband. Thanks kemas, dan basuhkan sekali kereta sy.

Hanya menggunakan barang sedia ada di rumah.
Sesiapa nak try buat bole...


Sabun
Air
Kain
dan
 berus

Itu sahaja.
Mudah, senang didapati dan tidak perlu modal. Semua barang ada di rumah.

Selamat TRY Mencuci Seat Kereta.




21 August 2015

Wajah Baru

Mengecat? Eh kenapa pulak perempuan tak boleh mengecat.
100% mengecat husband saya dan saya. 
Mengecat bukannya susah pun. 

Ada cat kita cat. Bukanlah 1 hari boleh siap. Sikit-sikit kita cat.
Ikut kemampuan.
Pantang ada lebih cat, akan dipikirkan dimana akan dicatkan.
Sehinggalah habis cat tu.


Warna cat asal time beli rumah 2012(Sebelum Cat)


Warna cat sekarang 2015 (Selepas Cat)


Nampak tu siap lampu lip lap- lip lap.. Baru pasang time bulan pose aritu. Ni pun mak sponser. Ada lebih mentol. Just Beli wayar je..dgn soket hitam tu. Yang kosong tu belum tambah lagi mentol. Tengok ok gak jarak tu...




Tinggal nak cat warna cream ni nanti.. 

Korang semua kalau tahu pasal cat @ korang mengecat rumah korang bolehlah sharing..

01 July 2015

Kisah : Loteng

Cerita rumahku, di bahagian tengah (airwell). Sudah lama tidak bertutup. Design rumah memang airwell open air. Apesal la pemaju buat macam ni.. Kan dah susahkan aku je. Baru sekarang aku tutup dan jadikan loteng. 
Kegunaan loteng - bolehlah jadikan bilik ke 5 @ stor. Perancangan akan dijadikan stor dahulu. Banyak bilik buat ape. Anak pun sorang je. Ops, tahun depan 2 orang.


Airwell terbuka dan tinggi

Plug point dah buat dulu masa awal -awal masuk rumah

Jeng-jeng jeng, kayu sudah sampai. 

Akan gelap bilik no 4 dan bilik no 2 lepas buat loteng nanti. Proses menebuk dinding.

Masih belum nampak lagi lotengku ini.. Bagaimana rupanya..

Lantai loteng sudah nampak bayang nye..

Kenapa tidak buat loteng ( simen)? ha mulanya memang nak buat pakai simen bkn kayu, TAPI rumah barang semua dah ada. Lepas tu, airwell ni tengah -tengah pulak tu, Nanti berkelecah rumah ku. Tak sanggup... Jadi aku decide Kayu. tp cari kayu yang baik( RELAU)
Sesiapa ada niat nak buat loteng make sure buat dulu sebelum barang rumah semua dah ada. Sebab memang berabuk 1 rumah. 

Tunggu next entry ye...Bagaimana loteng rumahku ini.

09 June 2015

Ruang @Susun Atur

Susun atur buku anak

 Menggunakan meja sedia ada di rumah. Saya letakkan di dalam bilik anak. Sebelum ini letak bersebelahan tv dekat area living room.
Sekarang saya ubah letak dalam bilik anak.

Mana beli meja dan kerusi?  beli di IKEA. Tahun lepas.

Kalau sepah pun dalam bilik anak.
Ikutkan nak beli rak buku tapi tunggu ada ongkosnya boleh. 
Next nak beli karpet.. tengah survey -survey karpet tuk bilik anak.




Tengok tu tekun dia tengok gambar binatang sambil bunyikan. 


Ini budak bulat mahu belajar... Sudah pandai bunyi dan sebut beberapa perkataan....
Good. Otak tengah berfungsi.

16 October 2014

Pembelian Secara Online

Suka dengan pembelian online. Cepat, mudah, jimat tenaga, dan murah pulak tu.

Belian tah kali ke berapa. Banyak gak la beli kat LAZADA ni.


Kali ni aku beli 3 barang dari LAZADA
Barangnya seperti dibawah.:-



Tippuware, Holder, dan rak tempat letak periuk.
Walaupun pengguna dan ahli TUPPERWARE tegar lah sangat, aku beli gak tippurware sebab murah, banyak, dan ada rak, lagi boleh pusing-pusing lagi tu yang beli. 
Ada kegunaan nya.



Guna ruang pun sikit je.

Ini tempat letak periuk & kuali aku.

Kemaskan dan Jimat ruang.
Buka je website ape2 ada je LAZADA promote. Ternampak rak ni. Pastu dalam group KSSA pun ada gak orang guna. Tengok ok je. Terus grab.

12 October 2014

Wardrobe Anak

Mencari Drawer di IKEA tidak berhasil sebelum ini.TAPI 
Akhirnya 
^
^
^
Misi mencari wardrobe S.Azad berjaya.
Minggu lepas beraya di pj, bolehlah ke Ikea.

Akhirnya wardrobe Malm menjadi pujaan hatiku. Ada 3 warna.
Pilihan warna putih, 4 drawer MALM
Rm 299

Bilik no 2 hanya ada katil queen. Jadi belilah wardrobe. Boleh letak baju S.A.
Ayo..berat betul la wardrobe ni.
^
^
Mulakan acara memasang wardrobe.







Beginilah wardrobe yang telah dipasang

Baju S. Azad yang telah disusun.

Banyak ruang lagi boleh letak
Baju Baru S. Azad belum digunakan lagi. 


Kemas. Teratur. Jimat ruang.


Puas hati wardrobe S.A dah ada.




U KLIK ME, I KLIK U