Showing posts with label mengandung. Show all posts
Showing posts with label mengandung. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

~Pasal Menunggu Hari~

Wah. Secara kebetulan ramai lak kenalan blogger aku menunggu hari.
Rata-rata bukan anak pertama.
Kebanyakannya anak kedua, tp ada yg ketiga.
Alhamdulillah, murah rezeki mereka kan :)
Rata-rata meke juga walo bkn anak pertama, meke tetap berdebar2.

Kredit : google

Walo jauh di sudut hati aku ni sayu rasanya sbb hingga kini aku masih takde peluang nak rasa debaran2 tu, aku tetapkan doakan yang terbaik utk adik-adikku ini.

Cha : Umi Journal
Eda_Ej : Once Upon A Time
Kina : Mama Adam
Eima : My Sweet Life
Cik Mot : HNI

Insyaallah, semenya akan selamat melahirkan baby yang sihat, cantik dan comel.

Friday, September 9, 2011

~Pasal Dispekulasi Mengandung (Lawak)~

Imej : Google
Haha. Nak tergelak rasa.
Patut kena tulis kat umah sanun ni. Sbb berkaitan my TTC nyer citer kan. Bahahaha.
Tak abis2 rasa nak gelak.
Tp nak tulis kat sini, sbb tau, ramai rakan opis baca kat sini, sbb ianya berkaitan rakan opis. Huhu.

Td pagi tadi, ke toilet lah.
Lps tu dtg sorang adik ni.
"Kekda... tahniah.." katanya.
Aku mcm eh. Amenda plak dia tahniah kan ni. Nak kata dpt APC ke hapa ke seme da lps.
Lagi plak yg ucap tahniah tu org HR. Kalo HR tu harus la pasal kenaikan pangkat ke apa kan. Tak ko mcm tertanya tanya dibuatnya. Aku pikir kot dia nak tahniah pasal aku masuk umah baru ke. Tp mcm takkan la kot. Hahaha.
Aku tnya 'tahniah apa?'
Dia gelak2. Then aku tanya lagi.
Lps tu dia kata
'tu baby.. '

Hahahah. Aku terus gelak.
Aku tanya sapa gitau.
Dia kata 'ada la...'

Haha. Aku gelak smpai la smpai kat tempat aku dan citer kat adik2 unit aku. Aku tatau la dia rasa betul ke citer tu atau tak. Tp sumpah mmg lawak pagi Jumaat la namanya.
Klaka. 

Aku dikatakan mengandung weh dan aku sendiri tatau pun yg aku mengandung.
Pergh. Haibat.
Smpai aku plak rasa, eh, betul ke aku mengandung (walhal baru 2 minggu aku period, telur baru pun tak menentu lagi bila kuarnya)

Tercari2 gak aku mana punca dtgnye berita itu.
Pikir gak ngan adik2 unit aku ni kot smlm aku ada ter cakap berkenaan mengandung. Kot ada yg terdengar.
Yg adik2 aku ni seme kata manade. Lama da tak ckp pasal peknen2 ni.
Lps tu terpikir plak apa aku tulis kat FB lately ni.
Takde apa pun. Aku tulis pasal aku da puasa 3 ari ada. Takde plak aku tulis da pening2, muntah2 udah 3 ari. Hahahah.. 

Tp aku tau sbb apa. Mesti sbb perut yg makin membuncit ne. Heh! Ni yg nak buat proses menyedut lemak neh.

Kelakar nye la hai.

Tp mana lah tau, rezeki pagi Jumaat nan indah ni.
Cukup 40org buat spekulasi aku mengandung, akhirnya bln dpn derang bebetul leh ber tahniah.

Utk sekian sekian org yg menspekulasi tu, dan sekiranya meke adalah pembaca kebun stoberi ini, saya dgn ini mengesahkan - 

'manade saya mengandung... kalo betul mengandung, saya akan buat PC, bagi seme org tau, usah dengar rumours2 tu, kang tggu punya tunggu, smpai thn dpn saya masih tak cuti bersalin. Sila dapatkan pengesahan dari empunya badan sendiri yer. Tk susah pun, dail je 223 dan tanya trus. Saya tk marah punya'

Hahaha.
Oke, dah time lunch. Nak balik umah ni, nak wat UPT, kut btul ke mengandung. Bahahahhaa.

Oh yer, keadaan begini adalah biasa utk opis saya. Tuan punya badan pun tatau, tp ada org lain yg lebih tahu.
Sekian terima kasih


Thursday, May 5, 2011

~Pasal Baby Shower~

Tentu tentu seme penah dgr pasal Baby Shower kan.
Aku dulu igt majlis Baby Shower ni pas baby lahir. Sbb ada shower shower kan. Majlis mandi babu ke hapa kan. Rupanya majlis before baby lahir. Dibuat sebulan atau 2 bln sebelum  baby lahir.
Ari ni sapa baca paper Utusan harus baca pasal ni gak. Menampilkan blogger glamer kita - Sue Anna Joe. Ekceli masa dia tulis kat blog thn lps pun aku ada baca citer baby shower dia buat tu.
Mcm bes kan.
So, apa sebenarnya baby shower tu. If ikut incik Wiki. Ni kata beliau :
In some countries, a baby shower is a way to celebrate the pending or recent birth of a child by presenting gifts to the parents at a party. The term "shower" is often assumed to mean that the expectant mother is "showered" with gifts.
Salunya baby shower ni utk anak pertama dan hanya dihadiri oleh kaum pompuan. Lepas tu ada la buat makan2 sket, game2 ke hapa kan.

Kalo ikut tradisi org lama, adat melayu kita pun ada upacara sblm baby lahir ni iaitu melenggang perut. Tp dlm paper tu tulis, adat ni menyerupai adat Hindu dan ada unsur khurafat. Kat tpt aku lak, aku igt lagi masa aku kecik2 dlu salu gak ikut mak aku gi kenduri sebelum org nak melahirkan ni. Apa namanya ek. Tak leh recall da aku. Buang dapo, angkat dapo, entah. Something like that la, tp lebih kurang cam melenggang perut. Tk silap akak aku dulu pun ada buat gak. Ada kelapa, dan entah apa lagi. Tak ingat. Tk boleh recall.

Zaman2 android ni (cea..tetiba zaman android, tau la tgh riki android phone kan), maklumat di hujung jari kan. Klik je akan dpt pelbagai idea. Paling bes aku tgk yg ni. Plan the Perfect Baby Shower. Cam comel je.

Tgk yg ni. Dpt dari web tu la. Huwaaa.... nomey... hikss


Oke. Igt, jemputan hanya perempuan. Dan aku ada ramai kawan blogger yg perempuan, jadi boleh la buat nati. Tp mana baby yg nak di 'shower' kan. Ohhh..... (nangis sendu smbil lari ke blog sebelah. huwaaaaa....)

Friday, March 25, 2011

~Pasal Launch Sudah~

Salam pagi Jumaat. Moga hari ini semuanya baik baik sahaja.
Nak publishkan blog baru tu sebenarnya.
Tp mcm berdebar debar plak. Huhu.

Ok lah. Saya publish yer, tp aci tak kalo saya tak bagi lagi link blog tu dulu.
Boleh cari kot..... huhu...

Jadi, di pagi Jumaat penuh keberkatan ni, saya launchkan blog baru itu.
Insyaallah, segala usaha untuk mendapatkan cahaya mata akan diceritakan dlm blog sana.
Semua orang boleh berkongsi segala cerita di sana.
Boleh hantarkan komen panjang, saya tak kisah.
Boleh juga berbalas balas komen dgn blogger yg lain, saya tak kisah.
Cuma, komen dari anon mmg tak boleh masuk la. Di block sudahhh...
Tp kalo ada anasir2 yg tak bersesuaian masuk ke situ, mungkin akan di private kan.
Jadi kira tempoh percubaan dulu la ni. Eceh!

So, kengkawan yang berminat buleh la jengah di sana.. silakan....... :)

Monday, March 21, 2011

~Permata Yang Dinanti : Rawatan~

Aku rasa aku perlu ber tekad. Perlu membulatkan hati. (Hati....yg bentuk love tu nak dibulat kan??cena eh??) Aku perlu memulakan treatment ini. Walo usia perkahwinan belum menjangkau tahun ke3, tp umur aku yg akan mencecah tahun ke 32 pada Disember ini, mmg tidak memerlukan aku untuk berlengah lengah lagi.
Maka setelah ditilik tilik, di risik risik, aku rasa aku akan mulakan di LPPKN. Aku tau mmg akan amik masa yg lama. Akan tunggu giliran yg lama. Tapi takpe. Sbg penjawat awam, ini lah benefit yg aku perlu gunakan ketika ini. Boleh baca di sini utk dapatkan keterangan lanjut. Dan aku petik sedikit

7. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kemandulan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dilaksanakan mengikut tatacara berikut -

(i) mendapat rawatan di klinik LPPKN; dan
(ii)rawatan primary infertility sahaja; dan
(iii)pengesahan oleh pakar perubatan LPPKN mengenai (ii) di atas; dan
(iv)permohonan hendaklah menggunakan borang Permohonan Perbelanjaan Ubat, Alat, Perkhidmatan dan Rawatan; dan
(v)permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan.

Mandul?? Nauzubillah himin dzoliq.  Tapi IVF dan yg tahap tinggi nyer treatment tak lah ditanggung. 

Dipetik dari Utusan Malaysia Online

''Esok merupakan sambutan Hari Keluarga Kebangsaan. Antara masalah yang dihadapi oleh keluarga ialah kegagalan mendapat cahaya mata. Dari kajian yang dijalankan punca ramai pasangan berselisih faham dan bercerai ialah kegagalan mendapat cahaya mata.

''Sejumlah 30 peratus daripada masalah kesuburan yang berlaku berpunca dari suami, 30 peratus lagi berpunca dari isteri, 30 peratus lagi disebabkan oleh kedua-duanya dan 10 peratus lagi disebabkan masalah yang tidak diketahui," jelasnya.

Tambah Shahrizat, masalah kesuburan menyebabkan tekanan psikologi yang hebat dan beban tekanan yang ditanggung oleh mereka yang mengalaminya dikatakan sama dengan tekanan yang dialami oleh seorang pesakit barah. Selain itu rawatan kesuburan di pusat kesihatan swasta biasanya menelan kos yang tinggi.

''Sejak 1979, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melalui klinik rawatan kesuburannya sudah berjaya mencatatkan 3,000 kelahiran dari pasangan yang menghadapi masalah untuk mendapatkan zuriat. Ini merupakan satu berita gembira yang boleh dikongsi dengan seluruh dunia," katanya.

Sempena berakhirnya EAMFF dan sambutan Hari Keluarga Kebangsaan, Shahrizat turut melancarkan buku panduan Jalinan Kasih Subfertiliti LPPKN supaya lebih ramai pasangan tampil untuk mendapatkan rawatan kesuburan melalui LPPKN.

Buku panduan setebal 33 muka surat itu mengandungi maklumat mengenai persediaan untuk mengandung serta penjelasan mengenai prosedur, ujian dan rawatan kesuburan.

Pada majlis pelancaran buku panduan Jalinan Kasih, seramai 48 kanak-kanak yang lahir ekoran kejayaan rawatan kesuburan di LPPKN diraikan bersama ibu bapa masing-masing.

Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman yang turut ditemui di EAMFF menjelaskan klinik rawatan kesuburan LPPKN yang beroperasi di ibu pejabat LPPKN di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Ipoh memberi tumpuan untuk membantu pasangan yang berpendapatan rendah mendapatkan zuriat.

''Pusat Rawatan Kesuburan LPPKN komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, beretika dan berpatutan," jelasnya.
Agaknya aku dalam peratus masalah kesuburan yang mana ya? Then kat mana nak dapatkan buku Jalinan Kasih Subfertiliti tu yer?

Aku blum pun set kan appoinment. Mungkin dalam masa terdekat ni akan call jugak. Doakan yg baik2 utk aku ya dlm usaha mendapatkan permata yang dinanti ini.
Utk mereka yg baru nak baca blog ini dan rentetan hidup aku utk mendapatkan cahaya mata, mmg aku belum pernah buat any medic treatment lagi. Taktau sbb apa, takut pun ye gak kut. Skang ni aku pikir smpai bila nak tunggu
Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk menjadi seorang ibu.......

Friday, March 4, 2011

~Pasal Makhluk Mars Dan Venus~



Saja nak citer citer sket pasal Men and Women ni kan.
Skang ni kan tgh HKK. So, byk la staff2 dari cawangan pun datang. Jadi yg pompuan ni biasa la kalo da lama tak jumpa. "eh, dah berisi ko Ida.. eh, da 'ada' ke Ida?" dan bla bla bla la kan.

Cam biasa, isu utama yg bakal dikemukakan pasal anak la kan. Aku bukan nak bebel apa, cuma aku nak suh sama2 pikirkan apa yg makhluk dari "Mars" dan "Venus" ni selalu kemukakan kalo masuk bab 'kenapa aku tak beranak ranak lagi ni'. Seyes. Mmg berbeza.

Contoh cam aku. Dtg sorang akak ni. Biasa la kan, kita salam2 arab tu.
Sambil salam kiri : "Takde lagi Da?"  soal akak tu. Aku tau la maksud dia 'takde' tu.
Belah kanan plak : "Takde lagi la kak" aku jawab
Belah kiri balik : "Tu la ko, tak 'pandai' " Balas akak tu.
Aku tak kesah. Tak amik pot pun. Bukan sekali dua aku kena tak 'pandai' tu.
Aku kalo derang ckp camtu, aku balas 'takpe, nati akak tunjuk praktikal ke saya ye'.

Tu manusia dari 'Venus' ni la. Mmg kebanyakkan gitu la cara dia. Tak penah ada yg syorkan pegi berubat ke, pegi berurut ke, baca surah itu ini. Yg derang kata 'tak pandai'. Cuma ada akak sorang tu je. Dia suh aku potostat satu buku tu, ada ayat2 Quran dan amalan yg buleh kita buat utk usaha dpt anak ni. Lain...takde..

Jadi skang kita tgk plak makhluk yg datang dari Mars.
Ni my dear aku la citer. Derang takde tanya direct2 ni. Mungkin ada yg penah kata tak pandai ke apa ke, tp gurauan sesama lelaki la kan. Tp kita faham la. Lelaki kan.
Tp bila ada masa derang duk sesama, takde org, derang akan bagitau solutions.
Contoh :
"Ko takde anak lagi?, berapa tahun kawen?"
"Ko cuba la suh bini ko minum produk DCL (laki aku tak ingat nama dia. DCL ni aku rasa Bidadari eh). Ada retu yg minum trus dpt anak".
Lps tu org lain plak. Masa yg lain la. "Ni ko terai pegi kat Melaka, berubat kat sana. Aku dgr ramai yg berubat situ".

See. Ada perbezaan kan. Aku rasa terharu pun ada sbb derang ni walo jarang2 jumpa tp eluk je derang nak tolong. Tp kalo fomfuannn... hemphh... buat aku nak geremmmm je.

Tp mmg yer pun. Cuba tgk petikan dari incik wiki pasal buku ni.

One example of the theories Gray offers is that men complain about problems because they are asking for solutions while women complain about problems because they want their problems to be acknowledged.
Tp idak la aku kata aku nak masalah aku di acknowledged kan plak. Motip la plak kalo camtu. Cumanya aku rasa women mmg dia tak membantu kecuali mmg sahabat yg rapat. 
Kadang kan, yg aku pelik, pompuan yg belum kawen pun sebuk tnya aku bila nak pregnant. Pelik oih. Nati kalo aku tnya ko bila nak kawen? apa jawapan ko? atau aku kata 'eh, awak ni takde org nak ke? tak risau ke tak kawen kawen?' Sensitip ke tak? Sebok btul nak tgk aku mengandung. Aku sng je, sapa sebok2 tu nati aku nak mintak sponsor bayar duit aku bersalin kat hospital sblh opis aku ni. Nak gak merasa duk wad yg buleh napak KLCC dan staff pun buleh melawat smbil jalan kaki je. Eii..geram smpai nak jadi Kak Limah rasanya. 
'uii Kak Limah oii, tanak tenguk Akademi Fantasia ke?'

Sunday, January 16, 2011

~Permata Yang Dinanti : Minum Air Buah Zuriat~

Google 'cara makan buah zuriat'.
Pelbagai cara ada. Antaranya :
-kikis, simpan serbuk tu utk dicampur dgn susu.
-rebus sabutnya sahaja utk diminum airnya.
-rebus sahaja kulit dan isinya- nati buah tu terbuka- ibarat terbuka jua lah peranakan kita.
-belah buah tu smpai jumpa isi putih dan rebus.

Jadi confuse. Tak tau mana yg betul. Kalo ikut nak je ku campak seketul seketul dlm piuk tu utk rebus. Ye lah sayang kan sbb bukan sng nak jumpa buah tu.
Tp bila tgk kawan aku sorang tu buat, dia pecahkan buah tu guna gergaji dan dptkan isi smpai isirung putih tu, maka ku suruh la laki ku ketuk smpai jumpa isi putih tu. Ha ko..bergego 1 flat. Mmg keras sgt buah ni. 

Owh. Pada yg tak dpt bayangkan buah zuriat ni dia berwarna coklat. Keras giler kulit dia. Boleh nak kikis dgn pisau, tp ngadap la dia ajer dari pagi. Huhu.

 Kalo ada sesapa gi Mekah, boleh la kirim belikan. Aku kirim pada makcik my dear yg ke Mekah thn lepas. Kirim dgn wang lah kan. Takkan dgn air liur je. Dia belikan 4biji. Tp smpai kat aku 3biji sbb sebiji lagi akak ipar aku yg nak kawen bulan 6 ni amik dulu. Abis, ku nak kata apa, walo hakikatnya aku 'beli' buah tu. Kalo kat Malaysia ni ada org jual tak silap 2 biji RM40 camtu la kut. Takpe la. Suci hati sudah. Jgn tamak!

Jadi mlm ni baru tergerak hati nak memproses buah tu. Mula aku igt nak masuk je dlm periuk seketul camtu. Tapi takpe, sebijik ni aku terai lah korek smpai jumpa isi putih tu. Mmg keras. Tahap kena ketuk dgn lesung batu. Bersepah habuk dari sabut dia tu. Lepas tu masuk dlm periuk tanah. Ni ayah mertua ku yg kasik. Katanya lebih berkesan kalo rebus guna periuk tanah ni.

Kulit buah yg isinya dah dikeluarkan.
Isi dia ke biji dia ni??
Berjaya jugak dptkan isi putih tu.

Jadi kita cuba sahaja lah ya. Usaha pertama bagi tahun 2011 ni. Mungkin tahun ini akan ada usaha secara moden yg akan dicuba. Insyaallah...

Minum sambil baca ayat 38 surah Al-Imran (which mmg aku amalkan saban hari).

Oh. Yang 2 biji lagi tu adalah buah 'melekat'. Kembar lah tu. Moga kalo aku minum nati akan dpt la baby kembar :))

Friday, December 10, 2010

~Pasal Buah Zuriat~

Eh. Eh.. btul kah che puanstoberi tak kuar pi memana lunch nih?? Mcm tak caya jer.. ok, sila pecaya. Mmg me myself ada kat opis waktu rehat yg pjg di Hari Jumaat ni. Kerana apa tak kuar? Malas. Adik2 SPS tu ada ngajak pi PV. Jln kaki je. Mmg dkt banget opis kiterang ni dgn PV. Lalu je blkg Royale Chulan tu, cross d road, udah sampei. Lagi pun aku nak pi JJ jap gi ptg kang. Mau beli adiah kawan yg nak kawen on 18hb ni serta, kalo takde apa2 mau carik adiah utk anak org tu yg nyambut befday sama ngan aku tu. Tp tatau lagi bleh pegi ke tak. Rasa mcm boleh. Nati jap gi print peta. Aku tak berapa arif sgt area River of Paper  tu. Hihi

Ok, sbnr nak citer pasal ini.
Kredit : Here

Dulu da ada buat entry kat sini kan.
So, ms cuti Maal Hijrah retu da ziarah Mak Ta yg balik haji. Blum masuk umah trus dia ckp "Da, ko nyer buah yg kirim tu ada...tp dalam kargo, kargo tu tak smpai lagik". Huhuhu. Yeyhh!! Eh..silap...Alhamdulillah.. harap harap slmt smpei lah kargo itu nati.
Owh. Skang ni barang tak smpai ngan tuan dia yer. Naek kargo plak. Tk penah la plak aku tau. Time aku pi dulu, tuan smpei, brg pun smpei gak. Tp tu tahun berapa. 20 thn yg lalu. Masa tu org tak sebok sebok nak shopping pun kan. Skang tengok... kan ada dlm berita kata jemaah M'sia la paling byk berbelanja kat sana. Hihi. Yelah, suma nak beli dari sana, pdhal kalo sejadah tu, kat Mydin dpt lagi murah. Hihi. Lps tu da tak muat katebang. Hihi. Ok. Stop di situ.

Sebenarnya ada persoalan berkaitan buah ini. Cemna cara sebenar nak makan ni?. Ada yg kata rebus dulu. Nak rebus tu plak kena kuarkan isi dia ya. Cam Iritiyah buat ni. Cemna cara sebetul dia eh? 

Ni pun salah satu usaha gak. Mana tau...sempena nak anniv ke dua ni Allah makbulkan doa kami :))

Owh ya, pada rakan2 yg sama mcm saya, mmg saya nak share sesama buah ni, tp makcik saya kata dia beli 4 biji je. So, tak dpt la kut saya nak bagi sesama unless retu ada kirim. Tapiii...ada tapinya...kalo dapat buah ni nati, dan saya dah rebus, boleh la dtg umah saya. Kita sesama minum yer.

Monday, November 1, 2010

~Pasal Aku Tidak Keseorangan~

Aku rasa aku tidak bersendirian dlm hal nih.
Dan keistimewaan ni bukan aku sorang je rasa, malah ramai lagi.
Aku juga dikelilingi rakan2 senasib.
Mcm Cikbedahlaser, Irtiyah, Asma, Eka dan tidak lupa rakan aku yg sedari sekolah dulu mmg sesaiz dgn aku, Che Sue yg jauh di Algeria (ni sekadar menyebut beberapa nama).
Juga kat opis ni pun masih ramai yg sedang melalui apa yg aku lalui ini.
Kadang aku terpikir gak, apsal ramai yg susah nak dpt zuriat? Kalo dulu jarang2 dgr. Tp skang mcm dah perkara normal. Sbb pemakanan ke? Byk sgt telan menda yg segera skang kan. Asal lapar je trus drive thro'. Entah..mungkin la jugak kut..tp itu hnya penyebab kecil.

Aku tau ada yg tak kena dgn sistem badan aku ni walo aku rasa sihat.
Sapa yg tak terluka bila tetiap bulan cik P dtg tepat pada waktunya. Tp patutnya aku bersyukur sbb menandakan aku sihat dari segi yg satu itu.
Aku mmg nak tau sgt, apa la yg menyebabkan aku mendapat keistimewaan yg satu ini.
Memetik kata2 kawan aku yg sedang menanti hari bersalin - "hidup ni mcm puzzle, satu hari nati kita akan bertemu titik penyelesaiannya". Wah..dah pandai bermadah kawan aku sorang ni. Napaknya sejak nak menjadi ibu ni dia makin positif dalam hidupnya. Bagus.

Mmg bukan senang nak menghadapi hari hari mendatang. Mmg ada org kata 'rileks je Ida, baru 2 tahun kan'. Rilek tu mmg rilek, takkan aku nak melalak meratapi naseb ni hehari kan. Tu nasib yg kata rilek la Ida. Ada gak yg kata 'tu la ko..tak pandai main'. Wah ha ha..ini aku tak mo komen lelebih. Aku penah pun citer menda ni dulu, kat blog ni. 

Tp apa perasaan bila melihat kawan2 yg sama naik pelamin dgn aku retu dah pun riang ria bersama anak2 memasing. Ada pun yg dah menambah bilangan pun. Dan yang kawen, setahun slps aku kawen tu pun anak2 dah mula berlari-larian. Ini yg kenduri aku baru pegi smlm ni, esuk lusa dgr la citer dah berisi.

Pasrah. Aku selalu ingatkan diri aku, sebagaimana aku salu ingatkan kawan2 aku yg ditimpa musibah.
"sesungguhnya Allah tahu kita boleh hadapi dugaan ini, sbb tu lah dipilih kita yg menerima dugaan ini. Itu tandanya Allah ingatkan kita dan dia mahu kita juga dekat dgn Dia. Mungkin kalo aku dah ada segala-galanya, perfect semua, boleh membuatkan aku leka".

Sbb tu la aku byk blog keibuan yg aku tak follow. Jgn lah marah kalo aku tak follow, tp kadang2 aku sedih bila tgk memasing citer perihal anak. Tp aku..tak sudah2 citer pasal opis, pasal vacation, pasal jalan2, pasal shopping dan sesekali citer kesedihan aku nih. Mmg boring la blog aku ni, tak berseri dgn kehadiran citer si kecil.

Tapi, aku jengah jugak blog2 tu. Seronok baca citer derang. Seronok tgk gelagat anak2 memasing. Comel comel belaka dan dalam pada berharap agar suatu hari nati aku pun boleh buat entry mcm tu. 

Rezeki memasing. Pasti ada hikmah di sebaliknya yg berlaku nih. Kalo terlalu pikirkan sgt pun buleh jadi giler dibuatnya. Just rileks je. Mmg persoalan "kenapa, kenapa, kenapa" tu salu la bertamu kat pikiran nih.

Ya Allah, moga aku dan rakan2 ku yg sama menanti ini akan menerima kehadiran zuriat tak lama lagi. Aminn.

Marilah kita amalkan baca doa ni setiap pagi. Doa nabi Zakaria yang memohon zuriat. 

Tuesday, October 19, 2010

~Pasal Berisi Tp Takde Isi~

Again. Citer pasal peknen. Kebetulan lak mggu ni penuh citer berkaitan peknen nih. 
Ni citer baru. Masa lps aku wat entry kecewa kecewa tu. Trus naek meting.
Sblm tu kat bilik meting tu ada meting lain.
So, tggu jap kat luar. Maka dah abis tu keluar la ahli2 meting sbb kiterang nak masuk.
Sekali tgh aku duk kat kusi tu dtg la sorang kawan.
"Ida...lama tak jumpa"
Aku pun cam ha..ok..sengih je la. Sbb dlm ati kan aku duk menyampah2 nak masuk meting, plus kecewa lagi la hapa kan. Memacam pikir otak nih.
"Eh...ko..berisinyaaaa..." Macam teruja dan terkejut tgk aku dah berisi ni. Tgk mcm aku ni gemuk giler la kan.
Aku sengih lagi..tk smpat nak ckp apa. Terus dia smbg.
"ke sbb ada isi nih..ada eh..ada eh..ada isi" sambil pandang2 perut aku.

Hieee...udah la aku ni tgh berpikir memacam. Nak kena masuk meting yg ptt aku tak yah masuk. Nak kena pikir itu ini..tetiba dia buat pangai camtu plakkk...

Aku pun bangun je dari kusi, trus masuk bilik meting. Sblm tu aku sempat ckp
"boleh tak kalo tak tanya pasal mengandung..ini jumpa je mesti ckp pasal mengandung. Malaslah"
Aku terus bangun..jalan masuk bilik meting walo sebenarnya aku nak masuk last skali dlm bilik meting. Yelah..aku bkn ahli meting tu kan..just nak jawab soklan2 je kan.
Aku dgr dia panggil aku. Tp aku buat donno je.

Lantak kalo dia nak kata aku emo ke apa ke. Tp aku dah muak dah dgn soklan2 mcm tu. Tgk aku gemuk, kata mengandung. Salah ke gemuk wes. Gemuk tu mesti mengandung ke? Tu aku tgk ada budak tu mengandung dkt 8 bln dah maintain je badan dia. Tak gemuk langsung. So kenapa ko buat kesimpulan gemuk tu mengandung.

Nak kata aku emo kata lah. Tp aku masih boleh bertahan kalo yg tnya tu mmg ada hub baik dgn aku. Mcm retu, aku pi Penang. Then kawan yg dah lama tk jumpa trus tanya "Badan naik la Kak Ida..makan ubat ker" (ubat tu maksudnya pil perancang la kan.. Kan org makan pil tu badan cpt naik). Tp aku takde la menyinga ke apa ngan dia sbb aku rapat ngan dia. Dulu serumah dgn aku. Jd aku rasa dia ada hak la nak jaga2 tepi kain aku. Ini...jumpa sekali sekala je tetiba sibuk nak tau aku peknen ke tak.

Mana yg dah ada anak tu, korang mmg aku anggap insan bertuah. Takde sapa pun akan amik berat tnya korang mengandung ke apa (walo aku tau, kalo ada anak sorang, org akan tnya bila nak tmbh..bila nak tmbh..persoalan yg tak akan abis selagi ati derang tak puas). 

Mana yg senasib ngan aku mungkin paham perasaan aku ni. Cuma kadang mungkin korang tak sampai hati nak buat org camtu. Aku ni mmg dah smpai tahap tak tahan dah. Kadang smpai rasa mcm hina sgt diri ni bila gemuk org kata mengandung tp sebenarnya tak. Mcm OKU plak rasanya. Ha..mmg aku emo giler lah kan. Lantak lah emo ke tak. Yg pasti aku dah malas nak cover2 lagi dah. Lps ni dia tau..aku emo kalo ditanya bab mengandung. Lps ni mesti dia citer kat suma org 'alah..Ida tu tnya mengandung ke tak pun nak marah". Ah....lantak lah.. aku dulik hapa. Bukan dia bayar gaji aku (eh..relevan kah)

Aku dah sabarkan diri aku ni.
Aku dah pujuk hati ni.
Aku berkali2 dah katakan pada hati ni bahawa setiap yg berlaku ada hikmahnya.
Tp..org di sekeliling yg salu sgt buat aku rasa down down down.

That's itu..itu saja. Moga mereka itu sentiasa berada dlm lindungan Allah hendaknya. Amin.

Sapa lah taknak zuriat kan???? Dan bilakah aku dpt merasa saat sebegini... tsskk....

Source : Here
Oh ya..utk kamu, kamu, kamu, kamu dan kamu kamu sekelian, aku tidak menulis perihal kamu kamu atau perihal rakan2 kamu. Jadi aku rasa tak perlu la kamu jaja jaja cerita ini sekelian alam ya sebagaimana yg pernah berlaku pada aku satu waktu dahulu. Aku tak mahu melayan itu suma. Byk perkara penting yg aku perlu pikirkan dari membincangkan persoalan ini.
Ini blog personal sama lah seperti diari ku sendiri. Jika kamu kamu sekelian  dpt membacanya, diamkan lah saja utk diri kamu seorang. Jgn la menjaja cerita ini di sana sini. Mencari2 org dan kemudian berkata 'eh..ko tau..Ida tu dlm blog dia tulis pasal ko'. Apa faedah yg kamu kamu dapat? Masuk dlm SKT kamu kah?
Cuba tnya pula apa aku dapat? Ngeh..dapat duit la. Haha.
Lps tu aku rasa tak perlu la print2 blog/entry aku nih macam ada kawan kamu buat dulu. Opis kita ni kan dah kurang ink printer. Tk perlu bazir bazir. Just gugel PUANSTOBERI. There...berlonggok citer pasal pnstoberi dlm ni. Kan mudah tu. Kamu kamu tahu, every each penjejakan kamu kamu serta kawan kawan kamu itu membawa rezeki pada blog ini. Baguslah kalo mcm tu sbb visitor pnstoberi semenjak contest tamat mmg merudum. Iklan pun jarang masuk. BE pun dah tak selebat dulu. Kalo kamu kamu rasa kamu kamu best sangat dan suka jaja cerita org..silakan..ai tak kesah. Aku dapat sesuatu..tp kamu??? Lu pikir lah sendiriwww..

Monday, October 18, 2010

~Pasal PCOS~

Tetiba aku mcm menggigil jer. Terkejut pun ada gak. Risau pun ada gak.
It's about seseorg yg rapat dgn aku. Lebih kurang aku gak kawen, tp masih tak beranak.
Dia ada period prob. So, gi check then diagnosis ada PCOS.
Rasa laju jantung aku bila dia tunjuk surat hosp yg dia di diagnosis PCOS.

Huwaa...tetiba aku lak yg gigil. Katanya better akak pi check.
Owh.. selama ni aku tak penah nak hirau pasal PCOS ni walo aku salu jer baca kat porem porem.

Tp dari apa yg aku baca, aku mmg takde simptom PCOS.
Period aku tak pernah miss dan mmg on d dot. Baik dia..tak pernah lewat. Kalo lewat pun ada la 2, 3 ari je. Saja kan..nak bagi aku macam 'eh..peknen kah'. Ha gitu.

Simptom PCOS :
Apa simtom dan tanda PCOS?

Terdapat banyak simtom dan tanda PCOS. Tetapi kebanyakkan dari wanita yang mengidap PCOS mengalami simtom yang berbeza-beza diantara satu sama lain seperti:

    * Haid yang tidak teratur
    * Tiada haid selama berbulan-bulan
    * Tiada ovulasi
    * Pertambahan berat badan yang keterlaluan
    * Tumbuh bulu lebat pada muka dan badan
    * Kencing manis

Gigil wes. Walo takde simptom PCOS, tp aku tetap mcm risau..apa lak aku nyer diagnosis ni kan. Owh.. aku rasa mcm hari ni gak aku nak ke LPPKN.

Info : Here

Sunday, October 17, 2010

~Permata Yang Dinanti : Buah Zuriat~

Dalam usaha aku utk mendapatkan zuriat, aku tak pernah lagi mencuba yg satu ini.
Dari apa yg aku gugel, buah ni pun buleh membantu.

Gmbr gugel dari forum cari.
Kebetulan mak sedara my dear ke Mekah thn ni, jadi nati nak kirim lah.
Mana lah tau.
Dan nak kirim jugak akar siti fatimah tu. Dulu masa gi Mekah, ada mak beli, tp tu dah 20 thn lebih dah. Ada lagi ke tah.

Juga nak mintak dia doakan utk kami di tpt paling mustajab tu. Moga ada rezeki kami kali ni.

Selamba je aku kan. Dkt 2 thn tak dpt anak pun mcm rileks je (walhal dlm hati Tuhan je yg tahu). Ada byk plan dlm pala nih. Yg pasti waktu terdekat nak pi berubat kat DaruSyifa (sekali lagi). Yg treatment tu.. nati tggu hal umah siap dulu. Yg itu mmg tak leh rush2 sbb dia memerlukan ketenangan pikiran. Kalo stress hal itu hal ini buleh menggangu jugak. Bkn murah woh nak buat treatment tu (rasa..kalo tak smpai thp specialist, boleh claim nih).

Apa pun..moga ada rezeki lah utk kami sbg hadiah 2nd anniv yg menjelang tak lama lagi. Aminnn...

Thursday, October 14, 2010

~Pasal Feng Shui dan Seksual~

Ari ni ngantuk2 ngadap keja ni aku saja search pasal 'kesuburan' ni kan. So, ter pegi ke web Majalah Pa&Ma ni. Tertancap pada topik yg mcm bes iaitu "Feng Shui dan Seksual".

So, aku paste sket kat sini utk info kita bersama. Dan aku mula rasa nak search pasal Feng Shui ni seskit. As long masih tidak menyalahi ajaran Islam, aku rasa ok je kan. Mana tau kut cara ini berkesan pula dalam usaha kami utk menimang cahaya mata ni kan. 

Owh..kalo nak tau apa elemen feng shui apa-boleh klik sini- FENG SHUI. Aku pun tatau betul ke tak sbb aku pun masih nak carik2 info pasal ni lagi. (mine was wood- hard wood.. hoho)

So, mari baca. Sumber di ambil dari web Majalah Pa & Ma. Panjang sket lah ni.

Untuk pengetahuan, setiap tahun kelahiran mempunyai elemen Feng Shui yang berbeza. Jika anda dan pasangan tahu apa elemen masing-masing, mudahlah untuk anda berdua menerapkannya dalam setiap hubungan seksual yang dilakukan.

Unsur logam
Sekiranya anda berada di bawah pengaruh logam, anda dikatakan memiliki kekuatan tenaga erotik yang tinggi. Anda juga sesuai untuk bertindak sebagai peneraju hubungan seksual yang dilakukan. Oleh itu, posisi yang paling selesa untuk anda ialah berada di atas agar anda dapat menakluki si dia. Rasa ghairah anda juga mudah melonjak setiap kali dia memerhatikan anda.

Rangsangan Feng Shui:
Untuk mencipta tenaga fizik yang tinggi, anda perlulah meletakkan satu mangkuk kaca berwarna gelap (biru) di sebelah timur bilik tidur. Isikan mangkuk itu dengan air dan taburkan serbuk berkilau ke dalamnya. Kombinasi ini akan membolehkan anda mempunyai banyak tenaga untuk mencuba pelbagai posisi seksual tanpa rasa penat.

Lampu berbentuk seperti mulut gunung dengan mentol bulat di tengah-tengahnya jika diletakkan di selatan sudut bilik akan menyeimbangkan kadar adrenalina yang mengalir di dalam badan anda dan pasangan. Ini bermakna, ketika itu bukan hanya anda yang bersemangat bahkan pasangan juga. --- ok, sila carik benda kelip2 tu..apa ke namanya. Prada ke apa ke tah.

Unsur Kayu
Individu yang berada di dalam naungan unsur kayu ini merupakan individu yang dianggap sempurna terutamanya di tempat tidur. Mereka ini juga dikatakan gemar melakukan eksperimen. Oleh itu, mereka akan sentiasa bekerja keras untuk mengembangkan pelbagai teknik agar hubungan kelamin yang dilakukan jadi lebih sempurna.

Kebiasaannya pasangan daripada unsur kayu akan menuntut pasangannya menjaga tubuh agar sentiasa ideal dan sempurna. Mereka secara suka rela akan mengikut keinginan pasangan mencuba pelbagai posisi yang ditawarkan. Untuk membakar rasa ghairah itu, unsur kayu memerlukan masa yang agak lama. Namun begitu, individu di bawah unsur kayu ini mudah mencapai orgasma.

Rangsangan Feng Shui:
Orang yang mempunyai unsur kayu menggemari gaya bercinta secara sentimental. Oleh itu, jalan penyelesaian secara Feng Shuinya ialah anda perlu menempatkan mangkuk yang diperbuat daripada kayu berwarna hitam ataupun mangkuk daripada kaca berwarna ungu di sudut barat bilik tidur. Mangkuk ini dikatakan berfungsi untuk merangsang rasa ghairah anda. Untuk mendapatkan multi orgasma, letakkan lima batang lilin merah di tempat yang diperbuatkan daripada kaca di sudut selatan bilik. Susunan seperti ini akan membantu anda mencapai klimaks  berkali-kali. -- ok, pas ni mari kita carik lilin merah dan mangkuk ungu. Hoho

Unsur Air
Anda adalah seorang yang sangat romantis. Setiap percintaan seakan peristiwa penting yang anda ingin kecapi hingga ke akhir hayat. Orang air tidak suka tergopoh-gapah dalam bercinta. Bagi mereka rangsangan harus melalui satu proses yang panjang. Mereka berpendapat kenikmatan hubungan seks bergantung kepada proses hubungan itu sendiri.

Rangsangan Feng Shui:
Untuk meningkatkan ghairah seks, nyalakan tiga batang lilin biru di depan kaca pada bahagian utara sudut bilik anda. Kemudian, hamparkan kain dengan sulaman emas di atas tilam. Dipercayai kononnya pantulan helaian benang emas akan memperkayakan fantasi seksual anda. ---- owh..kena lapik ngan songket la ni. huhu

Unsur api
Anda yang berada di bawah naungan unsur api adalah merupakan seorang yang berani dan sering bertindak spontan. Fantasi seksual orang api ini kadang-kala sangat liar. Tidak wujud perkataan tidak mungkin dalam kamus hidup mereka ini. Kesimpulannya, orang api ini memang luar biasa.

Rangsangan Feng Shui:
Bagi mereka ini, ghairah seksual boleh dibangkitkan dengan hanya melihat gambar-gambar sensasi. Cara termudah adalah dengan memasang cermin besar di lelangit bilik tidur agar anda dapat memandang gaya anda berdua di bilik tidur. Dalam masa yang sama pantulan cermin akan meningkatkan lagi tenaga seksual anda. ----- humang aih..tak sanggup aku nak tgk balik kat cermin.. Dlm Islam pun dah ada garis2 yg kita kena ikuti waktu hubungan seksual ni kan.

Unsur tanah

Orang berunsurkan tanah ini adalah orang yang sangat sensual. Untuk membangkitkan rasa ghairah, mereka memerlukan tenaga yang banyak dan masa yang cukup lama. Sentuhan tubuh, pendekatan secara emosional sangat penting bagi mereka untuk mencapai orgasma. Itulah sebabnya mereka yang   berunsurkan tanah ini sangat sukakan sentuhan lembut. Suasana bilik yang nyaman, ditambah dengan kehadiran kain-kain lembut dan indah seperti sutera akan meningkatkan tenaganya.

Rangsangan Feng Shui:
Letakkan gelas kaca yang diisi dengan batu-batu indah atau kristal di sudut selatan bilik tidur anda. Gunanya adalah untuk mengungkap sifat sensual anda. Untuk meningkatkan sensitiviti, letakkan bantal bersarung sutera dengan warna-warna garang seperti merah dan ungu di tempat tidur ataupun di lantai. Semua ini akan meningkatkan tenaga seksual anda. Biarpun lambat tapi hasilnya pasti memuaskan.--- lps ni mari beli batu kristal dan sarung bantal sutera. hihihikk..

Monday, September 27, 2010

~Pasal Soalan Itu~

Pelik oih. Aku pikir da hmpir 2 thn aku kawen ni takde dah la soklan2 mcm tu.
Ada jugak lagik...
Tgk aku gemuk, tnya soklan tu.
Bukan..bukan tak buleh tanya..tp cuma letakkan diri kita pula di tempat org kena tnya tu.
Ter guris tak perasaan?
Cena kalo kita shift kan soklan tu kepada "eh..duk tnya kat org ni, awak plak bila nak kawen? bleh cepat2 beranak"
Boleh??
Tah..aku tak penah la nak sebuk tnya bila org nak kawen, nak beranak..tp org sker la sebuk2 tnya ke aku.
Kalo la ditakdirkan satu hari nati org yg bertanya tu duduk di tpt aku pula, baru dia tahu 'sakit' nya perasaan masa menerima soalan tu.

Dah lama aku tk dgr soalan tu. Sapa tak mengandung dlm 2-5 bulan lps berkahwin mmg la hazab dgr soklan yg sama dan bila kita menjawab pelbagai komen plak yg bersambung lps tu. Ada yg mmg hazab dan ada yg memberikan motivasi.
Entah. Dgn keadaan aku yg hampir 2 thn tak mengandung ni, serius..aku rasa aku amat berbeza dgn org dan kadang2 ia buleh buat aku low-self confident which that's not really me.. keadaan persekitaran yg mendesak aku utk berpikir mcm tu. Tp aku harus hadapi jugak. Dan aku redha sbb aku tau Allah datangkan dugaan ni sbb Dia tahu aku boleh hadapi. Persetankan la org2 dgn soalan yg tu.

Ah! Dah la. Malas nak pikir. Baik aku pikir task seterusnya utk buat entry iPhone tu.

Thursday, August 19, 2010

~Pasal Dua Kali Lima~

Kejadian mlm semlm.

Dkt care4. Eh. Smlm care4 ni bikin havoc je tau. Tgh syok2 beli brg tetiba alarm berbunyik. Aku risau jugak ada kebakaran ke. Tp tgk suma org buat 'no hen' je so, aku pun buat 'no hen' jugak la. Tetiba dtg org keja kat situ yg mcm supervisor la kut dia kata "ketepi..ketepi" Owh..tetiba aku jadi kalut. Igt kut mmg ada kebakaran ke apa la. Rerupanya pintu rolling shutter tu nak tertutup dari atas. Mungkin bila alarm tu berbunyi otomatik la pintu tu tertutup. Mungkin supaya kalo ada kebakaran dia tak cpt merebak.

Pihak pengurusan care4, buleh tak lain kali buat annoucement kalo ada bunyi2 yg mencemaskan ni. Mengkalo ada kebakaran bebtul cemna?? Ckp la "tuan puan pelanggan dihormati, harap bertenang kerana tiada sebarang kecelakaan berlaku, sila awasi kepala anda kerana pintu roller shutter akan tertutup secara otomatik". Ha..buleh tak??buleh tak?? mana la kita tau roller shutter tu nak trun dari atas tu. Mmg dia turun slow je. Mengkalo la shutter tu rosak plak. Lalu terhempas atas memana kepala customer cena?? Harap menda2 ni jgn la diambil mudah. Udah la memcm citer pasal care4 ni dah kuar.

Ok, back to d stori - ingat dulu kat blog 'sebelah' aku tu ada citer pasal org yg aku delete dr fren list bila dia kata aku emo sbb dia tnya kat aku pasal anak. Ha..buleh plak terjumpa lak dgn dia smlm. Ter 'suet suet' bila napak aku. Abis takkan nak buat sombong. Aku kalo ramai org buleh je aku angkat tgn je. Tak kuasa aku nak pegi ke dia. Tp dah takde org..pegi je la. Masa tu dia dgn wife kat kedai makan. Katanya baru lps berbuka. Aik dah kul 9 lebih baru nak berbuka. Ok. Wat eva.

Then biasa la salam2 suma. Aku pun salam ngan wife dia (sbb mmg aku kenal la wife dia kan). Wife dia tnya la apa kabar. Lps tu trus tanya "takde lagi ker?". Eii..eii..eii..eii...
Aku jawab la..takde..tu yg buleh kuar memlm ni. Kalo ikut giler aku buleh je jawab "takde apa? baju raya? kasut raya? atau kuih raya?". Sbb retu ada budak cawangan call aku tnya camtu la lebey kuang, aku jawab mcm tu la. Fadan muka. Nak tnya..sila tnya direct "eh. ko tak mengandung lagi?". Atau nak lagi bes "eh. apsal ko tak mengandung lagi ni. Ko tak pandai 'main' yer" (soklan ni aku penah kena weh...tingat tingat lagi. Tp takpe..bumi ini bulat. Ko ingat tu..!!)

Menyampah tak? Aku tnya org yg se naseb dgn aku sahaja. Menyampah tak? Sbb kawan lama ko tak jumpa lps tu soklan kedua dia tnya adalah dah beranak ke belum?. Menyampah tak?

Keterlaluan tak kalo aku kata menda camni la yg membuatkan lebih ramai org yg buang anak. Ha. ko pikirlah sendiri apa relevannya. Mcm Wardina ckp dlm MHI pagi td (aku smpat tgk MHI smpai kul 7.30pg b4 gi keja) org sekeliling juga menyumbang kpd kes pembuangan bayi ni. Memula aku mcm marah. Apa hal kita lak dipertanggungjawabkan. Lps tu aku pikir, betul jugak. Sbb nya : kes2 dlm kain ni mmg org suka amat.

Ye lah. Kalo dah lama tak jumpa bkn tak buleh tnya pasal keja ke, pasal kawan2 lain ke, pasal nak raya ke, baju raya dah beli ke belum ke. Adeeeh...

Jadi aku simpulkan 2 x 5, 5 x 2. Bagus la tu.

Thursday, July 8, 2010

~Permata Yang Dinanti : Usaha~

Lama da tak update pasal Permata Yang Dinanti.
Entah. Terkadang aku rasa aku ni mcm nak taknak je berusaha.
Aku da keliru ni sebenarnya.
Nak citer pun mcm keliru.
Aku phm aku (mungkin suami juga) bermasalah dan da termasuk dlm gol 'istimewa' dan perlukan 'rawatan'. Tp takat ni aku rileksss je walopun dlm palotak ni memcm 'usaha' aku nak buat.
Aku ni tak bersungguh. Kadang aku rasa nak marah je dgn diri sendiri.
Pertamanya - usaha dgn Jamu Mak Dara - kedaung. Abis satu botol je. Satu botol lagi ada setgh. Aku tak makan.
Keduanya - Ada akak opis tu, dia g umrah then balik dia bagi pd my dear Kurma Muda Kering. Simple sgt cara pemakanan. Just blend je kurma tu lps tu taruk air, buh madu sket. Minum pagi n malam. Sekejap je makan. Lepas tu kedaung juga. Ada lagi dlm p.ais tu.
Ketiganya - Aku penah pegi kat tpt perubatan tradisional ni. Masa tu bwk mak berubat sbb mak takde selera makan. Nak kata bomoh ke apa ke aku pun tatau la. Tp dia berubat dgn bacaan2 al-quran juga. Yg bes dia mcm tau je apa2 ttg kita. So, dia bagi la menda2 aku ptt buat. Tp.. pun sama. Aku jd malas sbb nak perasap2 kemeyan. Ada ketidakselesaan disitu. So..kedaung juga.
Keempat - Nak buat ikut BBT- kedaung jugak lps aku tersilap beli temometer yg ada 2 titik perpuluhan je. Ptt kena 3 titik perpuluhan.
Takat ni, takat sethn setgh aku kawen ni itu la antara usaha aku. Dan antara dlm plan aku adalah nak gi Darussyifa dan fully modern treatment.
Yang aku bertahan adalah consume madu. Tu pun mmg sejak anak dara aku da consume. So, mcm da jadi tabiat aku. Ada jugak bc artikel yg kata madu pun salah satu usaha jugak.
Dan doa nabi zakaria tu. Tu mmg aku amalkan selepas solat.

Ni aku jumpa lagi petua. Sapa nak boleh cuba.

Ambil segenggam kacang hijau.
Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

credit to : http://thebest4u.wordpress.com/2009/07/09/petua-cepat-dapat-anak/

Susah juga kan takde anak ni. Tp..kira aku kes terpencil. Baru nak masuk 2 thn. Ada lagi yg lelain da 5 thn, da 8 thn malahan berpuluh2 tahun. Dan sekali lagi aku tekan kan, family aku, family mertua tak pernah rasa 'jengkel' dgn 'kelebihan' kami suami isteri. Yg tak tahan adalah org sekeliling. Tkpe lah. Berdoa. Mungkin satu hari nati, Tuhan makbulkan doa ini. Amin....

P/S : aku da register satu porem tu. Mengkalo la ternapak aku kat porem tersebut, bebuat tak kenal je lah yer. Nak meluahkan perasaan disamping org yg senaseb pulak. Mueheheheh.

Friday, June 18, 2010

~Tak berusaha kah?~

Series..tujuan aku menulis2 terutama pasal anak tu bukan utk meminta simpati.
Tp.. aku tahu ramai di luar sana sensitif dgn hati dan perasaan org mcm kami.
Walo kami slalu di 'smash' (cikgu..pinjam ayat eh..ehehe).
Tp ada lagi insan yang support kami.
Utk kawan2 itu..aku mmg ucapkan terima kasih.
Utk rakan senaseb yg amat2 memahami - che sue n cikgu, percaya lah..walo kita slalu di smash tp ramai rakan2 mendoakan agar ada pelangi utk kita satu hari nati.
Maaf la..jadi hari2 pulak cerita ni. Tp sebab ada kesinambungan dari citer smlm.

Secara kebetulan shbt aku yg jauh di Algeria sanun, CHE SUE pun kena jugak.

Bila bukak fb ptg ni (yelah..opis aku kena block fb)
Terus napak line atas skali dlm wall tu ada status my pren ever since kanak2 dolu.
Okeh..aku nak menangis tgk status dia yg dibalas oleh lebih kurang 50++ komen.

See ada je yang men sappot. Terima kasih sangat2 sbb memahami dan dapat menyelami hati kami.

Aku paling touching bab ni. Rasa nak mengalir air mata. Terharu sangat..
Sekali lagi, aku bkn nak kan simpati..tp sedikit pengertian mcm ni adalah sgt membantu aku dan aku rasa kawan2 lain pun mcm tu jugak.
Tp ada jugak terselit org lain yg kena lagi trok. Contoh Ayang yg lagi sempoi kena kata 'eh, ko da gemuk'. Tah la..aku tak paham org cemni. Gemuk ke kurus ada amik nasik umah korang ke? Ada anak ke takde anak ada mintak duit pampers kat korang ke?. Merancang anak ke tak merancang ada mintak pil perancang kat korang ke? Pelik oih.
Dan aku berdoa sangat2 satu hari nati aku tak la jadi camni. Mana tau kut2 satu hari bila da selesa berada di atas terlupa plak kejadian di bawah. Biasanya org2 yang cakap org tu derang da rasa diri derang selesa dan perfect.

PnStoberi : terima kasih sangat2.

Thursday, June 17, 2010

~Tolong saya...~

untuk jawab soalan yang diberikan oleh kawan saya di muka buku.

abistu bila nk ada anak sendirik?

Sbb nya saya da pening nak pikirkan jawapan.
Soalan dia mcm soalan yang tanya.. abis tu bila nak beli kereta??
Kalo mcm tu saya ada la jawapan.
Yg ni bebetul buat saya buntu lah.
Saya ada jawab jugaklah kat muka buku tu..tp saya nak tau kut2 ada jawapan lain.

Ini jawapan saya kat mukabuku :
Sila la tanya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Sbb hanya Dia yang Maha MEngetahui. Sy tak berani nak cakap lebih2 sbb saya seorang yg percaya apa yang ditentukan oleh Nya..org lain saya tatau la sbb selalu je tanya pada saya soalan yang semuanya ketetentuan Tuhan.

Terima kasih atas bantuan anda.

*oleh yang demikian ada entry di blog sebelah*

~update: bila aku jawab mcm atas tu, beliau kata aku EMO dan takut aku MERANCANG. Haha. Sukati la aku nak emo ke apa. Kalo ko tak tanya soklan tu aku tak emo lah, selama ni ada aku emo? Ada ? Piraahh... asik nak jaga hal dalam kain org je tak sudah..

*ok, org emo ada smbg entry emo kat blog sebelah*

PnStoberi : maaf la lagi skali pasal yg sama..lantak lah..!

Sunday, May 30, 2010

~Permata Yang Dinanti : Kenapa? Jeles ke?~

Kenapa?
Mengkalo ai pregnant dulu u jadi susah ke?
U jeles eh kalo ai pregnant??

**Bacaan seterusnya di blog sebelah..ayoh! kita ke sana**
Eh. ibu ai panggil plak. Dia suh tgk cara2 memasak "tempoyak masak".
Ala, yg tumbuk cili padi, kunyit, garam segala tu. Lps da lumat suma tu masukkan ikan bilis sedikit. Tumbuk jgn sampai hancur, masuk plak serai 2,3 batang. Ketuk sket2 dlm lesung batu tu. Then gaul dgn tempoyak. Pastu masuk piuk, masak la. Tp awas, bila dah menggelegak tempoyak tersebut akan meletup2 mcm gunung berapi. Dan mungkin boleh membuat dapur anda berbau tempoyak kalo ianya meletus ke dinding dapur. Huhu. Sakit oih jari aku. Kena letupan tempoyak tadi. Kacau sehingga ia likat.
La..sudah tulis resepi plak. Ngehh..ok, jum gi umah sebelah...!!

Wednesday, April 21, 2010

~Ko Peknen Sudah?~

Ok. Ini kawan aku ni bbtul nak tnya aku dah peknen ke atau sbb dia napak perut aku tu macam org peknen.
FB tk buleh bkk kat opis so, dpt msg dia thru gmail je la kan. Masa tu aku tk pasti gmbr mana la dia maksudkan [tp aku tau dia mesti tgk kat gmbr kat Perlis tu].
So, ptg ni bkk. Owh...gmbr 'sehati sejiwa' kami ni.
Kalo dia tulis camtu tp tak maksudkan kat perut aku, ok la kan.
Tp kalo dia suspect aku peknen lps dia menelek perut aku makanya aku adalah buncit yg tahap kritikal which org kata mengandung.
Tgk aku reply memula tu. Aku "a'ah" kan ajer. Haha. Apa la perasaan dia gamaknya kalo bbtul aku peknen. Terkejut? Suka?? Hihoww.... aduhai la shbt ku sorang ni. Ada je gmbr baru sure dia kata aku peknen. Retu gmbr masa aku buat open house retu dia jugak la tnya aku peknen brapa bulan stlh dia tgk aku tembam semacam. Ko telek bebetul yer gmbr aku.

Lps tu da tgk gmbr baru aku tau gmbr mana, aku reply la yg sesia je aku sit up pepagi subuh lps bangun tido tu. Waaa.... say no to nasik lemak after thissss...tidak! tidak! [eh. kompem ke nasik lemak yg membuatkan perut ko membuncit mcm org hamil ni Ieda oiii]
Owh. Teringat entry Maria 2,3 ari lps pasal minum ais tu. Mebi juga sbb ini. Ok..say no to ice jugak. Tskkk..nasik lemak aku buleh..tp ais..owh..tskk..tskkk..


Ce korang telek. Perut aku buncit sgt ke weh. Cam org mengandung weh?? Tidak..tidak..sedangkan masa tu shbt baik tgh dok dtg tu. Huwaaa...sadis giler la rasa.

Ok..to my pren yg jauh di Johor itu. Sy tidak mengandung ye che puan. Tp jika ada 40 org lagi kata macam tu Insyallah..lps ni hamil lah sy. Aminn...

PnStoberi : Masa memula baca soklan tu, tatau la cemna nak describe perasaan tu. Sungguh, aku sensitip dgn soalan itu.