Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Monday, October 28, 2013

Melawat Baby Mira

Ini cerita last week. Tp kat instagram dah jaja la gmbr ni seme pun.

Melawat baby Mira. Mira ni staff kat HR Dept gak.
Jadi, pergi. Kata orang.... amik berkat *yes, walau aku TTC'ian, but then, I'm not having prob nak tgk baby baru ke apa... walau masa tu rerakan lain akan cerita pengalaman derang.. tp bebuat dek' ja. Everything should be oke lah. Takkan la nk suruh orang 'diam..oooii.. diam lah.. jangan la cerita...' Haish.. 

Bos kasik kuar awal sebelum lunch. Dkt je umah dia. Ampang sajer..
Baby Alisha (nama penuh lupa la plak.. maafkan che da ye)

Masa ni kiterang ni baby baru 3 hari.. eh..ye ke.. tapi kurang 1 week la.
Memula aku taknak angkat baby tu. Takuttt.... maklum la ai kan masih 'remaja'. Kuikuikui.
Tapi, dah derang suruh juga, jadi meh la..meh ai angkat. Hihi. Udah la ber selendang tok ti kan. Hihi.

Apa pun, tahniah Mira.. atas kelahiran baby girl ke dua ini (ni anak no. 3 beliau).
Dengan harapan. Moga kakak mu ini akan turut jejak mu nanti. Insyaallah......

Friday, October 4, 2013

Kembar Tiga! Comel To The Max!

Tengok la ni.....

Were you a planned baby? 
The parents of these triplets did plan the pregnancy, 
but didn’t really expect to get three kiddies in return though… 
So adorable!
baby kembar tiga comel
kredit : Here

Comellll gilerrrr... Rasa nak nyam.nyam..nyam....
Utk TTC la ni. Esp yg buat IVF (or IUI). Best nyaaa!

Lagi... yg ni pun comel jugak....
comel, baby comel
kredit : here
Yg ni pun... dgn baju stoberi...
hahahaha
baby kembar tiga
kredit : Here

Dah la.. tak abis citer tgk gambar2 comel ni kan.
Kalau dapat.. mmg bes abis lah.
Insyaallah.. mudah mudahan.. mana lah tahuuuu..... Allah nak bagi...
(ye la sangatttt.... nak buat IUI pun takottt... kihkihkih)

Monday, July 1, 2013

Edisi Weekend : Melawat Baby Akifa Naila

Ini adalah "golden baby" a.k.a baby PRU 13 yg aku cerita kat sini.
Nama yg diberi oleh kedua ibu bapanya adalah Akifa Naila.
Alololoo... homey homey hangat...

Mata layu je sbb dia tgh tido.. kami kaco dia. Hihi.

Nampak kekok kan.. alololo... dah tetua pun kekok lagi pegang baby.
Org dah anak 3, 4 orang oii umo aku ni. Apa nak jadi nehh..

Oke.. oke.. malas nak cakap pasal tu.

Cam aku citer dulu tu, mak baby ni kira cam kazen aku kalo ikut belah mak aku dan kira anak saudara ikut belah ayah aku. Ingatkan maktok la kira pangkatnya. Tp mak aku bagi lagi bes, jadi OpahCu. Haha. Glamer uols. Opah dah... Apa2 je lah kan Kifa... opah pun opah la.. ahahah.


Ni pegi masa aku balik kg weekend ni lah tu ari. Kebetulan derang pun ada kat kg. Melawat terus. Baru sebulan lebih ni. Lahir 5.5 masa PRU retu kan. Tu yang takut2 je aku nak pegang pun ha.
Oh. Yang pakai tudung biru tu anak buah aku yg memang suka sgt kat baby. Tu ari mak dia (akak ipar aku) dah pegi melawat time dia g sekolah (dia darjah 6). Pastu dia kata nak tgk baby jugak. Tu aku bawak skali tu. Dia geram je tgk baby. Siap cakap kat aku dah, nanti anak ucu Fatin nak jaga. Baeekkkk.... sile lah jaga yer... Haha.

Golden baby ni. Penantian selama 6 tahun.
Menjadi inspirasi utk kami.

Bagi yg nak tau apa usaha mereka suami isteri yg paling terdekat adalah susu kambing dan kurma. Lama juga derang consume rasanya. Aku lupa dah, ada dia bagi tau tu ari. Susu kambing fresh + blend dengan kurma. Which aku pernah juga buat dulu. Tp tak istiqamah. Skrg tak boleh plak sbb dalam endo diet any susu kena avoid kan. Nenati lah, tanya doktor dulu nati.

Tapi apa pun, sebenarnya Allah yg Maha Mengetahui yg terbaik utk kita. Dan bagi mereka berdua ini lah masa terbaik utk mereka menjadi ibu dan bapa. Dan utk kita (TTC'ians); bersabar lah.. waktunya akan sampai juga utk kita. Insyaallah :)

Tuesday, May 7, 2013

Baby PRU 13

Dah la.  Takde citer lain dah kat FB tu.
Bila nak abis pun tatau. Rupanya 'post' lagi dasyat dari 'pre'. Ceh!
Aku nak de-activated je FB tu sebenarnya. 
Tapi kang tak dapat plak tgk baby comel neh.


A ah. Meh kita story pasal baby comel  ni lagi bagus kan.
Comel kan.

Dgn caption "our golden baby" oleh maknya, mmg baby ni betul2 golden.
Dinanti dengan penuh kesabaran selama 6 tahun.
Bukan semua boleh menempuh 'ujian' ini.
6 tahun. Bukan tempoh yang singkat.
6 tahun. Sepatutnya anak dah masuk tadika.
Tapi mereka (dan kami juga) tetap bersabar.
Finally....

Sebak.
Sayu.
Terharu.
Kagum.

Ini inspirasi.
Insyaallah, kami juga akan berpeluang mendapat 'golden baby' sebegini.
Allah memilih kami untuk ujian ini.
Kami harus redha.
Kerana, bukan semua berpeluang menerima ujian ini.
Kami yang terpilih.
Dan Allah ingin melihat bagaimana kami menempuh ujian ini.


Dan baby ini bukti, ujian telah dilalui dengan baik sekali.
Alhamdulillah.
Inspirasi kami.

p/s : Baby ini milik sepupu aku. Tinggal pun sekampung dengan aku. Teman sepermainan dari kecil juga. Muda 2 tahun dari aku, kawen awal setahun dari aku. Skrang dia keja kat UPM. Cuma yg buat kompius tu, sebenarnya kami ada hubungan persaudaraan belah mak juga belah ayah. Kalo ikut belah ayah aku, dia adalah anak saudara aku, dan belah mak plak dia sepupu. Jadi skang, anak dia panggil aku maktok lah. Hihi. Apa2 lah kan baby. Nati maktok datang tgk baby oke. Muah dari maktok. Tapi nama baby masih rahsia kata maknya. Exclusive neh. Hihiks.
Gmbr bersma mak baby ujung bln 3 tu ari.
Oh. Berlapis2 dagu pasaipa pnstoberi oiii?

Friday, March 30, 2012

Tahniah Mar : Baby Zahra

Pagi Jumaat yg agak 'tenang dan basah'. Bumi KL dibasahi hujan renyai-renyai pagi ni.
Takde idea utk menulis sebarang entry.

Tp bila buka dashboard. Mata terus tertancap pada satu entry.

Oh. Mmg nak msg dia tnya apa keadaannya. Sbb tau dia due dlm 25hb camtu.
Tp dek kesibukan HKK ni, langsung tak tersempat lagi nak bertanya.

Zahra Khadeeja. Sedap namanya, secomel babynya.

Kenapa ada entry khas utk Zahra Khadeeja?
Sbb aku nak dedicate utk ibunya - Marliza.

Perkenalan kami bermula bila Mar hantar emel. Kami sama2 TTC masa tu.
Emel pertama. Bulan April tahun 2011.
Kami sama-sama bertukar cerita.  
Pernah jugak berjumpa sekali. Orgnya sweet je.
Masa tu dia belum buat any treatment. Dan aku plak masa tu da start dgn LPPKN.

Tp kerana kekangan masa dan tugas, dia memilih utk treatment tpt lain.
Dan Alhamdulillah. Kurang setahun dari tarikh kami berkenalan, akhirnya rezekinya sampai juga.

Sengaja juga aku buat entry ni supaya aku lebih bersemangat, lebih bermotivasi. Aku mmg salu je motivate org yg emel aku, tp aku.... haha. Aku yg buat sekerat jalan. Apa nak jadi kan?
Juga mungkin boleh jadikan pemangkin (eh..tetiba ayat kemain haibat. Haha) kepada yg sama2 ber TTC agar kita tak boleh berputus asa. Rezeki itu pasti ada.
(Mar kawen tahun yg sama dgn aku. Tp dia bulan Mei, aku lak bulan Disember)

Apa pun, utk Marliza, tahniah akak ucapkan.
Doakan lps ni ada rezeki utk akak pula ya dik.
Akak doakan Mar dan baby Zahra sihat sentiasa.

#suppose entry ni dlm blog khas TTC tu, tp aku da tutup utk sementara waktu. Biarlah dia berehat situ.
##Dah 2,3 orang yg emel aku, share cerita, dan tak lama lepas tu derang pregnant. So, sapa2 tgh TTC tu, meh la emel saya yer. Mana tau... Hahaha *oke, joking...*

Tuesday, March 22, 2011

~Pasal Blog Baru~

Utk menunjukkan nekad aku dlm Trying To Conceive (TTC) ni, dan cabaran utk diri aku sendiri, aku da create satu blog khas. Seronok oih buat blog baru. Tgk layout design yg comey comey. Rambang mata dibuatnya. Hihi.

Blog tu khas utk catatkan segala manis pahit, suka duka dalam usaha untuk menimang cahaya mata.
Takat ni masih blum di publish kan utk public. Sbb masih dalam 'pembikinan', touch up sana, touch sini.
Nati kalo da publish aku war war kan lah.
Mmg tak di private kan sbb mungkin ada some topic yang kita boleh share bersama (esp pada yg sama tgh berusaha TTC).
Mungkin some topic yg agak 'sensitif', akan di passwordkan sahaja.

Mana rakan2 yg sedang berusaha, yg sama masih menanti, aku mintak izin untuk di bloglist kan di blog sana ya. E.g :  Che Sue, Eka, Aitot, Irtiyah, Eyza (sekadar menyebut beberapa nama)
Dan pada yg nak di bloglist kan jugak boleh bagi tau nati. 

Mungkin kita boleh share apa yg kita dah usahakan.

Walo aku rasa tak mudah utk lahirkan blog tu, tapi rasanya itu lah jalan terbaik utk aku nekad dalam usaha ini.
Bukan apa, aku nak diri aku ni serius. Selama ni hot hot chicken shit je usahanya. Name it apa je menda yg org suh makan, suma aku da telan, dari buah yg susah nak dpt tu (buah zuriat) smpai la makan Jamu Mak Dara. Semua tu aku buat separuh jalan je. Mmg la tak serius!

So, skang ni kena serius ya..serius...

Akhir kata
Selamat ber TTC
Errr...pada yg berkenaan saja.. hihihi

p/s : Aku da mulakan 1st step. Da call LPPKN tadi. Akan diceritakan dlm blog tu nati :)

Monday, March 21, 2011

~Permata Yang Dinanti : Rawatan~

Aku rasa aku perlu ber tekad. Perlu membulatkan hati. (Hati....yg bentuk love tu nak dibulat kan??cena eh??) Aku perlu memulakan treatment ini. Walo usia perkahwinan belum menjangkau tahun ke3, tp umur aku yg akan mencecah tahun ke 32 pada Disember ini, mmg tidak memerlukan aku untuk berlengah lengah lagi.
Maka setelah ditilik tilik, di risik risik, aku rasa aku akan mulakan di LPPKN. Aku tau mmg akan amik masa yg lama. Akan tunggu giliran yg lama. Tapi takpe. Sbg penjawat awam, ini lah benefit yg aku perlu gunakan ketika ini. Boleh baca di sini utk dapatkan keterangan lanjut. Dan aku petik sedikit

7. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kemandulan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dilaksanakan mengikut tatacara berikut -

(i) mendapat rawatan di klinik LPPKN; dan
(ii)rawatan primary infertility sahaja; dan
(iii)pengesahan oleh pakar perubatan LPPKN mengenai (ii) di atas; dan
(iv)permohonan hendaklah menggunakan borang Permohonan Perbelanjaan Ubat, Alat, Perkhidmatan dan Rawatan; dan
(v)permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan.

Mandul?? Nauzubillah himin dzoliq.  Tapi IVF dan yg tahap tinggi nyer treatment tak lah ditanggung. 

Dipetik dari Utusan Malaysia Online

''Esok merupakan sambutan Hari Keluarga Kebangsaan. Antara masalah yang dihadapi oleh keluarga ialah kegagalan mendapat cahaya mata. Dari kajian yang dijalankan punca ramai pasangan berselisih faham dan bercerai ialah kegagalan mendapat cahaya mata.

''Sejumlah 30 peratus daripada masalah kesuburan yang berlaku berpunca dari suami, 30 peratus lagi berpunca dari isteri, 30 peratus lagi disebabkan oleh kedua-duanya dan 10 peratus lagi disebabkan masalah yang tidak diketahui," jelasnya.

Tambah Shahrizat, masalah kesuburan menyebabkan tekanan psikologi yang hebat dan beban tekanan yang ditanggung oleh mereka yang mengalaminya dikatakan sama dengan tekanan yang dialami oleh seorang pesakit barah. Selain itu rawatan kesuburan di pusat kesihatan swasta biasanya menelan kos yang tinggi.

''Sejak 1979, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melalui klinik rawatan kesuburannya sudah berjaya mencatatkan 3,000 kelahiran dari pasangan yang menghadapi masalah untuk mendapatkan zuriat. Ini merupakan satu berita gembira yang boleh dikongsi dengan seluruh dunia," katanya.

Sempena berakhirnya EAMFF dan sambutan Hari Keluarga Kebangsaan, Shahrizat turut melancarkan buku panduan Jalinan Kasih Subfertiliti LPPKN supaya lebih ramai pasangan tampil untuk mendapatkan rawatan kesuburan melalui LPPKN.

Buku panduan setebal 33 muka surat itu mengandungi maklumat mengenai persediaan untuk mengandung serta penjelasan mengenai prosedur, ujian dan rawatan kesuburan.

Pada majlis pelancaran buku panduan Jalinan Kasih, seramai 48 kanak-kanak yang lahir ekoran kejayaan rawatan kesuburan di LPPKN diraikan bersama ibu bapa masing-masing.

Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman yang turut ditemui di EAMFF menjelaskan klinik rawatan kesuburan LPPKN yang beroperasi di ibu pejabat LPPKN di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Ipoh memberi tumpuan untuk membantu pasangan yang berpendapatan rendah mendapatkan zuriat.

''Pusat Rawatan Kesuburan LPPKN komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, beretika dan berpatutan," jelasnya.
Agaknya aku dalam peratus masalah kesuburan yang mana ya? Then kat mana nak dapatkan buku Jalinan Kasih Subfertiliti tu yer?

Aku blum pun set kan appoinment. Mungkin dalam masa terdekat ni akan call jugak. Doakan yg baik2 utk aku ya dlm usaha mendapatkan permata yang dinanti ini.
Utk mereka yg baru nak baca blog ini dan rentetan hidup aku utk mendapatkan cahaya mata, mmg aku belum pernah buat any medic treatment lagi. Taktau sbb apa, takut pun ye gak kut. Skang ni aku pikir smpai bila nak tunggu
Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk menjadi seorang ibu.......

Tuesday, November 30, 2010

~Pasal Cengeng Ya Kamu~

Tetiba ku jadi cengeng!
Apsal eh.
Sedang menyelak nyelak gmbr kat album FB kengkawan, aku lak tetiba rasa sebak.
Tgk gmbr kawan sorang tu yg baru bersalin. Rasa baru je tgk gmbr kawen dia bln Februari retu.
Skang da tgk gmbr anak dia.

Aku bukan sengaja nak rasa sebak. Tp dia dtg sendiri. Dlm ati mcm terpikir 'merasakah aku jadi seorang ibu'.

Bukan.Bukan.Bukan.
No.No.No.

Aku bkn tertekan. Aku bkn stress. Sbb kalo aku utarakan citer mcm ni, biasa org akan advise 'jgn stress stress, rilek je..nati lagi susah nak beranak bla bla bla'.
Sekadar meluahkan saja. Takde pun aku nak stress. Cumanya hanya sebak mengundang bila tgk org yg kawen thn 2010 pun da ada anak, yg kawen tahun 2009 pun dah menambah anak, yg kawen 2008 lagi toksah ckp la..dah 2,3 org pun. 

Urmm...rezeki memasingkan. Aku pasti, rezeki utk aku ada juga satu hari nati. Memasing ada rezeki sendiri. Jgn risau risau eh. Lps ni kena bersedia utk buat treatment eh....kataku smbil memujuk ati sendiri.. :))

Toksah risau. Aku kredit gmbr ini - nah amik sini.

Monday, November 15, 2010

~Tahniah Shah...!!~

Aku mengenali beliau di porem mesra dot net.
Mula igtkan beliau adalah lelaki sbb nick nya Shahbaik.
Rupanya beliau adalah perempuan.
Selalu berbincang kat ruangan perkahwinan. Lagi pun beliau kawen lebey kuang 1 mth after mine.
So, dari alam porem terus menginjak ke alam gchat seterusnya ke alam FB.
Kalo bebosan mmg aku beliau ni lah teman gchat aku.
Salu bertukar2 citer. Pasal cena nak peknen, kenapa tak peknen.
Tp rezeki beliau.. beliau terlebih dahulu menjadi ibu.
Ingat lagi yg masa thn lps dia tetiba msg gitau dia kena operate appendiks. Terkezut gak. Tetiba je. Tp mmg sesuatu yg terjadi itu ada hikmahnya. Tak lama lps operation tu beliau peknen!
Aku penah sekali je jumpa beliau ni. Tp tu pun tak lama. Just drop  by dpn opis dia je nak antar madu manuka which aku share beli ngan dia. Masa tu promosi, beli 2 lagi murah. So, tanya ke dia..dia nak share. Itu la pertama tamanya aku jumpa. Pemalu giler oih beliau itu.
Dan smlm lahirlah permata yg dinanti-nantinya. Genap sebulan sebelum befday aku. Harus aku ingat ni. Yang kelakanya dia kata patut baby tu lahir 13hb, tp dia tak pandai push trus baby tu kuar 14hb, 12.04am. Tehehehe. 
Yang besnya adalah beberapa minggu sebelum dia disahkan peknen aku mimpi dia bersalin anak lelaki. Rupa rupanya jadi kenyataan. Alhamdulillah..

Utk beliau, sahabat alam maya ku, tahniah.. percaya lah, setiap yg berlaku ada hikmahnya. Da jadi mama ni kena 'tabah' sket tau. Jgn lari lari.. tehehehehhe. Doakan tak lama lagi rezeki aku pulak :))

Comey kan permata hati pertamanya ni. Ahmad Shamill. 

Tuesday, November 9, 2010

~Pasal Tak Dapat 1, 3 Pun Jadi la~

Bayangkan tetiba rumah aku ada si comel. Bukan seorang, bukan dua, tapi 3.
Bukan juga berlainan ibu, lain bapa tp seibu dan sebapa.
Bukan juga berlainan umur, berlainan jantina. Tp sejantina.
Dan yg nyata mereka adalah comel.comel.comel.

Dulu aku mcm rasa tak ramai je org kat Malaysia ni dpt kembar 3.
Tup2 jumpa satu blog ibu yg ada kembar 3 which aku rasa ramai da jadi follower dia. Aku kenal masa dia post entry kat innit. Tgk je si kembar dia trus la follow. Comel kan. Pulak tu mesti nak tau pengalaman dia menjaga anak kembarnya. Dan lagi, dia pun kalo tak silap amik masa gak utk dptkan anak pertama. Tup tup trus dpt 3. Waaa..bes.bes.bes. Mesti dijadikan motivasi nih. Hik hik.

Sgt comel melihat 3F si Mama Kembar ni. Faris, Fauzi. Fahmi. Gerammm sgt. Dah la pakai baju pun sama je. Comel giler masa derang makan makaroni tp taburkan atas tilam tu. Pulak tu leh lawan2 pedang guna sudu n garfu. Anak lelaki la katakan. Lps tu penah mak derang bawak gi makan kat restoran, sorang nanges, suma nanges. Kalo aku tu sure gabra giler.

Lps tu main sesama. Baca buku sesama. Kerumun bapak derang pun sama. Tehehhehe...seyes..comey dan rasa mcm nak la gak..nak la gak kembar 3.

Lps tu dari blog Mama Kembar 3 ni gak dpt tau blog Aishah plak. Dia pun ada anak kembar 3. Dan ini kembar perempuan. Perempuan okeh...uwaaa....rasa nak gigit screen komputer tgk kecomelan mereka iteww. Dah la mmg aku ngidam2 anak perempuan.
Kalo yg tu ada 3F yg encem.encem.encem. Aishah ada 3 N A - Nur Ariana, Nur Afrina, Nur Adriana yg cute.cute.cute. Tak tahan oii..mmg tahap nom nom nom (apa ko igt derang ni makanan Ida oi yg ko nak nom nom nom kan). Tehehhehehe.
Aishah ni ada 3 lagi anak tak kembar, menjadikan beliau terus ada 6 anak skang. Wieee...seriyes bes Aishah.


Cena ni weh? Trus doa pada Allah agar aku pun dapat kembar 3 camni. Teheheheh. Mana la tau kan, hikmah yg duk kita sebut-sebutkan selama ni, ini la dia hasilnya.
Tunjuk kat my dear lagi hampeh..tunjuk je gmbr baby sure dia kata 'ha..jum la buat'.
Hoh! apa ko ingat mudah2 nak buat skali pling kuar terus 3 org makhluk Tuhan paling comel neh. Sorang pun tak terbuat lagi ni.
Tp doa-usaha-tawakal, kan tu sering dipegang sejak dari zaman UPSR.

Moga ada rezeki la dpt kembar 3 mcm ni. Sukkkkaaaaa sgt sgt sgt.

Dan utk tgk lebih aksi2 si kembar yg encem  n cute ni leh masuk sini.

Oh, gambar tu diperolehi dengan IZIN dari kedua dua empunya blog. Thanks Mama, Thanks Aishah kerana sudi bagi share gmbr di blog yg masih menanti si comel dlm hidupnya.. :))

Monday, November 1, 2010

~Pasal Aku Tidak Keseorangan~

Aku rasa aku tidak bersendirian dlm hal nih.
Dan keistimewaan ni bukan aku sorang je rasa, malah ramai lagi.
Aku juga dikelilingi rakan2 senasib.
Mcm Cikbedahlaser, Irtiyah, Asma, Eka dan tidak lupa rakan aku yg sedari sekolah dulu mmg sesaiz dgn aku, Che Sue yg jauh di Algeria (ni sekadar menyebut beberapa nama).
Juga kat opis ni pun masih ramai yg sedang melalui apa yg aku lalui ini.
Kadang aku terpikir gak, apsal ramai yg susah nak dpt zuriat? Kalo dulu jarang2 dgr. Tp skang mcm dah perkara normal. Sbb pemakanan ke? Byk sgt telan menda yg segera skang kan. Asal lapar je trus drive thro'. Entah..mungkin la jugak kut..tp itu hnya penyebab kecil.

Aku tau ada yg tak kena dgn sistem badan aku ni walo aku rasa sihat.
Sapa yg tak terluka bila tetiap bulan cik P dtg tepat pada waktunya. Tp patutnya aku bersyukur sbb menandakan aku sihat dari segi yg satu itu.
Aku mmg nak tau sgt, apa la yg menyebabkan aku mendapat keistimewaan yg satu ini.
Memetik kata2 kawan aku yg sedang menanti hari bersalin - "hidup ni mcm puzzle, satu hari nati kita akan bertemu titik penyelesaiannya". Wah..dah pandai bermadah kawan aku sorang ni. Napaknya sejak nak menjadi ibu ni dia makin positif dalam hidupnya. Bagus.

Mmg bukan senang nak menghadapi hari hari mendatang. Mmg ada org kata 'rileks je Ida, baru 2 tahun kan'. Rilek tu mmg rilek, takkan aku nak melalak meratapi naseb ni hehari kan. Tu nasib yg kata rilek la Ida. Ada gak yg kata 'tu la ko..tak pandai main'. Wah ha ha..ini aku tak mo komen lelebih. Aku penah pun citer menda ni dulu, kat blog ni. 

Tp apa perasaan bila melihat kawan2 yg sama naik pelamin dgn aku retu dah pun riang ria bersama anak2 memasing. Ada pun yg dah menambah bilangan pun. Dan yang kawen, setahun slps aku kawen tu pun anak2 dah mula berlari-larian. Ini yg kenduri aku baru pegi smlm ni, esuk lusa dgr la citer dah berisi.

Pasrah. Aku selalu ingatkan diri aku, sebagaimana aku salu ingatkan kawan2 aku yg ditimpa musibah.
"sesungguhnya Allah tahu kita boleh hadapi dugaan ini, sbb tu lah dipilih kita yg menerima dugaan ini. Itu tandanya Allah ingatkan kita dan dia mahu kita juga dekat dgn Dia. Mungkin kalo aku dah ada segala-galanya, perfect semua, boleh membuatkan aku leka".

Sbb tu la aku byk blog keibuan yg aku tak follow. Jgn lah marah kalo aku tak follow, tp kadang2 aku sedih bila tgk memasing citer perihal anak. Tp aku..tak sudah2 citer pasal opis, pasal vacation, pasal jalan2, pasal shopping dan sesekali citer kesedihan aku nih. Mmg boring la blog aku ni, tak berseri dgn kehadiran citer si kecil.

Tapi, aku jengah jugak blog2 tu. Seronok baca citer derang. Seronok tgk gelagat anak2 memasing. Comel comel belaka dan dalam pada berharap agar suatu hari nati aku pun boleh buat entry mcm tu. 

Rezeki memasing. Pasti ada hikmah di sebaliknya yg berlaku nih. Kalo terlalu pikirkan sgt pun buleh jadi giler dibuatnya. Just rileks je. Mmg persoalan "kenapa, kenapa, kenapa" tu salu la bertamu kat pikiran nih.

Ya Allah, moga aku dan rakan2 ku yg sama menanti ini akan menerima kehadiran zuriat tak lama lagi. Aminn.

Marilah kita amalkan baca doa ni setiap pagi. Doa nabi Zakaria yang memohon zuriat. 

Tuesday, July 6, 2010

~Pasal Desktop PC~






Ada salah 1 gmbr ni aku da upload dlm fb. Nak wat profile FB. Tp kang..again akan mengundang kontrovesi. Again..nati aku akan me remove kan lagi org. So, better tak payah dulu. Susah..susah.. inilah pengorbanannya bila kita semakin ber teknologi nih. Nak buat sesuatu pun kena pikir byk kali walhal tu da hakmilik kita. Dan sukati kita la jugak nak letak gmbr apa. Tp being me yg org tu kata 'EMO', baik tak letak dulu.

So, aku da pilih byk gmbr cute2 baby dari google. Search je untuk desktop wallpaper. Akan kuar la makhluk2 comey nih.
If sebelum ni aku tak letak gmbr baby ni sbb workstation aku terbuka sket, skang aku tepek je. Sbb aku org da tak napak desktop PC aku. Aku da pindah tempat. See.. nak letak kat desktop pun kena pikir pasal org. Yelah..kang ada yg lalu or dtg tpt aku. Eh..peknen ke da letak gmbr baby. Kang aku hamuk2 lagi. Yelah..kata emo kan. (Bongok je kata org emo kan..da ko tanya bukan2 mao aku tak emo. Tnya bila nak anak la, rancang nak anak ke. Eii..tak buleh la. Makin igt makin geram)

Skang aku da tempek gmbr makhluk2 comei ni secara berganti2 kat desktop. Paling aku sker hok pakai snow cap tu. Tu baby ke snow tu - meminjam kata Faizullah. Petua utk diri sendiri, konon dgn melihat gmbr2 makhluk comei ni akan berjangkit la dpt baby cecepat. Oh.. tetiba aku rasa aku perlu berusaha. Skang ni suma aku tak buat. Makan ubat ke, gi treatment ke. Apasal eh?? Bukan bermakna taknak anak..tp..entah.. aku je yg tahu.

Oklah. Kalo taknak letak gmbr baby comei ni, kita letak la gmbr2 romantik camni. Huhu

P/S : suma aku gugel dgn menaip cute baby wallpaper

Wednesday, May 12, 2010

~Permata Yang Dinanti : Usaha~

Dalam menanti permata ni aku pikirkan balik, apa usaha aku buat skang nih??
Btul..mmg banyak menda aku da praktikkan..tp buleh dikira mcm hangat2 tahi ayam je.

Sungguh..org kata Jamu Mak Dara bagus, lekas2 aku beli. Makan.
Tp seminggu 2, tahan la..pehtu dah lupa, dah lupa langsung la tak makan. Smpai skang ada lagi. 40 bijik pun tak abis2.
Pastu family mertua kasik akar apa tah, makan la kami suami isteri setiap pagi. Pun culas2 jugak. Bila ingat makan, tk ingat takde la.
Lepas tu teman mak berubat secara tradisional. Aku pun turut la sama mintak ubat. Tp bila da berkemiyan2 bagai aku buat 2 mlm je. Lps tu aku taknak dah. Aku rasa mcm...apsal nak berasap2 bagai nih.
Dan lps tu ada org opis yg balik umrah kasik kurma kering. Cadang nak blend la. Tp smpai skang, rasa dkt 2 bulan dah, terperuk dlm peti ais tu.
Madu plak..beli dah. 60inggit tu. Bila da dpt, ada je kat dapur. Bkk penutup dia pun blum. Konon nak makan dgn kulit kayu manis la. Tk buat jugak.
Lps tu siap beli termometer. Nak buat BBT. Tersalah beli plak. Takde smpai 3 titik perpuluhan. Dah dibiarkan sepi. Nak beli lain mmg idak la kan. Asik lupa je.
Pendek kata mmg aku tak berdisplin lah dlm usaha aku nih.

Aku mula berpikir bila BFF aku di alam maya, si aishah yg keja LKIM tu menyarankan aku suh makan spirulina ngan jeli gamat. Aku kata aku ni bab makan2 tu mmg tak displin jadi aku malas.

Tp bila pikir2 balik, utk mendapatkan sesuatu yg kita inginkan kita kena berusaha.
Dulu masa blaja aku berusaha keras utk dptkan result terbaik. Aku akan pastikan every each sem aku kena DL or at least tidak tergelincir dr 3pointer. Utk itu aku akan pastikan carry mark kuiz, test, assigment aku berada dlm thp yg baik, yg dpt membantu aku pada final exam.
Utk berjaya aku kena study. Kena bgn pagi2 sebelum subuh utk study. Pegi library study sengsorang kat situ.
Tidak lupa sentiasa mengaji, sentiasa membuat solat hajat.
Dan hasilnya aku dpt apa yg aku nak.

Tp skang..kenapa aku tak berusaha gigih mcm tu.
Aku nak anak kan?? dan aku ni da tergolong dlm golongan "istimewa" yg tak spti org lain yg masih diambang bulan madu lps tu trus tak dtg bulan. Aku kena usaha.usaha dan usaha.
Kena slalu buat solat hajat. kena byk mendekatkan diri pada Tuhan. Kena displin bab makanan2 tambahan.
Kenapa aku tak buat camtu. Mungkin sbb aku rasa aku blum berada dlm "masa kecederaan". Mcm ada opismet aku ckp "blum terdesak..mmg camtu".

Aku akui ini lah kelemahan aku. Aku akan cuba perbaiki sedaya upaya aku. Kalo aku tak berusaha lebih gigih apa yg aku nak takkan mudah aku dapati.

Dan setelah melihat makhluk Tuhan paling comel ini lagi aku rasa nak gigih berusaha. Dia ni dah jadi idola aku la plak. Huhu.
Gmbr kredit to : fan page mia sara nasuha [amani adamaya]

PnStoberi : usaha tangga kejayaan

Monday, May 10, 2010

~Permata Yang Dinanti : Perasan & Perasaan~

Rasa entry ini juga nati memerlukan p/word utk meneruskan bacaan. Maaf shbt2 suma. Mmg agak menyusahkan. Buat masa dan ketika ini sy masih paranoid dgn pembaca-dlm-diam-cum-informer-tak-bergaji dlm opis sy ini. Walau da lama menda tu berlalu. Tp dun worry. Pada yg saya da kenal..sy akan bagi p/word tu. Tetapi TIDAK sama sekali utk org seopis biar pun thp buleh cemolot dgn sy [errr..termasuk suami ku kah? Haha].

Dan andai kata la informer tak bergaji tu ter hack pulak each entry ber p/word ni kan, aku harap sgt agar beliau tak la membuat onar mcm ari tu. Laju2 pi citer kat org suh bkk blog ni dan kata "eh. ko tau, pnstoberi itu bercerita pasal engkau dlm blog dia. Betulkah engkau yg dia katakan tu". Ha..takmo lah aku. Tp beliau kena tau jugak. Perbuatan dia mcm tu tlh memberi income pada aku. Lg slalu dia masuk, lg ramai yg dia bagi tau, lg byk duit masuk dlm blog aku ni. So, aku dpt jugak untung, engkau... masuk angin kuar asap. Ini blog aku, luahan ati aku dan aku tk penah rasa "dendam" pd org2 yg aku rasa sakitkan hati aku. Tp kalo ada yg jd informer itulah yg akan memburukkan keadaan. Aku harap manusia tu sedar perbuatan dia yg "busuk" tu.
Ok. Dah. Jum start.

Klik dan masukkan password

Thursday, April 8, 2010

~Permata Yang Dinanti : saja nak kepoh~

Nak citer nih. Kat opis la. Smlm la.

Haha. Aku tau ada insan bergelodak prut la tak dpt baca ni. Plak tu citer kat opis lak tu kan. Lagi la bergolak geladak beliau nak tau. Mana la tau kut leh jd informer lagi.. bes kan jd informer nih??

Lalalalallalala.....

Oh ya..cam biasa..entry berkunci nan ado komen yo.. only SMS/PM by fesbuk for p/word.

Tuesday, March 23, 2010

~Permata Yang Dinanti : BBT~

Body Basal Temperature.

Sepanjang2 aku TTC ni, aku tak penah guna kekdah BBT nih [sebenarnya, aku pun bkn berusaha gigih sgt pun utk TTC..huhu]. So...bulan ni rasa mcm nak terai. So, td waktu lunch laju2 pi KLCC-Watson-beli temometer. Hik hik.

TTC guna kekdah BBT ni mmg mcm remeh sbb kena ada chart utk tick temperature tu. Pehtu pepagi ko bgn ko kena terus capai mendalah temometer tu then trus letak bwh lidah ke/celah tiak ke/bwh pelipat peha ke kan. Pehtu kena lelaju la tick. Ok, termometer aku ni guna celcius..so, aku kena convert kan ke fahrenhait. [aku rasa ada je temometer yg guna F nih..tp takpe lah..aku convertkan je nati].

Aku pun tak berapa reti la nak guna kekdah BBT ni. So..godek2 carik info. Info in BM mmg mcm tak membantu. So, terpaksa godek yg omputih punya. So, kat web ini mcm bagus info dia. Chart utk tick tu pun dia ada. Tkyah susah2 nak wat sendiri. Print je. Korang leh baca la kat sini : BBT

Start tick kan suhu ni dari 1st day period. Then pada suhu yg agak tinggi berkemungkinan itu lah waktu ovulasi. [tp kalo ko demam gigil2, mungkin juga suhu akan melampau tinggi dan tidak semestinya itu date ovulasi].

Tp aku nak tepek jugak DO'S n DON'Ts guna kekdah BBT nih.

Do's and don'ts of basal body temperature charting

Do take your temperature at the same time every day. You may want to set your alarm clock to wake you up each morning.

Do take your temperature consistently. You can take your temperature orally, rectally, or vaginally. Whichever method you choose, make sure you are consistent.


Do keep a chart beside your bed. Keep JustMommies fertility chart beside your bed at night with your thermometer and pen ready. It is important that you take your temperature while your body is at rest and rummaging around the house looking for your thermometer or pen may be the best way to get your temperature rising.

Do take your temperature after at least three hours of restful sleep. Try to get a good night's sleep before taking your temperature. If for some reason you did not get a lot of sleep or you
woke up frequently through the night, you should still take your temperature. Just make a note of it on your chart.

Don't get upset if you oversleep or forget to write a temperature down. The purpose of charting is to help you determine when you ovulate and to hopefully help you have a baby! If you forget to chart one day, just plot your temperatures anyway. Make a note of what time you took your temperature or if you skipped a day.


Don't drink, smoke or eat anything before taking your temperature. Hopefully, you won't be smoking if you are trying to conceive. Eating or drinking can affect the temperature in your mouth if you are taking your temperature orally.

Dan tak lupa...doa kepada Yang Maha Berkuasa. Moga dikurniakan baby secomel ini.
Dan aku harap yg rakan2 yang membaca setiap entry aku yang bermula dgn word ~Permata Yang Dinanti~ memahami bahawa entry tersebut adalah entry mengenai segala suka duka dan usaha aku dalam mendapatkan anugerah yang satu ini. Bukan entry mencalarkan maruah sesiapa. Aku mohon benar supaya difahami maksud itu dan tidak menjadikan entry2 tersebut satu 'isu' yang boleh memecah belahkan satu keharmonian. Aku pohon sangat2...sangat2..



PnStoberi : Bukan mudah menjadi seseorang yang "luar dari kebiasaan".

Thursday, March 18, 2010

~Permata Yang Dinanti : Minum Madu~

kredit pic : here


Korang boleh telan tak madu. Manisss....
Dulu aku mcm tak sker. Tp ada satu thp tu aku mcm nak makan utk jadikan supplement. So, dah leh makan. Kadang campo ngan air nescafe ke milo ke..sedapp..nom..nom..nom..
And aku leh jugak makan camtu je. Lagi berkhasiat.

So, skang ni tgh nak beli madu lebah original nih.
Kat mana nak beli ek??
Kalo buleh nak made in M'sia punya la.
Ada gak kat supermarket2 tu yg luar negara punya..tp kalo da terdesak sgt buleh la.
Jgn kata suh beli madu yg buat kek/kuih tu. Namo aku..wat sakit buah pinggang je [oh. ini aku bc kat artikel kat paper yg madu jenis tu kandungan gula dia amat tinggi] Dun ever la telan camtu je madu yg jenis buat kuih tu. Wat penyakit lain plak kang.

Retu aku ada beli kat pameran apa ke tah. Lama dah. B4 kawen dulu rasanya. Ok madu tu. Insyallah ori la sbb dia buat satu test madu original tu yakni aku terkagum dgn kuasa Tuhan gak la. Jadi skang ni kalo nak terai tgk ori ke tak aku da tau cemna. Slalu org kata kalo tak kena hurung semut tu madu asli..tp..org tu kata..menda manis sure semut suka..tp kalo kat madu ni, semut dtg dia akan mati sbb madu ni bersifat panas. Lagi satu yg aku kata terkagum tu kalo letak sedikit madu ni dlm air sejuk yg diletakkan dlm mangkuk then kocak2 skit then dia akan terbentuk heksagon mcm sarang lebah tu. Eiii..kagum lah. Try la buat air gula yg lain camtu..takkan jadi de camtu.

So, apa kena mengena plak dlm episod menanti permata ni kan. Sbbnya ada ramuan yg perlu aku minum dgn madu nih. Nati aku ceritakan ramuan apa ya..sbb ini pun mcm terharu juga. Dlm duk ada org kata mcm tu mcm ni, ada hamba Allah yg baik hati, balik dr Mekah belikan kami samting. Mmg tak mintak pun..tp ttiba dia bagi. Alhamdulillah..tu aku rasa walo aku ditimpa memacam dugaan tp dalam dugaan tu pasti ada terselit kegembiraan.

Berbalik pada hal madu tu kan. Aku try search "beli madu asli" tup2 terjumpa blog ini-MADU. Ahah! dia jual madu ya. Emm..aku da emel pun ke nida ni. Tgk cemna nati..kalo tak jumpa jugak madu dlm masa terdekat ni aku beli je lah kat dia. Rega pun mcm ok.

Terjumpa juga petua ini dlm blog dia. Mungkin kita leh share bersama. Ada byk lagi khasiat madu ni..ni aku amik yg berkaitan dgn topik je la kan. Korang leh baca kat sini- Penggunaan madu

Mandul:
2 sudu besar madu yang diamal setiap malam sebelum tidur membantu menyuburkan anda.
Mengamalkan serbuk kayu manis juga membantu memperkuatkan rahim. Bagi yang sukar hamil, cuba sapukan madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis pada gusi, dan biarkan bercampur dengan air liur anda dan barulah telan.

Jadi, buleh la try..mana tau ada rezeki kita kan.

****

"Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu Madu dan Al-Qur'an."


Qoute from here - madu lagik


PnStoberi : Semanis madu..awww...agagagaga

Wednesday, February 10, 2010

~Permata Yang Dinanti : Mengurut~

Ini pun salah satu usaha utk hamil.
Tp takat ni aku masih blum meletakkan kaedah ini as my 1st place utk hamil.
Dulu ada gak nak try, tp lps kes cousin my dear meninggal tu aku mcm trauma plak utk nak try mengurut.
Lagipun MIL pun tak galakkan guna kaedah ni.
Mak aku ada sebut, tp takde la dia paksa2 ke apa ke.

Aku ada baca gak dlm porem2, kata derang pas mengurut berjaya "lekat" la apa la. Ok la tu. Rezeki Tuhan dan secara tak langsung usaha tu berjaya lah.


Aku bukak citer ni bkn per.
Aku dpt khabar budak seopis aku peknen lps mengurut.
Katanya peranakan senget ke apa ke tah.
Sebenarnya dia ni pun antara yg "lambat" gak la peknen. Hampir sethn gak.
Tp nak kata mcm kebetulan [ttiba tingat lagu Suratan atau Kebetulan- sesuatu yang tak disangka..seringkali mendatangi kita..ups! cukop! ].
Ok, kat dept aku ada 4 org yg kategori baru kawen tp lambat peknen.
Yg pertama aku lah, kawen bln 12 then sorang lagi tu bln 4 tak silap aku, sorang lagi clerk aku- kawen bln 5 dan sorang lagi bln 6.
Nak dijadikan citer, ada lagi satu dept floor bwh tu plak "pantang cuit". Suma thp "bunting pelamin". Kira mcm ari ni dpt kad jemputan kawen dia, sok lusa da napak pakai baju peknen. Giler cpt kan.
So, skang antara keempat2 kami, yg kawen bulan 4 tu dah peknen [which aku kata dia berurut tu kan]. So, da ada yg "pecah telur" la kiranya. Moga2 berjangkitlah kat kami skang ni. Hehe.

Tp mcm aku kata tu lah. Takat ni aku tak rasa aku akan cuba keadah mengurut tu. Nenanti lah. Rasa mcm lum bersedia lak nak urut2 ni [selebihnya aku takott..huhu].

Owh ya, smlm ada lagi berita ttg org buang anak kan. Tp kali ni dia tak tanam lah, dia tinggalkan dpn rumah polis [eh. ye ke?? aku dgr sepintas lalu je brita tu]. Alahai...kalo taknak meh bagi ke aku meh. Then terjadi perbualan antara aku dgn my dear.
Me : kalo sy yg jumpa baby tu sy amik je.
My Dear : Ha. Mcm senang, nati kena soal siasat mana dpt la, anak siapa la. Cemana nak bawak balik kg?
Me : A'ah kan. Lepas tu nati nak sekolah cemna, surat beranak takde.
My Dear : Ha, tau pun..
Me : ..... (dlm hati - tk boleh ke amik je tanpa sebarang prosedur..susah lah camni)

Haha. Sesuka ati aku je kan. Mcm la senang, nak amik gitu je. Kalo kita jumpa kita kena anta ke umah kebajikan / balai polis eh. Then kalo nak amik, kena la wat prosedur anak angkat kan. Tp nyer.. kena gak tau keturunan kan kalo nak amik anak angkat nih. Aku da ckp ngan my dear, kalo 5 thn takde jugak nak amik anak angkat je. Mungkin napak mcm very desperate dan terdesak, tp kalo dikira dgn umo aku ni, tak buleh la nak lengah2 lagi kan. Mana tau dgn adanya anak angkat mungkin ada rezeki utk ada anak sendiri.

Eh. Ini entry pasal mengurut kan. Apa kes tersasar smpai anak angkat pulak. Lari tajuk sungguh lah. Ok lah. Nak tgk cafe jap. Sapa lum melawat, sila lah melawat la cafe sy. Sudah dihias dgn Valentine Deco. Hehe. Nama pun da tukar. Lalalala.

PnStoberi : masih mencuba dan trus berdoa.

Monday, February 8, 2010

~PnStoberi dan xtvt ari Sabtu~

Ini xtvt ari Sabtu. Mmg full start dari 7.30pg till 11.00 mlm. Seperti yg aku pekik2 kan dlm fesbuk kan. Pheww...pnt tapi bes sbb all-in-one. Dpt jumpa family mertua, jumpa kawan, dpt karoke n settlekan pasal mansion ku. Hehe.

Ok. Ini adalah xtvt saya [okeh..entry kali ini mmg tak membina dan pjg amat. Sila bc dgn penuh kesabaran]
7.40 pagi - saya dan suami ke pasar Chow Kit. Da lama tak beli brg basah kan. Rasa dkt sebulan gak culas2 masak kat umah ni. So, ke pasar. Kami beli ikan potong [utk buat kari], tulang [utk buat bihun sup tulang], udang [nak wat nasik lemak sambal udang] sayur2an serta buah2an. Saya kalo ke pasar mmg takde list2 nih. Bila kat pasar baru pikir nak masak apa then beli bahannya.

8.30 pg - Bekpas trus di kedai mamak bersebelahan hotel international itu. Ttiba tekak mcm nak minum milo ais kedai mamak dan megi gorengnya. Dpt pun. Milo ais kedai mamak mmg pekat kan. Setappp.

9.15 pg - smpai kat umah. Tgk di tepi2 jalan byk DBKL, polis, ada anjing pengesan dan ada van RTM. Mcm blur je sbb takde banting pun kata memana menteri nak datang. [bila tgk berita tghari baru tahu- PM yang datang. Haha. Giler ah,mcm tak amik tahu keadaan sekeliling plak]

11.00 pg - ke Jalan Conlay. Mulanya ingat nak buat keja sket. Tp da lambat. So, emel je utk dibuat kat rumah [huh! tk buat pun hingga saat saya menulis entri ini]. Sesambil tu tgk makanan2 yg da masak kat PinkyRich Cafe [ari cuti kan. Fesbuk buleh bkk dan internet adalah melaju. i loike...hehe].

12.00 t/hari - gerak ke Sentul- gi developer office. Settle kan pasal ini.


Alhamdulillah. Loan saya sudah approved. Jadi kena hantar surat setuju terima lelaju. Sbb dia bagi masa 2 mggu shj. Dan sign agreement antara saya dan kerajaan M'sia. [ini sy akan cerita secara khas nati yer]

12.30 t/hari - gerak ke Sogo.

12.40 t/hari - smpai di Sogo [oh. masih tidak jauh jarak umah saya nati ke Sogo. Itu yg saya nak tu. Hehe] Dee sudah menunggu di food court. Dia makan popia. So, lps abis popia kami terus ke tgkt 8.

1.00 ptg - Di tgkt 8 Sogo-Red Box Ria. Masa utk me release tension. Ya. Saya sudah serik utk mengajak suami. Ari tu dia mcm patung cendana masa saya ajak [paksa] dia pegi. Pegi ngan Dee lagi besh [sememangnya ini adalah team karoke semenjak sy mengenali karoke-tahun 2006 rasanya]. Nyanyi la sesuka hati. Pukul 1 still ada pakej makan makanan berat. Saya order kailan fried rice n Dee makan guilini [eh..btul ke namanya ini. ala..yang mcm spegeti carbonara tu lah]

3.00 ptg - time's up! abis karoke kami lepak chill's makan kek di Secret Recipe plak. Ceh! masih tak kenyang kah. Hehe. Benarnya mao bersembang lagi dgn Dee. Maklumlah, dlm karoke mana sempat nak berbual kan. Ko makan, aku nyanyi, ko nyanyi, aku makan, lepas tu sibuk pilih2 lagu. Tingin plak rasanya nak makan kek. Saya makan kek Choc. Indulgence n Dee amik cheese choc.

4.30 ptg - Dee anta balik umah. Thanks Dee. Masih duk di KB ni buleh la hntr, kalo di Sentul nati pikir 44kali juga dia. Hehe. Suami ada dirumah menonton tv.

5.30 ptg - Bertolak ke PJ pula. Dlm perjalanan singgah pasar malam. Beli Satey utk dimakan bersama2 di umah mertua. Beli juga beberapa keping vcd. Hehe.


Kami juga melawat baby baru dlm family suami. Adam Daniel namanya. Adik suami bersalin anak keduanya. Ini kali pertama saya mengendong bb yg blum seminggu. Sy sgt teruja. Moga2 berjangkit lah nati.
Saya juga bawa adiah ini. Ketika memilih adiah ini di Jusco Rabu lepas sy juga amat teruja menengok melihat barangan baby. Huhu.
Owh. Kami juga ada bersembang2 ttg sy yg masih belum ada rezeki menimang cahaya mata. Syukur Tuhan, sebagaimana family saya, family mertua juga amat memahami dan menggunapakai ayat "tak mengapa..ada rezeki ada lah..berdoa je". Saya tahu mereka ikhlas. Alhamdulillah. Saya sgt2 bersyukur dan berterima kasih pada mereka. So, org2 di luar sana..jgn la slalu bertanya ttg bila lagi, bila lagi. Diulangi-saya bukan taknak atau tak mahu anak, tp masih belum ada rezeki. Kalo ahli keluarga saya boleh menerima kenapa tidak korang yg takde apa2 ikatan kekeluargaan dgn saya.

9.30 mlm -Balik dan singgah di Medan Selera 223. Suami kata da lama dia ingin bawa saya kesini. Masa dia bujang dulu, dia slalu melepak2 di sini bersama kengkawannya. Jadi ari ni lah harinya. Walo kami kenyang da makan nasik umah mertua, tp buleh jugak makan lagik. Suami masih buleh makan sebungkus nasik lemak beserta air milo. Saya memesan laksa. Mmg keja giler la mentekedarah laksa memalam buta. Tp nak terai sesedap mana laksa tersebut yg pernah diwar2 kan di ranc. Warung Kita sedikit masa dulu. Mmg setapp..
Lepas tu air milo dia mmg terbaikkk..rasa mcm minuman koko pun ada. Then saya plak pesan air limau asam boi. Juga ter baekkkk.. 4 biji asam boi tu. Tp manis sket la. Makan juga otak2 yg dah tersedia atas meja tu. Sebenarnya kan, sy malu giler nak amik gmbr ni sbb meja adalah terlalu rapat. Sbb tu gmbr nasik lemak tkde. Tp sy angkat je phone. Klik je la. Tp kalo camera mmg sumpah sy malu. Haha.



11.05 mlm - smpai umah. Tertido atas sofa akibat kepenatan. 15 lagi ke pukul 12 baru bgn. Cuci badan sket, tgk masakan [sempat lagik...] then gedebum tido.

So, itulah xtvt sy di ari Sabtu lepas. Penuh kan?? Jadinya labels for this post pun byk la jadinya. Hehe.

PnStoberi : geram tgk baby. Pinjam buleh???