Assalamualaikum..
Semalam dua kali tersenyum sampai ke telinga atas jasa pemberian 2 orang lelaki yang terpenting dalam hidup pja...
1. Pja buka peti ais semalam, pja berjaya kumpulkan balik susu insyirah sebanyak 9 botol dalam masa dua hari atas pemberian duit oleh en. suami untuk membeli set 3m Shaklee..
Alhamdulillah kerana Allah mengizinkan shaklee jadi penyebab untuk susu pja bertambah.. Syukran Ya Allah.. sedangkan baru jumaat lepas, pja menangis bila tengok peti ais kosong bila nak bekalkan susu pada insyirah..
Sebelum ni pja pernah dah try shaklee.. memang serasi dengan pja, but pja try untuk supply and demand dan seboleh-boleh tak nak bergantung pada produk..
But now, terpaksa juga amik balik sebab dah tak ada susu langsung dalam simpanan.. Alhamdulillah dengan izin Allah, bila pja makan shaklee ni, pja akan rasa lebih bertenaga dan tenang even tengah buzy.. that's why pja dapat pam dengan tenang dan hasilkan susu.. walaupun hasil tak double.. dapat menyimpan walaupun 1 hari sebotol pun jadi la.. kan..kan..
2. Pja balik dari kelas semalam, ayah bagi paper beg berisi Smartphone Samsung... free ok... bukan claim balik..
My lovely sony memang sakit-sakit dah lame.. one of the button pun memang dah lumpuh sebenarnye.. dan dah berapa kali nak tukar, but tak menyempat-nyempat..
So, cadangnye end of thiz year kan dapat bonus.. nak tangkap la Samsung SII ke.. or Samsung Note.. tapi Allah nak pja simpan duit pja tu untuk sesuatu yang lebih penting mungkin... Allah gerakkan la hati ayah untuk bagi pja Samsung Galaxy Ace Plus.. ok la dari kene keluar 1-2 k duit sendiri kan.. Ayah beli phone tu kembar 3.. asalnya just nak beli untuk haziq.. but kata mak, tiba-tiba dia tambah lagi 2, satu untuk mak dan satu untuk pja..
A million thank you for both of you en. suami tercinta dan ayah tersayang... Terima kasih daun keladi... esok-esok minta lagi.. haha.. just kidding ok...