Showing posts with label ::akusipencintakanakkanak::. Show all posts
Showing posts with label ::akusipencintakanakkanak::. Show all posts

Sep 11, 2013

Early Childhood 9# - Penjagaan Pemakanan

Assalamualikum...

Pja bukan nak bagi tips sangat pun.. cuma tadi dalam slot dilema wanita ada cerita pasal wanita yang berbadan besar.. last sekali macam biasa la ada terselit tips dari Datuk Dr. Fadzilah Kamsah..

Qoute dia "anak-anak kita ni 'besar' dan 'sihat' disebabkan oleh ibu bapa yang penyayang.." huraian dia lagi lebih kurang macam kita hidangkan anak-anak dengan makanan macam-macam.. pelbagai jenis, sihat atau tak sehingga anak ni lemah pada makanan..

Pja pernah juga dapat tips dari trainer pemakanan untuk anak-anak yang mengatakan jangan paksa anak makan.. beri makanan yang sihat sahaja.. maksud jangan "paksa" anak makan ni contohnya if dia dah tak nak lagi, jangan dipaksa.. sebab kalau sumbat juga dalam perut yang kecik tu, alamatnya tumbesaran perut dia akan luar biasa.. ibarat stokin kecik yang di sumbat dengan kaki besar.. lama-lama longar la dia kan.. kalau dia tak nak makan nasi, cari alternatif lain yang boleh membekalkan nutrian yang diperlukan tadi.. contoh kalau dia tak nak nasi, boleh bagi homemade kentang goreng kan.. karbo jugak.. kita kene kreatif..

Tiba-tiba juga terus teringat pasal kisah pja mase kecik-kecik dulu.. kakna pernah citer.. dulu cik normah (mak angkat yang bela pja dulu) selalu sumbat-sumbat nasi dalam mulut pja sampai pja muntah-muntah.. dia suruh jugak makan banyak-banayk sebab katanya pja kurus sangat macam budak tak cukup makan... Borak-borak dengan mak after training.. mak ia kan.. dia kaa sampai kembung-kembung pipi dengan hidung pja kemam nasi..

Kesimpulannya.. badan pja besar dah susah nak turun sebab kasih sayang cik normah yang terlalu banyyaakkkkkkkk... hahaha mak gelak guling-guling....

Jan 22, 2013

Decision Making

Assalamualaikum..

Setiap hari kita kena buat keputusan.. nak mandi dulu atau nak siapkan baju anak dulu, nak ikut jalan dekat tapi jem atau nak ikut jalan jauh tapi clear.. nak makan nasi or nak makan mee tangahari nanti, nak balik rumah terus or nak singgah mana-mana dulu, nak masak apa untuk dinner, nak buat apa lepas ni... semua itu perlukan keputusan..

Keputusan ciput macam tu mungkin mudah.. yang beratnya bila keputusan yang perlu kita pilih itu akan melibatkan kehidupan kita yang akan datang.. melibatkan kewangan yang beribu riban, melibatkan risiko yang BESAR, melibatkan macam-macam la...

Takut?? yes! pja seorang yang penakut nak buat keputusan.. bertambah dengan low self esteem, perkara ni pja perlu hadap untuk meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi risiko yang lebih besar pada masa akan datang.. bagus juga.. pja belajar untuk membuat keputusan.. walaupun tak yakin dengan diri.. lemah longlai mengharapkan keputusan orang lain..

Perlahan-lahan memujuk diri sendiri supaya yakin dengan diri.. siapa yang akan bantu kalau bukan diri sendiri.. Trust your self pja!! ya.. Strategi itu penting.. memandangkan keputusan berat iut sudah dibuat.. pja perlu kuat melai hari ini.. kerja kuat!! Ya Allah.. permudahkanlah segala urusan aku... semoga aku tabah menghadapinya...

Oct 1, 2012

Early Childhood #3 Maid, Pengasuh atau Taska?

Assalamualaikum..

Nowdays sering kita di hidangkan dengan kes bayi tersedak susu dekat taska la, penderaan dekat taska dan macam-macam lagi sehinggakan ibu bapa semua fobia dengan taska... termasukla pja juga.. risau nak hantar insyirah ke taska... Udahnye hantar ke pengasuh.. nasib dapat mama yang baik..

Ada yang berduit sikit tu, maid la jadi pilihan hati.. tak risau anak dekat rumah je.. sambil-sambil jaga anak, boleh suruh kemas rumah sekali... ye dak...

Tapi sebenarnye taska adalah tempat terbaik untuk ibu yang bekerja hantar anak dia.. kenapa ye??

Anak-anak ni sebenarnya akan lebih rapat dengan orang yang mengasuh dia banding orang yang melahirkan.. kerana secara puratanya 12 jam masa mereka dihabiskan bersama orang yang menjaga dia..

Contohnya, kita kira sama sama based on rutin harian pja, korang boleh kira rutin harian korang sendiri.....
hantar anak ke pengasuh (7am-6pm)             = 11 jam
masak (6.30pm-7.30pm)                               = 1 jam
Mandi  (siap pakai baju semua)                     = 20 min
Solat (y dekat rumah, subuh, maghrib, isyak) = 30 min (10min x 1kali)
Siapkan makan insyirah (bubuR)                   = 30 min
Tido (10pm - 5am)                                       = 7 jam
kemas rumah, sidai kain pe semua                 = 1-2 jam

Rutin harian saja dah habis 20 jam.. kita ada 24 jam je.. belum masuk berak kencing lagi.. buat hal kita lagi.. totally masa kualiti kita bersama anak-anak ada lebih kurang 2jam plusminus je tau sebenarnye..

Anak-anak 0-3 tahun akan absorb segala perihal termasuk la perbuatan, pertuturan, bahasa, aktiviti, emosi, tindakan, perilaku dsb macam sponge serap air.. dan seterusnya akan membentuk satu attitude berdasarkan pendedahan tersebut.. walaupun kita nampak kanak-kanak macam tak tahu apa-apa, tapi otak dia dah berfungsi 80% dari otak orang dewasa tau.. jangan la pandang enteng perkara ini.

Berapa ramai anak-anak yang kita dengar malam-malam minta tido bawah ketiak maid dari ibu dia sendiri?
Berapa ramai kanak-kanak yang kita tengok boleh fasih berbahasa asing banding bahasa ibunda dia sendiri?
Berapa ramai kanak-kanak yang kita lihat pandai bergaul dan berkawan?
Berapa ramai kanak-kanak yang bijak menguruskan diri seawal 3 tahun?
Berapa ramai kanak-kanak yang attitude dia berjaya dilatih seawal 2-5 tahun?

Pilihan di tangan kamo, kamo dan kamoo semua.. kita sebagai ibu bapa perlu bijak memilih apakah keperluan ANAK, bukan keperluan KITA sendiri..Kepada ibu bapa yang bekerja, mungkin kita tiada pilihan untuk menjaga sendiri anak-anak kita walaupun kita tahu bahawa itu pilihan yang terbaik..

Sep 18, 2012

Early Childhood #2 Perkembangan Awal

Assalamualaikum..

Nowdays kita sering digula-gulakan dengan sistem pembelajaran seperti "CepatLah Baca", "Bacalah Sayangku", "Bacalah Anakku".. Sehinggakan ibu bapa terbawa-bawa dengan sistem pendidikan untuk menjadikan anak-anak meraka cepat belajar seperti Qdees, Smart Reader and so on...

Tapi kita sebagai seorang Islam sering terlupa tentang hadis dan panduan Rasulullah S.A.W yang menyuruh agar memberikan perhatian dan kasih sayang terhadap kanak-kanak sehingga umur 7 Tahun.. Nabi Menyuruh kita memeluk anak, menjaga emosi mereka, bercakap dengan mereka, beri perhatian yang menyeluruh kepada mereka kerana dari umur itu lah anak-anak ini berkembang.

Bukan la bermaksud sistem perbelajaran yang sering diperkatakan oleh ibu bapa sekarang salah, tetapi sesetengah perkara akan membunuh curiosity anak-anak dalam proses pembelajaran secara natural mereka.. 

Contohnya: Kanak-kanak seawal 3 tahun di suruh duduk di kerusi meja sambil mencantum bintik-bintik menjadi huruf ABC dengan memek muka yang boring, tak suka, bosan.. sedangkan kita telah menidakkan fitrah kanak-kanak yang suka bermain dan mempelajari sesuatu dengan menggunakan imaginasi dunia mereka sendiri.. 

Suatu masa dahulu, kajian menunujukkan kanak-kanak lambat membaca.. kemudian, satu sistem pembelajaran cepat membaca telah diperkenalkan.. Kajian ke-2 telah dijalankan keatas kanak-kanak yang dapat membaca seawal 3 tahun dan keputusan menunujukkan kanak-kanak tersebut kurang minat membaca..

Yang mana lebih baik? CEPAT membaca tapi TAK MINAT membaca atau LAMBAT membaca tapi MINAT membaca?? 

Tak salah ajar anak membaca, tapi ada caranya.. dalam masa yang sama juga, kita perlu kenal anak-anak kita.. bukan semua kanak-kanak boleh membaca dengan cepat.. mereka ada tahap mereka sendiri.. Kanak-kanak dianugerahkan dengan Multiple Intelligence..

AWAS!! jangan sesekali membanding-bandingkan anak-anak kita dengan orang lain.. 

Ada kanak-kanak yang tidak perlu diajar seawal 2-3 tahun tetapi tetap dapat membaca seawal usia 2-3 tahun.. kerana mereka tergolong dalam kanak-kanak Word Smart.. Ada kanak-kanak yang Logical Smart, mereka bijak dalam problem solving.. ada juga Bodily/Kinesthetic Smart, mereka aktif bergerak.. ada jugak kanak-kanak yang Interpersonal Smart yang boleh memahami perasaan dan emosi orang keliling.. bermacam-macam.. pja akan terangkan kemudian dalam part 3 ok..

Sebenarnye kanak-kanak normal perlu diajar dengan 3 peringkat:

Pembelajaran secara Konkrit (0-4 tahun) :
Kanak-kanak diajar dengan objek-objek yang nyata aktiviti bermain pasir.. secara tak langsung kanak-kanak dapat belajar sukatan, ketumpatan dimana pasir bercampur air akan lebih berat.. berat atau ringan.. Tak Perlu Diajar.. mereka sendiri akan memberi jawapan sekiranya kita bertanya.. Pembelajaran ini lebih jelas kerana mereka sendiri dapat lihat, rasa, dengar, dan bau dengan deria yang ada.. dimana mereka LEARNING ON DOING..

Pembelajaran Secara Semi-Konkrit (5-7 tahun) :
Pembelajaran seperti gambar, flash card.. aktiviti meneka gambar dan sebagainya..

Pembelajaran Secara Abstrak (7 tahun Keatas) :
Ini la yang dikatakan Sistem pembelajaran membaca.. perkataan E.P.A.L adalah epal.. 

So, Pilihan ditangan kita, pada usia mereka 3 tahun, apa KEPERLUAN anak itu bukan KEHENDAK IBU BAPA tau samada;

Kita tunjuk perkataan E.P.A.L dan dia boleh sebut EPAL

atau

Kita tunjuk gambar epal dan dia boleh bagitau itu epal dan warna epal

atau

Kita tunjuk buah epal dan dia boleh bagitau itu epal, warna epel, bau epal, bentuk epal, rasa epal, berat epal, saiz epal dan sebagainya...

Ingat ni...

It's Take a Village to Raise a CHILD....

Bersambung.....

Mar 2, 2012

2nd Nephew

Assalamualaikum..

22 Februari 2012 yang lepas, opah & atok dapat cucu no 3..

Muhammad Ashraaf Husaini bin Mohd Anwar..

Selamat Datang Sayang... nanti balik gombak ibu ija bagi present ye..

*pic belum ada.. nati pja update pic ye...

**Pembetulan... Husaini bukan Husairi.. puan opah le ni salah bagi info.. huhu..

Dec 3, 2011

Pureen Clearance Stock

Assalamualaikum..

Fuhhhh~~ Penat..

Pagi tadi pergi Pureen Clearance Stock ni dekat Summit PJ.. budget pagi-pagi tak de la ramai sangat orang.. tup-tup dari simpang nak masuk dah jammed teruk... Time tu dah down la..

Sampai sane, terpakse la parking jauh sikit.. jalan kaki sampai kat tempat tu.. nak masuk memang padat giler.. sesak sangat..

Nak tak nak terpakse lah amik je barang pe yang sempat capai.. ade jugak barang yang nak tapi tak de.. macam printed napkin, then 2-3 mende lain..

kalau baju tu lagi hebat.. diorang dok bantai amik banyak-banyak sampai berbakul-bakul.. sat gi duduk tepi pastu pilih balik baju yang nak.. yang tak nak diorang biar je kat tepi tu.. sat gi orang pureen datang kutip lempar balik dalam bakul.. harga pun dah jadi caca-merba.. sebab sumer dah bercampur-aduk..

Konon nak aim baju lubang-lubang je.. last-last banyak pulak baju yang tak berkenaan.. haha.. mana tak nya, baju dia rm1, rm3 pun de.. dah amik-amik tu, termasuk toiletries & barang grooming, last skali casher kate, RM348 bang... haha.. best tak? De campur dengan barang adik ipar pja skali la.. but barang dia tak banyak mana pun..

Ok.. pasni jangan bli baju dah k... cukup-cukup la.. cume nak cari romper selai dua je ni.. tapi tu boleh beli kat cyberjaya..

Sekarang dah penat.. mengantuk.. dan sakit pinggang.. baby pun lasak hari ni sebab shopping barang dia banyak sangat.. tandangan dia pun sampai senak perut pja.. perut ni bape kali kene langgar, tok sah citer la.. sampai en. suami terpakse tolak sorang brader tu sebab perut pja dah sakit tersepit kat rak.. ish..sih.. memang sakan...

Oct 16, 2011

Cikgu

Assalamualaikum..

Termasuk semalam, ntah orang keberapa cakap muka pja muka cikgu...

Muka Cikgu kah pja????

Sob..sOb.. nampak sangat tak de muka engineer... haha...

Ok, mulai sekarang pja akan mula berfikir untuk retire dari sektor pembinaan... esok-esok kamu bakal dengar anak-anak kamu ucapkan......

Assalamualaikum Cikgu Pja!!!!

Hehe.. so sweet....

Dah tentu-tentu anak-anak murid pja dari kalangan 2-5 tahun sebabbbbbbbb....

Cita-cita untuk buka nursery bakal tercapai tak lame lagi~~~~ weeewittttt...

So... cer tolong pilihkan... mane lebey sesuai...


Enginior kah...
[ni masa dalam tunnel]



Cikgu kah???
[ni masa 2nd day jadi cikgu sementara]

Nota Kechik jobless: Voted for housewife!!

Jul 25, 2011

Anak

Assalamualaikum..

Isu ni pja tengok antara isu yang paling hangat diperkatakan dalam konteks keibubapaan... ibu bapa xspecially ibu bapa yang baru pegang title ni selalu risau nak cari tempat/orang untuk jaga anak diorang.. lebih-lebih lagi dalam usia baby tu 2/3 bulan.. 

Macam kesian kan kecik-kecik kita terpaksa tinggalkan diorang dekat orang.. mesti risau yang teramat-amat.. dan pja pun akan melalui perkara yang sama suatu hari nanti.. macam nak nangis je rasa.. but we have too.. tak sampai petang pun lagi mesti rindu tu berkobar-kobar agaknya..

Kadang-kadang terpikir, apa perasaan ibu bapa yang sanggup tinggalkan anak jauh-jauh dengan orang biar pun ibu bapa sendiri.. kalau tinggalkan dalam tempoh bekerja, tu boleh consider la. tp kalau tinggalkan seminggu, sebulan or bertahun-tahun, Disaat sikecil tu perlukan dakapan ibu semasa tidur, dia hanya dapat pelukan dari seorang nenek.. disaat sikecil tu perlukan susu dari badan ibunya sendiri, dia hanya dapat susu dari puting botol.. disaat sikecil perlukan ciuman dan belaian manja ibu, dia hanya dapat pujukan dari orang laen.. sedey ok.... 

Sebab tu, pja doa sangat-sangat supaya Allah kuatkan semangat pja, permudahkan pja untuk jaga anak ni.. susah macam mana pun, biar la dia membesar depan mata pja sendiri.. tak nak suatu hari nanti, bila dia dah besar dia akan salahkan kita dengan perkara yang dulu kita anggap remeh.. jangan suatu hari nanti, baru kita nak menyesal bila dia lebih sayangkan orang yang jaga dia dari kita sendiri... sebab mereka membesar dengan air tangan orang lain, bukan air tangan kita!

Kadang-kadang kita rasa perkara ni remeh, tapi kita tak sedar kesannya yang besar dimasa akan datang.. 

Ibu bapa kalian, anak itu suatu anugerah tidak terhingga.. dia juga satu ujian kepada kita.. hadapi la ujian itu seredha-redhanya.. jangan sesekali putus asa.. InsyaAllah, Allah akan membalasnya dengan kemanisan disuatu hari kelak..

Nota kechik yang ditinggalkan: koleksi ikan-ikan kat rumah ni dah bertambah.. ikan laga dah ada dua ekor.. baru-baru ni beli ikan betina.. namanya Nala.. sebab kawang dengan simba.. then semalam dapat ikan dari sg. buloh & "beli" dekat tasik puteri.. banyak giler dapat.. dari sekecik2 sampai yang bunting.. tapi disebabkan perjalanan yang jauh dari sg. buloh-bndr tasek puteri-kkb-gombak-puchong.. akhirnya sampai puchong je, ikan2 yang dapat dari sg. buloh sumer mati.. tinggal la ikan-ikan guppy liar yang kental.. memula yag dari BTS tu warna dia itam, gelap2, tak cantik.. tapi bile dah masuk balang proper, diorang dah jadi cantik la.. huhu.. suke2..

May 2, 2011

Pilih antara DuA


1: Terus mengharap supaya kontrak akan bersambung pada julai ini & berhenti bila bisness dah stabil...

atau

2: Fokus pada bisnes terus.. julai ni kontrak disambung or tak, berhenti terus...

Jul 5, 2010

BUDAK BOTAK @ HARIRI @ AYIE

Sabtu lepas aku balik kampung untuk menghantar kucing2 kesayangan aku kekampung memandangkan kakak aku akan berpantang kat rumah ni dan bakal balik diz Ogos..

Dia tak nak anak dia membesar bersama-sama kucing yang cam teghejal tuh.. haha..


ni la sumer kucing tu.. dlm sangkar beso dr depan bong, ros, mok, dgn yang nampak belakang je tuh, mother twin.. dalam carier tu, maknye si Cik Tom bersama anak2 yang baru lahir 3 ekor






ni la Bong.. dulu ingatkan dia jantan.. biler dah tukar betina ni, nakme dia jadi ciki ciki bong la plak. [si jantung hati ku.. (T_T)]
ni... eh... ni kakak pada budak botak.. oshin namenye..
Tada.... ni le dia budak botak tu.. baru jew setahun..







model iklan kasut boot.. comel kan..
ni la senyuman menggoda dia tuh.. cair aku..
dia ni, kecik2 dah pandai gayut tau.. umur setahun, tapi tangan dia kuat lh bergayut.. tak caye tengok video ni.. act aku tak dapat video yang dia btol2 gayut.. sbb biler kite suruh je, comfirm dia tak nak wat.. dia nak wat sendiri je.. so, tiap kali dia memang tgh btol2 nak gayut, aku mesti tak standby camera..


ni ayie in da boot... iklan dia berlari sambil memakai boot.. lupe nak bgtau.. moto tu moto bateri tau.. kene charge bateri kalo nak pakai.. dia de dua funtion.. drive macam skuter boley.. kayuh cam basikal pun boleh.. ringan je.. tak berat cam skuter.. cume tak de nombor plate jew.. best maen.. cume video aku bawak moto tu je tak de..

Apr 5, 2010

Random

tak ada apa yang menarik untuk dikongsikan.. rasanya dah lama sangat tak update blog ni since aku abih praktikal start 27 hb ari tu.. perjalanan untuk menghabiskan sisa-sisa masa yang ada ni sebelum aku mula bekerja dan ada kekangan masa, sangat berbaloi..

aku mulakan citer dari 27 mac k...


keluar berjalan-jalan bersama si Chenta hati.. alahai.. rindu giler.. lama sangat tak jumpa dia.. rasa tak nak balik.. kihkihkih..


ini adalah model untuk bridge yang unik dan cantik.. 2 thumb to da architecture and engineer.. lokasi: the gardens


terjumpa pulak la sport car yang mengancam nih.. nak tangkap gambar tepi kete nih, tapi ramai sangat orang..


Chocolate volcano untuk si Chenta hati.. dessert for two.. wink..

sempena bufdaynya... tapi tak habis, sebab kenyang sangat melantak pizza 1 pan.. haha..
28 Mac

menghabiskan masa bersama-sama best frend for ever di zoo bersama-sama si kecil danisy yang memikat.. kecik-kecik lagi dah bijak.. tak nak dipegang, tak nak didukung..



tak lupa jugak dengan choc yang ditempah.. khas untuk kawan-kawan di UTHM.. kepada sesiapa yang tak dapat.. im sory k.. lain kali de rezki, aku bagi kat korang..
29-31 mac
entry ni tak de gambar la plak.. camera bawak, tapi keluarkan langsung dari dalam beg.. punye la seronok meronggeng bersama teman-teman.. 29 petang aku sampai johor.. lepak-lepak sat sementara tunggu muaz and zeema.. malam tu lepak umah jue.. then pi tengok budak laki maen badminton.. sonok gak.. coz dah lame tak jumpe diorang..
30 mac settlekan semua urusan kat U.. dah settle petang tu, kitorang gerak ke JB.. 3 tahun kawan.. tu la 1st time kitorang lepak 4 orang jauh2.. hehe.. jalan-jalan pusing JB.. makan-makan.. jumpe anis.. then malam tu kitorang tido kat umah amy.. kawan zeema kat pasir gudang.. esoknye 31 mac kitorang gerak balik destinasi masing-masing.. tapi tengahari tu sempat gak la ipin bawak pi makan kacang pol.. haha.. thanks guyz.. sonok sangat jalan ngan korang..
1 april.. aku stat rutin aku seperti dulu.. iaitu jadi suri rumah.. haha.. biasa la.. tu je la yang aku leh wat sementara nak dapat job ni.. dan aku de dapat surat.. haha. rahsia.. nanti kalo ada rezki baru aku citer eh.. buat masa sekarang.. biarla rahsia
2 april
ulang tahun perkahwinan my perents yang ke 28.. hehe.. tahniah.. so, hadiah terbesar buat mak and ayah untuk perkawinan yang ke 28 ni, tunggu la cucu dari kakna.. hehe..
3 april

pergi ziarah baby Amni Zinnirah yang baru berusia 11 hari.. comei kan.. 1st time pegang baby kurang dari sebulan.. sumpah aku takut.. tapi tu la 1st time.. bukan pe.. anak orang.. tu yang aku takut.. klo anak buah sendiri.. aku tak kisah..

4 april..

cam biasa.. kalo boring.. tak lain tak bukan.. aktiviti aku adalah kuar ngan kekasih separuh masa.. hehe.. jangan jeles... aku kuar ngan kekasih separuh masa aku and angah.. pergi cari buku yang terhangat dipasaran buat masa kini..

susah wooo.. cari kat merata tempat tak da.. tak da stock.. last-last jumpa kat minerva.. act aku tak kisah sangat kalo tak ada.. coz nanie yang baik hati nak pinjamkan buku tu.. tapi kesian kat angah aku.. dia nak buku tu untuk study.. but, Alhamdulillah.. dapat gak akhirnya..

dan hari-hari seterusnya... aku akan lalui seperti hari-hari bisa.. daa....

Mar 20, 2010

♥ FutUre bAby NEW boRN ♥

tak tau la nape tibe-tibe je cm nak tulis enrty ni.. tapi jangan silap.. bakal ibu tu bukan aku..



biler aku tengok perut si bakal ibu yang sudah mula membulat tu.. ditambah-tambah pulak jalannya yang mula terkedek-kedek itik tu, aku mula jd xcited lak nak tunggu kehadiran orang baru dalam family ni..




kitorang tak tau lagi baby boy or girl.. tapi yang pasti dia bakal menjenguk dunia pada bulan 8.. haha.. tak sabonye mak ngah nak tunggu baby... hah? makngah ke? oppssss... tak de name panggilan lain ke? cam auntie ke.. ibu pja ker?ermm.. nak soh panggil pe erk? kak pja boley? woooo.. muda tuh...


ni la si bakal ibu tu.. tp perut dia tak nampak sangat sebab belom beso sangat.. then baju kurung dia pun beso..


future parents.. agak-agak baby tu rupe sape? hehe.. sape btol, aku kasik hadiah..

even bakal anak buah aku tu baru je masuk 5 bulan dalam alam perut..dia dah pandai berkata-kata tau.. dia cakap kat aku melalui suare mak dia.. eh silap... umi dia.. dia kate.. "mak ngah.. baby nanti nak kete sorong tau.. yang boleh laras, kadang-kadang boley baring.. kadang-kadang boleh boley tegak.. pastu de bumbung.." mak aihhh.. belom kuar lagi, dia dah pau aku kaw-kaw.. (act baby tu just cakap nak kete sorong je.. mak ngah dia yang tambah selebihnye) haha.. yang mak ngah dia pulak memang jenis cerewet bile beli barang.. nak-nak barang yang boleh pakai lame ni.. selalu la gak aku berjalan-jalan di shopping complex tengok kete sorong yang si baby ni nak.. paling kurang hargaye rm198.. errr... mau rm200-300 jugak le mak ngah dia bakal spend untuk beli kete idaman dia..


mau aku dah keje nanti, duit aku kopak dek si budak kecik ni nanti.. dah le aku dah lame tringin nak bli baju and barang budak .. tak kisah la boy or girl.. kalo gurl lagi bagus.. macam-macam fashion aku sarung kat dia nanti.. pastu mak ngah dia yang kene belasah ngan umi and abah dia.. haha..


bukan aku jer yang xcited tau.. atuk baby ni la yang paling-paling xcited.. dulu jumpe budak bahasakan diri pak cik.. sekarang pi mane-mane dah tiak diri dia atuk... hehe.. cam sweet jer.. siap wat tabung untuk bakal cucu dia.. pi shopping pun asyik tengok baju budak je.. botol susu.. sumer la.. hehe..


nway... welcome to our family...

Mar 11, 2010

•*¨*•.¸¸ kaNak ♥ kaNak ¸¸.•*¨*•

biler kite sebut kanak-kanak.. mesti semua orang suke kan..
kanak-kanak tu penghibur jiwa..
dia ibarat kain putih.. kita yang dewasa ni yg perlu mencorakkan dan mewarnakan mereka..
ikuti kisah-kisah benar yang dialami sendiri oleh penulis atau pun orang-orang dikalangan kenalan penulis......;

kanak-kanak 1

adik : mama, cantik tak adik warne pokok ni..
mama : cantiknye... tapi kenapa warna pokok kelapa ni merah.. daun dia biru.. patutnyekan warna coklat ngan warna hijau..
adik : tapi adik tgk tiap2 ari kat depan sekolah tu pokok kelapa warne nih...
mama : errrrr...

kanak-kanak 2

seorang atuk membawa cucunya yang sudah lama tidak pulang ke kampung pergi ke kandang kambing. sepulangnya mereka dari kandang kambing, si anak terus mendapatkan ibunya...
si anak : ibu...ibu.. atuk bela anjing.... banyakkkk... ada tanduk pulak tu... selalunya telinga je panjang...

kanak-kanak 3

ibu : kalau nak kencing bagitau ibu, kata, "ibu.. nak nyanyi" faham?
si anak : faham..

ketika mereka berada dikampung..

si anak : nenek..nenek... bangun la... (sambil menggerak-gerak neneknya yang sedang tido diruang tamu)
si anak : nenek.. bangun la.. nak nyanyi..
nenek : nak nyanyi.. nanyi la.. nenek dengar..
si anak : nenek.. nak nyanyiiiiiii....
nenek : nyanyi la kt telingan nenek... nenek dengar..

tibe-tibe si nenek rase ada cecair panas di telingan nya... dan dia pun membuka mata..
nenek : ni bukan nyanyi.. ni kencing...

kanak-kanak 4

ustazah : kita kene jage aurat kite walaupun dekat rumah sesame keluarga.. dengan mak, ayah, adik-beradik.. sekurang-kurangnya pakai pakaian yang sopan
sarah : kite kat rumah mandi dengan adik kite.. mandi bogel...
ustazah : adik sara lelaki ke perempuan? berapa tahun?
sarah : adik kite baru 5 tahun.. lelaki..
ustazah : mane boleh.. sekurang-kurangnya sarah kene pakai seluar mase mandi...
sarah : mak kite kate tak pe.. sebab kitorang adik beradik.. tak de aurat...
ustazah : (geleng kepala)

kanak-kanak 5

seorang perempuan melayu bersembang-sembang dengan kanak-kanak india..
perempuan : dekat sekolah(tadika) belajar apa?
si kecil : macam-macam... kite ada belajar doa juga..
perempuan : doa? doa apa?
si kecil : doa la.. doa macam org melayu baca.. saya pandai baca macam-macam doa.. saya makan pun baca doa..
perempuan : wahh.. baca sikit.. acik nak dengar
si kecil : Bismillah hirrahman nirrahim.. Allahumma Barriqlana Fimma Razaktana Waqina 'Azabannar.. Amin..
Perempuan : Alhamdulillah.. lancarnya.. (tepat bacannya)

kanak-kanak 6

maklong : ni ape makan tak abih ni.. makan bagi abih.. membazir.. tadi ambil byk-byk tak nak kongsi...
budak : mama kate tak membaazir... maklong banyak duit.. boleh beli banyak..
maklong : @#&*mlkjui$%!@$

kanak-kanak 7

kata-kata seorang kanak-kanak 7 tahun yang telah pandai berkecil hati dengan ayahnya kerana lebih sayangkan abangnya.. (ni mmg kisah benar.. akibat daripada penceraian ibu-bapa)
ibu : baby, nape tak nak pergi rumah ayah? mok kan ade kat sane..
baby : sape la kite ni bu.. orang tak suke kite.. tak kan kite nak pergi sane pulak.. orang tu syg abang kite je.. tak payah la susah-susah bu... dia pun bukan mengaku baby ni anak dia...

kanak-kanak 8

seorang kanak-kanak lelaki pergi melawat ibu kandungnya bersama-sama keluarga angkatnya..
apabila dia melihat adik-beradiknya yang susah itu dia pun berkata
ji : ibu... jiji kesian la tengak diorang bu.. kesian diorg.. jiji beruntung.. ibu tolong la diorang bu.. bagi la diorg duit bu...


begitu la antara kisah-kisah yang sempat dipaparkan..
sesungguhnya kanak-kanak itu terlalu lurus, jujur dan naif...
pembentukan kanak-kanak semuanya bermula dari ibu-bapa dan orang kelilingnya..
oleh itu, tunjukkan la contoh yang terbaik kepada kanak-kanak..
bagi aku.. kanak-kanak si penghibur jiwa...


p/s : dari dulu lg aku bercita-cita utk buka nursery... ~~~wink....

de fakta menyatakan, berdasarkan kajian, kanak-kanak lebih cenderung untuk menjadi pelat apabila ibu bapa mereka menggunakan perkataan pelat sejak mereka lahir.. :)