Ikutan Ramai

Showing posts with label mengkuang dam. Show all posts
Showing posts with label mengkuang dam. Show all posts

Sunday, November 1, 2009

Empangan Mengkuang

Assalammualaikum Bloggers Semua.. Petang nie baru boleh post gambar yang aku ambil dekat Empangan Mengkuang.... Kampung aku tu...

Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam terletak di dalam daerah Seberang Perai Tengah dan lebih kurang 28km dari bandar Butterworth. Bagi ang yang sukankan ketenangan, empangan mengkuang adalah satu destinasi menarik yang perlu anda kunjungi.

Mempunyai keluasan 3.9km persegi dan jumlah takungan air sebanyak23.6 billion liter. Anda juga akan dapat menikmati keindahan alam yang begitu memukau. Kehijauan pokok-pokok dismaping dikelilingi oleh air dari empangan semestinya dapat menenangkan fikiran.

Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan untuk para pengunjung seperti tempat letak kereta, trek joging dan kawasan bagi pejalan kaki yang ingin melihat keindahan sekeliling. Para pengunjung juga boleh menikmati keindahan dari atas bukit. Terdapat juga aktiviti berkayak pada hari minggu. Tempat tersebut juga sesuai untuk kegiatan sukan air bagi peringkat negeri dan antarabangsa.

Empangan Mengkuang adalah satu tempat yang sesuai untuk menenangkan fikiran dari kesibukan kerja disamping dapat meluangkan masa bersam keluarga. 












Kalau nak tengok lagi gambar-gambar lain boleh la melawat photo album saya di picasa http://picasaweb.google.com/photoshah1977