Wednesday, March 16, 2011
Kami akan pulang...
Ni video Arissa bagitau dia nak balik kampung...heee
Sampai KL, kak lin n family akan jemput kat airport. Hari ahad, kakakku pulak akan anto ke airport subang. Kami akan naik fly2ipoh.com dari subang to ipoh. Dapat harga promosi.:-). Gitulah plannye. InsyaAllah...Tengkiu semua..we lebiu all..heheh
Semoga perjalanan kami sekeluarga pergi dan balik selamat dan berjalan lancar. Aminnnn...
Tuesday, November 23, 2010
Aidiladha di perantauan..
Raya kami sekeluarga sederhana je. Jauh berbeza la kalau sambut kat kampung halaman. TAk prepare pon baju raya ke, apa2 pon tak. Tapi aku sebok jugak la buat rendang daging (tak berapa nak jadi..tapi still boleh telan la..), rendang untuk diri sendri makan. bukan jamu orang pon. saje nak buat2 sebok macam kecoh gile esok ramai tetamu nak datang..hehhh..buat kek segera. Kek ni aku bawak umah kawan raat. Dia sekeluarga buat makan2.
Korang penah pegi beraya umah orang selain sanak saudara sendiri selama 3 jam setengah??penah???eh tak malunye korang...same la cam aku. Kitorang pegi beraya dari pukul 11 pagi smpi 230 petang dok umah yang sama. Sampai je terus makan. Pastu tolong sikit2. pastu makan kuih2 pulak. Nak balik tu makan lagi satu round. fuhhhh..
Ni cuma sebahagian menunye. Masa datang tu ada lagi menu yang sedang dibuat oleh tuan rumah.
Yang paling aku suke cheese tart. Banyak aku makan.shedaapppp..nanti bebile nak blaja la ngan kak annie, tuan rumah ni. Neway thanx to kak annie and family kerana jemput kami sekeluarga datang ke rumah. Dapat gak rasa suasana berhari raya.
Sedap je Arissa tido kat belakang tu. Buat macam umah sendiri. Siap berselimut.abah le tu...Abah yang dodoikan tu sampai tertido..pandai abah!Bodek sikit abah ni..mane tau die nak bawak kite gi dubai lg ke..hikss.
udah bangunnnn...ish ish...
Tengokla abah saya makan kat belakang tu..sopan jek..hihi
balancing..
Balik umah tido kekenyangan. Begitulah berakhirnya aidiladha kami utk tahun ini di perantauan.hmmmmm...
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.MAAF ZAHIR BATIN. :-))
Monday, November 15, 2010
my life in Ruwais..
Dah sebulan lebih rupenya aku ngan Arissa pindah ke ruwais,abu dhabi nih.
So far, oklah. Bila orang tanya cemane life kat tempat orang..jawapannya OK aje. Best sangat pon tidak. Tak best pon tak. Dok tempat orang mestila tak sama ngan tempat sendiri kan. Apa2 pun aku tetapla hepi sebab dapat duduk sama2 ngan suami dan anak2..err anak2??
Sedih jauh ngan family??of coz la sedih..banjir la jugak klia aritu mase kitorg nak berangkat ke negara pak arab nih. tapi bila dapat skype ngan dorang, takdela terasa sangat dok jauh. Ngan kawan2 pon i dapat skype..best betul u ols ni kan..
Aku kat sini dapat umah sementara AKA cabin. cam nak nangis kan dengar dok lam cabin. Tapi dalam macam hotel..kelasss tau!!hiks..mamposla riak je bunyi..nama tempat ni NCC camp. Dok tempat ni memang sesuai la ngan aku yang pemalas ni. Baju orang basuhkan. Makan orang masakkan. Umah orang datang cuci..haa nak hape lagiii..time kasih kat suami i sediakan 3 orang gaji lam umah ni..kehkehkeh..
Mula2 dok sini,tiap2 hari la cleaner ketuk pintu cabin ni nak cuci umah. Aku mesti bukak sikit je pintu pehtu cakap 'NO NEED!NO NEED!..laju je terus tutup pintu.muke die pon aku tak tengok.tatutttt...pastu ade skali orang datang nak betulkan fire alarm pon aku cakap no need terus tutup pintu..Yang ni lagi seram sebab die tarik pintu aku bile aku bukak. terus aku tutup cepat2. Tak lama lepas tu ada orang ketuk lagi..terus aku tak bukak2..Rupanya bila sembang ngan akak sebelah ni, orang tu datang nak bagi air. Memang tiap2 petang dorang akan bagi air mineral 2 botol, gula,nescafe,teh dan susu. Esoknya bila orang tu datang aku tade la cuak lagi sebab nak amik air tu..pree kan..harus la hamik kan..yang orang nak betulkan fire alarm tu sampai ke sudah tak datang betulkan..pelik kot die tengok pompuan ni nebes semacam cam nampak hantu..hahah.
Haaa kalau pak arab melantak satu dulang ni sorang je. Disebabkan kita orang malaysia memang sopan2..jadinya elok la share berdua..
tu diaaa..hngga ke tulang yang terakhir...
Tak jauh dari umah aku ni ada laut. Boleh jalan kaki je ke situ. Tapi aku tak penah la wat keje gitu. Malas aku berpanas. Abisla itam kulit aku yang putih melepak nih..kekekke..Jauh sikit dari rumah, ada beach yang santek. Adnoc beach club. Yang ni tak boleh menapak.harus la naik kete. Kalau nak jalan jugak, bukan takat itam,ko boleh rentung tengah jalan..hehehe..tade la sampai gitu.
Air laut yang biru..tenang sekali..
Kadang2 kan..ade hari cam nak makan sedap sikit, raat bawak aku ngan arissa pegi recreation center. Kat situ leh makan buffet lunch. Menu special sudah tentu beriyani dan kambingnye..nyum nyum..ade uum ali..ni macam puding roti..tapi sedap puding roti aku buat lagi..ahakss..pehtu ada macam2 lagilah..western food,indian food etc etc..sume mak rase!jakun!! Peberet i adalah eskrem..ritu bedal 2 ketul eskem skaligus..kebas pipi aku!!
ko tengok la mulut pompuan ni..nak makan tapi nak bergambo..gelojoh! Nampak air merah tu?? Bukan air sirap tau!air pebende tah..sentap mak kejap bile masuk lam tekak..yewww...air ape nii??tak shedappp..
Pastu plak kalau teringin nak makan KFC, kitorang pegi kat ADNOC patrol station. Kat situ ada restoran SFC (Southern Fried Chicken)..Boleh la tahan.
Ape kes cite makan je nih...Ni je ke aktiviti aku kat sini..huhuhu
Aku dah jumpe kebanyakan orang malaysia kat ruwais. Sumenye baik2 belaka..ada la join bbq kat adnoc beach tu,pastu dorang ajak makan2 kat umah..disebabkan tempat aku jauh dari orang lain,so jarang2 la dapat jumpe..
pasal budak kecik tu pulak..
1.Gelak mengekek kalau orang geletek.
2.suka geleng2 kepala. Masa injection aritu, Arissa kena inject 2 kali.Menangis la anak ibu ni.Yang kali kedua siap geleng2 pale..ibu mula2 rasa nebes jugak nak tgk arissa kena inject 2 kali tuh.Tapi bila dia nangis sambil geleng pale,nak tergelak plak rase..hehe.Apa daaa..Tu la dok keliling ngan uncle padiyappa..jangkit dah geleng2 pale..
3.Suka bebel2 sorang2. Tapi lama2 kalau tade sape layan dia, mulala nangis..
4.Dah tido menerap plak. Ibu riso gak.Tapi tengok anak ibu ni rilek je..cam selesa je..layann..kadang bukan saje menerap..dah memusing2..bahaye dah ni tido atas katil..
5.Kalau nak susukan dia, dia akan excited. gelak2 kecil2 gitu..heheh .yuyu cite aliyah pon sama dulu camni.
6.Tak boleh ibu jauh sket dari die..mula la nak nangis..bunyi cam sedih sangat. Mula2 elok je main sorang2..bile ibu jenguk je die, terus drama!nak soh amik die..Tapi ibu arissa ni kreatif orangnya..hehe..ibu letak arissa dalam stroller..bawak la kemana ibu pegi..ke dapur tengok ibu masak..ke depan tv..tengok ibu jemur kain lam blk satu lg tu..haha..hamik stroller lam rumah!!
7.Ibu heran kalau arissa main ngan teddy bear die ni..mesti sudahnya teddy bear ni dok atas belakang die..ape arissa buat??

8.suke sembur air liur die. berbuih2 tepi mulut die. tu yang ade cam rashes tepi2 mulut die..merah2..
9.sume bende nak makan..toy die abis basah2..

ermm yang ni sedap jugak..masam2 masin kelat..

eh eh buat bantal pon bolehla...canggihnye toy aku ni
waduh penat mengarang karangan spm bergambar 80 muka surat..muntah2 la bace...:))
Thursday, September 2, 2010
Arissa ke penang
21hb aritu, kami sekeluarga ke penang lawat isya kat hospital penang. keadaan dia masa tu agak kritikal. Dia ditempatkan di ccu. Kena masuk sorg2 tgk dia. Sedih tengok dia penuh wayar. Nurse sentiasa monitor condition dia time tu. Alhamdulillah isya dah sihat.walaupun belum fully recover, tapi nampak dia lagi sihat dari dulu. Next appointment 8hb ni.maybe nak discuss pasal surgery. mudah mudahan sumenye selamat.amin.
Sib baik la sepanjang perjalanan ke penang, arissa tak meragam. Ibu risau sebab ibu drive.sebelum gerak ke penang, ibu pam susu dulu untuk bekal arissa lam kete. Mula2 dapat 2oz je.ibu da riso tak cukup. Pas rileks2 ibu pam lagi. Baru tambah 2oz lagi.legaa.
Masa pegi tu arissa tido je sebab da kenyang.ibu bagi arissa susu siap2. Lagi satu arissa suke dok lam car seat pinjam kakak aliyah punye. arissa tingat buai kat umah kot. Oh sume barang pinjam nih. Pandai ibu berjimat.haha.eh buai yang arissa dok tringat tu pon kakak isya punye.pinjam jugak tuh..muahaha..lawak la ibu ni.sume barang mau pinjam.
Lepas melawat, kita sume lepak2 lam surau. Ibu susukan arissa. Bagi arissa tido.tukakan diaper.ibu solat.rehat2 kejap pastu kita gerak balik.
Sampai umah,susu pam tu ada lagi 1 oz.sonok sangat ke jalan2. Kenyang je rase eh. Tapi bila sampai umah arissa leh ngamuk2. Nangis punye kuat. Jenuh ibu pujuk. Nak susu rupenye. Bagi yang balance dalam botol tak nak.nak susu sambil peluk2 ngan ibu rupenye.alahai qairina misterina..macam2..
Sunday, August 29, 2010
ceria
1. Isya dah balik umah. Dia bukan saja sihat. Dia dah pandai gelak2. Dah pandai bagi respons dengan baik. Alhamdulillah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah.:-)
2. Bapaku pulang dari kota...bapaku beli buah kurma..Arissa nyanyi..heheh...InsyaAllah abah Arissa balik raya ni. Walaupun petang raya pertama dah kena balik sana, ibu ngan Arissa dah cukup hepi yippie.
3. Kuih (org kuale kate koi) raya dah siap 4 jenis..weehooo..oh tringat aunty juju nak resepi biskut cornflakes choc chip tu. nanti la eh. Esok i salin dari majalah saji tu. Dok sebok buat koi ni, jarang2 dapat video call ngan abah Arissa. Abah arissa heran kenapa la ibu buat kuih Koi tak siap2. Koi bukan sejenis kuih la abah. Koi bermaksud kuih. kekeke. tersenyum ibu sorang2.
4. Pencapaian Arissa setakat ni. Dia suka ajuk ibu nyanyi atau dodoi dia. Ibu start dodoi je dia lam buai, dia pon start buat bunyi..uuuuuuu..cam nyanyi tu. Ibu nak bagi dia tido. Tapi dia nak bagi ibu tergelak plak. Bila ibu pandang dia sambil nak tergelak, kemain die sengeh plak ingat ibu nak senyum2 ngan dia. haihh..lagi berkurun la nak bagi dia tido. Setakat ni arissa rase sore yang paling merdu adalah sore ibunya. tengkiu2..i lebiu..:-)
Lagi satu, kalau video call ngan abah dia, susah sangat dia nak pandang. Mungkin majuk sama kot sebab abah lama tak pegang dia. hihi. Tapi aritu ibu bagi dia tengok elmo nyanyi kat youtube, tak beralih mata dok tengok skrin tu. Nanti kita tengok lagi ye laling!
Arissa dah inject 3 bulan. Setakat ni dia memang akan melalak tiap kali nak cucuk. Jerit sekuat ati. Aiyoo nebes ibu. Berat Arissa dah 5.3kg. Berat ibu? oh jangan tanye berat ibu. Sila tanya ringan ibu brapa sekarang. huhu
Wednesday, August 11, 2010
Selamat Menyambut Ramadhan
Tahun lepas dapat gak berbuka pose ngan suamiku walaupun beberapa hari je. Tahun ni tatau lagi. sob sob. Nak wat camne. Cari rezeki negara orang. Kenala terima. jangan sedey2. Ada orang lagi berat dugaan dari kita. kan kan. Cuma kesian kat suami ku. kena kerja bawah panas terik dalam bulan pose nih. Dok kejap kat luar, baju dah basah macam kena curah ngan air. Kerja plak tengah banyak katenya. hmmm.. Arissa dengan ibu takleh boros2. Sian kat abah susah payah carik duit.
Harap2 aku mampu la nak pose kali nih. Risau pasal susu jek. Mudah2an Allah permudahkan. Aku ada la buat stok susu sikit dalam 20 oz. Malas sebenarnya nak mengepam. Tambah plak space freezer tak brape besar. Aritu ada search pasal penyusuan semasa bulan ramadhan. Dah jumpa dalam blog sarakids tapi tak save plak. carik balik tak jumpa. Ni ada tips dari blog sapa tah. Okla tu.
6. Tenang, jangan stress
7.Teruskan sesi perahan seperti biasa, tingkatkan masa perahan di waktu malam
8. Kerapkan menyusu di waktu malam
9. Ambil supplement jika perlu
10. Berdoa: "Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu, Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku."
Update pasal isya. Dia dah makin sihat. Alhamdulillah. Aritu doctor nak refer dia ke hospital besar penang ataupun IJN. Tapi dah senyap takde cite. Maybe tengok perkembangan dia sehari dua lagi. Mudah2an Isya cepat sembuh.
Ari ahad ritu aku ada melawat Isya. Tapi kami semua tak boleh masuk pon. Hanya parents saja dibenarkan masuk. So intai dari luar tingkap je. Isya pon bad mood je sebab nurse baru lepas amik darah dia. Sian dia. Menangis2.
Ni gamba arissa melawat kak isya. Dapat dok kat luar je. Sib baik ada taman kat situ. Leh la lepak2 sambil intai Isya sekali sekala.

Friday, August 6, 2010
Moga cepat sembuh
Nasib baikla time jadi tu mak aku ada. Ya tuhanku..nebes sgt. Aku yang kat dapur lari2 ke depan tatau apa cite. Terus kol SIL soh balik. Then terus bawak klinik sebab nak dapat bantuan cepat. Kalau pegi spital sure lambat gile. Bila dah cek sume, doctor bg surat refer ke hospital. Kena masuk oksigen. Amik darah. Nangis2 dia. tanak nyusu sume. Sedih aku dengar mak aku cite. Siannya kat Isya. Semalam jugak dorang anta ke hospital tepeng utk refer pakar. Yang lagi sedih esok besdei dia...get well soon dear!
Arissa pon semalam, masa ibu tolong kemaskan baju2 kak Isya, dia pon bagi kerjasama. Tido je. Sempatla ibu siapkan sume keperluan nak bawak gi hospital. Kakak ngan adik sib baik tak nakal sangat time sume org kalut2 tu. Aku suruh mandi, bagi dorg makan. Sib baik dengar kate.
~nak kejutkan dak kecik ni. Lama dah tido tu. nak bg susu. macam2 gaya dah aku tgk dia tido.~
Wednesday, April 14, 2010
Bila mereka rajin...
Sunday, November 8, 2009
Baju untuk Batrisya..
jaja belikan special untuk puteri izzah batrisya. nanti balik jaja claim ngan ayah atau opah eh..kekeke