Showing posts with label Abah Arissa. Show all posts
Showing posts with label Abah Arissa. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

Arissa kaco abah tido

Misi Arissa mengaco abahnye tido. berjaya ke tak tengok je la video ni. Abah dahla nak keje malam. Sabo je lah..

Anak yang korek bjik mate time tido takdela hangin. Cuba emaknye kejut tido wat gitu, harus kena zasss..hahah

Saturday, March 5, 2011

Happy 28th birthday abah Arissa!!

25 februari lepas birthday abah arissa yang ke 28. 28 tuh! Banyak dah nombornye. Ibu takde plan surprise party watsoever untuk abah. Da tua2 elok muhasabah diri je dari berparty2 kan.hiks. Birthday abah ni baru je setel pindah umah baru. Nanti kita cite pasal umah baru nih. Jom layan gambo2 pada hari kejadian.


Tema pakaian: pelbagai (Tema abah: Ayuh kita bersukan! ; Tema ibu: satu hari di hari raya ; Tema Arissa: Majlis akikah - Baju yang sama pakai masa akikah dia 8 bulan lepas.:-)

Menu: Kek Coklat kati (Nama asal kek coklat Amerika. Tapi sebab aku yang buat, jadi suke ati la kan letak name ape.heee. Lazat tak hengat. haha)
Menu lain2: Takde.Kek je semata. Tolong abaikan dekorasi kek.

Abah: Tuuu..tgk tuuu..depan tu Arissa..
Arissa: ish blocking la abah.. nak tengok tv nih


Arissa: Abah ngn ibu posing la eh. Arissa suke tengok katun lagi..




Okeh katun dah abis..say cheese!!!

Sronoknye dapat potong kek!!






Arissa: udah bersuap2 pulakk mak bapak saya nih..ade ape ni ek??

Arissa: ibu pulak kena suap..Arissa ni cane??tgk je ke???

Arissa: dapat berlakon je rase kek tu. mak saya skema tak bagi lagi saya makan kek..:-(


Disebabkan ibu dah tak berkerjaya ni, jadi tak dapat la nak bagi adiah yang gah2. Dulu leh la bagi adiah perfume miniature. GAH gilerrr..kehkehkeh..Dulu tak gah, sekarang apatah lagi. Tapi okla adiah tu import tu dari Malaysia. okla kan. Sebuah buku yang ditulis oleh seorang kawan sekolah. Nanti kita cite pasal buku ni. Sangat terkesan dihatiku. wah! Nampak sangat aku yang lebih2 nak bace.


Kami berdua doakan semoga abah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi keshatan yang baik dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT. aminnn..we both love u so much!!



Fakta: Gamba2 diatas diambil sejurus ketiga2 org ni bgn pagi. Memang betul2 sejurus!!Agak2 sempat mandi tak??pikir2kanlah..hihihi..

Wednesday, January 19, 2011

Hobi suami saya

Hobi suami saya memancing. Ini hobi baru suami saya. Saya sokong hobi suami saya. Betul saya ikhlas saya sokong!!Mudah2an suami bawak balik ikan besar..besarrr punyeee!!!Positif betul saya. Saya suka hobi suami saya..Tak sangka saya begitu positif..ngehngehngeh..


Barang2 kelengkapan untuk memancing yang dibeli di Dragon Mart,Dubai tempohari.

Malam ini suami saya pergi memancing bersama rakan2 sepejabat. cewah sepejabat gitu..Mereka yang lain itu sangat rajin. Saya harap suami saya tak perlulah terlalu rajin sangat memancing walaupun jarak dari rumah sekangkang kera sahaja. Saya berharap dalam 4 hari cuti itu, mungkin sehari boleh dihabiskan untuk memancing. 3 hari selebihnya eloklah berehat bersama keluarga tercinta. Saya ini bukanlah seorang isteri queen control. eh bukan sama sekali. Cuma keluarga tercinta kan lebih utama. Tapi saya tahu suami saya tidak akan memancing berlebihan sehingga tiada masa bersama keluarga tercinta.

Saya tak sabar tunggu suami saya balik membawa ikan2. Mesti penuh peti ais saya nanti. Mungkin kena pinjam peti ais jiran.

Friday, July 16, 2010

Cerita lagi..

Ini dia abah mithali..hehe.


Mujur la abah Arissa balik awal seminggu dari date yang dirancang. Kalau tak takde sapa temankan ibu masuk labour room. Opah Arissa kata dia memang tak berani nak temankan. Opah risau dia yang pitam. heheh. Kalau ikut plan asalnya, hari Arissa lahir tu hubby maybe ada dalam flight lagi. Alhamdulillah Syukur pada Allah hubby ada di sisi time yang sangat penting tu. *sob sob..kesat airmata ngan ujung lengan baju*


Disebabkan aku belum menunjukkan tanda2 nak bersalin lagi, hubby ajak satu family pegi lost world tambun. Aku mestilah seronok ngan idea tu sebab dapat main gelongsor yang tinggi2 tu pakai pelampung bentuk no 8 pehtu terjun masuk lam air sampai lemas. huhhh..BERANGAN!!
Tempat tu memang la tak sesuai untuk aku yang tengah tunggu masa je nak meletup tu tapi layankan aje hubby yang nak berlibur tu. Dia kata nanti aku lam pantang takde peluang dah dia nak jalan2. okla..layannn..



mentang2 la perut aku beso,korang soh aku amik gamba..:-)



Disebabkan aku tak kuase nak mandi, aku ngan hubby meronda satu lost world tu. mak aihh penat le jugak wehh. Tapi bagus la exercise jalan2 camtu bagi senang beranak. Memang rasa nak terberanak pon. Letih wooo..



perempuan mengandung yang lagi 4 hari nak bersalin di belakang bontot singa. 'manis betul pompuan ni' kata jurugambar ini.


Budak2 la yang seronok mandi manda.Sila lihat bukti di bawah.



jangan lihat perut kami.

ohohohoho...air dah masuk idung aku..

Overall tempat ni memang sesuai untuk kanak-kanak bermandi manda. Cumanya persekitarannya agak kotor sedikit. Jika anda sudah penat mandi, bolehla ronda2 di petting zoo yang terdapat di dalamnya.



Dan juga kandang rimau ni..

~2 malam ni Arissa dah tido lena. Takde lagi berjaga merengek2 sampai kol 2-3 pagi. Alhamdulillah..dapatla ibu dan opah tido lena.:-).gud girl!. Kalau abah ada kat umah bolehla abah berdiri dodoi2 sampai Arissa tertidur cam aritu. Ibu tak larat la nak buat selalu camtu. Lengan ibu ni kecik. cepat lenguh.hehh~