Di Majlis Pembukaan Gelanggang Silat Seni Cantik di Islamic Outreach ABIM

8 Ogos 2009 | 9.00 malam

From Silat
Saya (tengah) di apit oleh dua mahaguru, Ayah Jat dan Ayah Tar


Saya telah dijemput mewakili YDP ABIM ke majlis pembukaan Gelanggang Silat Seni Cantik di Pusat Latihan Dakwah Orang Asli, Islamic Outreach ABIM Kelantan. Gelanggang seni silat ini dibuka di pusat dakwah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar di sini yang terdiri daripada anak-anak orang asli dan saudara baru dari Sabah untuk mengenali seni silat Cantik sebagai aktiviti mereka sepanjang belajar di sini.

Abdul Razak Harun (ayah Jak) yang merupakan Timbalan Pengerusi Kebudayaan Jajahan Kota Bharu telah mengendalikan acara di gelanggang ini dan memberi pendedahan dan pengenalan mengenai Seni silat yang juga dikenali oleh masyarakat sebagai silat pulut. Majlis pembukaan diserikan dengan demonstrasi pesilat-pesilat yang menunjukkan seni tarian silat kepada pelajar-pelajar di sini. Pemain gendang dari Kumpulan Gendang Padang Raja juga menghidupkan suasana gelanggang mengiringi tarian seni silat oleh pesilat-pesilat. Semoga dengan adanya aktiviti silat di Pusat latihan ini akan membina kekuatan jatidiri para pelajar disamping mempelajari seni warisan melayu ini.




Gratisan Musik


Topblogs @ iLuvislam